Anda di halaman 1dari 4

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 2 Mata Pelajaran Kelas Masa Tema/ Tajuk Standard pembelajaran Objektif pembelajaran

Bahasa Melayu 2M 8.00am-9.00am Kesihatan dan Kebersihan/Kebersihan Diri 4.4.1 Melafaz pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Pada akhir pengajaran murid dapat: i. Melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul. ii. Memahami maksud pantun secara didik hibur. 1. Guru menunjukkan dua gambar kepada murid untuk dipilih. 2. Murid-murid menyatakan pilihan mereka. 3. Guru membantu murid-murid mengaitkan pilihan mereka dengan tajuk pengajaran. 4. Murid-murid meneliti paparan power point sambil mendengar guru melafaz pantun tentang kebersihan diri. 5. Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula dengan sebutan dan intonasi yang betul. 6. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang telah dilafazkan. 7. Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul, intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu. 8. Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan pantun yang sesuai. 9. Murid melafazkan pantun bersertakan aksi tubuh badan sebagai penutup. Ilmu: Pendidikan Moral / Pendidikan Kesihatan Nilai: Menjaga kebersihan diri TMK: belajar melalui TMK Gambar, Slaid Power Point dan lembaran kerja Murid melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul. ____ orang murid dapat melafazkan pantun dua kerat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul dan memahami maksud pantun secara didik hibur. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran melafaz pantun akan diberi latihan untuk melafaz secara berulang-ulang. Murid yang menguasai diberi latihan pengukuhan dan pengayaan.

Aktiviti

EMK

Media Penilaian P&P Refleksi

Padankan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

Anda mungkin juga menyukai