Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


Nama Pelajar: MUHAMMAD SYAMIL BIN HOARY @ KHAIRI
Angka Giliran: 2019172340025
No Kad Pengenalan: 990618-06-6147
Kumpulan/Unit: G2.5
Kod Kursus: BMMB 3043
Nama Kursus: Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Rendah
Nama Pensyarah: NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL
Tarikh Hantar: 13/3/2020
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

TUGASAN 2

1. SK: 2. 1 Asas membaca dan memahami


2. SP: 2.1.2 Membaca dengan sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan

Memahami;

i) Petikan

3. Objektif: Murid dapat membaca petikan dengan sebutan sebutan yang betul, intonasi
yang sesuai dan memahami petikan.

Langkah pelaksanaan aktiviti:

Bil. Langkah Aktiviti Catatan


1. Guru memperdengarkan lagu “a,e,i,o,u” dari - Guru boleh menggunakan
slaid power (LCD). bahan bantu mengajar
Guru meminta murid menyanyikan bersama- (BBM) seperti laptop dan
sama sambil menghayati lirik lagu tersebut. projector bagi
memaparkan lirik lagu.
- Guru juga boleh
menggunakan pembesar
suara untuk menguatkan
bunyi lagu tersebut
- Aktiviti ini dapat
menggabungjalinkan
kemahiran bahasa (2.1.1)
dan aspek seni bahasa
(4.2.2)

2. Murid disoal oleh guru mengenai perkataan - Terdapat perkataan yang


yang terkandung didalam lagu tersebut. berkait dengan keluarga
didalam lagu tersebut.
3. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk - Penyerapan nilai-nilai
pembelajaran pada hari ini iaitu ‘Sayang murni seperti kasih-
Keluarga’. sayang, hormat-
Guru memberitahu bahawa kita perlu menghormati, berbudi
menyayangi keluarga kita. bahasa.

4. Murid ditunjukkan oleh guru sebuah gambar - Kemahiran berfikir-


suasana keluarga didalam rumah pada slaid penjanaan idea
power point.
Murid disoal oleh guru tentang suasana di
dalam gambar tersebut.
Murid menyatakan panggilan seseorang
berdasarkan usia mereka seperti ayah,
emak, datuk, nenek, abang dan kakak.

5. Murid diperlihatkan petikan tentang keluarga - Kemahiran membaca-


oleh guru pada slaid multimedia. membaca petikan
Murid membaca petikan dengan perlahan.
Seterusnya, murid akan membaca setiap
potongan ayat yang dikehendaki oleh guru
didalam petikan tersebut agar semua murid
membaca petikan tersebut.
6. Guru akan menilai kelancaran murid - Guru dapat menilai
membaca ketika murid sedang membaca samada adakah murid
potongan ayat didalam petikan tersebut. telah mencapai objektif
Jika terdapat murid yang melakukan pembelajaran.
kesalahan, guru akan membetulkannya. - Guru dapat menentukan
Murid akan menjawab soalan pemahaman samada ingin
selepas membaca petikan tersebut menggunakan kaedah
berdasarkan instrumen yang diberikan oleh pengayaan atau pemulihan
guru untuk memastikan mereka memahami berdasarkan hasil latihan
kandungan petikan tersebut. yang diberi.

Berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan juga Standard Pembelajaran (SP) yang
telah dipilih daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 3, terdapat 2 aktiviti
yang telah dibina. Aktiviti yang dibina adalah berdasarkan objektif yang ditetapkan berpandukan
SK dan juga SP. SK yang telah dipilih adalah dibawah 2. 1 iaitu Asas Membaca dan Memahami
manakala untuk SP pula adalah dibawah 2.1.2 iaitu membaca dengan sebutan yang betul,
intonasi yang sesuai dan memahami; i) petikan. Berdasarkan SK dan SP yang telah dinyatakan,
sebuah objektif telah dibina iaitu murid dapat membaca petikan dengan sebutan sebutan yang
betul, intonasi yang sesuai dan memahami petikan (KPM, 2014).

Aktiviti pertama yang dirancang adalah sesi membaca dengan menggunakan teknik
menyanyi. Langkah pertama yang dilakukan oleh guru adalah guru akan memperdengarkan
lagu “a,e,i,o,u” kepada murid-murid. Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
iaitu “Power Point” untuk menunjukkan lirik lagu tersebut. Lirik lagu tersebut ditayangkan
menggunakan “Power Point” kerana untuk memastikan murid dapat membacanya dengan
mudah dan jelas kerana saiz tulisannya yang besar serta menarik (Block, 1975). Guru juga
menggunakan pembesar suara untuk memainkan lagu tersebut agar lagu dapat didengari oleh
semua murid. Secara tak langsung aktiviti ini telah menggabungjalinkan kemahira bahasa
(2.1.1) dan aspek seni bahasa (4.2.2) (Adenan, 2012).

Seterusnya, murid akan disoal oleh guru tentang perkataan yang terdapat didalam lirik
lagu tersebut, seperti ayam, ikan dan emak. Selepas sesi soal jawab, guru akan mengaitkan
perkataan “emak” yang terkandung dalam didalam lirik lagu tersebut dengan tajuk pembelajaran
hari tersebut iaitu “Sayang Keluarga”. Guru juga memberitahu murid bahawa kita perlulah saling
menyayangi ahli keluarga kita. Secara tidak langsung, berlakunya proses penyerapan nilai-nilai
murni seperti kasih-sayang, hormat-menghormati dan berbudi bahasa (Noriati, 2012).

Seterusnya, guru akan menunjukkan gambar suasana keluarga didalam rumah dengan
menggunakan “Power Point”. Selepas itu, murid akan disoal oleh guru mengenai suasana yang
terdapat didalam gambar tersebut. Lalu murid akan diminta oleh guru untuk menyatakan
panggilan atau gelaran ahli keluarga mengikut umur mereka seperti ayah, emak, datuk, nenek,
abang, dan adik. Aktiviti ini adalah sekadar untuk melatih kemahiran berfikir murid.

Seterusnya, murid diperlihatkan petikan tentang keluarga oleh guru pada slaid
multimedia. Kemudiannya, murid akan membaca petikan dengan perlahan atau senyap selama
beberapa minit. Seterusnya, murid akan diminta untuk membaca setiap potongan ayat
kemudian berhenti membaca apabila disuruh oleh guru dan ayat seterusnya akan disambung
oleh murid lain. Ini adalah bertujuan untuk memastikan guru dapat mendengar semua murid
membaca petikan tersebut dan dapat memastikan murid telah mencapai objektif yang pertama
iaitu membaca petikan dengan sebutan betul dan intonasi yang sesuai. Pada tahap ini, jika
terdapat murid yang tidak dapat membaca dengan baik, guru akan membantu murid tersebut
samada menggunakan kaedah pengayaan atau pemulihan (Amin, 2017).
Aktiviti yang terakhir ialah murid akan menjawab soalan pemahaman selepas membaca
petikan tersebut berdasarkan instrumen yang diberikan oleh guru untuk memastikan mereka
memahami kandungan petikan tersebut. Langkah ini adalah bertujuan untuk memastikan
adakah murid telah mencapai objektif yang kedua iaitu memahami petikan yang telah dibaca.

Kesimpulannya, merancang aktiviti semasa PdPc amatlah penting kerana untuk


memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan
yang bermakna kepada guru dan pelajar. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi
pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Dengan menggunakan
Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP), guru juga dapat merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Adenan & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar.

Block, J., & Anderson, L. (1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Rinehart
& Winston Inc.

Amin. (2017, Februari 27). Pendekatan Pengajaran. Dipetik daripada EDUP 3033: Murid dan
Pembelajaran: http://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-
dan-strategi/

Noriati A. Rashid, Lee Keok, etl. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

Lirik Lagu A E I O U

AEIOU

AEIOU
AEI

AEI

AEIOU

A bunyi Ayam kok kok kok

E panggil Emak

I Ikan berenang didalam kolam

O Otak yang bijak

U Ular membelit (2X)

Petikan

Anggota keluarga merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita.sesebuah
keluarga biasanya terdiri daripada bapa,ibu dan anak-anak.keluarga ini dinamakan
keluarga asas.selain keluarga asas,terdapat juga anggota keluarga kembangan yang
terdiri daripada datuk,nenek,bapa saudara,sepuu,dan anggota keluarga lain.
Kita seharusya memahami anggota keluarga sendiri.kita sepatutnya mengetahui
makanan,minuman,pakaian,warna kegemaran dan hobi mereka.selain itu,kita juga
sepatutnya mengetaui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota
keluarga .hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga
saling memahami antara satu sama lain.persefahaman yang terjalin ini juga dapat
mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga.

Sebagai anggota keluarga,kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain.kita
boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama
anggota keluarga.kita mesti menghormati anggota keluarga terutama yang lebih tua
seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang, dan kakak.pertuturan dan tingkah laku kitajuga mestilah
sentiasa bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga.kita juga mesti akur
dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga.kita sewajarnya bersyukur kepada
tuhan kerana dianugerahi sebuah keluarga.

Sila jawab semua soalan dibawah ini berdasarkan petikan yang telah anda baca.

1. Keluarga asas terdiri daripada?


2. Keluarga Kembangan terdiri daripada?

3. Apakah perkara yang kita perlu tahu tentang keluarga kita?

4. Apakah yang akan membuatkan hubungan ahli keluarga menjadi lebih kuku? Mengapa?

5. Bagaimanakah kitab oleh menunjukkan kasih saying terhadap ahli keluarga kita?

6. Apakah perkara yang kita perlu lakukan terhadap keluarga kita?

Anda mungkin juga menyukai