Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS,

56000 KUALA LUMPUR

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


Nama Pelajar: MUHAMMAD SYAMIL BIN HOARY @ KHAIRI
Angka Giliran: 2019172340025
No Kad Pengenalan: 990618-06-6147
Kumpulan/Unit: G2.5
Kod Kursus: BMMB 3043
Nama Kursus: Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Rendah
Nama Pensyarah: NORLIZA BINTI AHMAD KAMAL
Tarikh Hantar: 13/3/2020
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

TUGASAN 2
1. SK: 2. 1 Asas membaca dan memahami

2. SP: 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul;

3. Objektif: Murid dapat membaca petikan dengan sebutan yang betul dan jelas.

Langkah pelaksanaan aktiviti:

Bil. Langkah Aktiviti Catatan


1. Guru memperdengarkan lagu “a,e,i,o,u” dari - Guru boleh menggunakan
slaid power (LCD). bahan bantu mengajar
Guru meminta murid menyanyikan bersama- (BBM) seperti laptop dan
sama sambil menghayati lirik lagu tersebut. projector bagi
memaparkan lirik lagu.
- Guru juga boleh
menggunakan pembesar
suara untuk menguatkan
bunyi lagu tersebut
- Aktiviti ini dapat
menggabungjalinkan
kemahiran bahasa (2.1.1)
dan aspek seni bahasa
(4.2.2)

2. Murid diminta untuk menyebutkan perkataan - Terdapat contoh benda


yang terdapat didalam lagu tersebut. yang yang bermula
dengan huruf vokal
didalam lagu tersebut.
3. Guru mengaitkan lagu dengan tajuk - Penyerapan nilai-nilai
pembelajaran pada hari ini iaitu ‘Sayang murni seperti kasih-
Ayah’. sayang, hormat-
Guru memberitahu bahawa kita perlu menghormati, berbudi
menyayangi keluarga kita. bahasa.

4. Murid diperlihatkan petikan tentang keluarga - Kemahiran berfikir-


oleh guru pada slaid multimedia. penjanaan idea
Murid membaca petikan tersebut secara
perlahan.

5. Murid diminta untuk mengeluarkan idea - Kemahiran bertutur.

6. Murid diberikan kad yang mengandungi - Guru dapat menilai


beberapa suku kata terbuka dan tertutup. samada adakah murid
Guru meminta murid untuk mengeja dan telah mencapai objektif
membatangkan suku kata terbuka dan pembelajaran.
tertutup yang terdapat pada kad tersebut - Guru dapat menentukan
secara latih tubi seperti kan,mak,tuk, da, dan samada ingin
ya secara latih tubi. menggunakan kaedah
Murid juga diminta untuk setiap murid untuk pengayaan atau pemulihan
menyebutkan satu perkataan yang berdasarkan hasil latihan
mempunyai suku kata terbuka dan satu yang diberi.
perkataan yang mempunyai suku kata
tertutup.

Berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan juga Standard Pembelajaran (SP) yang
telah dipilih daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, terdapat 2 aktiviti
yang telah dibina. Aktiviti yang dibina adalah berdasarkan objektif yang ditetapkan berpandukan
SK dan juga SP. SK yang telah dipilih adalah dibawah 2. 1 iaitu Asas Membaca dan Memahami
manakala untuk SP pula adalah dibawah 2.2.1 iaitu Membaca dengan sebutan yang betul (i)
vocal, (ii) konsonan, (iii) suku kata. Berdasarkan SK dan SP yang telah dinyatakan, sebuah
objektif telah dibina iaitu murid dapat membunyikan huruf vokal, konsonan, dan suku kata,
dengan betul dan jelas (KPM, 2014).

Aktiviti pertama yang dirancang adalah sesi membaca dengan menggunakan teknik
menyanyi. Langkah pertama yang dilakukan oleh guru adalah guru akan memperdengarkan
lagu “a,e,i,o,u” kepada murid-murid. Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
iaitu “Power Point” untuk menunjukkan lirik lagu tersebut. Lirik lagu tersebut ditayangkan
menggunakan “Power Point” kerana untuk memastikan murid dapat membacanya dengan
mudah dan jelas kerana saiz tulisannya yang besar serta menarik (Block, 1975). Guru juga
menggunakan pembesar suara untuk memainkan lagu tersebut agar lagu dapat didengari oleh
semua murid. Secara tak langsung aktiviti ini telah menggabungjalinkan kemahira bahasa
(2.1.1) dan aspek seni bahasa (4.2.2) (Adenan, 2012).

Seterusnya, guru menjalan sesi soaljawab dengan murid mengenai benda yang bermula
dengan huruf vokal yang terkandung didalam lirik lagu tersebut. Didalam sesi ini murid akan
memberikan benda yang bermula dengan huruf vokal. Selepas sesi soal jawab, guru akan
mengaitkan lirik “emak” yang terkandung dalam didalam lagu tersebut dengan tajuk
pembelajaran hari tersebut iaitu “Sayang Ayah”. Guru juga memberitahu murid bahawa kita
perlulah saling menyayangi ahli keluarga kita. Secara tidak langsung, berlakunya proses
penyerapan nilai-nilai murni seperti kasih-sayang, hormat-menghormati dan berbudi bahasa
(Noriati, 2012).

Seterusnya, guru akan menunjukkan gambar suasana keluarga didalam rumah dengan
menggunakan “Power Point”. Selepas itu, guru akan mengadakan sesi soaljawab dengan murid
mengenai suasana yang terdapat didalam gambar tersebut. Lalu guru meminta murid untuk
menyata panggilan atau gelaran ahli keluarga mengikut umur mereka seperti ayah, emak,
datuk, nenek, abang, dan adik. Aktiviti ini mengasah kemahiran berfikir murid iaitu untuk
menjana idea. Selepas itu, murid akan melakukan latih tubi menyebut perkataan tersebut untuk
memastikan murid mahir dalam menyebut suku kata.

Seterusnya, murid akan diberikan kad yang mengandungi beberapa suku kata terbuka
dan tertutup. Guru akan meminta murid untuk mengeja dan membatangkan suku kata terbuka
dan tertutup yang terdapat pada kad tersebut secara latih tubi. Antara contoh suku kata yang
terdapat pada kad tersebut adalah seperti kan, mak, tuk, da dan ya. Pada tahap ini, guru dapat
menilai samada adakah murid mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Guru dapat
menentukan samada ingin menggunakan kaedah penggayaan jika murid sudah mencapai
objektif pembelajaran ataupun menggunakan kaedah pemulihan jika murid masih tidak
mencapai objektif pembelajaran berdasarkan hasil latihan yang diberikan (Amin, 2017). Akhir
sekali, murid akan diminta untuk menyebutkan satu suku kata terbuka dan satu suku kata
tertutup untuk memastikan murid dapat mengenalpasti perbezaan suku kata terbuka dan
tertutup.

Kesimpulannya, merancang aktiviti semasa PdPc amatlah penting kerana untuk


memastikan setiap minit dalam tempoh pengajaran guru sepanjang setahun memberi kesan
yang bermakna kepada guru dan pelajar. Selain itu, guru juga dapat menentukan strategi
pendidikan, pemulihan dan pengajaran secara tersusun dan bersistem. Dengan menggunakan
Dokumen Standard Kokurikulum dan Pentaksiran (DSKP), guru juga dapat merancang aktiviti
yang bersesuaian bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran.

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah.


Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Adenan & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar.

Block, J., & Anderson, L. (1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Rinehart
& Winston Inc.

Amin. (2017, Februari 27). Pendekatan Pengajaran. Dipetik daripada EDUP 3033: Murid dan
Pembelajaran: http://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-
dan-strategi/
Noriati A. Rashid, Lee Keok, etl. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN

Lirik Lagu A E I O U

AEIOU

AEIOU

AEI

AEI

AEIOU

A bunyi Ayam kok kok kok

E panggil Emak
I Ikan berenang didalam kolam

O Otak yang bijak

U Ular membelit (2X)

Anda mungkin juga menyukai