Markah:
TUGASAN 2
1. SK: 2. 1 Asas membaca dan memahami
(i) vokal
(ii) konsonan
3. Objektif: Murid dapat membunyikan huruf vokal, konsonan, suku kata, dan perkataan
dengan betul dan jelas.
Berdasarkan Standard Kandungan (SK) dan juga Standard Pembelajaran (SP) yang
telah dipilih daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, terdapat 2 aktiviti
yang telah dibina. Aktiviti yang dibina adalah berdasarkan objektif yang ditetapkan berpandukan
SK dan juga SP. SK yang telah dipilih adalah dibawah 2. 1 iaitu Asas Membaca dan Memahami
manakala untuk SP pula adalah dibawah 2.2.1 iaitu Membaca dengan sebutan yang betul (i)
vocal, (ii) konsonan, (iii) suku kata. Berdasarkan SK dan SP yang telah dinyatakan, sebuah
objektif telah dibina iaitu murid dapat membunyikan huruf vokal, konsonan, dan suku kata,
dengan betul dan jelas (KPM, 2014).
Aktiviti pertama yang dirancang adalah sesi membaca dengan menggunakan teknik
menyanyi. Langkah pertama yang dilakukan oleh guru adalah guru akan memperdengarkan
lagu “a,e,i,o,u” kepada murid-murid. Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar (BBM)
iaitu “Power Point” untuk menunjukkan lirik lagu tersebut. Lirik lagu tersebut ditayangkan
menggunakan “Power Point” kerana untuk memastikan murid dapat membacanya dengan
mudah dan jelas kerana saiz tulisannya yang besar serta menarik (Block, 1975). Guru juga
menggunakan pembesar suara untuk memainkan lagu tersebut agar lagu dapat didengari oleh
semua murid. Secara tak langsung aktiviti ini telah menggabungjalinkan kemahira bahasa
(2.1.1) dan aspek seni bahasa (4.2.2) (Adenan, 2012).
Seterusnya, guru menjalan sesi soaljawab dengan murid mengenai benda yang bermula
dengan huruf vokal yang terkandung didalam lirik lagu tersebut. Didalam sesi ini murid akan
memberikan benda yang bermula dengan huruf vokal. Selepas sesi soal jawab, guru akan
mengaitkan lirik “emak” yang terkandung dalam didalam lagu tersebut dengan tajuk
pembelajaran hari tersebut iaitu “Sayang Ayah”. Guru juga memberitahu murid bahawa kita
perlulah saling menyayangi ahli keluarga kita. Secara tidak langsung, berlakunya proses
penyerapan nilai-nilai murni seperti kasih-sayang, hormat-menghormati dan berbudi bahasa
(Noriati, 2012).
Seterusnya, guru akan menunjukkan gambar suasana keluarga didalam rumah dengan
menggunakan “Power Point”. Selepas itu, guru akan mengadakan sesi soaljawab dengan murid
mengenai suasana yang terdapat didalam gambar tersebut. Lalu guru meminta murid untuk
menyata panggilan atau gelaran ahli keluarga mengikut umur mereka seperti ayah, emak,
datuk, nenek, abang, dan adik. Aktiviti ini mengasah kemahiran berfikir murid iaitu untuk
menjana idea. Selepas itu, murid akan melakukan latih tubi menyebut perkataan tersebut untuk
memastikan murid mahir dalam menyebut suku kata.
Seterusnya, murid akan diberikan kad yang mengandungi beberapa suku kata terbuka
dan tertutup. Guru akan meminta murid untuk mengeja dan membatangkan suku kata terbuka
dan tertutup yang terdapat pada kad tersebut secara latih tubi. Antara contoh suku kata yang
terdapat pada kad tersebut adalah seperti kan, mak, tuk, da dan ya. Pada tahap ini, guru dapat
menilai samada adakah murid mencapai objektif pembelajaran atau tidak. Guru dapat
menentukan samada ingin menggunakan kaedah penggayaan jika murid sudah mencapai
objektif pembelajaran ataupun menggunakan kaedah pemulihan jika murid masih tidak
mencapai objektif pembelajaran berdasarkan hasil latihan yang diberikan (Amin, 2017). Akhir
sekali, murid akan diminta untuk menyebutkan satu suku kata terbuka dan satu suku kata
tertutup untuk memastikan murid dapat mengenalpasti perbezaan suku kata terbuka dan
tertutup.
RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah.
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan
Tahun 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Adenan & Khairuddin Mohammad. (2012). Kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar.
Block, J., & Anderson, L. (1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Rinehart
& Winston Inc.
Amin. (2017, Februari 27). Pendekatan Pengajaran. Dipetik daripada EDUP 3033: Murid dan
Pembelajaran: http://edup3033.aminteach.com/2017/02/27/pendekatan-kaedah-teknik-
dan-strategi/
Noriati A. Rashid, Lee Keok, etl. (2012). Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMPIRAN
Lirik Lagu A E I O U
AEIOU
AEIOU
AEI
AEI
AEIOU
E panggil Emak