Anda di halaman 1dari 2

Nama Peserta : .............................................................................

Tajuk : Perpaduan ke arah Kesejahteraan Malaysia.


Nama sekolah : SJKC Cheow Min.

Sejambak kasih, sekalung budi buat Pengerusi Majlis, barisan Panel Hakim yang
berkarisma, Dif-dif Kehormat seterusnya hadirin yang budiman. Salam sejahtera dan
salam perpaduan. “Perpaduan ke arah kesejahteraan Malaysia” begitulah tajuk syarahan
yang bakal saya sampaikan.

Hadirin yang dimuliakan,

Malaysia adalah sebuah negara yang unik dan makmur. Walaupun penduduknya
berbilang bangsa, agama, adat-resam dan budaya. Namun kita mampu hidup aman
dibawah satu Jalur Gemilang. Ramai pemimpin dunia yang mengagumi keamanan dan
kemajuan yang kita kecapi. Sebenarnya, kejayaan ini tidak datang melayang, tidak pula
datang bergolek tetapi hasil perpaduan dan kerjasama semua kaum.

Hadirin sekalian,

Menurut kamus dewan, perpaduan membawa maksud perihal berpadu, ke arah pula pergi
ke satu destinasi manakala kesejahteraan adalah keamanan dan keharmonian.

Sidang hadirin yang dihormati,

Kini, sudah 66 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Dalam tempoh itulah,
perpaduan yang menjadi teras pembangunan negara kita. Kita bangga dengan negara kita
yang mempunyai berbilang bangsa, agama dan budaya. Namun.masih dapat hidup
bersama sama dengan aman dan damai. Ya, semua adalah kerana semangat muhibbah
dan perpaduan yang diamalkan dalam setiap diri anggota masyarakat.

Sidang hadirin yang dikasihi,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang Sistem Pendidikan


Negara kita telah menyatukan pelbagai kaum di Negara kita ini. Melalui sistem inilah,
murid-murid menerima pendidikan yang bermatlamatkan memupuk jati diri. Dengan itu
akan tumbuhlah semangat integrasi nasional bermula dari akar umbinya lagi.

Hadirin yang dikasihi,

Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Atas rasa tanggungjawab dan
kesedaran inilah, maka program Semarak Perpaduan telah dianjurkan oleh Kementerian
Perpaduan Negara serta Majlis Belia Malaysia sebagai rakan strategik kementerian itu.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperluaskan tapak integrasi sosial serta
meningkatkan semangat muhibbah dan menyemai sikap toleransi antara kaum.

Hadirin yang dikasihi,

Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan demi mencapai perpaduan dalam
masyarakat kita. Alternatif yang paling penting dan efektif ialah penggunaan bahasa
melayu sebagai bahasa rasmi.
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa
Dengan bahasalah, kita dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain tanpa
sempadan.

Hadirin yang dimuliakan,

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, Perdana Menteri kita yang
kesepuluh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyeru kepada semua rakyat untuk
tidak pernah mengalah dan bangkit dengan semangat perpaduan. Justeru, beliau juga
mengatakan adalah penting untuk semua rakyat berbilang kaum di negara ini,
diperkasakan selari dengan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka dan matang. Kini,
Malaysia telah menjadi sebutan dunia. Kemajuan dan kejayaan menyatu padukan rakyat
berbaling bangsa, agama dan budaya memang menakjubkan. Justeru itu, sebagai generasi
muda dan pewaris bangsa Malaysia, kita perlu mengekalkan dan mengukuhkan lagi
perpaduan yang sedia terjalin.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Sekiranya rakyat negara ini tidak
bersatu. Bolehkah negara kita terus kekal aman sehingga hari ini? ’Tepuk dada dan
tanyalah selera’.
Sebelum kaki melangkah pergi, sebelum bicara ternoktah disini, izinkan saya
menguntaikan serangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang di tapak tangan,
Hati di paut, jiwa bersatu,
Perpaduan diwujud mencipta keamanan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai