Anda di halaman 1dari 6

Semangat 1 Malaysia Teras Kejayaan Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi kehakiman yang

berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan, kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People (Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan etnik masing-masing.

Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan SJK(T) bersamasama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan negara ASEAN.

Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional. Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami, anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.

Perpaduan Negara bermula daripada pendidikan di sekolah perpaduan satu impian yang pernah diangankan oleh para pemimpin negara sebelum berusaha untuk mencapai kemerdekaan daripada penjajah british.pelbagai usaha dilakukan bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan ini.salah satu daripadanya adalah pendidikan di sekolah.sejauhmanakah kebenaran pernyataan ini?perkara inilah yang akan saya bentangkan dalam modul pidato saya pada hari ini.

(basmallah) dan (salam).selamat pagi dan salam 1Malaysia buat tuan pengeusi majlis,yang berusaha para hakim yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yangg komited dengan tugasnya,rakan2 pemidato yang dikasihi dan hadirin sekalian.seperti yang telah saya katakan sebentar tadi,pidato saya berpayungkan t5ema perpaduan dan ia bertajuk perpaduan negara bermula dengan pendidikan di sekolah.

sebelum jendela dunia mula disingkap,izinkan saya untuk mendefinisikan frasa2 tajuk pidato saya.perpaduan bermaksud satu ikatan yang kukuh dalam sesuatu komuniti.pendidikan pula bermaksud pembelajaran.sehubungan itu,ikatan kukuh antara rakyat bermula daripada pembelajaran di sekolah.

warga dewan yang saya hormati,

sebelum negara kite mencapai kemerdekaan,pihak british mensyaratkan agar terjalin satu perpaduan yang kukuh bagai isi dengan kuku antara rakyat malaysia.justeru,pejuang kemerdekaan seperti tunku abdul rahman berusaha memenuhi syarat itu bagi membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah.salah satu daripada cara mereka inin menerapkan perpaduab adalah melalui pendidikan sehinggakan pendidikan digelar alat perpaduan.ordinan pelajaran,lporan razak dan laporan barnes merupakan bukti kesungguhan para pejuang kemerdekaan tanah melayu ingin menggapai perpaduan melalui pendidikan.sebagai contoh,laporan razak mewajibkan pendidikan rendah kepada seluruh rakyat tanah melayu.hal ini sedemikian kerana ingin mewujudkan budaya keadilan di negara ini iaitu semua rakyat tana melayu tanpa rasa prejudis serta semangat perkauman dapat menerima pendidikan sama rata.laporan ini juga mewajibkan bahasa malayu sebagai bahasa pengantar di mana kefahaman dan bentuk komunikasi yang berkesan dapat diwujudkan di samping mengembalikan kegemilangan bahasa melayu sebagai ingua franca atau bahasa antarabangsa.

kewujudan sekolah kebangsaan menjadi pendorong ke arah keberkesan tajuk modul pidato saya,di bawah satu bumbung,pelajar berbilang kaum belajar bersama dalam suasana harmoni.sungguhpun terdapat sekolah yang menggunakan bahasa pengantar tamil dan mentari,kerajaan lebih menggalakkan kemasukan pelajar warganegara malaysia ke sekolah kebangsaan bagi mengelakkan semangat perkauman.

proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah menggunakan sukatan pelajaran yang sama menyokong lagi usaha dalam menjadikan pendidikan sebagai alat perpaduan.setiap pelajar tanpa mengira kaum mempelajari perkara yang sama.selain itu,para guru perlu diarahkan untuk meningatkan para pelajar mengenai tragedi hitam 13mei yang melanda negara.tidak mustahil sejarah tersebut akan berulang kembali jika langkah berjaga-jaga tidak diambil.

warga dewan yang saya kasihi,

daripada sukatan pelajaran,saya beralih ke uniform sekolah.di malaysia,pihak kementerian pelajaran malaysia mewajibkan pemakaian unform sekolah yang seragam kecuali bagi jawatan2 khas seperti pengawas yang berpandukan arahan sekolah.uniform ini menjadi simbol perpaduan rakyat secara zahiriah.oleh itu,tidak timbul isu berat sebelah yang membabitkan sentimen perkauman.apa jua asalusul dan taraf hidup pelajar,mereka datang ke sekolah dengan kod etika yang sama dan di sinilah wujudnya perpaduan.

perpaduan bukan sahaja perlu dijalin antara kaum,malah jurang ekonomi yang berbeza.oleh itu,pihak sekolah disarankan agar mengadakan aktiviti yang melibatkan setiap pelajar tanpa mengira taraf ekonomi.sifat kerjasama dan tolong-menolong perlu diserapkan dalam diri para pelajar melalui kesempatan emas ini.jurang ekonomi yang dapat dirapatkan ini dapat membantu kepada keharmonian rakyat.

pihak pentadbir sekoalh khususnya pengetua pelu gigih dengan membudayakan sekolah dengan nilai2 murni yang dapat diamalkan semua pelajar.kehadiran budaya sekolah menymbang kepada pembentukan peribadi remaja.sekolah pelu mengambil langkah yang drastik dan pragmatik dalam menerapkan nilai2 murni.kerjasama antara semua warga sekolah dan ibu bapa amat diperlukan dalam situasi ini.

warga saksi penuh visi,

bicara yang telah diatur panjang sudah hampir bertemu dengan noktahnya.fakta demi fakta yang ingin disampaikan sudah tercapai jua.sebelum saya membuka ruang pentas ini buat para pemidato yang lain,izinkan saya untuk menegaskan satu perkara tang memang sudah terang lagi bersuluh.bagi menggapai perpaduan,kita mempunyai seribu langkah,namun,tanpa perancangan yang teliti,pasti sukar untuk kita mendapatkannya dan kerajaan amat yakin dengan kebolehan pendidikan merealisasikannya,sekian,terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai