Anda di halaman 1dari 4

SJKC Liat Choon

Batu 17, Sg Sembilang, Jeram

Kertas Kerja
Program Selepas UPSR 2017
Kelas Masakan Itali & Manisan

Tempat :
SJKC Liat Choon
(Cawangan)

Tarikh :
11 Oktober 2017

Anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling
&
Jawatankuasa Tahun 6

0
KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS UPSR 2017 - KELAS MEMASAK

A. PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun
Enam Sekolah ini telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam.
Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang
berfaedah untuk murid-murid setelah mereka menjalani UPSR. Salah satu program yang
menjadi pilihan ialah kelas masakan yang dirancang khas untuk murid-murid tahun 6.

B. RASIONAL

Melalui program ini diharap dapat memahirkan murid dalam praktikal kehidupan
kendiri. Memasak merupakan satu kemahiran asas yang perlu ada bagi setiap individu tanpa
mengira jantina. Justeru, diharap program ini dapat membantu murid-murid ini menguasai
kemahiran diri disamping meningkatkan potensi diri serta tahap keyakinan diri secara tidak
langsung.

C. OBJEKTIF
1. Menyediakan aktiviti hands-on melalui latihan praktikal memasak.
2. Menggalakkan pembelajaran konstruktivisme melalui latihan praktikal memasak.
3. Mengisi masa lapang yang berfaedah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah.
4. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta
kemahiran yang terpendam.

D. TEMPOH MASA

11.25am hingga 12.55pm

E. SASARAN
Murid-murid Tahun 6

F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA


1. PENGERUSI

Memantau program
Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

1
2. SETIAUSAHA

Menguruskan surat menyurat


Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

3. PENYELARAS PROGRAM

Menyediakan kertas kerja


Menyusun dan menyelaras program
Menyediakan laporan penuh program

5. BENDAHARI

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa


Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan

G. JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn Tan Khek Hee (Guru Besar)


N. Pengerusi : Pn Teh Ah Lian (Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn Ang Lay Lay (Penolong Kanan HEM)
Pn Tee Lee Hong (Penolong Kanan Kokurikulum)
Penyelaras Program : Cik Noor Farah Iziyanti Binti Abu Rahim
Setiausaha : Pn Liau Siew Har
Bendahari : Cik Noor Farah Iziyanti Binti Abu Rahim
AJK : Cik Esther Chen Yi Xin
: Cik Phua Pik Yung
: Pn Li Chew Hoon
: Cik Esther Chen Yi Xin
: Pn Lee Woan Jen

H. ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN

2
B PERKARA AMAUN

1 Bahan-bahan masakan menu A (rujuk Lampiran A) RM 84.10

2 Bahan-bahan masakan menu B (rujuk Lampiran A) RM 82.80

JUMLAH KESELURUHAN RM 166.90

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan ialah RM 166.90

I. RUMUSAN

Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat melicinkan
tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Berikutan kewangan yang ada serta
perancangan yang teliti, semoga program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil
daripada komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Disediakan oleh Disahkan oleh

.. ..

NOOR FARAH IZIYANTI TAN KHEK HEE


Penyelaras Program Kelas Memasak Guru Besar
SJKC Liat Choon SJKC Liat Choon
Bt 17 Sg Sembilang Bt 17 Sg Sembilang

Anda mungkin juga menyukai