Anda di halaman 1dari 6

SJKC Liat Choon

Batu 17, Sg Sembilang, Jeram

Kertas Kerja

Program Selepas UPSR


Tahun 6 / 2017

Tempat :
SJKC Liat Choon
(Pusat & Cawangan)

Tarikh :
25 September 2017 13 Oktober 2017

Anjuran
Unit Bimbingan dan Kaunseling
&
Jawatankuasa Tahun 6

0
KERTAS KERJA PROGRAM SELEPAS UPSR 2017

A. PENDAHULUAN

Setiap tahun Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun
Enam Sekolah ini telah merangka dan menjalankan aktiviti untuk murid-murid Tahun Enam.
Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan saban tahun adalah sebagai wadah bagi mengisi masa yang
berfaedah untuk murid-murid setelah mereka menjalani UPSR. Setiap aktiviti yang dirancang
menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara. Dua
pengisian besar yang dimurnikan dalam program tersebut iaitu melibat Aktiviti Dalaman dan
Aktiviti Luaran.
B. RASIONAL

Melalui program ini diharap dapat melahirkan insan yang harmonis dan seimbang
dalam mencapai hasrat agar mereka bersedia dari segi jasmani dan mental sebelum
melangkah ke alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dipupuk dan
diterap seawalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada murid dapat dikembangkan untuk
menjadi insan yang mempunyai matlamat dan berwawasan.

C. OBJEKTIF
1. Mengisi masa lapang yang berfaedah dan mengelakkan gejala ponteng sekolah.
2. Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut peredaran
zaman agar mereka tidak lari daripada landas- landas agama.
3. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan menggalakkan interaksi sosial
secara lebih positif.
4. Memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan dalam kumpulan di dalam masa yang
sama menerapkan gaya kepimpinan.
5. Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran
yang terpendam.

D. TEMPOH MASA

Tiga minggu bermula pada 25 September 2017 sehingga 13 Oktober 2017.


E. SASARAN
Murid-murid Tahun 6

1
F. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

1. PENGERUSI

Memantau program
Mempengerusi dan mengendalikan mesyuarat

2. SETIAUSAHA

Menguruskan surat menyurat


Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
Mengeluarkan surat kebenaran ibu bapa

3. PENYELARAS PROGRAM

Menyediakan kertas kerja


Menyusun dan menyelaras program
Menyediakan laporan penuh program

4. PENYELARAS AKTIVITI

Menjadi Ketua Fasilitator Aktiviti


Membentuk jawatankuasa kecil di kalangan guru untuk membantu aktiviti.
Membahagikan kumpulan murid
Menjalankan aktiviti dengan lebih menarik serta mampu memberikan keseronokan
kepada murid untuk mencapai objektif.

5. BENDAHARI

Mendapatkan anggaran perbelanjaan daripada jawatankuasa


Mengurus dan menyelia perolehan serta perbelanjaan
Menyediakan laporan perbelanjaan

G. JAWATANKUASA

2
Pengerusi : Pn Tan Khek Hee (GB)
N. Pengerusi : Pn Teh Ah Lian (GPK1)
Pn Ang Lay Lay (GPK HEM)
Pn Tee Lee Hong (GPK KO)
Penyelaras Program : Cik Noor Farah Iziyanti Binti Abu Rahim
Setiausaha : Pn Liau Siew Har
Bendahari : Cik Noor Farah Iziyanti Binti Abu Rahim

PENYELARAS AKTIVITI
a) Sekolah Pusat
Menanam Sayur : Pn Lee Woan Jen
Tayangan : Cik Esther Chen Yi Xin
Masakan : Cik Farah
Kaligrafi : Pn Lee Woan Jen
Persembahan : Pn Li Chew Hoon
Permainan Tradisional : Cik Esther Chen Yi Xin

b) Sekolah Cawangan
Menanam Sayur : Pn Lim Soo Chen
Tayangan : Cik Leong Fonyi
Masakan : Cik Farah
Kaligrafi : Pn Tee Su Peng
Persembahan : En Ang Chee Shiu
Permainan Tradisional : Cik Leong Fonyi

H. JADUAL PROGRAM

3
Minggu Pertama : 25.9.2017 29.9.2017
Tempat : Sekolah Pusat

Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras

28.9.2017 8.05am 10.05am Menanam Sayur Pn Lee Woan Jen


Khamis
29.9.2017 8.05am 10.05am Tayangan Cik Phua Pik Yung
Jumaat

Minggu Pertama : 25.9.2017 29.9.2017


Tempat : Sekolah Cawangan
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras

27.9.2017 10.25am 11.25am Menanam sayur Pn Lim Soo Chen


Rabu
28.9.2017 10.55am 11.55am Tayangan Cik Leong Fonyi
Khamis

Minggu Kedua : 2.10-2017 6.10.2017


Tempat : Sekolah Pusat
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras

3.10.2017 9.05am 10.05am Permainan Cik Esther Chen Yi


Selasa Tradisional Xin
5.10.2017 11.55am 12.55pm Persembahan Pn Li Chew Hoon
Khamis

Minggu Kedua : 2.10-2017 6.10.2017


Tempat : Sekolah Cawangan
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras

2.10.2017 12.25pm 1.25pm Persembahan En Ang Chee Shiu


Isnin
6.10.2017 10.25am 11.25am Permainan Cik Leong Fonyi
Jumaat Tradisional

Minggu Ketiga : 9.10.2017 13.10.2017


Tempat : Sekolah Cawangan
Tarikh / Hari Masa Aktiviti Penyelaras

4
10.10.2017 10.25am-11.25am Kaligrafi Pn Tee Su Peng
Pn Lee Woan Jen
11.10.2017 11.25am 12.55pm Masakan Cik Farah

I. ANGGARAN KESELURUHAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA AMAUN

1 Masakan (Rujuk Lampiran A) RM 166.90

2 Kaligrafi (Rujuk Lampiran B) RM 273.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 439.90

Jumlah Kesluruhan Perbelanjaan ialah RM 439.90

J. RUMUSAN

Sokongan yang padu oleh pihak pentadbir dan guru-guru diharap akan dapat melicinkan
tugas jawatankuasa yang mengelola program ini. Berikutan kewangan yang ada serta
perancangan yang teliti, semoga program ini akan dapat dijalankan dengan jayanya hasil
daripada komitmen yang tinggi oleh semua pihak.

MURID DIDAHULUKAN KECEMERLANGAN DIUTAMAKAN

Disediakan oleh Disahkan oleh

.. ..

NOOR FARAH IZIYANTI TAN KHEK HEE


Penyelaras Program Selepas UPSR 2017 Guru Besar
SJKC Liat Choon SJKC Liat Choon
Bt 17 Sg Sembilang Bt 17 Sg Sembilang

Anda mungkin juga menyukai