Anda di halaman 1dari 12

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Nabila muird Tahun Lima Bestari. Dia murid yang pintar di dalam kelasnya. Nabila sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Namun begitu, dia tidak suka menunjuk-nunjuk.

Nabila sering mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan rakan-rakan sekelasnya. Jika ada perkara yang tidak difahami oleh mereka, mereka akan bertanya tentang perkara itu kepada Nabila. Dia akan menerangkan perkara itu sehingga rakan-rakannya berpuas hati. Nabila tidak lokek untuk berkongsi ilmu pengetahuannya dengan rakan-rakan sekelasnya. Malah dia sentiasa mencuba untuk membantu mereka dalam pelajaran.

Walaupun Nabila sering mendapat markah yang tinggi dalam ujian tetapi dia tidak pernah bersikap sombong. Dia sentiasa merendah diri. Dia banyak memberikan dorongan kepada rakan-rakannya. Dia tidak pernah memandang rendah akan kelemahan mereka. Sikap Nabila itu menyebabkan dia disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakannya.

Rangka jawapan Teknik : Bil Cerita kaitan Nilai murni

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jasmi anak orang kaya. Sungguhpun begitu, dia tidak pernah bersikap meninggi diri. Dia budak yang ringan tulang. Walaupun dia baharu sahaja bersekolah di situ, dia sudah mendapat banyak kawan. Jasmi bukan sahaja murid yang rajin, bahkan dia juga murid yang pandai. Dia tidak pernah kedekut ilmu dengan rakan-rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Dia sering membantu mereka menyelesaikan masalah berkaitan pelajaran.

Pada suatu hari, dia ternampak Malik duduk seorang diri di dalam kelas pada waktu rehat. Dia menghampiri Malik lalu bertanyakan masalah yang dihadapi olehnya. Malik memberitahu Jasmi bahawa wang sakunya hilang dan dia tidak dapat membeli makanan. Jasmi bersimpati dengan nasib Malik. Dia mengajak Malik ke kantin dan mereka makan bersama-sama. Malik berasa terharu dengan pertolongan Jasmi. Dia mengucapkan terima kasih kepada Jasmi kerana telah membantunya.

Rangka jawapan Teknik : Bil Cerita kaitan Nilai murni

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Jangan bermain di bukit itu, Azmir. Banyak anjing liar yang berkeliaran di situ. Bermain di padang permainan lebih selamat, pesan ibu Azmir. Bermain di padang tidak seronok, ibu. Banyak gangguan. Di bukit, keadaannya lebih bebas dan selesa, jawab Azmir berdegil. Azmir tetap mahu bermain di bukit itu. Setibanya di bukit itu, Azmir berasa panik kerana tiada seorang pun rakannya di situ. Tiba-tiba Azmir tersentak apabila terdengar salakan anjing. Tidak jauh dari tempatnya berdiri, ada tiga ekor anjing liar sedang memerhatikannya. Wajah anjing-anjing itu menakutkannya. Tanpa berfikir panjang, Azmir terus mengayuh basikalnya laju-laju menuruni bukit itu. Anjing-anjing itu terus mengejarnya. Tiba di suatu simpang, dia tidak dapat mengawal basikalnya lalu terbabas ke tepi bukit. Azmir terjatuh. Siku dan lututnya berdarah. Dia menekup mukanya dan menangis. Tubuhnya menggigil ketakutan. Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil. Apabila dia membuka matanya, dia melihat anjing-anjing liar itu bertempiaran lari kerana dibaling dengan kayu. Rupa-rupanya ayah dan abangya yang datang. Mereka mengekori Azmir ke bukit itu kerana risau kalau-kalau ada sesuatu yang buruk menimpanya. Azmir memohon maaf kerana menyusahkan mereka. Dia berjanji tidak akan berdegil lagi.

Rangka jawapan Teknik : Bil Cerita kaitan Nilai / Pengajaran

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Azim sukar untuk bangun awal pagi walaupun berkali-kali dikejutkan oleh ibunya. Oleh sebab itulah dia selalu didenda oleh pengawas kerana lewat sampai ke sekolah. Sikap tersebut timbul kerana Azim selalu menonton televisyen hingga lewat malam.

Di sekolah pula, Azim jarang-jarang menumpukan perhatiannya ketika guru sedang mengajar di hadapan kelas. Apabila guru memberikan latihan, dia akan meniru latihan tersebut daripada rakan-rakannya. Sebagai akibatnya, dia jarangjarang lulus dalam ujian bulanan.

Kasutnya juga jarang berbasuh dan kotor. Sudah banyak kali ibunya meleterinya, namun sikap Azim tetap seperti itu juga. Dia membuat endah tidak endah terhadap teguran ibunya.

Rangka jawapan Teknik : Bil Cerita kaitan Nilai / Pengajaran

Teknik menulis ulasan nilai murni / pengajaran berdasarkan petikan.

Terdapat beberapa nilai murni / pengajaran dalam petikan ini. Pertama sekali, kita mestilah ________________________________________________________ Selain itu, kita hendaklah ______________________________________________ Di samping itu, kita perlulah ___________________________________________ Seterusnya, kita seharusnya ___________________________________________ Selanjutnya, kita mestilah _____________________________________________ Akhir sekali, kita hendaklah ____________________________________________

Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Fikri murid Tahun 6 dan merupakan anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya ketika dia masih kecil lagi. Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya, Fikri telah dibesarkan oleh bapa saudaranya. Kehidupan bapa saudaranya tidaklah mewah dan mereka hidup serba sederhana. Namun begitu, ibu dan bapa Fikri memeliharanya dengan penuh kasih-sayang di samping lima orang anak mereka. Mereka tidak pernah mengabaikan Fikri dan tidak pernah bersikap pilih kasih. Fikri juga amat mesra dengan sepupu-sepupunya, malah kemesraan mereka bagaikan adik-beradik kandung. Mereka sentiasa tolongmenolong dan bantu-membantu antara satu sama lain. Kemesraan dan keakraban mereka bersaudara begitu tebal dan sukar untuk dipisahkan. Fikri sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang begitu mengambil berat dan menyayanginya. Fikri berazam akan membalas segala budi dan jasa baik ibu dan bapa saudaranya serta sepupu-sepupunya apabila dia sudah berjaya pada suatu hari nanti. Keazaman Fikri itu dibuktikan apabila dia telah berjaya menjadi murid yang cemerlang di sekolahnya dan ditawarkan untuk melanjutkan

pelajarannya ke sekolah berasrama penuh dengan dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negeri. Fikri bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doanya dan berjanji akan mengotakan segala janjinya itu.

10

11

12

Anda mungkin juga menyukai