Anda di halaman 1dari 11

TONGGAK DUA BELAS

Dalam Seminar Nilai dan Etika pada 2 Mac 1992, Dato Seri Ahmad Sarji telah menggariskan satu set panduan etika untuk kakitangan awam, yang kini dikenali sebagai Tonggak Dua Belas. Melalui penghayatan dan praktis Tonggak Dua

diharapkan Perkhidmatan Awam akan menjadi badan yang cekap dan berkualiti.

Tonggak Dua Belas adalah penjelasan mengenai konsep nilai, norma dan etika dalam kehidupan manusia. Tonggak Dua Belas perlu menjadi amalan semua

peringkat kakitangan awam disemua peringkat organisasi. Ia merupakan panduanpanduan, contoh-contoh nilai murni dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan bagi mengelakkan unsur-unsur yang negatif.

Semua tonggak dan conton-contoh yang dikemukakan menekankan aspek-aspek peribadi seseorang. Ianya didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilai-nilai yang penting akan membentuk peribadi tertentu. mempengaruhi pembentukan sesebuah organisasi. Peribadi ini seterusnya akan

Sesungguhnya sasaran asal Tonggak Dua Belas ini ialah untuk kakitangan jabatan awam, namun sektor, swasta juga dapat turut menerimapakainya. Sama ada

sesebuah agensi itu dikategorikan sebagai awam atau swasta, kecemerlangan seperti mana kata YAB Dato Seri Dr. Mahathir, patut menjadi komitmen (http://www.smpke.jpm.my/gn-data/ucapan.pm/1993/931112.txt). kita

Berikut adalah senarai nilai dalan Tonggak Dua Belas untuk dihayati dan diamalkan oleh kakitangan awam:

Menghargai Masa Ketekunan Membawa Kejayaan

Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Pengaruh Teladan Kewajipan Menjalankan Tugas Kebijaksanaan Berhemat Keutamaan Kesabaran Peningkatan Bakat Nikmat Mencipta

1. MENGHARGAI MASA

Masa tidak ternilai harganya dan datangnya sekali sahaja seumur hidup. Maksudnya, apabila hilang, tidak akan ada gantinya lagi. Dengan demikian, masa yang berlalu secara yang tidak berfaedah merupakan modal yang telah lesap.

Banyak petikan yang boleh diberi untuk

mengambarkan nilai masa.

Al-

Quran (Surah Al Asr 103: 1-3) memperingati manusia tentang masa. Dalam semua budaya juga terdapat kata-kata hikmat yang menyentuh keperihalan mahalnya masa, contohnya Time and tide wait for no man. Di permukaan grandfather clock kerap terdapat peringatan dalam bahasa Latin iaitu tempus fugit , maksudnya, time flies. mengatakan masa itu emas! Peribahasa kita sendiri

Di tempat kerja ada beberapa amalan positif untuk tidak membazirkan masa. Misalnya apabila membuat sesuatu kerja, Do it right the first time, supaya tidak perlu diulang sekali lagi. Perancangan kerja yang teliti juga akan

menjamin kerja berjalan lancar dan masa dijimatkan. Oleh yang demikian, antara nilai yang diutamakan dalam menghargai masa ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

segerakan tindakan tepati masa rancang masa dan tugas menyelesaikan tugas pada masa yang ditetapkan

Amalan-amalan negatif pula akan mengakibatkan pembaziran masa. Misalnya mencuri tulang semasa bertugas atau berbual-bual kosong.

2.

KETEKUNAN MEMBAWA KEJAYAAN

Ketekunan membawa gambaran kesungguhan dan kesabaran. Orang yang tekun tidak menerima kekalahan. Genggam bara api biar jadi arang, kata orang tua-tua. Orang Islam pula sedia maklum bahawa Allah sentiasa

bersama dengan mereka yang sabar (al-Quran Surah Al-Baqarah 2:153

Kakitangan yang tekun bersifat dedikasi dan berdisiplin.

Orang yang

berdisiplin, bekerja apabila diperlukan bekerja, manakala mereka yang tidak berdisiplin pula tidak bekerja atau curi tulang semasa mereka sepatutnya bekerja. Ketabahan diperlukan apabila berhadapan dengan masalah, besar atau kecil. semangat. Setiap halangan adalah cabaran dan bukanya pematah

Dalam usaha melaksanakan inovasi, ketekunan juga diperlukan.

Sikap

hangat-hangat tahi ayam tidak boleh dijadikan modal, sebaliknya contohi semangat kaizen (lakukan sesuatu secara berterusan dan

berkesinambungan), seperti yang diamalkan dalam budaya kerja Jepun (http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html). Secara ringkasnya, nilai-nilai yang perlu dipupuk untuk memastikan kejayaan antaranya ialah:

(i) (ii) (iii) (v) (vi) (vii)

bersemangat gigih dan tekun berdisiplin dedikasi cekal berpandangan jauh inovatif dan kreatif

3.

KESERONOKAN BEKERJA

Kerja jika dianggap ibadat, tidak akan menjadi chore yang membeban dan membosankan. Penerimaan hakikat ini akan mendatangkan kepuasan kerja, dan semangat untuk terus-menerus menjalankan tugas. seronok bekerja bersifat proaktif (Covey 1990: 66-94) Manusia yang

Bagi seorang ketua pula, minat dan penghargaan yang ditunjukkan kepada usaha-usaha pekerjanya akan menjadi punca motivasi. Antara nilai-nilai

yang perlu dititik beratkan dlalam mewujudkan keseronokan bekerja ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

kerja adalah ibadah menghasilkan sesuatu yang berfaedah komitmen terhadap kerja sedia bekerjasama

4.

KEMULIAAN KESEDERHANAAN

Satu sifat terpuji ialah bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih jalan pertengahan antara dua extremes. diperingatkan bahawa sebaik-baik pekerjaan itu Orang Islam telah yang sederhana.

Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:

(i) (ii) (iii) (iv) (v)

sederhana dalam semua aspek kehidupan tidak membazir adil dalam tindakan bersikap terbuka berjimat cermat

Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapa kali pula mereka ini terdiri daripada golongan

munafik yang suka berpura-pura.

5.

KETINGGIAN PERIBADI

Ketinggian peribadi mencerminkan harga diri seseorang, Antara petunjuknya adalah tutur-kata yang sopan dan tingkah laku yang menyenangkan mata memandang. Keikhlasannya juga nyata, bukan dibuat-buat. Sekalipun dia menduduki tempat sebagai ketua dalam sesuatu organisasi, dan tidak

angkuh, boleh menegur dan ditegur. Maruah orang bawahannya sentiasa dipelihara. Oleh itu antara sifat ketinggian peribadi seseorang ialah:

(i) (ii)

bersopan santun amanah

(iii) (iv)

saling hormat-menghormati sedia membantu

Sebaliknya, kemudahan peribadi dapat diukur, antara lainnya, daripada perbuatan suka mencari kesalahan orang lain, tidak amanah,

menyalahgunakan kedudukan dan tidak ikhlas dalam segala tindaktanduknya.

6.

KEKUATAN SIFAT BAIK HATI

Tersangat banyak sifat terpuji pada diri orang yang menghayati nilai ini. Sebagai ketua dia kaya dengan sifat peri kemanusiaan: simpati, suka menolong orang bawahannya, sedia memberi tunjuk-ajar dan adil dalam keputusannya. Salahuddin Al-Ayubi dikatakan dihormati oleh pengikut-

pengikutnya dan dikagumi oleh musuh-musuhnya. Pernah dia menangguh serangan ke atas sebuah kubu orang Kristian, kerana seorang knight sedang melangsungkan upacara perkahwinannya pada ketika itu. Antara sifat baik hati yang perlu dipraktikkan ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

adil sedia menerima teguran bertimbang rasa prihatin terhadap kebajikan

7.

PENGARUH TELADAN

Satu sifat yang dicela pada diri seorang ketua ialah dia yang berkata, buat seperti apa yang aku kata, bukan seperti apa yang aku buat. Ini sama saja seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. Dalam banyak kes pula, teladan buruk apabila ditiru, ditiru dengan terlebih buruk lagi!

Kerajaan kita pada hari ini berpandu kepada prinsip kepimpinan melalui teladan. Lebih mudah mengajar melalui teladan yang baik daripada sematamata memberi arahan. Oleh itu sifat-sifat yang perlu diamalkan ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

berkelakuan baik amanah telus dalam prosedur bermoral tinggi

8.

KEWAJIPAN MENJALANKAN TUGAS

Apabila seseorang telah menerima sesuatu tugas, maka wajiblah baginya menyempurnakan tugas tersebut. Dalam menjalankan tugas pula sikap yang tepat ialah beriltizam menyempurnakannya dengan penuh tanggung jawab, bukan sekadar memenuhi syarat saja.

Dalam Islam, mengelak daripada menjalankan tugas bermakna lari daripada tanggungjawab. Hukumnya, berdosa. Ada orang yang mencuri waktu

pejabat, berniaga secara sambilan, seperti menjadi pengedar barangan solek dan pinggan-mangkuk. Pendapatan daripada perniagaan sebegini yang

menggunakan waktu curi ini adalah haram. Dalam hal menjalankan tugas ini, kecekapan dan ke profesionalisme adalah menjadi kayu ukur yang dikehendaki. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu diamalkan ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

bertanggungjawab tekun dan sabar mengutamakan kerja pentingkan kualiti

9.

KEBIJAKSANAAN BERHEMAT

Berhemat ertinya berjimat-cermat, tidak boros. adalah dikutuk, dikatakan sahabat syaitan.

Boros atau pembaziran

Dalam kajian yang dibuat di

Amerika tentang mereka yang mantap kedudukan kewangannya, satu faktor yang sentiasa terdapat pada setiap mereka ini adalah berhemat dalam perbelanjaan mereka, yakni tidak pernah melebihi pendapatan.

Di tempat kerja, amalan berhemat dapat dipraktikkan dalam pelbagai situasi. Misalnya dalam penggunaan alat tulis, dan elektrik. Kertas yang telah dipakai pada sebelah halaman boleh digunakan sebagai scratch paper; lampu bilik air ditutup selepas digunakan; kipas dan hawa dingin elok ditutup semasa waktu rehat. Oleh yang demikian antara sifat yang perlu dipupuk bagi

menjayakan usaha berhemat ialah:

(i) (ii) (iii)

tidak membazirkan harta kerajaan bertanggungjawab terhadap harta kerajaan menggunakan harta kerajaan mengikut keperluan

Di samping itu, janganlah pula bakhil. Bakhil ialah enggan mengeluarkan belanja pada perkara-perkara yang diperlukan. akan menurun dan produktiviti terjejas. Natijahnya ialah prestasi

10.

KEUTAMAAN KESABARAN

Kesabaran mempunyai kaitan dengan ketekunan. Orang yang sabar dapat menerima kegagalan sebagai cabaran untuk terus berjuang. Dalam Islam, kesabaran adalah sifat terpuji.. Lumrah diketahui bahawa tidak ada kemenangan atau kejayaan tanpa kesabaran. Dalam sejarah perjuangan

Rasulllah s.a.w., penentangan daripada pembesar-pembesar Quraisy tidak mematahkan semangat perjuangan beliau. Berkat kesabaran, akhirnya Islam diterima dan berkembang.

Demikian juga, jika kita mengkaji sejarah reka cipta, Edison, Bell, Marconi, Baird dan lain-lain pereka cipta berjaya lantaran kesabaran.

Pemimpin yang sabar akan mewujudkan pentadbiran yang inovatif, kreatif dan dinamik. Dia tidak takut mencuba dan tidak jemu mencari alternatif-

alternatif. Dalam hubungan interpersonal pula, kesabaran adalah satu aset, terutama dalam menghadapi kerenah orang lain. Oleh itu kesabaran dalam mengusahakan sesuatu pekerjaan amat penting dengan mengambil kira pemupukan sifat-sifat berikut:

(i) (ii) (iii)

sedia menghadapi tekanan masa dan ruang tidak mudah putus asa sedia menyahut cabaran

11.

PENINGKATAN BAKAT

Bakat sebenarnya adalah manifestasi kecerdikan, mengikut teori multiple intelligences. Orang yang berbakat dalam sesuatu lapangan akan dapat

menghasilkan kerja yang bermutu. Muzik ciptaan P. Ramlee hidup segar hingga ke hari ini kerana muziknya itu adalah cetusan bakatnya.

Bakat jika tidak dipupuk dan dipertingkatkan menjadi sia-sia. Sebaliknya, jika diperitingkatkan, individu itu sendiri dan organisasinya juga akan turut menerima faedahnya. Dibawah konsep Persyarikatan Malaysia, negara juga akan turut mendapat keuntungan daripada peningkatan bakat individu-

individu; kejayaan sektor swasta akan mempengaruhi juga sektor awam.

Ketua jabatan wajar mengenal pasti orang bawahannya yang berbakat serta menggalakkan bakat tersebut dipertingkatkan. Idea-idea janganlah disekat, lantaran hasad dengki, tetapi hendaklah digalakkan untuk dikembangkan. Dalam ucapan YAB Dato Seri Dr. Mahathir sempena perasmian Kompleks Jabatan Perkhidmatan Awam, beliau menegaskan tentang perlunya

menajamkan bakat yang sedia ada pada seseorang (http://www.jpa.gov.my/korporat/perasmi.html).

12.

NIKMAT MENCIPTA

Bahan utama yang diperlukan untuk mencipta ialah kreativiti.

Idea-idea

lateral seperti dipelopori dan dikembangkan oleh Edward de Bono (Edward de Bono 1990 dan 1996) dapat membantu mencipta sesuatu. Di jabatanjabatan kerajaan banyak tradisi kerja yang boleh digantikan dengan yang baru. Misalnya, tradisi pegawai atasan mengelak daripada berjumpa dengan pelanggan. Dalam perbankan, biasanya pelanggan datang ke bank untuk

menyelesaikan urusan, misalnya pinjaman. Tetapi, hari ini ada bank yang menghantarkan pegawainya untuk mendapatkan tanda tangan piminjam yang sedang menunggu penerbangan di lapangan terbang

Banyak idea yang pada mulanya nampak janggal atau gila-gila, akhirnya diterima dengan baik, misalnya konsep sekolah dalam taman. Idea

menerbitkan kereta nasional kita pada masa mula-mula dicadangkan dahulu telah mentertawakan sesetengah pihak. Tetapi, kini nyatalah idea itu sesuatu yang hebat.

Disediakan Oleh:

Ahmad bin Hj. Ramli Cawangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai