Anda di halaman 1dari 17

Nama: Amirul Hakimi Bin Muhamad Azizi. Tingkatan: 2 Dinamik.

Nama Guru: Puan Rusnah

Isi kandungang - 1 Penghargaan - 2 Objektif Kajian - 3 Kaedah Kajian - 4 Hasil Kajian - 5 -Sejarah Sekolah - 6 - Maksud Lencana 7 - Gambar Lencana - 8 - Peta Sekolah 9 Rumusan - 10 - Bersatulah Malaysia! 12 - Membina bangsa dengan semangat patriotisme 13 & 14 Lampiran - 15 Rujukan 16

SMK Saujana Impian mula beroperasi pada 1 Disember 2001 dengan perlantikan pengetuanya yang pertama iaitu Hajah Asma binti T.K. Ab. Rahman Nama diberi sinonim dengan nama kawasan perumahan yang dibina oleh Syarikat Negara Properties Sdn. Bhd. Iaitu Taman Saujana Impian Sekolah ini mempunyai Empat (4) blok banggunan : i. Blok Abu Bakar Dinamakan sempena nama tokoh pemimpin Islam. Terdapat pejabat pentadbiran, bilik guru, bilik kesihatan, perpustakaan, makmal komputer, bilik perperiksaan, makmal bahasa, dan bilik disiplin. Blok Burhanuddin Helmi Dinamakan sempena nama tokoh pendidik. Terdapat dua kelas tingkatan 2 & 15 Kelas tingkatan satu. Blok Ibnu Sina Dinamakan sempena nama tokoh perubatan Islam. Terdapat enam buah makmal sains, bilik Saujana Harmoni, bilik Seni, SPBT, dua buah kelas tingkatan 4 dan bilik sukan Blok Zaaba dinamakan sempena nama seorang tokoh pendidikan. Terdapat 12 kelas tingkatan dua, koperasi, bilik kaunseling, dan dewan sekolah.

ii. iii.

iv.

Terdapat banggunan tambahan bengkel Kemahiran Hidup, Surau, Kantin dan Bilik persalinan Dua buah gazebo yang dibina pada tahun 2004, RM 16,000 Sekolah berkeluasan 396,017 kaki persegi. Di awal penubuhannya terdapat 7 kelas, 197 orang pelajar dan 20 guru sahaja.

Lilitan bujur Melambangkan perpaduan antara manusian dengan manusia dan manusia dengan tuhan. Ia juga melambangkan kesempurnaan segala usaha dalam misi dan visi pendidikan Bentuk geometrikal empat segi Sistem pendudukan yang sentiasa menyalurkan kesedaran dan keinsafan, individu dan masyarakat terhadap kemajuan sains dan teknologi Buku yang terbuka Ilmu dan pendidikan tanpa mengira keturunan, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bahasa Malaysia Selaras dengan falsafan pendidikan negara. Lima bulatan kecil Sukan dan intergrasi yang diterapkan pada warga sekolah seperti perpaduan dan semangan ingin berlumba dalam berlawan. Komputer Kemajuan dan persatuan teknologi maklumat terjadi aspek pertama melahirkan insan yang seimbang dan berketrampilan. Ia juga merupakan media sampungan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Bulan dan bintang Agama rasmi menjadi Pegangan majoriti warga SMKSI

Saya ingin mengucapkan syukur kepada kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, folio Sejarah dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan folio ini saya telah mendapat sokongan dan bantuan dari beberapa pihak. Saya ingin menyampaikan penghargaan setinggi-tingginya kepada Puan Rusnah kerana telah memberi tunjuk ajar kepada saya cara-cara membuat folio ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada rakan-rakan saya dari kelas 2 Dinamik yang turut sama membantu dari segi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menyokong saya dalam proses membuat folio ini, mereka memberi dorongan dan nasihat kepada saya. Terima kasih.

Memupuk rasa cinta dan kasih yang mendalam terhadap sekolah. Sebagai memenuhi keperluan mata pelajaran Sejarah. Dapat Menyelidik sejarah sekolah serta merekodnya. Supaya dapat dibaca dan dihargai oleh jenerasi akan datang. Untuk mendapat markah pada peperiksaan akhir tahun.

Terdapat 4 kaedah kajian yang saya lakukan bagi memenuhi keperluan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah 2012 . Maklumat adalah Lawatan dan pemerhatian : Saya melawat banggunan sekolah terutamanya bilik-bilik khas. Pembacaan : Saya membaca buku peraturan sekolah, majalah sekolah serta papan kenyataan sekolah untuk memperolehi maklumat. Internet : Saya melayari internet untuk memperoleh maklumat seperti sejarah sekolah dan lencana sekolah

Akhirnya saya telah berjaya menyiapkan folio sejarah ini, Saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang latar belakang SMK Saujana impian (SMKSI). Saya berharap dengan adanya folio sejarah ini dapat membantu jenerasi-jenerasi SMK Saujana Impian yang akan dating bagi mengenali SMKSI dengan lebih terperinci dan akan terus menyayangi SMKSI sampai bila-bila.

10

1)Majalah Sekolah 2)Laman Web 3)Papan Info Sekolah 4)Buku Peraturan Sekolah Sekolah

16

15

Di Negara Malaysia, terdapat berbilang kaum. Antara kaum di Malaysia adalah, kaum Melayu, kaum Cina, kaun India, dan sebagainya. Kita merupakan rakyat Malaysia haruslah bersatu padu memajukan Negara kita yang tercinta ini bukan memusnahkannya. Janganlah bergaduh diantara satu sama lain, ia boleh menyebabkan Negara kita mundur. Kita perlu ada sifat tolong-menolong, bertanggungjawab, prihatin, peramah, dan banyak lagi sifat-sifat positif yang perlu kita ada untuk memajukan Negara. Sifat yang tidak boleh ada di dalam diri kita ialah, suka mengejek orang, menghina, memfitnah, pentingkan diri, tidak bertanggungjawab, dan macam-macam lagi sifat negetif. Kita perlu bersatu supaya orang luar tahu yang Negara Malaysia adalah Negara yang aman dan harmoni, ramai pelancong akan datang ke Negara kita. Sekiranya Negara tidak aman, tidak ada pelancong akan datang. Kemudian ekonomi akan terjejas. Kita juga perlu ada sifat cinta akan Negara dan sayang akan Negara kita ini. Jika kita sendiri tidak menyayangi Negara kita sendiri, siapa lagi ingin menyayanginya selain kita? Janganlah mengotorkan alam semula jadi yang indah di Negara kita dengan membuang sampah di meratarata tempat. Jaga lah kebersihan alam kita. 14

SETIAP kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu padu. Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 mestilah berasaskan kepada penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan. Patriotisme seharusnya menjadi subjek dan tema penting yang mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu. Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, anarkisme, keganasan, sekularisme, demokrasi, pembinaan negara bangsa dan sebagainya. Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara. Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Usaha mengekalkan semangat juang yang tinggi, mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia.Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara.Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia iaitu membabitkan ekonomi, politik, sukan, pendidikan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu.Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi.Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara.Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan.Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: " Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu."Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara.Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa. Memupuk semangat cintakan negara tidak seharusnya bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara.Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu.Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan yang berfungsi penuh, termasuk sebagai pengantar pendidikan di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai