Anda di halaman 1dari 6

MATLAMAT

TUJUAN PENUBUHAN KADET REMAJA SEKOLAH

1. Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri,
berdaya saing, kreatif, serta berinovatif menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

2. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke
arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3. Menangani masalah salah laku dalam kalangan pelajar remaja.

4. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar


memperoleh pengetahuan, pengalaman. kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

5. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan
negara Malaysia.

6. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai
murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup murni bermasyarakat dan
kenegaraan.

7. Membina dan mengembangkan kefahaman kesedaran dan kepekaan tentang isu-isusemasa


dalam kalangan pelajar serta berkeupayaan bertindak dengan sewajarnya.
LOGO RASMI

Logo rasmi ini adalah lambang utama dalam Kadet Remaja Sekolah.

1. Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.

2. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

3. Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta
matang dan rasional dalam tindakan.

4. Buku yang terbuka dan rehal pula melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu bagi semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.

5. Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.

6. Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang
tercinta.

7. Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara
Malaysia.

8. Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.


BENDERA TKRS
LAGU RASMI
KADET REMAJA SEKOLAH

Kadet Remaja Sekolah


Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan llmu, Iman dan Amal
Marilah kita membina peribadi
Menjadi insan yang kreatif
Bersama kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan

Remaja sambutlah cabaran


Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada Pencipta
Remaja hayati budaya
Ilmu, Iman dan Amal
Kekalkan di hati dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Anda mungkin juga menyukai