Anda di halaman 1dari 5

Sejarah Pandu Puteri

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) bermula dengan penubuhan pasukan Pandu Puteri
pertama di Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur pada tahun 1916. 

Pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu
Puteri di Calcutta, India. Pusat Pentadbiran PPPM telah terpindah dari Singapura ke Wisma
Pandu Puteri, Kuala Lumpur pada tahun 1957 dan PPPM telah ditubuhkan di bawah Akta
Parlimen dalam tahun 1958. 

Sehingga kini, PPPM mempunyai 18 cawangan di seluruh negara dengan bilangan ahli melebihi
130,000 orang.  PPPM adalah sebuah persatuan yang bebas, tidak terlibat dengan parti politik
atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, malah bercorak memberikan
Pendidikan tidak formal untuk anak gadis dan wanita remaja. 

Pada tahun 1957, PPPM dengan rasminya menjadi Ahli Bersekutu Persatuan Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia ataupun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS)
dan diterima sebagai ahli Tenderfoot dalam tahun 1960. Pada tahun 1966 PPPM diterima sebagai
Ahli Penuh WAGGGS (Full Member). 

PPPM mempunyai komitmen dalam melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang
berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan negara
dan bangsa malalui visi PPPM "Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita untuk
membawa perubahan." 

Setelah 100 tahun berada di Malaysia, PPPM telah menyumbang ke arah melahirkan pemimpin
wanita yang hebat, cemerlang serta berwibawa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Visi Pandu Puteri


Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan.
Misi Pandu Puteri
PPPM membunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber
melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan
antarabangsa.

Persetiaan Pandu Puteri


Bawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya,
menunaikan kewajipan saya terhadap Tuhan,
Raja dan Negara saya, Malaysia,
menolong ornag pada setiap masa
dan mematuhi undang undang Pandu Puteri

Cogan Kata Pandu Puteri


"Selalu Sedia"

Undang-Undang Pandu Puteri


Seorang Pandu Puteri
1. Boleh Dipercayai
2. Sentiasa Taat dan Setia
3. Suka Menolong Orang Lain
4. Bersahabat Dengan Semua Orang dan Bersaudara Dengan Ahli Pandu Puteri Yang Lain
5. Sentiasa Bersopan Santun
6. Melindungi Haiwan dan Memelihara Alam Sekitar
7. Sentiasa Menurut Perintah
8. Bersemangat dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan
9. Sentiasa Berjimat Cermat
10. Suci dalam Fikiran, Perkataan dan Perbuatan

Nilai-Nilai Teras
Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai
seperti berikut pada setiap masa;
 Integriti
 Toleransi
 Kejujuran
 Kasih Sayang
 Hormat Menghormati
 Bantu Membantu

Anda mungkin juga menyukai