Anda di halaman 1dari 21

1.

0 Pendahuluan
Pergerakan Kepanduan yang lebih dikenali sebagai Pandu Puteri bukan sahaja
popular di kalangan pelajar, tetapi juga dalam kalangan golongan remaja dan dewasa di
negara ini. Hakikat ini dapat dibuktikan dengan penyertaan untuk menjadi ahli Pandu Puteri
yang telah menjangkau hampir 100 000 orang.
Di Malaysia, Persatuan Pandu Puteri (PPPM) merupakan sebuah pertubuhan yang
bergabung dengan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) dan Majlis Belia
Malaysia (MBM). PPM menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan
formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan kaedah yang fleksibel, ceria
dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan dari peringkat sekolah rendah hinggalah
ke peringkat dewasa.
Asas pergerakan ini bertujuan membentuk generasi muda agar menjadi insan yang baik
budi pekerti, berdisiplin dan sanggup berbakti dengan luhur kepada agama, negara dan
juga masyarakat di sekelilingnya. Aktiviti-aktiviti yang merangkumi pelbagai kemahiran yang
terkandung dalam Pergerakan Pandu Puteri ini mudah diikuti dan secara keseluruhannya
dapat menarik minat setiap individu yang menyertai serta mengeratkan perpaduan kaum di
negara ini.
Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja
perempuan yang berumur di antara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan,
mereka akan dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Seorang Pandu Puteri Remaja
memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan biru tua. Ahli-ahli yang telah berjaya
memperoleh lencana kecekapan akan memakai selepang di atas baju kemeja.
Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah SELALU SEDIA. Hal ini menunjukkan bahawa
Pandu Puteri Remaja sentiasa berada dalam keadaan sedia dalam menghadapi sebarang
cabaran atau ujian dalam hidup. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seorang Pandu
Puteri Remaja agar mereka sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara
khususnya.

2.0 Mengenali Diri dan Negara


Pandu Puteri Remaja adalah anak-anak gadis yang berumur di antara 11 hingga 15 tahun.
Mereka dilantik menjadi Pandu Puteri Remaja setelah lulus ujian Pra-Persetiaan. Dalam
Pandu Puteri, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan perkara-perkara berikut:
2.1 Cogan Kata
Cogan kata Pandu Puteri adalah Selalu Sedia. Cogan kata ini menunjukkan
dan mengingatkan kepada semua ahli bahawa Pandu Puteri Remaja adalah
sentiasa berada dalam keadaan sedia dalam menghadapi sebarang cabaran atau
ujian dalam hidup.
Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa memegang cogan kata ini di dalam
dirinya agar mereka sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara
khususnya. Melalui cogan kata ini, pelajar akan dapat mengenali sifat diri mereka
yang bertanggungjawab.
Sifat bertanggungjawab membawa maksud kesanggupan diri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Seorang ahli
Pandu Puteri memegang tanggungjawab untuk mematuhi 10 undang-undang yang
ada dalam Pandu Puteri.
Antara undang-undang dalam Pandu Puteri termasuklah seorang Pandu Puteri
Remaja boleh dipercayai, seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia,
seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain serta seorang Pandu Puteri
Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan semua Pandu
Puteri Remaja yang lain.
Seorang ahli pandu yang bertanggungjawab akan mampu menjadi ahli Pandu
Puteri yang boleh dicontohi oleh rakan-rakan sebayanya. Sikap bertanggungjawab
seorang ahli pandu akan menggalakkan mereka untuk memainkan peranan dan
bertindak tanpa menunggu arahan ke arah mencapai kejayaan. Seseorang yang
bersiap bertanggungjawab juga akan menjadi lebih bersemangat dalam melakukan
sesuatu perkara.
2

Seorang ahli pandu juga bertanggungjawab kepada Negara terutama untuk


memelihara perpaduan dan keharmonian Negara. Sekiranya sifat bertanggungjawab
untuk memelihara perpaduan dan keharmonian Negara disemai dan diamalkan,
sudah pasti perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban untuk Negara juga
akan turut ada.
Seorang

ahli

pandu

yang

bertanggungjawab

serta

memiliki

semangat

nasionalisme akan melahirkan kekuatan dalam mempertahankan negara daripada


campur tangan kuasa luar seterusnya memelihara kedaulatan dan seterusnya
mengekalkan kemerdekaan Negara.

Rajah 1: Logo PPPM

2.2 Persetiaan Pandu Puteri Remaja


"Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia
3

dengan sedaya upaya saya,


Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya
Malaysia, Menolong orang setiap masa
dan Mematuhi undang-undang Pandu Puteri Remaja"
Persetiaan di atas menunjukkan dan mengingatkan kepada ahli-ahli Pandu
Puteri Remaja agar mereka menyedari akan peranan yang mereka ada terhadap
Tuhan, Raja, Negara dan juga terhadap diri mereka sendiri. NIlai pertama yang ada
dalam persetiaan ini adalah kepercayaan kepada Tuhan. Nilai ini membawa
maksud keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip
Rukun Negara.
Nilai yang kedua adalah taat setia kepada raja dan Negara. Nilai ini boleh
didefinisikan sebagai kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan
negara. Nilai yang seterusnya adalah toleransi. Toleransi membawa maksud
kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Nilai saling membantu dan bekerjasama yang membawa maksud usaha yang
baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti dan
Negara untuk mencapai sesuatu matlamat juga boleh didapati dalam persetiaan
tersebut. Nilai terakhir yang boleh didapati dalam persetiaan tersebut adalah
mematuhi peraturan dan undang-undang. Nilai tersebut membawa maksud
menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa
mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Jika dihayati sepenuhnya, kesemua nilai yang boleh didapati dalam persetiaan
ini akan memudahkan pelajar untuk mengenali dan memupuk nilai-nilai murni dalam
diri atau peribadi mereka. Hal ini akan memudahkan lagi bagi PPPM untuk mencapai
komitmen mereka untuk melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa
yang berkaliber melalui penerapan ilmu.

Rajah 2: Ahli-ahli Pandu Puteri Melafazkan Ikrar Kepanduan

Rajah 3

2.3 Undang-undang Pandu Puteri


Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak
pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan
perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan
keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.
5

Matlamat pendidikan bukan formal yang berkualiti ialah Jerih, Rapi, Kaitan dan
Hubungan. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk
memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan
program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu
Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk
perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja.
Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui
program kepanduan yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang
menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.
Program kepanduan yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang
Pandu Puteri yang bertujuan supaya :
1. Seorang Pandu Puteri Remaja boleh dipercayai.
2. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa taat dan setia.
3. Seorang Pandu Puteri Remaja suka menolong orang lain.
4. Seorang Pandu Puteri Remaja bersahabat dengan semua orang dan bersaudara
dengan semua Pandu Puteri Remaja yang lain.
5. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa bersopan.
6. Seorang Pandu Puteri Remaja melindungi haiwan dan sentiasa memelihara
alam sekitar.
7. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa menurut perintah
8. Seorang Pandu Puteri Remaja bersemangat dan bergembira walaupun di dalam
kesulitan.
9. Seorang Pandu Puteri Remaja sentiasa berjimat cermat.
10. Seorang Pandu Puteri Remaja suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Kesemua undang-undang Pandu Puteri yang telah digubal sememangnya akan
dapat membentuk diri seorang ahli pandu tersebut agar menjadi seorang insan
yang berguna kepada masyarakat dan negera. Secara ringkasnya, seorang ahli
pandu yang menghayati kesemua undang-undang Pandu Puteri ini akan mampu
mengenali diri sendiri dengan lebih lanjut lagi dan juga Negara.
6

2.4 Asas Program Pandu Puteri


Seperti yang kita telah sedia maklum, terdapat beberapa asas dalam programprogram Pandu Puteri yang telah diterapkan. Secara tidak langsung, asas-asas
tersebut sebenarnya membantu seorang ahli Pandu Puteri untuk mengenali diri dan
Negara serta membentuk keperibadiaan yang boleh dicontohi oleh rakan-rakan
sebaya.
2.4.1

Perkembangan Diri, Sahsiah dan Intelek


Perkembangan diri membawa maksud memperkembangkan potensi yang
ada dalam diri sendiri. Perkembangan sahsiah pula membawa maksud
memperkembangkan semua aspek iaitu jasmani, rohani, naluri dan akal
individu. Perkara ini boleh membina akhlak, peribadi dan perangai
dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal,
mempunyai nilai murni serta berdaya maju. Perkembangan intelek pula
membawa maksud memperkembangkan kemampuan daya berfikir,
memahami dan menganalisis.
Asas program perkembangan diri, sahsiah dan intelek dalam program
pandu puteri ini sememangnya membantu seorang ahli Pandu Puteri
untuk mengenali diri dan Negara di samping meningkatkan lagi segala
aspek positif dalam diri seseorang Pandu Puteri tersebut. Antara program
yang boleh dijalankan termasuklah program ceramah motivasi dan
program mentor mentee (antara Guru Pembimbing Pandu Puteri dan ahli
Pandu Puteri).

2.4.2

Minat dan Hobi


Program-program dalam Pandu Puteri seperti penyediaan minum petang,
menjahit dan sebagainya mampu menyemai minat dan hobi ahli-ahli
Pandu Puteri dalam perkara-perkara tersebut. Dalam masa yang sama,
mereka dapat mengenali diri dan juga Negara.

2.4.3

Gaya Hidup Sihat


7

Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina


dimana ia dapat membawa kesan yang positif kepada seseorang
individu. institusi keluarga dan juga masyarakat.
Penerapan asas gaya hidup sihat dalam program-program Pandu Puteri
sememangnya akan memperkembangkan lagi potensi seseorang ahli
pandu. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting
dalam menjaga tahap kesihatan seseorang.
Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang
seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara
pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental,
fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup
yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian
kepada kehidupan kita.
2.4.4

Khidmat
Seorang ahli Pandu Puteri adalah seorang yang suka menolong orang
lain. Mereka sanggup memberikan khidmat tanpa mengharapkan
sebarang balasan daripada orang lain. Perkara ini boleh dikaitkan dengan
diri seorang Pandu Puteri yang sanggup melakukan apa sahaja demi
Negara yang tercinta. Seorang ahli pandu rela berkhidmat asalkan
tindakan mereka itu mendatangkan kebaikan kepada Negara. Contohnya
dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemajuan Negara.

2.5 Elemen Program Pandu Puteri


Terdapat beberapa elemen dalam program Pandu Puteri yang boleh membantu
seorang ahli pandu dalam mengenali diri dan Negara.
2.5.1

Perkembangan Jasmani
Perkembangan jasmani boleh merujuk kepada kemahiran menggunakan
anggota. Seorang ahli Pandu Puteri adalah seorang yang aktif dan
8

cergas. Antara contoh program yang boleh dilaksanakan termasuklah


aktiviti senamrobik dan aktiviti sukaneka.
2.5.2

Perkembangan Emosi
Perkembangan

emosi

membawa

maksud

boleh

memahami

dan

menguasai perasaan. Seorang ahli Pandu Puteri adalah sentiasa


bersopan. Mereka boleh mengawal segala perasaan negatif yang wujud
dalam siri dan sedaya-upaya mencuba untuk menjadi positif. Hal ini boleh
dilihat ketika seorang hal pandu tersebut melakukan khidmat masyarakat
ataupun sewaktu melakukan aktiviti di dalam kumpulan berenam
misalnya.
2.5.3

Perkembangan Kerohanian
Perkembangan kerohanian adalah merupakan sesuatu yang berlawanan
dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak
boleh dilihat dengan mata kasar. Bagi meningkatkan perkembangan
rohani remaja, pendidikan agama harus ditekankan seperti yang
dilakukan pada masa kini. Kesedaran tentang Tuhan sebagai pencipta
alam semesta dan benda-benda di sekeliling terus ditegaskan. Melalui
pendidikan agama, semangat sayang kepada Tuhan serta sifat-sifat yang
taat kepada suruhan Tuhan tetap akan diperkukuhkan.

2.5.4

Perkembangan Kognitif
Kognitif

merujuk

kepada

aktiviti-aktiviti

mental

seperti

berfikir,

menaakul,menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah


dan sebagainya.
Secara keseluruhannya, seorang ahli pandu mampu berfikir secara
sistematik, mampu memikirkan semua kemungkinan secara sistematik
untuk memecahkan masalah.
9

Rajah 4: Perkembangan Jasmani

Rajah 5: Perkembangan Emosi

3.0 Proses dan Bahan Sokongan Bagi Proses Pengendalian Aktiviti


Terdapat pelbagai proses dan bahan-bahan sokongan yang boleh digunakan untuk
mengendalikan kelas Pandu Puteri bagi tujuan mengenali diri dan Negara. Saya telah
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian bagi kelas Pandu Puteri Remaja dan juga
sertakan bahan-bahan sokongan yang diperlukan. Saya juga telah mencari video-video atau
lagu-lagu yang boleh digunakan agar sesi pembelajaran tersebut akan menjadi lebih
menarik lagi.
10

3.1 Rancangan Pengajaran Harian


Antara bahan yang digunakan termasuklah nota edaran untuk ahli-ahli Pandu Puteri
dan ujian personaliti. (Rujuk lampiran)
3.2 Video muzik (Kenali Malaysia, Cintai Malaysia nyanyian Sudirman)
https://www.youtube.com/watch?v=1tdS_A46EDI
Lagu ini boleh membuatkan ahli pandu untuk lebih mengenali peranan yang mereka
ada sebagai rakyat Malaysia yang demokratik. Seperti dalam Persetiaan Pandu
Puteri, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan negara saya Malaysia
(Rujuk lampiran)
3.3 Video Muzik (Warisan nyanyian Sudirman)
https://www.youtube.com/watch?v=ZLiJvNyt7pI
Lagu ini juga boleh membuatkan ahli-ahli Pandu Puteri lebih mengenali siapa diri
mereka untuk menjadi rakyat yang lebih patriotik. Ahli-ahli pandu juga dapat lebih
mengenali Negara di samping menyemai lagi rasa cinta kepada Negara. (Rujuk
lampiran)
3.4 Video (Kenali Potensi Diri Anda!)
https://www.youtube.com/watch?v=NIO4wZavPEs
Video ini boleh membuatkan ahli-ahli Pandu Puteri untuk lebih menyelami identity
diri masing-masing. (Rujuk lampiran)

4.0 Penutup
Sesungguhnya, mengenali diri dan negara amat penting bagi individu itu sendiri dan
bagi negara juga. Masa hadapan generasi baru terletak di tangan generasi hari ini dalam
menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda. Jika generasi pada hari ini lebih
bersikap terbuka dan bersedia untuk mengubah sesuatu atau mencipta sesuatu yang lebih
baik, bayangkan bagaimana kesannya kepada negara kita di masa hadapan. Negara pasti
akan mencapai matlamat wawasan 2020 dan berjaya mencapai kesejahteraan menyeluruh.
Demi mencapai matlamat generasi yang berjaya serta negara maju, banyak pihak yang
perlu memainkan peranan. Salah satu pihak yang bertanggungjawab adalah pihak sekolah.
11

Di sekolah guru hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap sesi
pembelajar. Guru juga tidak menghalang pelajar mereka untuk mengekspresi diri mereka
supaya dengan cara ini pelajar dapat mengetahui potensi diri mereka. Selain itu guru juga
membantu pelajar mereka dalam mencari kebolehan dan bakat pelajar. Sentiasa memberi
kata-kata semangat kepada pelajar agar mereka lebih bermotivasi untuk menjadi individu
yang berguna.
Dalam aktiviti persatuan unit beruniform, guru perlu sentiasa memantau setiap aktiviti
yang dijalankan dalam persatuan agar matlamat dapat dicapai. Aktiviti yang dijalankan
hendaklah banyak mengenai mencungkil potensi dan bakat individu. Mencungkil potensi
dan bakat dari segi kepimpinan, menerima dan memberi arahan serta mencipta sesuatu
yang baru. Selain itu ketahanan fizikal dan mental, kerjasama dengan ahli persatuan yang
lain juga turut dipupuk melalui aktivit persatuan. Hal ini disebabkan potensi, bakat serta
tahap keyakinan individu tidak boleh dilahirkan melalui pembelajaran dalam kelas sahaja,
tetapi ianya juga perlu dipupuk melalui aktivit-aktivit luar kelas seperti aktiviti dalam
persatuan beruniform.
I
Ibu bapa individu juga perlulah sentiasa memberi peluang kepada anak-anak mereka
untuk keluar menghadapi cabaran hidup agar mereka lebih memahami erti kehidupan dan
mengenali diri mereka dengan lebih baik lagi. Ibu bapa sentiasa memberi sokongan kepada
anak-anak mereka agar mereka berani untuk keluar dar zon selesa mereka dan mencuba
sesuatu yang baru. Namun demikian, pemantauan ibu bapa masi diperlukan agar anak
mereka tidak terpesong daripada matlamat mereka yang sebenar.

Rujukan
Pandu Puteri Malaysia. (2011). Diperoleh November 10, 2014, daripada Pandu Puteri Remaja:
http://www.panduputeri.org.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=30:pandu-puteri-remaja&catid=8:bahagian
Warisan. (2011, Ogos 10). Diperoleh November 10, 2014, daripada Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=ZLiJvNyt7pI
Kenali Personaliti. (2012, Oktober 6). Diperoleh November 10, 2014, daripada Blogspot:
http://lysd.blogspot.com/2012/10/kenali-personaliti-mengikut-cara-jepun.html?spref=bl

12

Kenali Potensi Dirimu. (2012, October 6). Diperoleh November 10, 2014, daripada Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=NIO4wZavPEs
Kenali Malaysia. (2013, Ogos 13). Diperoleh November 10, 2014, daripada Youtube:
https://www.youtube.com/watch?v=1tdS_A46EDI

Rancangan Pengajaran Harian


Tarikh

: 22 Januari 2014

Hari

: Rabu

Minggu

:3

Mata Pelajaran : Pandu Puteri Remaja


Kelas

Masa

: 2.00 petang 4.00 petang

Tajuk

: Identiti Diri

Tema

: Mengenali Diri Dan Negara

Objektif

13

(i)

Pelajar dapat memahami dan mengenali peribadi diri berdasarkan nilai-nilai teras PPPM.

(ii)

Pelajar dapat memahami dan mengenali peribadi diri berdasarkan kepada cogan kata
Pandu Puteri.

(iii)

Pelajar dapat memahami dan mengetahui tanggungjawab diri berdasarkan kepada nilainilai teras PPPM dan cogan kata Pandu Puteri.

Pendekatan
Aktiviti
(i)

: Masteri dan Pembacaan


:

Guru akan mengedarkan nota-nota berkenaan dengan nilai-nilai teras PPPM dan cogan
kata Pandu Puteri.

(ii)

Pelajar dikehendaki untuk membaca dan meneliti nota-nota yang diberikan.

(iii)

Pelajar akan berbincang dalam kumpulan berempat berkenaan dengan nilai-nilai teras
PPPM dan cogan kata Pandu Puteri dan perkaitan perkara-perkara tersebut dengan
kehidupan seharian mereka.

(iv)

Pelajar juga akan membincangkan kepentingan nilai-nilai teras PPPM dan cogan kata
Pandu Puteri dalam konteks mengenali dan mengetahui tanggungjawab kepada Negara.

(v)

Guru akan mengedarkan set soalan ujian personaliti kepada pelajar.

(vi)

Pelajar dikehendaki untuk menjawab ujian tersebut dalam masa 15 minit.

(vii)

Guru akan menerangkan hasil jawapan ujian dan mengaitkannya dengan personaliti
pelajar.

BBM

: Nota edaran, set soalan ujian personaliti

Nilai

: Bertanggungjawab, jujur, patriotisme

Refleksi

: Pelajar akan dapat mengenali diri dan Negara dengan lebih


lanjut lagi berdasarkan kepada nilai-nilai teras PPPM dan cogan
kata Pandu Puteri.

(NOTA EDARAN UNTUK AHLI PANDU)


NILAI-NILAI DAN COGAN KATA PANDU PUTERI
Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) percaya bahawa semua ahli perlu
menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa:

Integriti

Kejujuran

Hormat-menghormati

Tolerasi
14

Kasih Sayang

Bantu-membantu

Pandu Puteri Remaja merupakan sebuah pasukan yang dianggotai oleh remaja
perempuan yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun. Setelah lulus ujian Pra-Persetiaan,
barulah mereka dilantik sebagai Pandu Puteri Remaja. Pandu Puteri Remaja memakai
pakaian seragam berwarna hujau dan biru tua. Ahli-ahli yang telah berjaya memperoleh
lencana kecekapan memakai selepang di atas baju kemeja.
Cogan kata Pandu Puteri Remaja ialah SELALU SEDIA. Ini menunjukkan bahawa
Pandu Puteri Remaja sentiasa berada dalam keadaan sedia menghadapi sebarang cabaran
atau ujian. Cogan kata ini sentiasa dipegang oleh seseorang Pandu Puteri Remaja agar ia
sedar akan tanggungjawabnya kepada diri dan negara khususnya.

UJIAN PERSONALITI DIRI


Arahan:
1) Baca kelima-lima soalan dengan teliti.
2) Jangan ambil masa yang terlalu lama untuk menjawab soalan.
Perkara pertama yang terlintas di minda anda adalah jawapan
sebenar.
3) Setelah selesai menjawab, barulah anda boleh meneliti analisis yang
diberikan.

15

Soalan 1:
Kamu memiliki sejumlah wang yang banyak & ingin membeli kereta idaman. Tanpa
berfikir panjang, kereta yang kamu ingin beli adalah:
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Mercedez Benz
d) Apa sahaja yang boleh membawa kamu ke mana-mana

Soalan 2:
Bayangkan diri kamu seorang penyanyi & baru sahaja selesai merakamkan album
terbaru. Untuk kulit album, rekaan manakah yang menjadi pilihanmu:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih & lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu & berwana-warni
c) Potretmu
d) Lukisan abstrak yang tak jelas bentuknya

Soalan 3:
Kamu sedang merenung langit yang terbentang luas & indah. Kemudian pandangan itu
dialihkan pada persekitaranmu (tanah tempat berpijak). Apakah yang tergambar dalam
bayanganmu ketika itu:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar
Soalan 4:
Ketika membaca majalah / surat khabar, bagaimana cara kamu membacanya:
16

a) Membaca mengikut urutan


b) Baca dengan melangkau halaman. Memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian terlebih dahulu kerana mencari artikel menarik
d) Mula membaca dari halaman belakang terus ke hadapan

Soalan 5:
Kamu berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba seseorang datang menghampiri &
ingin berbual denganmu. Perkataan pertama yang terpacul di bibirmu ketika didekati
ialah:
a) "Lukisan ini cantik!"
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya mengganggu?"
d) Kenalkan diri, "Sayalah pelukisnya,"

JAWAPAN:
Soalan 1: Cara kamu memilih pasangan
a) Memilih berdasarkan naluri sendiri. Bagi kamu, calon yang paling sesuai adalah boleh
dipercayai serta boleh menenangkan.
b) Kacak/cantik adalah kriteria utama dalam memilih pasangan. Cara begini sering
membuatkan kamu sering patah hati dalam hubungan.
c) Status sosial & kewangan sangat penting dalam hidup kamu. Dalam memilih pasangan,
kamu akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka & mampu menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan kamu.
Soalan 2: Menunjukkan personaliti dirimu
17

a) Individu sensitif & prihatin. Namun agak pemalu & sukar ditafsir. Namun hakikatnya mudah
didekati.
b) Mudah bergaul,peramah & mempunyai ramai teman. Keramahan ada kalanya diragui temanteman & mereka sukar mempercayai dirimu. Kamu gemar membuat orang lain tertawa tapi
tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Gemar memperlihatkan bakat kepada umum. Tapi ingat, orang lain juga mempunyai bakat
sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka & terima pendapat orang lain.
Soalan 3: Melambangkan kebolehan / kelebihanmu
a) Individu sensitif Lebih-lebih lagi ketika berhadapan situasi yang rumit. Berfikiran tajam &
sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekelilingmu kagum dengan cara kamu
berkomunikasi & menyenangi dirimu.
c) Di anggap individu yang terlalu memahami orang lain. Bersedia membantu sesiapa saja,
dalam apa jua keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea & berpotensi untuk terus maju. Namun jangan smpai
mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 4: Cara mengatur perbelanjaan


a) Bijak merangka perbelanjaan, tidak boros & tahu menggunakan wang sebaiknya.
b) Boros! Sikapmu menjadikan kamu sering hidup dalam keadaan terdesak!
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap kamu kedekut kerana
membeli barang berkualiti rendah. Mungkin sebab kamu tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional! Sekiranya inginkn sesuatu, kamu sanggup
berhabisan.
Soalan 5 : Reaksi bila bertemu orang baru
a) Gemar berkawan & berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun ada kalanya
kamu agak bimbang orang lain tidak dapat menerima kehadiran kamu.
18

b) Sebelum meluahkn isi hati, kmu ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Ada kalanya
mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Sering dianggap individu yang sukar didekati oleh mereka di sekelilingmu. Kamu juga agak
mementingkan diri dlm melakukan sesuatu perkara.
d) Kamu berusaha bersungguh-sungguh agar diri kamu dapat diterima orang lain. Namun
usahamu seakan sia-sia kerana individu sekelilingmu seakan tidak gemar sikapmu.

Video muzik (Kenali Malaysia, Cintai Malaysia oleh Sudirman)


https://www.youtube.com/watch?v=1tdS_A46EDI

19

Video Muzik (Warisan oleh Sudirman)


https://www.youtube.com/watch?v=ZLiJvNyt7pI

20

Video (Kenali Potensi Diri anda!)


https://www.youtube.com/watch?v=NIO4wZavPEs

21

Anda mungkin juga menyukai