Anda di halaman 1dari 11

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

There are no translations available. Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai-Nilai Murni KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA UCAPAN OLEH TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP MENTERI KEWANGAN II 31 MAC, 2005 (KHAMIS), 2:30 PTG KEMENTERIAN KEWANGAN, PUTRAJAYA
1/5

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

Y.B Datuk Ng Yen Yen Timbalan Menteri Kewangan I YBM Dato' Tengku Putera Tengku Awang Timbalan Menteri Kewangan II Y.B Datuk Dr Hilmi Yahaya Setiausaha Parlimen Y.Bhg Dato' Izzuddin Dali Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri-Tan Sri Datuk-Datuk Saudara dan saudari warga Kementerian Kewangan. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera.
2/5

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t dapat kita bersama-sama di Majlis Pelancaran Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Kementerian Kewangan. 2. Kempen Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni telah pun dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri di peringkat kebangsaan pada 11 Januari lalu. Kempen ini merupakan satu agenda penting Kerajaan bertujuan untuk menyemai semula dan menyemarakkan amalan berbudi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. 3. Amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni bukanlah merupakan satu amalan baru bagi kita rakyat Malaysia. Malahan, ianya menjadi warisan keluarga di mana dari kecil lagi kita telah sentiasa diasuh dan diterapkan dengan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Kita telah dididik supaya sentiasa hormat-menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan berbagai lagi. Sudah tentunya, seseorang yang bersifat

dan mengamalkan nilai-nilai ini akan dihormati dan dipandang mulia di kalangan keluarga dan masyarakat sekelilingnya. Saudara -saudari sekelian, 4. Sebagai sebuah negara yang terbuka dan di dalam zaman perkembangan pesat ICT tanpa sempadan dan batasan ini, kita tidak dapat menyisihkan diri daripada terdedah kepada pengaruh dan asakan budaya dunia luar. Tetapi, apa yang penting ialah keupayaan kita untuk mengasingkan yang baik daripada yang buruk. Untuk ini, hanya dengan melengkapi diri dengan kekuatan berbudaya tinggi, dapat kita membezakan yang jernih dari yang keruh. Bahkan, ianya akan menjadi sandaran dan benteng yang teguh dalam kehidupan kita untuk menghalang diri dari tertarik dan seterusnya, terjerumus kepada gejala yang kurang sihat. 5. Selain daripada pengaruh luar, di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dan materialisma kehidupan, kita juga mudah dipengaruhi oleh sikap mementingkan diri sendiri. Sikap sebegini akan hanya membawa kepada unsur-unsur negatif seperti tidak jujur, tidak beramanah, tidak berintegriti serta keangkuhan diri. Kita seharusnya mempastikan dalam kita
3/5

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

meraih kejayaan, sindrom negatif seperti ini jangan dibiar menular dalam budaya masyarakat kita. 6. Kerajaan amat prihatin kepada perkembangan yang kurang sihat ini dan menyedari jika tidak dibendung akan membawa kepada kehakisan budaya berbudi bahasa dan amalan nilainilai murni yang telah menjadi warisan bangsa kita. Oleh itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilainilai Murni ini bertujuan menerap serta menanam keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Usaha ini bukan sahaja dapat menyuburkan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa malah mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, hormat-menghormati, saling bantu-membantu, di samping mengeratkan siratulrahim serta menyemarakkan lagi semangat muhibah di kalangan rakyat. 7. Sebagai sebuah negara majmuk yang berbilang kaum ini, amalan sikap bersopan santun dan berbudi bahasa juga telah menjadi asas kukuh dalam usaha kita menikmati jalinan perpaduan negara yang begitu erat selama ini. Sikap tolong-menolong, bantu-membantu dan semangat

gotong-royong yang telah memberi kekuatan dan menjadi kebanggan masyarakat kita perlu dipahatkan dalam kehidupan seharian semua rakyat. Saudara-saudari sekelian, 8. Bagi warga Kementerian Kewangan, kita juga memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha menjaya dan memperkasakan Kempen memupuk budaya kerja yang berlandaskan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni ini di dalam pesekitaran tempat kerja. Dalam kita berinteraksi dengan pelanggan-pelanggan, berikan mereka perkhidmatan terbaik, pastikan kita senantiasa bersopan santun dan beradab dengan tutur kata yang lemah lembut dan suasana yang mesra serta sikap ingin senantiasa membantu, selaras dengan slogan Perkhidmatan awam oeBudi Bahasa Budaya Kerja. 9. Selain itu, sebagai warga Kementerian Kewangan, kita juga harus mengamalkan sikap berhati mulia, adil dan jujur. Berhati mulia akan melengkapkan kita dengan sifat bertimbang rasa dan bersedia untuk membantu. Seseorang yang bersikap adil pula tidak akan sewenang-wenang menyalah gunakan kuasa yang diberikan kepadanya. Sebaliknya,
4/5

Majlis Pelancaran Kempen Bulan Budi Bahasa Dan Nilai Murni

penerapan sikap adil akan menjamin seseorang dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab. Orang yang jujur pula sentiasa tulus dan ikhlas dalam tingkah laku dan peradabannya semasa menjalankan tugas. Sesungguhnya, kesemua nilai-nilai ini menggambarkan keluruhan peribadi warga Kementerian dan seterusnya, mencerminkan imej organisasi kita di kaca mata awam. Oleh itu, sama-samalah kita kuatkan azam untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita dengan penuh kecekapan dan kecermelangan. 10. Semua amalan murni ini harus dipupuk dan disemai sejak daripada kecil lagi bagi memastikan generasi muda kenal akan warisan turun-temurun sejak zaman berzaman. Sebagai ahli dalam institusi keluarga, kita juga perlu bertanggungjawab mendidik dan membentuk setiap ahli keluarga kita supaya menjadi insan berperibadi mulia. Berbudi bahasa, beradab, bersopan santun serta bertoleransi harus sentiasa disemai bagi mempastikan kejayaan usaha Kerajaan untuk mewujudkan budaya rakyat yang berhemah tinggi. Janganlah kita hanya berjaya dalam meraih kemajuan kebendaan tetapi mundur dalam mencapai keperibadian mulia. 11. Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerjasama untuk mengukuhkan budaya berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni supaya ia kekal sebagai kebanggaan warisan bangsa. Sekian, terima kasih. Wabillahi taufiq walhidayah

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. 31 Mac 2005


5/5

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai

ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia. FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

BUDI BAHASA BUDAYA KITA


Budi Bahasa Budaya Kita

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa. Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya, Orang ramai membuang sampah sesuka hati, Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan
merbahaya

Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan, Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para
pelanggan Merokok

di kawasan larangan merokok ialah

kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam Senyuman Ikhlas

Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini. Beberapa pakar berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas Pertama


Dapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.

Budi Pekerti Asas Utama


Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.

Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot

lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai Murni
Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilainilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insaninsan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan 1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan) Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga. 2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran) Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri. 3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan) Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan. 4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)

Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih. 5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', 'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil' Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilainilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita Kini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita. Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu. Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan. Pantun Budi Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati Disunting dari : Akhbar Utusan Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai