Anda di halaman 1dari 2

Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,

guru-guru penasihat Kelab Pendidikan Moral,guru-guru, dan murid-murid


sekalian.Pada pagi ini, saya diminta oleh Kelab Pendidikan Moral untuk
menyampaikan ceramah yang bertajuk Kepentingan Pendidikan Moral.
Hadirin sekalian,
Pendidikan Moral telah diperkenalkan selepas Akta Pendidikan Kebangsaan.
Pendidikan Moral ialah mata pelajaran yang menekankan nilai-nilai murni
seperti, kepercayaan kepada Tuhan, berdikari, amanah dan sebagainya.
Berdasarkan nilai-nilai murni tersebut, terhasilah akhlak mulia dalam diri
seseorang individu.Akhlak mulia sangat penting kepada seseorang individu
kerana tanpa itu seseorang individu itu akan menjadi seperti katak bawah
tempurung.Murid-murid akan dihormati oleh masyarakat sekiranya mempunyai
nilai moral yang tinggi dalam diri
Selain itu, mata pelajaran ini mampu melahirkan warganegara yang bersifat
patriotisme.Mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk mempertahankan
tanah air tercinta jika ditimpa sebarang musibah. Apabila semua warganegara
mencintai tanah air, keselamatan negara akan lebih terjamin. Hal ini demikian
kerana tiada lagi warganegara yang sanggup menjadi petualang negara.
Seterusnya, mata pelajaran ini dapat membentuk peribadi dan jati diri yang
kukuh dengan ini murid tidak mudah terjebak dengan unsur-unsur negatif
seperti, merokok, berlumba haram, menyalahgunakan dadah dan bejudi.Hal ini
boleh membantu murid-murid berhadapan dengan dunia luar yang penuh
dengan cabaran
Hadirin dan hadirat,
Perkara paling penting yang dapat dipupuk melalui Pendidikan Moral ialah
perpaduan. Melalui subjek ini, penyatuan kaum dapat diwujudkan berdasarkan
kurikulum yang disusun ke arah perpaduan. Misalnya, masyarakat Cina dan
India akan lebih mengenali masyarakat Melayu.Secara tidak langsung sikap
saling memahami antara kaum akan dapat diwujudkan.

Kesimpulanya, Pendidikan Moral banyak mendatangkan kebaikan.Pendidikan


Moral juga tidak dapat dinafikan lagi memberi kebaikan pada generasi akan
datang. Contoh kebaikan Pendidikan Moral ialah akhlak yang baik dalam diri
setiap murid.Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan
sempadan.Saya mengakhiri ceramah saya dengan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang berganding bahu menjayakan ceramah ini.

Anda mungkin juga menyukai