Anda di halaman 1dari 2

Nama : Nur Haslam Bin Hamzah

No. Matrik : 092010519

Pengajian : Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik

Tajuk : Kokurikulum Membentuk Jati Diri. Bincangkan.

Seperti yang kita ketahui, kokurikulum boleh ditakrifkan sebagai salah satu
pendidikan atau pengalaman pembelajaran yang meliputi segala aspek dalam
kehidupan seperti adab, fizikal, dan social yang boleh diterapkan secara formal dan
tidak formal. Hal ini bertujuan supaya seseorang itu berjaya menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi dalam kehidupannya. Akan tetapi, dengan adanya
pembelajaran kokurikulum, seseorang itu juga dapat memantapkan diri mereka dalam
kehidupan masing-masing.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa akademik adalah suatu bidang yang amat
penting bagi setiap insan. Akan tetapi, sekiranya tiada penglibatan kokurikulum, para
belia yang berorientasikan peperiksaan ini akan hanya lebih tertumpu pada akademik
malah akan lebih berfikiran sempit berbanding mereka yang aktif dalam dalam
akademik dan kokurikulum. Sesungguhnya, penglibatan para belia dalam bidang
kokurikulum ini akan dapat menyuntik kekuatan dari segi kerohanian, fizikal, mental,
intelektual dan secara tidak langsung akan meningkatkan tahap keyakinan dalam
menghadapi sebarang cabaran.

Justeru itu, penglibatan dalam kokurikulum mampu membentuk individu yang


mempunyai tahap keperibadian yang unggul. Ianya selaras dengan dasar pendidikan
negara untuk melahirkan masyarakat Malaysia majmuk yang seimbang dari konsep
intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini juga selaras dengan matlamat negara untuk
mengecap impian melahirkan masyarakat yang aktif, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara serta mampu membentuk
masyarakat yang hidup dalam perpaduan dan kesejahteraan diri.
Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, perpaduan negara juga boleh dikecapi
dengan adanya aktiviti kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, universiti mahupun
pertubuhan bagi belia negara seperti rakan muda. Program-program kokurikulum
seperti sukan, unit beruniform, permainan dan persatuan secara tidak langsung juga
dapat menerapkan unsur patriotisme serta membina jati diri para peserta. Program
seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum yang terdapat
dalam negara kita ini. Selain itu, ia juga dapat mengajar para belia tentang budaya
kaum tersebut.

Lanjutan itu, pepatah Inggeris iaitu “Stay outside the box” juga telah mengajar
kita supaya sentiasa berfikiran luas dan terbuka mengikut keadaan dan tempat. Maka,
bidang kokurikulum ini berperanan penting dalam melahirkan masyarakat intelektual
yang berpengetahuan luas tentang tanah air serta berfikiran terbuka dengan
menerapkan unsur demokrasi dalam diri masing-masing.

Sifat kepimpinan dalam kalangan belia juga boleh dilahirkan melalui aktiviti
kokurikulum ini. Pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana,
menyelia dan menilai dapat membentuk para belia yang bertanggungjawab, sedia
mengambil risiko, berdedikasi, berkeyakinan serta berdedikasi dalam melaksanakan
tugas sama ada dalam bidang akademik atau pun di alam pekerjaan. Ini secara
demikian dapat mengasah bakat yang ada pada diri setiap individu. Ianya adalah
potensi bakat yang perlu dihargai dan perlu diberi peluang untuk diperkembangkan
pada peringkat yang lebih tinggi.

Secara konklusinya, kokurikulum memainkan peranan yang amat penting dalam


melahirkan masyarakat majmuk yang berbakat serta berkemampuan dalam
memperlengkapkan diri mereka untuk menjadi insan yang berkeyakinan diri serta
mantap dalam segala aspek kehidupan. Oleh yang demikian, para belia sekalian perlu
mengambil inisiatif untuk mengorak langkah menjadi masyarakat yang berjaya,
berdedikasi dan mempunyai semangat juang yang tinggi demi agama, bangsa dan
negara.

Anda mungkin juga menyukai