Anda di halaman 1dari 4

GGGD5022 SEKOLAH DAN MASYARAKAT

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TUGASAN:

ULASAN BUKU BERTAJUK MEMBANGUN NEGARA MADANI

OLEH ANWAR IBRAHIM

NAMA PENSYARAH:

EN. AZHARUDIN MOHAMED

DISEDIAKAN OLEH:

SYAZA BINTI SUHAIDI (P128524)


Tugasan 1: Ulasan buku

Tajuk buku: Membangun Negara MADANI oleh Anwar Ibrahim

i) Sejauhmana ia memberi manfaat kepada anda untuk memahami hubung kait


antara sekolah dan masyarakat?
Pada pasca normal baharu ini, Malaysia membangun dengan menekankan terhadap
masyarakat yang berjiwa ihsan, peduli dan berkasih sayang dengan kepelbagaian
masing-masing. Dasar kemampanan dapat membentuk masa hadapan yang adil dan
mampan. Selain itu, kesejahteraan dan keseimbangan masyarakat juga diambil kira
dari segi keperluan rohani dan jasmani memberi keseimbangan dalam diri kita.
Penilaian mutu peperiksaan dan penglibatan dalam kokurikulum sangat penting
bagi memantau penerapan kerangka MADANI dalam diri masyarakat.
Kesejahteraan masyarakat berkait rapat dengan akses kesihatan. Dengan itu, bagi
mencapai hasrat ini sistem bantuan kesihatan kebangsaan diperkenalkan dan
pemansuhan segala perbezaan sosial bagi mewujudkan generasi yang persefahaman
dan adil. Seterusnya, daya cipta atau inovasi sering dikaitkan dengan mencipta
benda baharu atau proses yang merubah sesuatu benda menjadi lebih cepat. Ianya
merupakan kunci kepada penyelesaian masalah ekosistem pendidikan di Malaysia
untuk dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi. Dari segi kemasyarakatan,
kempen-kempen yang inovatif untuk menangani masalah sosial seperti ketagihan
dadah, gelandangan dan pengabaian hak buruh dilancarkan dengan lebih agresif.
Keyakinan masyarakat perlu diperkukuhkan dalam pendidikan yang berteraskan
nilai identiti seseorang dan pembinaan ruang bersilaturrahim serta berkreativti.
Akhir sekali, nilai ihsan harus diterapkan dan dibangunkan berasaskan kokurikulum
di sekolah menengah dan rendah. Ianya bagi menjamin masa hadapan generasi akan
datang dalam penyepaduan ihsan ke dalam budaya Malaysia. Kepelbagaian kaum,
adat dan agama di Malaysia juga membuka peluang besar bagi memperkukuhkan
nilai ihsan dalam diri masyarakat. Kesimpulannya, kerangka MADANI ini
memberi pelbagai manfaat kepada semua komponen termasuk sekolah dan
masyarakat.

ii) Bagaimana idea-idea baru dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia?
Pada pendapat saya, antara idea-idea baru yang terdapat dalam buku ini adalah,
pengubahsuaian sekolah dan kampus dalam bidang tekonologi, seni bina rumah
hijau, pebelajaran, nilai agama dan kepelbagaian dapat meningkatkan
pembangunan sistem pendidikan yang mampan di Malaysia. Penyediaan sebuah
ruang khas untuk projek kemampanan bagi persediaan untuk menangani kemelut
yang melanda seperti COVID-19. Selain itu, mengambil tindakan untuk
mengurangkan penghijrahan golongan intelektual dan membawa pulang golongan
professional. Di samping itu, penubuhan pusat penyelidikan bidang tertentu seperti
pendayaciptaan tatakelola, kemasyarakatan dan amalan perniagaan dapat
mengembangkan kapasiti ilmu pengetahuan dan pencapaian masyarakat kepada
pendidikan. Sistem pendidikan sering menjadi barisan hadapan untuk mengikat
perpaduan dan meningkatkan rasa hormat dalam kalangan masyarakat. Dengan
meningkatkan jumlah celik kepelbagaian bahasa dan meluaskan kemahiran bahasa
tradisi lain dapat mewujudkan komunikasi masyarakat yang unggul di Malaysia.
Dalam kerangkan keyakinan idea baru dalam pendidikan adalah dengan
membentuk sebuah kurikulum dalam pelbagai bahasa seperti melayu, tamil,
mandarin dan inggeris untuk menyemai keyakinan nasional dalam kerencaman
budaya di Malaysia. Akhir sekali, dasar pendidikan yang beteraskan nilai ihsan juga
haru dipupuk dalam diri masyarakat. Misalnya, bagi mengurangkan kos masyarakat
luar bandar program biasiswa telah dipratikkan tetapi bagi menghapuskan beban
kewangan mereka pelbagai cara terus diteroka.

iii) Apakah jurang/kekurangan buku ini?


Bagi pendapat saya, kekurangan buku ini adalah kesejahteraan dari perspektif
psikologi kurang ditekankan. Malaysia MADANI menjadi negara berasaskan enam
tonggak, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan
ihsan. Kesejahteraan dari perspektif psikologi merujuk kepada keadaan mental
positif, mempunyai emosi positif atau rendah dan mempunyai perhubungan sosial
yang baik dengan masyarakat. Kesejahteraan dalam konteks psikologi mampu
meningkatkan prestasi kerja, penghargaan kendiri, kreativiti, kepuasan hidup, dan
mampu mengurangkan risiko penyakit mental seperti kemurungan dan
kebimbangan. Selain itu, peningkatan dalam taraf hidup rakyat di bandar dan luar
bandar juga kurang dititikberatkan. Hal ini berikutan dengan pemotongan subsidi
terhadap barangan keperluan masyarakat menyebabkan timbul kesan negative
kepada pengguna kerana tidak terbiasa dengan harga yang semakin meningkat.
Penekanan diberi kepada aspek kualiti hidup, tahap kepuasan, keselamatan dan
kemampuan memiliki harta dalam kalangan warga. Oleh itu, negara yang sejahtera
mempunyai kadar pengangguran rendah, peningkatan pendapatan, sistem
penjagaan kesihatan efisien, kadar jenayah rendah, sistem pendidikan baik, dan
ekonomi mampan seimbang dari pelbagai aspek demi kepentingan negara dan
masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai