Anda di halaman 1dari 4

GGGD 5022 (SEKOLAH DAN MASYARAKAT)

ULASAN BUKU MEMBANGUN NEGARA MADANI


(ANWAR IBRAHIM)

PENSYARAH:
ENCIK MOHAMMAD ISKANDAR SEKUAN
NAMA:
WAN NUR HIDAYAH BINTI WAN MOHD NOOR
NO MATRIK:
P130786
SET:
DPLI SET 29
Untuk tugasan satu bagi subjek Sekolah dan Masyarakat iaitu membuat ulasan buku (book
review), saya memilih untuk mengulas sebuah buku yang bertajuk Membangun Negara
MADANI yang dikarang oleh Anwar Ibrahim. Buku ini diterbitkan pada tahun 2022. Terdapat
187 halaman di dalam buku ini dan bahasa pengantara yang digunakan adalah bahasa
kebangsaan, Bahasa Melayu. Saya memilih buku ini untuk dijadikan panduan tugasan ulasan
buku atas sebab saya merasa tertarik dengan visi dan kerangka dasar reformasi negara yang
diketengahkan oleh penulis bersandarkan enam nilai teras untuk membina Malaysia menjadi
sebuah negara yang lebih baik dan menggambarkan pelbagai inisiatif bagi membangunkan
dasar yang sesuai dengan Malaysia selari dengan era globalisasi kini. Menurut kamus Dewan
Bahasa edisi keempat, Madani membawa maksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan
kebendaan (bukan masyarakat, generasi dan sebagainya) usaha untuk membentuk masyarakat
dengan menyemai nilai-nilai murni kekeluargaan. Manakala visi Madani ialah untuk
membangun tanah air yang lebih mampan dan Makmur berteraskan ruh daya cipta, nilai
hormat, keyakinan dan ihsan di mana keterangkuman dan kesaksamaan menjadi teras
utamanya yakni sebuah masyarakat Malaysia yang adil.

1. Sejauhmana ia memberi manfaat kepada anda untuk memahami hubung kait antara
sekolah dan masyarakat?

Berdasarkan buku Membangun Negara MADANI oleh Anwar Ibrahim, terdapat banyak
manfaat yang boleh diperoleh dalam memahami hubung kait antara sekolah dan masyarakat. 6
rangka kerja dasar Madani ini akan menjadi asas yang kukuh untuk melahirkan sebuah
masyarakat yang berketerampilan, maju dan inklusif. 6 dasar yang diperkenalkan oleh Anwar
Ibrahim dalam mencapai visi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mampan,
sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara
satu sama lain. Beberapa elemen yang merangkumi aspek yang penting dalam membangunkan
sesebuah negara iaitu ekonomi, kewangan, perundangan, institusi, pendidikan,
kemasyarakatan, kebudayaan bandar serta luar bandar.

Terdapat beberapa inisiatif yang diketengahkan di dalam buku ini yang dapat memberi manfaat
terhadap Pendidikan negara khususnya sekolah dan masyarakat. Antaranya penerapan amalan
mampan yang diperkenalkan seawal peringkat rendah dan menengah ini dapat menggilap
potensi pendidikan Malaysia di samping lahirnya pelajar yang pintar dan cergas serta berfikiran
kreatif. Dengan penerapan dan pembangunan Malaysia yang mampan dalam sistem
Pendidikan, Pendidikan mampu menjadi salah satu kunci pembangunan negara madani. Selain
itu, daya kreativiti dan pemikiran kritis dapat dicetus dan dipupuk dalam kalangan pelajar
merentasi pelbagai bidang dan aspek. Pelajar yang mampu bersaing dan memiliki daya fikiran
yang kreatif dan inovatif dapat melontarkan idea dan kerjasama baru kepada guru untuk
mengadakan pelbagai program antara guru,ibu bapa serta para pelajar yang dapat merapatkan
jurang hubungan komuniti antara sekolah dan ibu bapa.

Selain itu, penekanan terhadap kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah juga salah satu
manfaat yang dapat diperoleh. Hal ini demikian kerana penulis Anwar Ibrahim memberi
cadangan bahawa kaedah pengajaran dari atas kebawah boleh digantikan dengan pengajaran
yang menggalakkan penyertaan dan kerjasama daripada murid dan masyarakat berpandukan
aspek kemampanan, celik masa hadapan, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kreativiti
dan kebolehsuaian, serta kesedaran sosial dan budaya. Oleh itu, penglibatan ibu bapa serta
masyarakat memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan landskap pendidikan di
negara kita ini. Justeru itu, bukan sekadar semakan dan perubahan kurikulum sekolah yang
perlu dilakukan bahkan suatu rombakan besar yang melibatkan masyarakat dan budaya dalam
meningkatkan kualiti Pendidikan di Malaysia.

2. Bagaimana idea-idea baru dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia?

Beberapa idea baru dalam buku ini dapat dimanfaatkan dalam sistem Pendidikan di Malaysia.
Antaranya, ialah membangunkan sistem pendidikan di Malaysia yang mampan bermula
daripada peringkat rendah dan menengah lagi dengan setiap pelajar diberi peluang sama rata
untuk belajar dan berkembang tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan kepelbagaian
budaya tanpa mengesampingkan nilai islam dan agama di Malaysia. Pembangunan
infrastruktur diperlukan untuk pembelajaran jarak jauh untuk jangka masa yang panjang. Hal
ini dapat memupuk kreativiti dalam kalangan pelajar dengan pengunaan teknologi baharu di
dalam kelas. Pengunaan teknologi di dalam bilik darjah mampu melahirkan pelajar yang lebih
berdaya saing. Ini dapat merungkai permasalahan pendidikan kita yang jauh ketinggalan
berbanding dengan negara maju yang lain seperti Amerika, New Zealand, China selari dengan
pembelajaran abad ke 21. Seterusnya, idea yang dicadangkan juga adalah pembangunan
kurikulum serta amali di peringkat sekolah rendah dan menengah yang menggandingkan dasar
hijau dan masa hadapan. Pendidikan di Malaysia memperkenalkan pelbagai displin ilmu
termasuk sains, teknologi, seni dan bahasa agar pembelajaran yang holistik dapat dipupuk
dalam kalangan pelajar dan membuka minat pelajar untuk mengasah kemahiran mereka dalam
perkara yang mereka minat dan untuk kerjaya mereka di masa hadapan.

3. Apakah jurang/kekurangan dalam buku ini?

Berdasarkan pembacaan saya, terdapat beberapa jurang yang saya dapati daripada buku ini.
Sebagai contoh, penggunaan kosa kata yang agak tinggi dan jarang digunakan dalam kalangan
masyarakat. Hal ini boleh menyebabkan sebilangan pembaca kurang memahami atau kurang
jelas dengan intisari atau perkara yang pihak penulis ingin sampaikan. Oleh itu, mutu
penyampaian tidak berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan berlaku sebarang
kemusykilan. Selain itu, buku ini memfokuskan isu politik dan peranan aspek politik untuk
membangunkan Malaysia sebagai negara madani. Hal ini, menyebabkan buku in kurang
relevan bagi individu yang kurang berminat dan kurang cakna terhadap isu poliltik yang
berlaku di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai