Anda di halaman 1dari 5

Langit biru, segara hitam ciptaan Tuhan.

Sayangnya manusia sekarang, akal ada,


akhlak hilang, sibuk mencari impian, lupa diri, lupa Tuhan. Akhirnya datang suatu
cahaya dari kunang-kunang yang berterbangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang tidak lari dari landasan waktunya,
dif-dif kehormat, tidak dilupakan saudara dan  saudari yang dihormati. Tampilnya
saya selaku anak nusa mengepal segenggam harapan, menjunjung seribu impian
menerusi sentuhan rasa topik  syarahan saya yang berbunyi, “Ke arah melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berdisiplin.”

Sidang hadirin,

Secara keseluruhannya, topik syarahan pada malam yang permai ini menyentuh
tentang suatu usaha ataupun ikhtiar untuk mewujudkan golongan yang
berpengetahuan tinggi dan seterusnya mempunyai sifat patuh kepada segala
peraturan yang diberi. Pengertian ini dalam konteks syarahan pada malam ini
merangkumi suatu aspek yang luas, meliputi kepandaian dan pengetahuan yang
melibatkan keduniaan dan keakhiratan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Ilmu umpama bintang-bintang yang bergemerlapan, memberi sinar paduan kepada


manusia; disiplin pula diibaratkan umpama tabir hitam yang menampakkan seri
kerlipan bintang-bintang yang menerangi kegelapan malam. Ikatan mesra antara 
dua perkataan itu adalah bagaikan aur dengan tebing; tak mungkin berpisah kerana
kedua-duanya saling  berperanan dalam memajukan manusia. Berkat ilmu dan
disiplin, pembesar suara ini tercipta, Dewan Seri Cahaya ini indah bercahaya,
penonton pula tersenyum ria semoga pertandingan syarahan pada malam ini dapat
dijalankan dengan lancar dan jayanya.

Hadirin dan hadirat,


Apa yang dipertekankan dalam konteks syarahan pada malam ini ialah  mewujudkan
golongan berilmu dan berdisiplin di samping memperlihatkan dan mendedahkan
kesan-kesan langsung atau tidak langsung yang akan timbul daripadanya.
Sesungguhnya kesedaran           merupakan benih utama yang mencambahkan
keutuhan ilmu dan disiplin di kalangan    masyarakat, di mana kita harus bersama-
sama memelihara dan menanam dalam sanubari kita. Golongan pertama yang
memainkan peranan ialah institusi keluarga. Setiap anak yang dilahirkan umpama
tabula rasa  –  kosong tiada isi. Justeru, ibu bapalah selaku rabbi yang akan
mencorakkan rasa kesedaran ini di kalangan anak-anak mereka. Pendidikan secara
tidak     langsung yang diterima di rumah melalui pembentukan rohani, emosi dan
jasmani ternyata jelas membentuk satu asas ilmu dan disiplin di kalangan anak-anak
yang  menjadi harapan mereka.

Setelah generasi kecil ini menjadi dewasa dan mula mengenali alam
persekolahan, institusi pendidikan akan meneruskan peranannya . Dalam usaha ini,
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kebijaksanaannya telah melengkapkan
KBSR dan KBSM, malah kini Sekolah Bestari sudah mula diperkenalkan di seluruh
negara.  Selain itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) yang merupakan nadi
dalam merangka, menyusun, menyemak semula dan melaksanakan  kurikulum,
akan memperkenalkan kurikulum baharu. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025 pula bercirikan futuristik dengan harapan melahirkan modal insan yang
dapat bersaing dengan generasi luar negara. Hal ini penting berdasarkan cabaran
yang akan dihadapi dalam era globalisasi.

Di samping itu, kerajaan juga memainkan peranannya. Selepas merdeka, didapati  


bahawa sistem  penddikan negara hanya menekankan kecemerlangan dari segi ilmu
sedangkan keunggulan disiplin dan amalan dianaktirikan. Apabila menyedari akan
hakikat ini, kerajaan Malaysia dengan tradisi membela rakyatnya cuba mewujudkan
msyarakat yang berpengetahuan dan berdisiplin dengan melaksanakan berbagai-
bagai dasar seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Cintailah Bahasa Kita, dan 
Dasar Pandang Ke Timur  yang meliputi etika kerja dan kawalan mutunya ternyata
berupaya melahirkan masyarakat yang berilmu dan berdisiplin. Selain itu, kerajaan
kita juga merangka dan menjalankan program-program pembangunan diri seperti
Rumahku Syurgaku, Rakan Muda, Wawasan 2020, Koridor Raya Multimedia, dan  
internet. Sesungguhnya usaha murni ini harus dipertingkatkan; janganlah dinanti-
nanti,  janganlah ditangguh-tangguh sehingga masyarakat kita kembali teraba-raba
dalam kegelapan, kembali ketandusan moral dan pendirian sehingga rambut mereka
terpacak, baju terangkat,  seluar terencat, wujud kumpulan “Black Metal”, “Hip-Hop”
hingga mata naik terbeliak.

Ya, tuan-tuan dan puan-puan,

Seterusnya golongan yang memainkan peranan paling besar ialah masyarakat –  ya 
termasuklah saya, panel hakim dan anda semua. Oleh yang demikian, apakah yang
harus kita lakukan? Ya, dengan mencelikkan mata jiran tetangga, menyedarkan
saudara-mara dengan semangat cintakan negara agar kita dapat melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berdisiplin. Seterusnya dapat mewujudkan rasa cinta
mereka kepada ilmu dan disiplin  – bagaimana cintanya Dewi Sita kepada Dewa
Rama dalam Hikayat Seri Rama.

Dengan adanya ilmu dan disiplin, rakyat Malaysia dapat menghindarkan dakyah-
dakyah beracun yang boleh menimbulkan konfrontasi. Suasana konflik dan suasana
kritikal ini akan mencemarkan status negara kita yang berdaulat dan meredeka.
Demikianlah sidang hadirin dan hadirat, betapa pentingnya peranan dan peraturan
dalam mewujudakan manusia yang  berpengetahuan dan berdisiplin.

Sidang hadirin,

Setelah mengetahui peripentingnya peranan dan peraturan ini, marilah bersama-


sama mengkaji apakah kesan-kesan yang diperlihatkan hasil daripada perancangan
ini. Ilmu dan disiplin tidak mudah terpisah dalam perkembangan politik tanahair.
Berkat kecekapan dan kepandaian pemimpin kita dengan sifat Besih, Cekap, dan
Amanah yang ditunjukkan, YAB Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Razak dengan
Barisan Nasionalnya telah membentuk suatu pakatan yang utuh, dengan benteng
yang kukuh bersama-sama MCA dan MIC. Pembentukan ini akhirnya membawa
kepada penyatuan rakyat yang menjurus kepada kemajuan negara.
Keutuhan ilmu dan disiplin dalam kalangan perwira merupakan tonggak kekuatan 
pertahanan negara. Berbekalkan ilmu pertahanan di dada, diperteguhkan lagi
dengan disiplin yang sedia ada, diperkuatkan lagi dengan tiupan semangat Kanang
Anak Langkau “Agi Hidup Agi Ngelaban” dapat menjinakkan seteru-seteru negara.
Bayangkanlah sidang hadirin bayangkanlah perwira negara kita yang cetek
pemikiran dan goyah pendirian, terpengaruh dan terjebak dalam kancah dadah,
terhoyong-hayang, tidak mampu memegang senapang  di perbatasan, mampukah,
terdayakah mereka mempertahankan negara sidang hadirin sekalian?

Saudara dan saudari,

Begitu jugalah dalam bidang sukan dan rekreasi. Dengan berbekalkan ilmu dalam
mendaki gunung dan disiplin semasa menjalani latihan, pasukan pendaki Gunung
Everest telah berjaya menawan puncak Gunung Everest yang merupakan gunung
tertinggi di dunia dan wira negara kita telah mengharumkan nama negara. Mereka
juga membuktikan kepada dunia  bahawa MALAYSIA BOLEH.

Sidang hadirin yang dihormati,

Dahulu nenda berpelita, kini cahaya dari kaca; dahulu bonda terpaksa mengambil air
di perigi, kini hampir semua ini tiada lagi, air di pili menjadi pengganti. Di samping itu,
berkat ilmu dan disiplin dalam pembuatan kereta, negara kita telah berjaya
mengeluarkan kereta  nasional kita, iaitu kereta Proton. Kini kita boleh berbangga
dengan pencapaian kereta nasional kerana telah berjaya menembusi pasaran
antarabangsa.

Sebagai rumusan, dapatlah dikatakan bahawa ilmu dan disiplin merupakan


khazanah yang tidak ternilai harganya. Marilah kita bersama-sama melahirkan
masyarakat yang berilmu dan berdisiplin.

Kalau ada sawah bendang,

Dapat kita menuai padi;

Kalau ada umur panjang,


Dapat kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai