Anda di halaman 1dari 3

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan kerana ingin bermimpi, tetapi

membawa untuk menyelami mauduk pidato yang berbunyi ‘Pendidikan Cemerlang Negara
Terbilang’.

Bismillahirrahmanirrahim……
Assalamualaikum warahmatullahi wabara katuh,
salam sejahtera,
salam Malaysia Madani
Yang saya muliakan tuan peneraju agenda
Penjaga masa yang setia dengan detak jamnya
Yang arif lagi berdiri di pasak kebenaran, para hakim yang budiman
Sidang dewan yang dirahmati sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Dalam aspek ketiga NKRA ‘mempertingkat pencapaian pelajar’. Persoalannya, mengapa


pendidikan menjadi penting dalam mentransformasikan negara? Tidak lain tidak bukan, hal ini
kerana pendidikan menjadi senjata paling ampuh dalam menjana mobiliti sosial rakyat.

Sebelum gelanggang dibuka,


dengar dahulu paluan rebana,
Sebelum kata meningkah bicara,
dengarkan dulu kupasan tajuknya.

Di Dalam kamus dewan edisi keempat menyatakan bahawa pendidikan merupakan


keprihalan mendidik. Cemerlang pula diertikan sebagai bersinar dengan terang.

Negara pula dirujuk sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan
diperintah oleh sebuah kerajaan. Manakala terbilang pula dirujuk sebagai yang terkenal dan
terkemuka. Oleh yang demikian, “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang” boleh saya
rumuskan sebagai pendidikan yang berkualiti dan bersepadu mampu melonjakkan negara  di
mata dunia dalam aspek sosial, ekonomi dan politik.

Warga dewan yang dimuliakan,

Ayuh kita mulakan rentak dengan gagasan bicara saya yang pertama, di bawah indikator:

Pendidikan wadah anjakan paradigma manusia.

Cabaran dunia global masa kini memperlihat keupayaan Malaysia bersaing dengan
negara maju dalam pelbagai bidang. Gahnya, negara pada hari ini adalah rentetan sejarah
kecemerlangan anak bangsa bermula dengan ketokohan Tunku Abdul Rahman, kebijaksanaan
Tun Abdul Razak, keprihatinan Tun Hussein Onn, keterampilan Tun Dr Mahathir, kewibawaan
Tun Abdullah Ahmad Badawi di samping pemimpin lain yang berjasa. Mereka berlatar belakang
pendidikan yang mantap, sahsiah yang dikagumi, disempurnakan lagi dengan kepintaran yang
ampuh untuk mengubah Malaysia dari sebuah negara yang kecil menjadi sebuah negara yang
disegani dihormati.

Ironinya, negara besar yang dahulunya menjadikan Malaysia sebagai taklukan kini
menganggap Malaysia sebagai suri teladan dalam membangunkan negara mereka. Nah, lihatlah
betapa pendidikan mampu mengubah martabat bukan sahaja individu malah menjadikan
sesebuah Negara itu lebih dihormati.

Hadiran sekalian,

Menyelusuri indikator saya yang kedua, di bawah lembayung:

Pendidikan berintegriti negara dijulang.

Integriti membawa maksud nilai kejujuran dan keperibadian yang luhur menjadikan
negara dipandang hebat dan mulia oleh seantero dunia. Masyarakat pendidik yang memahami
nilai – nilai kemanusiaan harus menjadi amalan bagi membentuk pendidikan cemerlang. Melalui
pendidikan yang berintegriti, nilai-nilai kemanusiaan diterapkan. Maka melaluinya, rasuah dan
jenayah kolar putih diterapkan keburukannya dalam minda pelajar.

Amalan budi bahasa dan nilai murni sejagat diterapkan dengan penuh sedar. Walhasilnya,
generasi yang dilahirkan menerusi sistem pendidikan yang berintegriti ini ialah generasi yang
kental jiwanya, murni akhlaknya, sempurna pula mindanya.

Bersesuaian dengan konsep slogan Kementerian Pendidkan Malaysia, “Anak yang Baik
Lagi Cerdik”. Hal ini, bukan sahaja melahirkan murid yang bijak semata, malah mampu
mewujudkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.

Sidang hadirin warga intelektual;

Beralih kepada rentas bicara saya yang ketiga, “Pendidikan kreatif dan inovatif negara
produktif”.

Dalam dunia yang penuh cabaran ini, seseorang individu perlu mengolah sesuatu yang
baharu dan segar berdasarkan pengetahuan yang ada. Itulah domain yang ingin dibentuk dalam
modal insan pada hari ini. Maka tidak hairanlah saban tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia
telah membelanjakan jutaan ringgit bagi meningkatkan aspek kreativiti dan inovasi dalam dunia
pendidikan.

Insan yang kreatif dan inovatif inilah yang akan memacu kepesatan negara Malaysia agar
berjaya mengharungi arus globalisasi yang melanda, seharusnya berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara-negara yang lain.
Sidang hadirin warga Budiman,

Konklusinya, negara yang mempunyai potensi untuk dimajukan jika tidak disokong
dengan sistem pendidikan yang mantap umpama tanah subur di ladang yang tidak diusahakan.
Benih yang baik juga jika tidak disemai, dibaja dan dijaga dengan sempurna tidak akan memberi
apa-apa makna. Tegasnya pendidikan yang berkesan akan melahirkan generasi berakhlak mulia,
berilmu, berketerampilan dan berdaya saing untuk meletakkan nama negara duduk sama rendah
berdiri sama tinggi di mata dunia. Oleh itu marilah kita bersama-sama memartabatkan sistem
pendidikan Negara. Justeru “Pendidikan Cemerlang Negara Terbilang”.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai