Anda di halaman 1dari 2

Standard 4 SKMg2

Peranan Guru dalam PdPc


Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran
(PdP) yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara
menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan.
6 Aspek kritikal yang perlu dicapai dalam Standard 4 SKPMg2:
ASPEK 4.1: Guru Sebagai Perancang
Guru bertindak sebagai perancang untuk memastikan kesediaan dan
persediaan yang rapi dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc).

ASPEK 4.2: Guru Sebagai Pengawal


Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan
kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan.

ASPEK 4.3 Guru Sebagai Pembimbing


Guru bertindak sebagai pembimbing untuk membolehkan murid menguasai
pengetahuan, kemahiran dan mengamalkan nilai berdasarkan objektif
pelajaran.

ASPEK 4.4 Guru Sebagai Pendorong


Guru bertindak sebagai pendorong untuk meningkatkan motivasi murid
dalam pembelajaran.

ASPEK 4.5: Guru Sebagai Penilai


Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid.

ASPEK 4.6: Murid Sebagai Pembelajar Aktif


Murid bertindak sebagai pembelajar aktif untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran serta mengamalkan nilai positif.

Ringkasnya 5 peranan guru + 1 peranan murid.


Kajian Tindakan

Pembudayaan Kajian Tindakan dalam kalangan warga pendidik telah dapat dilaksanakan secara
meluas berdasarkan minat dan peningkatan berterusan bilangan guru dalam menjalankan Kajian
Tindakan setiap tahun. Pada masa sekarang, Kajian Tindakan bukan sahaja dijalankan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, tetapi ia juga digunakan untuk
memperkukuhkan pengurusan di sekolah.

Matlamat utama Kajian Tindakan adalah berdasarkan kepada satu hasrat iaitu untuk
meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Kajian
Tindakan mempunyai dua unsur utama iaitu kajian dan tindakan. Oleh itu ia sangat sesuai
diaplikasikan dalam konteks pendidikan kerana dua unsur utama ini seringkali dijalankan secara
beriringan, iaitu tindakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
pendidikan; dan kajian dijalankan bagi mendapatkan bukti-bukti emperik yang dapat menyokong
sesuatu tindakan yang dilaksanakan. Ia membolehkan pengamal iaitu para pendidik melalui proses
inkuiri penemuan dengan mengkaji masalah-masalah secara saintifik supaya mereka boleh
menilai, menambahbaik dan memantapkan proses membuat keputusan dan amalan.

Peranan dan sumbangan Kajian Tindakan dalam membantu menyelesaikan pelbagai


masalah yang dihadapi oleh pentadbir dan guru di sekolah tidak akan dipertikaikan. Ini adalah
kerana dapatan kajian akan memberi impak yang positif kepada perubahan yang terancang dan
kesannya akan menghasilkan apa yang dikehendaki agar matlamat pendidikan dapat
direalisasikan. Kajian Tindakan diyakini dapat menonjolkan amalan terbaik dalam pengajaran,
pembelajaran dan pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, sewajarnya semua warga pendidik
termasuk Pengetua, Guru Besar, dan guru-guru berperanan dalam membudayakan Kajian
Tindakan di sekolah masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai