Anda di halaman 1dari 26

1

INTEGRITI GURU DALAM


PELAKSANAAN PENILAIAN
KURIKULUM STANDARD
SEKOLAH RENDAH (KSSR)
Sanitah Mohd. Yusof, Salmiezi Hj. Mohamed, Ahmad Johari Sihes
dan Lokman Mohd. Tahir

1.1 PENGENALAN

Transformasi pendidikan telah mengubah cara sistem pendidikan


supaya ianya dapat melahirkan pelajar dengan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang releven dengan arus pendidikan masa kini.
Semasa melaksanakan transfomasi ini, setiap guru perlu melalui satu
transformasi dari segi kaedah pengajaran, pengetahuan, bahan dan
integriti. Integriti guru sangat diperlukan dalam menjalankan
transformasi sistem pendidikan negara. Dengan mengamal sikap
integriti, sistem pendidikan negara akan menjadi lebih seimbang dan
menepati kandungan yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Maksud integriti tersebut adalah sifat jati diri yang
merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar,
berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi serta boleh
dipercayai (Kamus Dwibahasa DBP, 1985). Integriti juga merupakan
satu konsep yang kompleks dan berasal daripada perkataan latin
‘integer’ yang membawa maksud menyeluruh, sempurna dan kesatuan
yang teguh (Widang & Fridlund, 2003). Integriti dari pespektif Islam
adalah manusia yang memiliki insaf ketuhanan yang tinggi dan akan
sentiasa menjadikan Allah sebagai sumber dalam memelihara dan
2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

menjaga tertib diri, amal perbuatan, dan tingkah laku kerana intergriti
hanya berkaitan dengan manusia sahaja yang mana integriti boleh cair
dan terungkai kerana ketikanya manusia boleh melampaui batas
(Sidik, 2000). Guru yang berintegriti akan dapat menzahirkan segala
nilai-nilai integriti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan nilai ini, seseorang guru itu akan berpegang kepada prinsip
semasa melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya. Selain itu
juga, nilai integriti ini memberi rangsangan dan pendorong kepada
semua guru dalam menjalankan tugas yang dipikul.

1.2 INTEGRITI GURU

Peranan guru amat penting dalam memperkasakan wacana pendidikan


formal yang bermula dari peringkat sekolah rendah lagi (Mohd Johdi,
2008). Bagi melahirkan guru-guru cemerlang dan guru pakar, seluruh
usaha dan tenaga adalah amat diperlukan bagi memastikan guru-guru
tersebut memiliki personaliti sebagai guru berkualiti, berintegriti dan
efektif. Suatu ketika dahulu, guru adalah antara individu atau
kumpulan kecil yang sangat dihormati oleh masyarakat dan peranan
mereka adalah sangat penting bagi melahirkan individu yang berjaya.
Namun kini, masyarakat lebih mudah menyalahkan para guru apabila
hasil didikan tidak menjadi (Sharifah Raudzah, 2008).
Fenomena ini membuktikan bahawa guru sekolah perlu dinilai
dan dipantau untuk memperkukuhkan jati diri kerana dapatan kajian
Hamidah et.al. (2006) mendapati bahawa guru yang berintegriti sahaja
akan dapat memacu sesebuah organisasi ke arah perkhidmatan
berkualiti yang menyumbang ke arah pembangunan negara dengan
lebih berkesan. Masa depan pelajar, bangsa dan Negara adalah berkait
rapat dengan corak pendidikan yang disampaikan oleh guru. Negara
akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global
sekiranya para guru tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan
penuh tanggungjawab. Ini selaras dengan matlamat negara untuk
mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa
dan berbudi pekerti luhur. Penilaian murid yang akan dilaksanakan
oleh guru-guru yang berintegriti akan membawa perubahan yang
besar dalam sistem pendidikan negara kita pada hari ini. Penilaian
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS 3

murid berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula


dilaksanakan pada tahun 2011. Dalam perlaksanaan KSSR ini, guru
merupakan orang yang paling penting dalam perlaksaannya kerana
guru adalah orang yang betanggungjawab dalam membuat penilaian
ke atas setiap orang murid. Penilaian murid bermaksud menilai murid
dari segi perkembangan intelektual, emosi, bahasa, kognitif bagi
mengetahui kelemahan dan kekuatan (Jamila, 2005). Selain itu juga
penilaian membawa maksud satu proses menentukan, mendapatkan
dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan
mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya (D.Stufflebeam,
1971). Dalam proses penilaian, terdapat beberapa jenis penilaian
antaranya ialah penilaian pengesanan, diagnostik, perkembangan,
pencapaian dan psikologi. Setiap penilaian ini, mempunyai tujuan
yang sama tetapi menggunakan kaedah yang berbeza.
Penilaian merupakan perihal atau perbuatan, menilai dan
menaksir (Kamus Dewan, 1994). Justeru penilaian ialah suatu proses
yang berterusan bagi mendapatkan maklumat semula dengan tujuan
supaya penggubahan kepada pelajar dalam aspek pemikiran, perasaan
dan tingkahlaku dapat dilakukan dengan sempurna (Abu Bakar, 1994).
Proses ini amat penting bagi mengetahui kekuatan dan kelemahan
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran selain memastikan para
pelajar tidak ketinggalan mengikuti sukatan mata pelajaran yang telah
ditetapkan. Adalah penting usaha membentuk pelajar mencakupi
segala aspek ini sentiasa dikaji bagi memastikan keberkesanan
sukatan dan aktiviti yang dijalankan dapat memenuhi kehendak dan
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, penilaian
merupakan satu aktiviti yang amat bermakna dan bermanfaat yang
perlu dilakukan seiring dengan proses Pembelajaran dan Pengajaran
(P&P). Tugas guru semakin hari semakin penting kerana bidang
pendidikan memberi sumbangan besar dalam menentukan kejayaan
sesebuah negara. Hakikat ini lebih releven lagi dalam era siber yang
mana kemajuan dan kejayaan anak bangsa bergantung kepada
penguasaan ilmu dan teknologi (Tan Sri Muhiyiddin Yassin, 17 Mac
2011). Nilai ini juga amat bertepatan dengan ciri-ciri seorang guru
yang berkesan dalam pengajarannya. Dalam usaha memartabatkan
profesion keguruan, guru sebenarnya mempunyai peranan yang amat
4 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

besar dalam mencorakkan sistem pendidikan negara. Ilmu dan amalan


guru menjadi cermin kepada masyarakat serta memberi impak kepada
tahap kualiti dan profesion keguruan. Guru perlulah mempunyai
akauntabiliti yang tinggi, terhadap negara, profesion, murid-murid, ibu
bapa, dan diri sendiri.
Nilai-nilai integriti guru dapat mencorak dan mendidik bagi
mencapai apa yang dihasratkan oleh negara. Namun, sekiranya nilai
integriti tidak dapat dikuasai dengan baik dan tidak menjadi pegangan
setiap guru, ia akan membawa kepada masalah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini berdasarkan hasil kajian Aminah,
Mokhtar dan Khadijah (2003) yang mendapati bahawa kadang kala
guru menjadi faktor masalah disiplin pelajar. Maka, sebagai seorang
guru yang berintegriti seharusnya sedar bahawa maruah guru dan
profesion perguruan terletak di tangan guru sendiri (Azlina, 2008).
Guru yang berintegriti sahaja yang akan dapat memacu sesebuah
organisasi ke arah perkhidmatan yang berkualiti yang menyumbang ke
arah pembangunan negara dengan lebih berkesan.
Dengan erti kata lain, integriti dalam diri seorang guru amat
penting bukan sahaja untuk masa hadapan pelajar, malah masa
hadapan bangsa dan negara adalah ditentukan oleh corak didikan yang
disemai oleh guru-guru pada hari ini. Negara akan hilang daya saing
dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para guru tidak
menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Ini
selaras dengan matlamat negara untuk mewujudkan masyarakat yang
bermoral, beretika, beriman, bertakwa dan berbudi pekerti luhur. Oleh
itu, kerajaan memerlukan sebuah inventori yang sah dan sesuai
dengan konteks pendidikan Malaysia untuk mengukur nilai integriti
dalam diri setiap guru.
Integriti merupakan elemen penting kesejahteraan setiap
pendidik. Menurut kajian Jamiah et al. (2005) mendapati integriti
mempunyai hubungan yang positif dengan kesejahteraan individu
(Widang & Fridlund, 2003), kesejahteraan komuniti dan kesejahteraan
organisasi (Viswesvaran, & Schmidt., 2003). Integriti membentuk staf
yang mempunyai tingkah laku yang baik (Ones et.al. 2003 dan
Mikulay & George, 2001). Sebaliknya, kelemahan integriti akan
menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS 5

profesion pekerjaan (Hardingham, 2004). Nilai integriti mempunyai


hubungan signifikan dengan staf yang pernah menerima anugerah di
peringkat universiti,kebangsaan dan antarabangsa. Mohamed Sani
(2007) telah menjalankan satu kajian tinjauan yang bertujuan untuk
mengenal pasti sama ada integriti kepimpinan, pembentukan visi, misi
dan maklumat serta pelaksanaan mengkaji pengaruh pengurusan
integriti ke atas kelakuan beretika. Hasil kajian ini mendapati faktor
umur, taraf pendidikan, pangkat, dan tempoh perkhidmatan
mempunyai perbezaan yang signifikan sementara faktor jantina dan
taraf perkahwinan tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas kelakuan
beretika. Selain itu, ciri-ciri kebaikan, kejelasan, konsistensi penyelia,
dan kebolehcapaian mempunyai perkaitan dengan kelakuan beretika.
Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan
dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang
disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam
setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan
organisasi (Jamiah, Azimi, Ezhar, Sidek, Amini, Norizan, Halimah
dan Hanina, 2005). Nilai-nilai murni tersebut ialah nilai-nilai murni
yang dikongsikan bersama oleh rakyat Malaysia iaitu nilai dan etika
perkhidmatan awam Malaysia. Menurut kajian yang dijalankan oleh
Ismail (2009), Integriti sebenarnya membawa maksud yang luas yang
merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Masyarakat kita hari ini
memerlukan guru-guru yang berkualiti tinggi selaras dengan agenda
negara melaksanakan Program Transformasi dan Model Baru
Ekonomi. PBS juga merupakan satu usaha untuk membangunkan
modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan
ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif
dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Pelan
Integriti Nasional (PIN). Mengikut Pelan Integriti Nasional (PIN,
2004), integriti adalah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan
dan padu pada individu dan organisasi. Ia adalah berlandaskan etika
dan pencerminan etika dalam tindakan seharian. Integriti merupakan
konsep penting dalam pentaakulan etika (Widang & Fridlund, 2004)
kerana integriti berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan
etika yang baik (Mahathir, 1998). Integriti sebenarnya membawa
6 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

maksud yang luas yang merangkumi setiap aspek kehidupan manusia


(Ismail, 2009). Masyarakat kita hari ini memerlukan guru-guru yang
berkualiti tinggi selaras dengan agenda negara melaksanakan Program
Transformasi dan Model Baru Ekonomi.
Nilai-nilai integriti bagi kajian ini adalah nilai-nilai murni
yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai tersebut adalah
nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia yang mana nilai dan
etika perkhidmatan awam ini terkandung dalam Tonggak Dua Belas
(INTAN, 1994). Nilai dalam Tonggak Dua Belas merangkumi Etika
Teras Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika
Pentadbiran Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam.
Kesemua nilai-nilai murni yang terkandung dalam Tonggak 12
tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga dimensi iaitu kesucian hati
(bersih), amanah dan kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak.
Dimensi-dimensi ini merupakan dimensi integriti di mana integriti
adalah himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu
dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada
kejujuran dan amalan bermoral tinggi (PIN, 2004). Terdapat beberapa
nilai murni dalam Etika Teras Perkhidmatan, antaranya adalah,
amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih,
berdisiplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.
Nilai Tonggak Dua Belas merangkumi Etika Teras
Perkhidmatan Awam, Nilai Murni Profesional, Etika Pentadbiran
Awam serta Nilai dan Etika Perkhidmatan Awam: nilai peribadi asas,
nilai mengutamakan pelanggan, nilai kepimpinan, nilai
profesionalisme, nilai produktiviti/kualiti dan nilai-nilai keagamaan.
Kesemua nilai-nilai murni tersebut dapat diklasifikasikan kepada tiga
kategori iaitu kesucian hati (purity), amanah (trustworthiness) dan
kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak (wisdom). Selain itu,
tonggak 12 menjadi pengiring kepada Etika Perkhidmatan Awam.
Kesemua nilai-nilai dalam tonggak 12, menjadi amalan kepada semua
penjawat awam antara nilai tersebut adalah; Menghargai Masa,
Ketekunan Membawa Kejayaan, Keseronokan Bekerja, Kemuliaan
Kesederhanaan, Ketinggian Peribadi, Kekuatan Sifat Baik Hati,
Pengaruh Teladan, Kewajipan Menjalankan Tugas, Kebijaksanaan
Berhemat (Cermat), Keutamaan Kesabaran, Peningkatan Bakat dan
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS 7

Nikmat Mencipta. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk


mengenalpasti mengenalpasti tahap integriti guru dalam penilaian
murid berasaskan KSSR, mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
guru dalam proses penilaian murid berasaskan KSSR dan
mengenalpasti usaha untuk meningkatkan integriti guru dalam proses
penilaian murid berasaskan KSSR.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk penyelidikan merujuk kepada penggunaan cara yang


paling berkesan bagi mendapatkan maklumat yang berguna untuk
mencapai matlamat penyelidikan dengan kos yang minimum (Mohd
Majid, 1993). Rekabentuk kajian yang dijalankan ialah tinjauan
menggunakan soal selidik. Soal selidik dipilih sebagai instrumen
utama kerana melalui pentadbiran soal selidik penilaian terhadap
pelaksanaan nilai integriti guru dalam penilaian murid berasaskan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini melibatkan
tinjauan bagi menerangkan sesuatu perkara atau kejadian berdasarkan
data yang dianalisis. Mohd Najib (1999) menyatakan bahawa kajian
berbentuk tinjauan sesuai dijalankan bahawa penyelidikan yang mana
ia bertujuan mengumpulkan maklumat tentang sesuatu perkara yang
ingin dikaji. Azizi, (2007) menyatakan bahawa tujuan tinjauan
deskriptif adalah untuk memperoleh sesuatu ukuran mahupun
sebarang gambaran yang berkaitan dengan sesuatu keadaan mahupun
ciri-ciri populasi. Menurut Azizi lagi, perkara-perkara penting yang
diperlukan dalam melaksanakan penyelidikan jenis tinjauan adalah
dengan mengkaji ciri populasi seperti umur, jantina dan sebagainya.
Keadaan populasi juga harus diambil kira dalam kajian selain
kesukaran serta jumlah soalan yang dibina untuk soal selidik. Faktor
kewangan, masa dan lain-lain perkara perlu diambil perhatian supaya
setiap proses kajian dilakukan dengan lebih sistematik dan terperinci.
Kajian ini dilakukan terhadap semua guru di 4 buah sekolah
kebangsaan di Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Populasi kajian
adalah terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah
kebangsaan Taman Universiti, Skudai, Johor Bahru. Sampel kajian
8 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

adalah mengikut keseluruhan populasi iaitu 212 orang guru yang


mengajar di empat buah sekolah berdasarkan sumber maklumat
daripada Jabatan Pelajaran Daerah, Johor Bahru (PPDJB). Namun
hanya 135 orang guru sahaja yang menjawab soal selidik yang
diberikan dalam tempoh seminggu. Mengikut Krejcie & Morgan,
(1970) bilangan saiz sampel seramai 135 orang sudah mencukupi
dengan bilangan saiz populasi iaitu 212 orang berdasarkan jadual
penentuan saiz sampel untuk aktiviti kajian. Soal selidik dibina sendiri
oleh pengkaji merupakan instrumen utama dalam kajian yang
dijalankan ini. Soal selidik digunakan kerana sifatnya yang mudah
ditadbir (Zainab, 2011). Soal selidik digunakan untuk mengumpul
data tentang nilai integriti seseorang guru dalam penilaian murid
berasaskan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
diterapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Semua data
yang diperolehi dari borang soal selidik dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for the Sosial Sciences (SPSS 21). Hasil
yang diperolehi adalah dalam bentuk kekerapan (f), peratusan (%) dan
min.

1.4 INTEGRITI GURU DALAM PENILAIAN KSSR

Persoalan pertama bagi kajian ini ialah apakah tahap integriti guru
dalam penilaian murid berasaskan KSSR. Bagi menjawab persoalan
tersebut, ujian analisis min telah dilakukan bagi melihat nilai min,
sisihan piawai dan tahap min. Hasil analisis ditunjukkan dalam Jadual
1.1. Daripada 15 item yang diajukan dalam soal selidik, kesemuanya
mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu melebihi 3.67. Nilai min
keseluruhan iaitu 4.04 juga berada pada tahap yang tinggi yang
menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai tahap integriti yang baik
dalam penilaian murid berasaskan KSSR.
Berdasarkan setiap item, guru menunjukkan kefahaman dan
pengetahuan yang baik terhadap penilaian murid berasaskan KSSR.
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS 9

Selain itu, mereka mengamalkan nilai-nilai murni dalam pelaksanaan


penilaian seperti ikhlas, berdedikasi, bertolak ansur, tekun, berdisiplin,
sabar serta jujur. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan item yang
mencatatkan nilai min tertinggi (4.17) bagi item 11 dan 12 berkaitan
sifat guru yang berbudi mulia dan mengamalkan kerjasama dengan
guru lain semasa melakukan penilaian.

Jadual 1.1: Integriti Guru Dalam Penilaian Murid Berasaskan


KSSR

Bil Item STS TS KS S SS Min


f f f f f SP
% % % % %
1 Saya faham 1 7 14 81 32 4.01
dengan jelas 0.7 5.2 10.4 60 23. 0.79
tentang apa itu 7
KSSR.
2 Saya tahu 1 7 12 81 34 4.03
tentang cara 0.7 5.2 8.9 60 25. 0.79
untuk membuat 2
penilaian murid
berasaskan
KSSR.
3 Saya faham 1 8 15 80 31 3.98
tentang cara 0.7 5.9 11.1 59.3 23 0.81
untuk membuat
penilaian murid
berasaskan
KSSR.
4 Saya dapat 1 8 15 76 35 4.01
menjalankan 0.7 5.9 11.1 56.3 25. 0.82
amanah yang 9
diberikan
semasa membuat
penilaian murid
dalam KSSR.
10 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

5 Saya dapat 1 7 10 80 37 4.07


menjalankan 0.7 5.2 7.4 59.3 27. 0.79
tanggungjawab 4
yang diberikan
semasa membuat
penilaian murid
dalam KSS.

6 Saya sentiasa 1 5 13 75 41 4.11


ikhlas kepada 0.7 3.7 9.6 55.6 30. 0.80
semua murid 4
semasa
memasukkan
markah band
dalam KSSR.
7 Saya sentiasa 1 6 15 74 39 4.07
berdedikasi 0.7 4.4 11.1 54.8 28. 0.80
terhadap proses 9
penilaian murid
dalam
perlaksanaan
KSSR.
8 Saya suka 2 9 17 83 24 3.87
bersikap tolak 1.5 6.7 12.6 61.5 17. 0.83
ansur/tidak 8
berkira dalam
setiap penilaian
yang dibuat
kepada murid.
9 Saya sangat 1 5 16 85 28 3.99
tekun bekerja 0.7 3.7 11.9 63 20. 0.74
dalam membuat 7
penilaian
pentaksiran
murid KSSR.
10 Saya seorang 1 3 18 86 27 4.00
yang sangat 0.7 2.2 13.3 63.7 20 0.70
berdisiplin
dalam
melaksanakan
penilaian murid
berasaskan
KSSR.
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
11

11 Saya - 6 3 88 38 4.17
bekerjasama 4.4 2.2 65.2 28. 0.68
dengan guru lain 1
semasa
melaksanakan
penilaian murid
dalam KSSR.
12 Saya - 3 6 91 35 4.17
mengamalkan 2.2 4.4 67.4 25. 0.61
sikap berbudi 9
mulia(teliti)
dalam membuat
setiap penailaian
terhadap murid.
13 Saya sentiasa - 6 18 77 34 4.03
bersyukur 4.4 13.3 57 25. 0.75
dengan setiap 2
tugas yang
diberikan
semasa
melaksanakan
penilaian KSSR?
14 Saya seorang 1 4 26 73 31 3.96
yang 0.7 3 19.3 54.1 23 0.78
mempunyai nilai
kesabaran yang
tinggi dalam
melaksanakan
penilaian murid.
15 Saya tidak akan - 6 13 78 38 4.10
melakukan 4.4 9.6 57.8 28. 0.74
penipuan dalam 1
menilai prestasi
seseorang murid
dalam KSSR.

1.4 MASALAH PELAKSANAAN PENILAIAN


BERASASKAN KSSR

Persoalan kedua bagi kajian ini ialah apakah masalah yang


dihadapi guru dalam proses penilaian murid berasaskan KSSR.
Bagi menjawab persoalan tersebut, ujian analisis min telah
12 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

dilakukan bagi melihat nilai min, sisihan piawai dan tahap min.
Hasil analisis ditunjukkan dalam Jadual 1.2

Jadual 1.2: Masalah Yang Dihadapi Guru Dalam Proses Penilaian


Murid Berasaskan KSSR.

Bil Item STS TS KS S SS Min


f f f f f SP
% % % % %
1 Saya rasa beban kerja - - 6 38 91 4.63
guru semakin 4.4 28.1 67.4 0.57
bertambah pada setiap
tahun.
2 Saya tidak mempunyai 20 59 37 15 4 2.44
pengalaman yang luas 14.8 43.7 27.4 11.1 3 0.97
dalam penilaian murid
berasaskan KSSR.
3 Saya merasakan sistem 1 5 9 64 56 4.25
penilaian murid 0.7 3.7 6.7 47.4 41.5 0.80
berasaskan KSSR
menyukarkan guru.
4 Saya berasa bosan 4 17 34 42 38 3.69
setiap kali 3 12.6 25.2 31.1 28.1 1.10
melaksanakan penilaian
murid kerana banyak
band yang perlu di
buat.
5 Saya merasakan proses - 11 11 44 69 4.27
penilaian murid 8.1 8.1 32.6 51.1 0.92
sebelum ini adalah
lebih baik berbanding
semasa KSSR
dijalankan.
6 Saya rasa sistem online 4 11 11 42 67 4.16
sangat membebankan 3 8.1 8.1 31.1 49.6 1.07
guru yang lama
berbanding guru
generasi baru.
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
13

7 Saya tidak berminat 5 13 20 36 61 4.00


dengan cara sistem 3.7 9.6 14.8 26.7 45.2 1.15
online penilaian murid
berasaskan KSSR.

8 Penerapan nilai 2 15 14 59 45 3.96


integriti sukar 1.5 11.1 10.4 43.7 33.3 1.01
dilaksanakan sewaktu
penilaian murid dalam
KSSR
9 Penerapan nilai 3 16 16 61 39 3.87
integriti menyukarkan 2.2 11.9 11.9 45.2 28.9 1.04
kerja-kerja penilaian
dilakukan.
10 Keadaan dan sistem 2 5 9 39 80 4.41
jalur lebar menyukar 1.5 3.7 6.7 28.9 59.3 0.88
penilaian murid
dilakukan tepat pada
waktu yang dirancang.
11 Saya mengambil masa 2 11 16 55 51 4.05
yang lama untuk 1.5 8.1 11.9 40.7 37.8 1.00
menyiapkan penilaian
murid berasaskan
KSSR.
12 Saya berasa tidak 1 12 18 55 49 4.03
selesa dan terbeban 0.7 8.9 13.3 40.7 36.3 0.96
dengan penilaian murid
berasaskan KSSR.

Daripada 12 item yang diajukan dalam soal selidik, kesemuanya


mencatatkan nilai min yang tinggi iaitu melebihi 3.67 kecuali item
kedua mencatatkan nilai min sederhana iaitu sebanyak 2.44. Nilai
min keseluruhan iaitu 3.98 juga berada pada tahap yang tinggi yang
menunjukkan bahawa guru-guru beranggapan pelbagai masalah
dalam melaksanakan proses penilaian murid berasaskan KSSR.
Berdasarkan setiap item, guru beranggapan mereka kurang gemar
sistem penilaian yang menyukarkan, sistem penilaian atas talian yang
14 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

menyusahkan serta kekangan masa untuk melaksanakannya. Secara


spesifiknya lagi, tiga masalah utama yang mencatatkan nilai min
tertinggi ialah dari aspek membandingkan sistem penilaian sebelum
ini adalah lebih baik (item 5, min=4.27); keadaan capaian internet
yang lemah (item 10, min=4.41) dan bebanan kerja yang terlalu
banyak (item 1, min=4.63). Bagaimanapun, nilai min sederhana pada
item 2 menunjukkan bahawa guru mempunyai pengetahuan yang
baik dalam pelaksanaan penilaian berasaskan KSSR.

1.5 USAHA MENINGKATKAN INTEGRITI GURU

Persoalan terakhir bagi kajian ini ialah apakah usaha untuk


meningkatkan integriti guru dalam proses penilaian murid berasaskan
KSSR. Bagi menjawab persoalan tersebut, ujian analisis min telah
dilakukan bagi melihat nilai min, sisihan piawai dan tahap min. Hasil
analisis ditunjukkan dalam Jadual 1.3. Daripada enam item yang
diajukan dalam soal selidik, empat item mencatatkan nilai min tinggi,
satu item dengan nilai min sederhana dan satu item dengan nilai min
rendah. Berdasarkan setiap item, guru berpendapat bahawa kesedaran
akan kepentingan integriti untuk dijadikan budaya hidup perlu
disuburkan (item 5) dan salah satu pihak yang penting dalam usaha
ini ialah pihak kementerian pendidikan (item 6). Bagaimanapun, item
keempat yang mencatatkan nilai min yang rendah menunjukkan
bahawa guru mengharapkan kebebasan dan kelonggaran guru dalam
proses penilaian pelajar.
Jadual 1.3: Usaha Untuk Meningkatkan Integriti Guru Dalam Proses
Penilaian Murid Berasaskan KSSR.

Bil Item STS TS KS S SS Min


f f f f f SP
% % % % %
1 Saya harus menyertai 5 16 23 69 22 3.64
kursus yang akan 3.7 11.9 17 51.1 16.3 1.01
diadakan untuk
meningkatakan
kefahaman tentang
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
15

cara penilaian
pentaksiran KSSR
2 Setiap guru perlu 2 1 17 68 47 4.16
diberi pendedahan 1.5 0.7 12.6 50.4 34.8 0.78
tentang integriti
dalam bidang
profesion perguruan.
3 Perlu diadakan kursus - 2 20 75 38 4.10
dalaman tentang 1.5 14.8 55.6 28.1 0.69
penilaian murid oleh
pihak kementerian
sekurang-kurang
setahun sekali.
4 Guru tidak diberi 46 67 12 10 - 1.90
kebebasan untuk 34.1 49.6 8.9 7.4 0.85
menilai murid tanpa
batas waktu yang
ditetapkan.
5 Semua guru perlu - 1 8 79 47 4.27
menimbulkan 0.7 5.9 58.5 34.8 0.60
kesedaran terhadap
kepentingan integriti
sebagai budaya hidup.
6 Pihak kementerian 2 4 12 67 50 4.18
perlu menjalankan 1.5 3 8.9 49.6 37 0.83
seminar atau kempen
kesedaran tentang
intergriti kepada
semua guru.

1.6 PERBINCANGAN

KSSR merupakan satu bentuk kurikulum baru yang ditambah baik


bagi menggantikan kurikulum sedia ada iaitu KBSR. Melalui KSSR,
penilaian murid dinilai berpandukan standard pembelajaran dan
standard kandungan yang menilai prestasi murid berpandukan
standard. Oleh yang demikian, penilaian terhadap murid bukan
sahaja dijalankan diperingkat pusat atau pada peperiksaan akhir
sahaja, namun penilaian terhadap murid kini dilakukan sepanjang
16 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, penilaian


murid adalah secara individu tanpa membandingkan prestasi murid
dengan murid yang lain. Melaluinya, peningkatan serta
perkembangan prestasi murid dapat dilihat secara berterusan.
Penilaian yang dilakukan di sekolah juga adalah satu usaha
berstruktur dan bersistem bagi mengkaji perubahan, penguasaan,
pencapaian para pelajar dalam ujian dan peperiksaan yang diadakan
bagi mengatasi masalah yang timbul sebelum pelajar menduduki
peperiksaan sebenar kelak (Gay; 1985). Terdapat dua jenis penilaian
yang dilaksanakan oleh negara kita iaitu penilaian formatif dan
penilaian sumatif. Penilaian formatif adalah penilaian yang
dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam melaksanakan penilaian ini, ketelusan serta nilai-nilai
murni amatlah dititiberatkan bagi seseorang guru supaya proses
pengumpulan maklumat dan penilaian berjalan dengan telus dan
amanah. Ini bagi memastikan hasrat dan tujuan dasar yang digubal
dapat dicapai dan direalisasikan. Oleh yang demikian, tahap integriti
guru dinilai dalam kajian ini bagi melihat sejauh mana tahap integriti
yang dimilki guru dalam melaksanakan penilaian berasaskan KSSR
ini. Integriti merujuk kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan
dan pegangan teguh kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang
disertai komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam
setiap perkataan dan tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri
dan organisasi (Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek
Mohd.Noah,Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma
Othman dan Hanina Halimatusaadiah, 2005). Guru-guru haruslah
memiliki nilai integriti yang tinggi dalam diri agar matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat dilaksanakan dan profesion
perguruan terus unggul. Nilai-nilai integriti bagi kajian ini adalah
nilai-nilai murni yang dikongsi bersama oleh rakyat Malaysia. Nilai
tersebut adalah nilai dan etika perkhidmatan awam Malaysia yang
mana nilai dan etika perkhidmatan awam ini terkandung dalam
Tonggak Dua Belas (INTAN, 1994).
Melalui dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai nilai
integriti yang tinggi dengan mengamalkan sikap bekerjasama dalam
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
17

melaksanakan penilaian murid dalam KSSR dan mengamalkan sikap


berbudi mulia iaitu teliti dalam membuat setiap penilaian. Ini selaras
dengan nilai yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas bagi nilai
dan etika perkhidmatan awam. Kesemua nilai-nilai murni yang
terkandung dalam Tonggak 12 tersebut dapat diklasifikasikan kepada
tiga dimensi iaitu Kesucian hati (Bersih) , amanah dan kebijaksanaan
dalam berfikir dan bertindak. Nilai dan etika perkhidmatan awam
terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu, menghargai masa,
ketekunan membawa kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan
kesederhanaan, ketinggian peribadi, kekuatan sifat baik hati,
pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksanaan
berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat
mencipta (Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Hasil dapatan
kajian juga menunjukkan nilai integriti yang ada pada guru dalam
melaksanakan penilaian berasaskan KSSR ini seperti yang
terkandung dalam nilai dan etika perkhidmatan awam dalam
Tonggak Dua Belas adalah pada tahap yang tinggi. Antaranya,
guru-guru dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang
diberikan semasa membuat penilaian, berdedikasi dalam
menjalankan proses penilaian, bertolak ansur, berdisplin, tekun ,
sabar serta tidak melakukan penipuan dalam penialaian yang
dijalankan. Tonggak Dua Belas berasaskan tujuh teras etika
perkhidmatan awam iaitu: berazam meningkatkan mutu
perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha
mengikis sikap mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah
dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara, bekerjasama dalam membenteras kelemahan
serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama
(Institut Tadbiran Awam Negara, 1994). Nilai integriti adalah sangat
penting dan perlu ada dalam setiap diri guru-guru agar tugas dan
tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan nilai-nilai murni dan etika
profesion perguruan yang dituntut. Selain itu, peranan guru sebagai
tulang belakang negara dalam melahirkan modal insan berguna serta
merealisasikan hasrat pendidikan Negara.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan
sebagai satu usaha penambahbaikan kurikulum sedia ada iaitu
18 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi menyediakan


satu sistem pendidikan dan penilaian yang holistik untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran di masa hadapan. Jika
KBSR memfokuskan kemahiran asas 3M, iaitu membaca, menulis
dan mengira, dalam KSSR, kemahiran menaakul telah ditambah
supaya pelajar dapat membuat justifikasi sendiri terhadap perkara
yang telah dipelajari. KSSR adalah suatu bentuk kurikulum yang
berdasarkan pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan
dan pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam satu tahap
persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik
mengenai perkara yamg murid ketahui dan boleh lakukan dalam
tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Bagi Standard Pembelajaran pula ialah penetapan kriteria
atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.
Pencapaian serta prestasi murid akan dinilai berdasarkan
standard-standard yang telah ditetapkan. Setiap objektif dan isi
kandungan yang dipelajari murid akan dinilai satu persatu dan guru
akan memastikan murid memperoleh pengetahuan, tahu serta faham
dan boleh mengaplikasikannya sebelum berganjak ke standard
kandungan yang baharu. Ini dirujuk melalui pencapaian band bagi
setiap standard pembelajaran dan kandungan dan murid akan dinilai
secara inidividu. Ini secara tidak lansung telah menambahkan beban
guru. Hasil dapatan dari persoalan kajian mengenai permasalahan
yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penilaian murid
berasaskan KSSR menunjukkan bahawa guru menghadapi pelbagai
masalah dalam melaksanakan penilaian ini. Majoriti guru
mengatakan bahawa beban kerja guru semakin bertambah. Ini kerana
guru-guru perlu menyediakan evidens sebagai bukti hasil kerja
pencapaian murid bagi setiap topik yang dipelajari.
Maklumat-maklumat berkaitan hasil kerja murid pula harus
dikemaskini setiap masa dan dimasukkan ke dalam sistem web iaitu
Sistem Penilaian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) kerana
sistem penilaian ini adalah berterusan. Disamping itu, guru juga
menghadapi masalah dengan penggunaan dan keadaan sistem jalur
lebar yang menyukarkan penilaian murid dilakukan tepat pada waktu
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
19

yang dirancang.sistem ‘online’ juga dirasakan sangat membebankan


guru lama yang mana perlu mengambil masa mempelajari
penggunaan komputer dan teknologi. Selain itu, keadaan sistem web
yang masih di peringkat awal dan tidak begitu efisien menyukarkan
guru-guru untuk memasukkan data ke dalam sistem. Guru-guru
kadangkala perlu berjaga sehingga lewat malam bagi memasukkan
maklumat murid ke dalam sistem kerana masalah talian komunikasi
jalur lebar dan sistem yang sering sibuk.
Melalui hasil kajian persoalan pertama dan kedua dapat dilihat
bahawa tahap integriti yang dimalkan guru-guru dalam
melaksanakan penilaian berasaskan KSSR ini adalah pada tahap
yang tinggi. Ini bermakna guru menyedari kepentingan integriti
dalam menjalankan tanggujawab sebagai guru dan melaksanakan
dasar serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun begitu ,
terdapat juga pelbagai masalah yang dihadapi guru dalam
melaksanakan penilaian ini. Melalui persoalan terakhir dalam kajian
ini, beberapa cadangan usaha yang boleh dilaksanakan untuk
meningkatkan integriti guru dalam proses penilaian murid berasaskan
KSSR disekolah diutarakan. Hasil kajian menunjukkan guru-guru
majoritinya bersetuju dengan cadangan supaya kesedaran terhadap
kepentingan integriti sebagai budaya hidup ditimbulkan dalam setiap
diri guru. Menurut Hardingham (2004), kelemahan integriti akan
menyumbang kepada keruntuhan nilai moral dan kerosakan sesuatu
profesion pekerjaan. Ini kerana jika seseorang guru itu tidak
mempunyai nilai integriti, maka tujuan serta matlamat sistem
pendidikan Negara tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Guru-guru
perlu sedar, tahu serta faham akan peranan mereka serta
tanggungjawab yang diberikan. Ini bagi memastikan setiap dasar
pendidikan yang digubal mampu dilaksanakan dengan jayanya.
Menurut Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Ezhar Tamam, Sidek
Mohd.Noah, Amini Amir Abdullah, Norizan Yahaya, Halimah Alma
Othman dan Hanina Halimatusaadiah (2005), integriti merujuk
kepada pengetahuan, kesedaran, penghayatan dan pegangan teguh
kepada nilai-nilai murni secara konsisten yang disertai komitmen
sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan
tindakan untuk mencapai kecemerlangan diri dan organisasi. Dengan
20 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

adanya nilai integriti dalam diri guru-guru, maka perkembangan


sistem pendidikan dan profesion perguruan di Malaysia akan berada
pada tahap yang cemerlang bagi meletakkan sistem pendidikan
Malaysia setanding dengan Negara-negara maju.
Menurut Mohd. Izraudin (2004), proses pembangunan diri
guru merupakan program berterusan dan bersifat jangka panjang
yang terancang dan dilaksanakan secara sistematik. Pembangunan
diri guru ini berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang menekankan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. oleh
kerana itu, guru- guru majoritinya berpendapat bahawa mereka perlu
diberi kebebasan untuk menilai murid tanpa batasan waktu yang
ditetapkan. Guru-guru harus diberi peluang untuk memainkan
peranan mereka sebagai pendidik mengikut kreativiti mereka selagi
ia tidak melanggar etika serta membantu dalam menjayakan suatu
pogram atau dasar pendidikan Negara. Ini kerana guru adalah agen
utama dalam menilai prestasi murid. Selain itu, usaha-usaha lain
yang turut disokong oleh para guru adalah penyertaan kursus untuk
para guru bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang cara
penilaian berasaskan KSSR dengan baik dan telus, pendedahan
tentang nilai integriti dalam profesion perguruan secara khususnya,
dan kursus dalam tentang penilaian murid oleh pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia bagi memastikan penerapan nilai integriti dalam
diri guru-guru dapat diterapkan, dipelihara dan dipertingkatkan.

1.7 PENUTUP

Guru merupakan agen utama dalam sistem pendidikan Negara yang


merupakan tonggak perkembangan sistem pendidikan Negara. Sikap
dan nilai yang ada pada guru dapat menentukan sejauh mana
profesion perguruan terus unggul dan telus dalam memainkan
peranannya. Hasil penilaian murid yang diperolehi daripada proses
pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan terhadap
perkembangan sistem pendidikan di Malaysia pada masa akan
datang. Oleh itu, nilai integriti amatlah penting dan perlu ada dalam
setiap diri guru dalam melaksanakan penilaian berasaskan KSSR ini.
Nilai integriti guru sedikit sebanyak dipercayai akan memberi kesan
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
21

terhadap penilaian yang dilaksanakan. Ini kerana melalui hasil


penilaian yang dilaksanakan dengan berintegriti akan membantu
dalam menyediakan maklumat tentang sejauh mana sesuatu dasar
yang dilaksanakan itu dapat dicapai dengan jayanya. Dengan nilai
integriti yang ada pada guru juga dapat membantu murid mencapai
kecemerlangan dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran
yang mampu memberi kesan dan perkembangan yang positif kepada
diri mereka. Guru seharusnya sedar akan kepentingan nilai integriti
dan menjalankan peranan sebagai guru dengan penuh berintegriti

RUJUKAN

Abdul Rahman Hj.Abdullah (2005). Analisis konsep-konsep asas


dan falsafah pendidikan negara. Jurnal Pendidikan, 61(2) :
19-24.
Alimuddin Mohd.Dom (2009) Outstanding Learders. Membina
Sekolah Cemerlang. Putrajaya. JNM.
Amir Hasaan Dawi (2002). Penglibatan ibu bapa dengan
pembelajaran anak-anak diperingkat sekolah rendah. Kertas
projek yang tidak diterbitkan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Andrich, D. (2004). Kontroversi and the Rasch Model: a
Characteristic of Incompatible Paradigms. Journal of
Medical Care 42(2) : 1-6
Anderson, Lorin.W.(1981). Assessing Affective Characteristics in
the Schools. Boston: Allyn and Bacon.
Angku Bolkhizan (2009). Amalan etika kerja dalam perkhidmtan
awam. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan.16 : 89-110.
22 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

Azizi Yahya, Shahrin Hasim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon &


Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan
Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Azlina Mohd.Kassim (2008). Pengaruh personaliti terhadap
kepuasan kerja dan stress kerja guru..Jurnal Teknologi, 48(6)
: 33-47.
Bond,T.G, & Fox, C.M. (2007). Applying the Rasch Model :
Fundamental Measurement in the Human Sciences. 2nd.New
Jersey: Lawrence Erlbaum Associates, Mahwah
Ch’ng & Ch’ng (2009). “Penentuan Kesahan dan
Kebolehpercayaan Alat Ukur Metakognitif dengan Analisis
Model Rasch”.Paper work. Conference on Scientific &
Social Research. Mac 14-15.
Gay, L.R. (1985), Education Evaluation and Measurement:
Competencies for Analysis and Application. (2nd. Ed).
Columbus, Ohio; Charles E. Merrill Publishing Company.
Ghazali (2002). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian
Kuantitatif dan Kualitatif. Jabatan Pendidikan Dan
Pembangunan Maktab Perguruan Islam,Bangi. (Online
report)
http://www.Scribd.com/doc/Ghazali - Scribd.htm Oktober
18,2009. 28
Hamidah Sulaiman (2003, Februari 24). Keberkesanan Teknik
Kemahiran Belajar Terhadap Konsep Kendiri. Seminar
Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling (JPPK). Kuala
Lumpur:Universiti Malaya. Diperolehi Mac 23, 2009, dari
Digital Tesis Universiti Malaya.
Hamidah Sulaiman, Siti Salina Abdullah, & Farrahdina Yusop
(2006). Peranan ibu bapa dan guru dalam membantu
pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pencapaian
akademik. Jurnal Masalah Pendidikan, 27(6) : 9-10.
Hardingham, L.B. (2004). Integrity and moral residue:Nurses as
participants in a Moral Mommunity. Nursing Philosophy,
5(2), 127.
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
23

Harris, W. G. (1997). Integrity. In J.J.C. Smart and Bernard


Williams, Utilitarianism: For and Against New York.
Cambridge, pp. 108–117.
Institut Tadbiran Awam Negara (1994). Citrakarya: Falsafah, Nilai
dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia: Institut
Tadbiran awam Negara.
Ismail Sidek (2009). The understanding and implementation of
values educations. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan.13
:86-98.
Krathwohl, D.R, Bloom, B.S.and Masia (1988). Taxonomy Of
Educational Objectives : The Classififcation of Educational
Goals. Handbook II; Affective Domain. New York: David
Mckay.
Kathy E.Green & Catherine G.F. (2002). Survey Development and
Validation with the Rasch Model. Paper presented at
International Conference on Questionnaire Development
Linarce, J.M. (2002). Understanding Rash measurement :
Optimizing Rating Scale Category Effectiveness. Journal Of
Applied Measurement, 3 : 85 – 106.
Mahathir Mohamed (1998). Petikan ucapan semasa melancarkan
Gerakan pemantapan keutuhan system pengurusan
pentadbiran kerajaan Malaysia, di Ibu Pejabat BPR Malaysia,
Kuala Lumpur pada 8 Januari 1998.
M.Kamal Hassan.2004. Kepincangan Nilai Dalam Masyarakat
Global. Kolokium Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman
Islam Malaysia.
McBurney, D.H. (2007). Research Method, 6th ed., Belmot,CA :
Wardswoeth / Thomson Learning.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan.
Skudai: Penerbit UTM
Mohd.Izraudin Ismail (2004). Cabaran dan Harapan dalam
Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Bahagian Pendidikan
Guru.Kementerian Pendidikan.
Mohd.Johdi Salleh (2006). Peranan guru mencapai objektif
sekolah rendah:perspektif guru besar. Jurnal Pendidik Dan
24 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.(atas talian)


Oktober 2, 2009. http://www.utmjournals.com/doc/mohd
Mohd.Johdi Salleh (2008). Guru efektif dan peranan guru dalam
mencapai objektif persekolahan sekolah rendah. Jurnal
Pendidikan.14(3) :1-4.
Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah penyelidikan Pendidikan.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Mohamad Sani (2007). Kesan integriti kepimpinan dan pengurusan
kualiti menyeluruh (TQM) dimensi kemanusiaan terhadap
iklim proses organisasi. (atas talian), April 5,2009.
http://www.Scribd.com/doc/TQM
Muhammad Fuad Lee Abdullah (2006). Pengurusan integriti dan
kelakuan beretika. Jurnal Pendidikan, 18(4),5-8.
Mustafar Ali (2004). Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara
berkesan.Kolokium Pengukuhan Integriti,Institut kefahaman
Islam Malaysia pada Jun 2004.
Norazren Md.Dadi, Hassan Ash’ari & Muhd.Ruzman Mat Ali
(2004).Tahap kompentasi pensyarah menggunakan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.(Online report)
http://www.scribd.com/doc/norazren - Scribd.htm. Mac 12,
2009.
Ones, D.S,, Viswesvaran, C. & Schmidt. F.L. (2003). Personality
and absenteeism: A meta- analysis of integrity test Europian.
Journal of Personality, 17(2), 19.
Pomeranz, J.D., Byres, K.L., Moorhouse, M.D., Velozo, C.A., &
Spitznogel R.J. (2008). Rasch Analysis as a Technique to
Examine the Psychometric Properties of a Carrier Ability
Placement Survey Subtest. Rehabilitation Counseling
Bulletin 51(4).
Sharifah Raudzah (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi salah
laku pelajar dan hubungannya dengan personaliti pelajar.
Jurnal Pendidikan, 12(4),4-7.
Siti Rahayah Ariffin (2008). Inovasi dalam Pengukuran &
Penilaian Pendidikan. Bangi.
Integriti guru Dalam Melaksanakan PBS
25

Siti Salina Ahmad (2004). Punca Ketegangan Guru Matematik


Sekolah Rendah. Universiti Utara Malaysia.(atas talian),
Mac 4, 2009. http//www.Scribd.com/text/siti-salina
Siti Zalina Ramli (2006). Iklim Etika Kerja dan Tingkah laku Etika
di Kalangan Kakitangan Perkhidmatan Awam di Negeri
Sembilan. UUM. (atas talian), Oktober 26, 2009.
http//www.Scribd.com/doc/iklim-etika-kerja – Scribd.htm.
Widang,I. & Fridlund, B.(2004). Self-respect, Dignity and
Confident:Conceptions of Integrity Among Male
Patients”.Journal of Advanced Nursing. 42(1), 47-50.
26 Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Kesediaan Guru

Anda mungkin juga menyukai