Anda di halaman 1dari 15

INTEGRITI DALAM ORGANISASI PENDIDIKAN

Thulasimani Munohsamy
Institut Teknologi Brunei
Sinopsis
Setiap insan harus mempunyai nilai integriti yang tinggi untuk menjamin pembentukan insan
yang mulia dan beretika tinggi yang secara langsung menyumbang kepada kemajuan sesebuah
negara. Sebuah organisasi yang perlu memiliki nilai integriti yang tinggi ialah bidang
pendidikan. Para pendidik memegang tanggungjawab yang besar untk membentuk insan yang
beretika tinggi. Mereka hanya boleh melakukannya sekiranya mereka mempunyai nilai integriti
yang tinggi. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan definisi integriti, integriti dalam
pendidikan khususnya, kepentingan integriti dalam organisasi pendidikan, faktor-faktor yang
menjejaskan integriti, isu dalam integriti pendidikan dan implikasi serta cadangan yang
membawa manfaat kepada semua pihak.

Pengenalan
Kemajuan sesebuah negara sangat bergantung kepada nilai integriti yang wujud dalam setiap
organisasi serta nilai nilai etika kepimpinan negara tersebut. Sesebuah organisasi yang
mempunyai nilai integriti yang tinggi mampu bersaing di peringkat global. Malah setiap anggota
masyarakat harus memupuk nilai integriti bagi meningkatkan mutu kerja setiap organisasi yang
secara tidak langsung menjana kepada kemajuan sesebuah negara. Walau bagaimanapun masalah
integriti dalam masyarakat kini semakin berleluasa di zaman globalisasi ini. Kehakisan nilai
integriti di kalangan masyarakat kini semakin meningkat dalam setiap organisasi dengan
wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan
1

penyalahgunaan kuasa (Mustafar Ali, 2006). Dengan adanya kesedaran ini, setiap organisasi
harus diperkasakan untuk membina masyarakat yang beretika, menghayati erti integriti, bebas
dari amalan rasuah serta amalan negative lain seperti yang disebut di atas. Lantaran itu, nilainilai integriti ini perlu diterap secara holistik dalam kalangan kakitangan awam negara
terutamanya di kalangan guru.
Hanya guru yang sentiasa mengamalkan nilai- nilai integriti mampu menyediakan modal
insan kelas pertama. Oleh itu, penerapan nilai-nilai integriti dalam jiwa pendidik amat penting
kerana kejayaan sesorang guru dalam menhayati nilai- nilai integriti secara tidak langsung
memberi kesan positif kepada para pelajar terutamanya dalam pencapaian akademik dan
pertumbuhan akhlak (Nor Salmi & Lim Hooi Lian, 2012). Berdasarkan pada perbincangan di
atas, penulisan ini adalah berasaskan nilai integriti dalam pendidikan. Dalam perenggan
seterusnya maksud integriti, integriti dalam pendidikan, peranan dan kepentingan integriti, faktor
yang mempengaruhi integriti, masalah yang dihadapi serta cara menangani masalah yang di
hadapi akan di bincangkan dalam penulisan ini. Apa itu integriti? Definisi integriti secara
menyeluruh akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.

Definisi Integriti
Integriti, menurut kamus Dewan Bahasa bermaksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan
keutuhan. Ia juga berkait rapat dengan keikhlasan, keterbukaan, ketelusan dan amanah. Integriti
secara umumnya boleh didefinisikan sebagai peribadi mulia yang terdapat pada individu meliputi
nilai-nilai amanah, jujur, ikhlas, sabar, tidak mengamalkan tabiat rasuah, berlapang dada, telus,
bertanggungjawab dan memiliki cirri-ciri positif yang lain. Oleh itu, seseorang yang dikatakan
berintegriti mestilah berakhlak mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni di atas kualiti unggul
2

yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu serta oraganisasi. Integriti juga berkait
rapat dengan etika (Sham, 2011).
Sementara itu, integriti juga dikatakan merujuk kepada pengetahuan, kesedaran,
penghayatan dan pegangan teguh kepada nili-nilai murni secara konsisten yang disertai
komitmen sepenuhnya terhadap nilai-nilai tersebut dalam setiap perkataan dan tindakan untuk
mencapai kecemelangan diri dan organisasi (Nor Salmi & Lim Hooi Lian, 2012).
Secara ringkasnya, integriti boleh dikatakan sebagai nilai nilai murni yang patut
dipupuk oleh setiap individu untuk menjadi insan yang sempurna dan beretika tinggi.
Keperibadian ini secara langsung boleh mempertingkatkan kemajuan oraginisasi serta
menyumbangkan kepada kesejahteraan negara dan kemajuan negara di muka dunia. Nilai
integriti ini sangat penting untuk dihayati oleh warga pendidik dalam membentuk insan yang
beretika tinggi. Melalui pendidikan, para pelajar dapat dibentuk menjadi seorang yang
mempunyai nilai-nilai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian yang mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam membina kemajuan negara. Dengan itu, dalam
perenggan seterusnya integriti dalam pendidikan dibincangkan.

Integriti dalam Pendidikan


Integriti dalam pendidikan berkait rapat dengan akauntabiliti. Akauntabiliti merujuk kepada
tanggungjawab guru mendidik pelajar dalam pencapaian akademik serta membentuk
potensi pelajar

secara

menyeluruh.

Aspek

integriti dalam

pendidikan

adalah

guru

melaksanakan tugas dengan amanah, mempunyai ciri keprihatinan, penuh kasih sayang, tahap
ketabahan yang tinggi dan tidak mengambil kesempatan. Dalam konteks pengajaran guru di
dalam kelas pula, guru seharusnya mengutamakan kepentingan murid melebihi kepentingannya
3

sendiri. Guru hendaklah bersikap jujur dan memberi layanan yang adil kepada murid-murid
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung (Zarah binti Ahmad, 2014). Ini
menunjukan dedikasi seorang guru terhadap pelajarnya di mana seorang guru tidak
mengharapkan sebarang ganjaran daripada tugas yang dijalankan itu.
Nilai integriti adalah penting dan sewajarnya dihayati oleh semua pihak. Dalam sesebuah
organisasi pendidikan, guru atau tenaga pengajar serta kakitangan akademik memainkan peranan
dalam mengamalkan budaya integriti dalam tugasan yang dilakukan. Seseorang guru atau tenaga
pengajar seharusnya mengikut kod etika perguruan bagi memastikan isu integriti tidak
dipersoalkan. Dengan adanya kod etika perguruan, para guru dapat menjaga tingkah laku sebagai
seorang guru, memahami dengan jelas etika guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,
rakan sejawat, masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang
berlaku terhadap pelajar tetapi hendaklah membantu mereka menyelesaikan masalah (Baharin
dan Suzana 2010). Justeru itu, guru atau tenaga pengajar yang berintegriti dan beretika sangat
diperlukan dalam dunia pendidikan. Etika dan integriti yang dimiliki seseorang guru akan
menjadikan beliau itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. Guru atau tenaga pengajar
diibaratkan lautan yang luas dan pelajar adalah ikan di dalam lautan itu. Benih yang baik jatuh
ke laut menjadi pulau, sebaliknya benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung. Oleh yang
demikian, guru sewajarnya bertanggungjawab terhadap pelajar serta memupuk kerjsama dan
permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat bagi merealisasikan misi nasional negara
secara ikhlas (Zarah binti Ahmad, 2014).

Kepentingan Integriti dalam Organisasi Pendidikan


Kepentingan integriti dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah untuk mencapai sasaran
utama iaitu mencapai kualiti khidmat lebih tinggi. Pencapaian kualiti menerusi pengurangan
kesilapan dalam urus tadbir, masalah pelajar juga dapat diminimumkan terutamanya kes disiplin,
mencapai kesetiaan lebih tinggi di kalangan staf, mencapai fokus yang sama, memenuhi
kepuasan pekerja atau pelanggan termasuk ibu bapa, menjaga imej profesion keguruan,
meningkatkan keimanan dan mengawal tingkah laku warga pendidikan. Integriti merupakan asas
penting kesejahteraan staf (Jamiah et. al 2006) dan membentuk staf yang mempunyai tingkah
laku yang baik (Ones et. al 2003, dalam Jamiah et. al 2006). Sebaliknya, sekiranya integriti
terhakis di kalangan staf maka ia akan menyumbangkan kepada keruntuhan nilai moral dan
kerosakan sesuatu profesyen pekerjaan (Hardingham 2004, dalam Jamiah et. al 2006).
Sehubungan dengan itu, setiap warga sesebuah organisasi perlu menghayati nilai-nilai murni
yang telah ditegaskan dan diulangi oleh pentadbir urus yang berintegriti baik. Contohnya,sebagai
penjawat awam aspek integriti disepadukan dalam nilai dan etika perkhidmatan awam.
Penghayatan nilai integriti hendaklah dijadikan amalan hidup dan amalan kerja supaya mencapai
kecemerlangan, kecekapan, malahan organisasi tersebut akan dipercayai dan dihormati (Zarah
binti Ahmad, 2014).
Dengan itu boleh dikatakan bahawa nilai integriti amat bermakna dalam bidang atau
organisasi pendidikan. Nilai integriti yang terhakis boleh menyebabkan kesan yang amat negatif
di kalangan masyarakat dan menjejaskan maruah serta kemajuan sesebuah negara. Terdapat
beberapa faktor yang boleh menjejaskan nilai integriti dalam bidang pendidikan. Antara faktorfaktor tersebut akan dibincangkan dalam perenggan seterusnya.

Faktor-faktor yang Menjejaskan Integriti


Terdapat beberapa faktor yang menjejaskan nilai integriti dalam bidang pendidikan. Faktor
tersebut boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu kepimpinan, sistem dan procedur, struktur
dan institusi, budaya dan individu dalam organisasi tersebut.
Kepimpinan adalah sangat penting dalam mengekalkan budaya organisasi dan
masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan
iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman serta tunjuk ajar dan melakukan perubahan
untuk kebaikan. Iltizam yang lemah akan memyebabkan merosotnya integriti. Begitu juga
pemimpin yang tidak menunjukkan teladan yang baik. Pemimpin juga perlu mematuhi undangundang dan prosedur serta peraturan yang ditetapkan. Sebarang tindakan pemimpin
mengeluarkan arahan yang bercanggah dengan undang-undang, prosedur dan peraturan yang
ditetapkan akan menjejaskan integriti (Sham, 2011). Oleh itu adalah amat penting bagi seorang
pemimpin untuk mengamalkan dan memupuk nilai integriti untuk kemajuan diri sendiri,
masyarakat serta kemajuan Negara.
Sistem dan prosedur merangkumi pelbagai perkara dan aspek. Pengkuatkuasaan yang
tidak berkesan dan ada kalanya dilakukan secara terpilih. Kurang ketelusan dalam urusan yang
melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender boleh mengakibatkan tergugatnya
nilai integriti. Kelemahan sistem dan prosedur serta garis panduan bagi menjalankan tugas boleh
menyebabkan ketidakcekapan, kecelaruan dan perselisihan pendapat di kalangan pekerja.Institusi
mempunyai matlamat atau kepentingan yang bertentangan antara satu sama lain juga boleh
menjejaskan integriti.. Pertentangan kepentingan antara institusi yang berlaku secara berterusan
boleh menyebabkan kecelaruan dan krisis nilai. Skop, tugas dan tanggungjawab antara instusi
perlu diperinci dan dikordinasikan dengan baik. Pertindihan dalam tugas boleh mengakibatkan
6

persaingan yang tidak sihat serta pengabaian tanggungjawab. Dengan wujudnya pertindihan ini
maka, secara langsung masyarakat akan mula ragu dengan kesahihan nilai integriti seseorang.
Selain itu, persekitaraan amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi
pembentukan nilai dan tingkah laku. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan
semasa. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang sesuai untuk
individu supaya tidak menyimpang dalam tingkah lakunya.

Budaya yang sebaliknya akan

mempengaruhi mereka untuk tidak ambil peduli, tidak bertanggung jawab dan melepaskan
tanggungjawab kepada orang lain. Oleh itu, mengamalkan budaya yang sihat amat penting bagi
seseorang supaya nilai integritinya kekal bersama dan tidak terjejas akibat pengaruh budaya yang
negatif.
Faktor utama yang memyebabkan kemerosotan integriti ialah diri sendiri. Individu yang
lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika akan
mengakibatkan diri dalam pelbagai salah bentuk tingkahlaku. Kemerosotan integriti boleh
berlaku sekiranya individu itu hannya melihat kelemahan orang lain. Tekanan hidup juga boleh
menyebabkan individu terlibat dalam kegiatan rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan
dan gejala tidak bermoral.(Sham, 2011). Oleh yang demikian setiap individu haruslah
mempunyai keimanan yang tinggi supaya sentiasa akur dengan perubahan yang berlaku
disekililingnya. Mereka juga perlu ada kesedaran diri untuk sentiasa bersifat positif untuk
mengharungi apa jua rintangan yang di hadapi. Justeru itu mereka tidak mudah terpengaruh
dengan nilai-nilai yang negatif yang boleh menjejaskan nilai integriti individu tersebut.

Isu dalam Integriti Pendidikan


Terdapat beberapa masalah yang sering dialami dengan isu integeriti dalam pendidikan. Antara
isu atau masalah utama ialah rasuah. Rasuah adalah satu perbuatan yang melanggar nilai-nilai
murni dan membawa kehancuran kepada seseorang yang mengamalkannya sama ada penerima
atau pemberi serta mengurangkan kecekapan kepada sesebuah organisasi (Zarah. 2014).
Menurutnya lagi integriti individu atau organisasi akan terjejas oleh gejala rasuah akibat
beberapa faktor.
Di peringkat individu, kawalan dalaman yang lemah (Mustafar 2005) atau kelemahan
individu tersebut dalam kurang menghayati agama dan pendidikan akhlak, bersifat tamak dan
sikap yang sering mengejar kebendaan dan kemewahan iaitu hamba kepada kebendaan
(NurSyakiran dan Md Zawawi 2004), kos sara hidup yang meningkat saban hari, tekanan
modenisasi & keperluan , sikap yang mudah terpedaya dengan gelojak nafsu dan bisikan syaitan
serta kurang faham sistem dan prosedur jabatan boleh mengakibatkan kehakisan nilai integriti
seseorang individu.
Dalam organiasi pendidikan, rasuah adalah sesuatu yang tidak sepatutnya difikirkan
langsung. Ini adalah kerana seseorang pendidik haruslah mempunyai sifat tanggungjawab ke atas
perilakunya. Seseorang guru itu sangat dipercayai, seharusnya kepercayaan masyarakat terhadap
pendidik haruslah di sanjung tinggi. Selalunya antara isu rasuah yang berlaku di kalangan
pendidik ialah membocorkan soalan peperiksaan akibat menerima rasuah dari sesebuah pihak
untuk

kepentingan

mereka.

Guru

perlu

melaksanakan

amanah

dan

kuasa

yang

dipertanggungjawabkan. Guru guru merupakan penentu utama kejayaan dalam melahirkan


generasi yang berintegriti melalui penerapan nilai integriti dalam setiap mata pelajaran yang
diajarnya.
8

Selain daripada itu antara masalah lain yang dihadapi oleh institusi pendidikan ialah
penyalahgunaan kuasa. Salah guna kuasa ditakrifkan sebagai menggunakan kedudukan atau
jawatan rasmi untuk kepentingan diri. Kebiasaannya salah gunakuasa sering berlaku di kalangan
pentadbir atau pengurus sekolah. Menurut penulisan Marzita 2004, Timbalan Pendakwa Raya
Badan Pencegahan Rasuah Malaysia, Zulkarnaian Hasan menyatakan salah guna kuasa di
kalangan pengurus sekolah dilakukan secara sengaja. Pihak ini melakukannya kerana
dipengaruhi sikap tamak, mahukan kemewahan dan berasa selamat. Di antara kes yang sering
berlaku adalah melantik syarikat yang mempunyai kepentingan.dalam menguruskan sesebuah
tugasan. Maksud kepentingan adalah melantik sesebuah syarikat yang dikendalikan oleh adik,
adik ipar atau ahli keluarga lain walaupun mereka bukan pengurus syarikat berkenaan. Beliau
juga memberikan contoh kes seperti melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dalam
mengendalikan pembekalan alat tulis dan kertas, mengendalikan kantin, pembinaan pagar
sekolah dan terdapat kes pengurus sekolah menerima tiket kapal terbang untuknya dan keluarga
dari syarikat buku (Zarah. 2014). Nilai nilai ini seharusnya dihindari oleh setiap pihak pertadbir
untuk mengelakkan kehakisan nilai integriti serta nilai-nilai murni yang patut diamalkan dan
dicontohi.
Selain itu isu penyelewengan di kalangan warga sekolah sama ada pelajar mahupun pihak
berkaitan

juga

menyimpang

menjejaskan

nilai

atau mengelirukan

integriti. Penyelewengan

dari

satu

dasar

yang

adalah satu
ditetapkan.

perbuatan yang
Dalam

konteks

pendidikan penyelewengan juga berlaku di peringkat sekolah. Sekolah merupakan institusi yang
menerapkan

nilai-nilai

murni

di

kalangan

pelaja

rmenerusi

penerapan

nilai

yang

dipertanggungjawabkan kepada guru. Penerapan nilai murni menerusi beberapa teknik seperti
melalui mata pelajaran tertentu ( Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral), penerapan nilai
9

merentasi kurikulum iaitu dalam mata pelajaran lain dan menerusi aktiviti ko-kurikulum seperti
persatuan, kelab dan badan beruniform sentiasa berlaku dalam organisasi pendidikan.
Budaya sekolah mengamalkan pembentukan sahsiah bermoral tinggi dalam membentuk generasi
muda yang berintegriti dalam memainkan peranan sebagai seorang pelajar yang seimbang dari
segi

jasmani,

emosi,

rohani,

intelek

dan

sosial.

Namun

begitu,

segelintir pelajar yang bermasalah dari segi disiplin tidak menghayati budaya positif yang diajar,
malahan mereka mewujudkan satu sub budaya yang tidak formal dan jauh menyimpang dari
nilai-nilai murni seperti budaya lepak, ponteng sekolah, botak dan black metal (Sean 2012). Isu
penyelewengan dalam pendidikan juga berlaku dari segi pembangunan infrastruktur pendidikan.
Isu seperti makmal sekolah runtuh dan atap kelas yang bocor disebabkan pembinaan yang tidak
kukuh merupakan antara isu penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran pendidikan. Akibat
daripada isu begini, keselamatan para pelajar boleh terjejas.
Sistem dan prosedur dalam organisasi pendidikan juga boleh menyebabkan wujudnya
masalah integriti. Setiap organisasi mempunyai sistem dan prosedur dalam menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan. Ketidakcekapan dalam sistem dan prosedur di kalangan staf
atau kakitangan menjejaskan integriti seterusnya mencemarkan imej organisasi. Antara faktorfaktor yang menjejaskan integriti adalah kurang ketelusan, kelemahan sistem dan prosedur serta
garis panduan, kurang penguatkuasaan, penguatkuasaan terpilih, kurang pemantauan dan
penilaian, keupayaan sumber manusia dan bahan yang terhad serta kerangka undang-undang
lapuk dan percanggahan undang (Sulaiman 2004). Penyalahgunaan kemudahan yang disediakan
oleh pihak sekolah untuk kepentingan diri adalah antara contoh masalah dalam kategori ini.
Selain itu, kemerosotan etika di kalangan pendidik juga adalah antara masalah integriti
yang dihadapi. Etika adalah berkaitan dengan nilai dan moral sesuatu kelompok atau kumpulan.
10

Etika juga berkaitan dengan persepsi atau pandangan terhadap sesuatu perkara atau tindakan
sama ada ia dilakukan secara betul atau salah (Malike 2004). Seorang guru yang merupakan
penjawat awam bertanggungjawab memahami dan mengamalkan nilai-nilai dalam semua
tindakan dan tingkah laku semasa menjalankan tanggungjawab dan tugas. Jika seseorang
penjawat awam yang melakukan sesuatu yang luar dari standard atau piawai etika yang
ditetapkan maka individu tersebut telah menyalahi apa yang telah ditetapkan melalui peraturan,
dasar dan arahan kerajaan (Malike, 2004). Antara isu yang berlaku di kalangan pendidik ialah
mencabul pelajar sekolah mereka, memberi denda yang tidak sepatutnya kepada para pelajar
yang menganggu emosi dan seksual pelajar. Isu seperti ini di kategorikan sebagai kemerosotan
etika di kalangan pendidik. Oleh itu setiap individu dalam organisasi pendidikan sentiasa perlu
berwaspada akan tindakan yang diambil oleh mereka supaya ia tidak menjejaskan nilai integriti
mereka sebagai pendidik.

Implikasi
Antara implikasi yang berlaku apabila masalah integriti wujud dalam bidang pendidikan ialah ia
akan menjejaskan kredibiliti sesorang guru. Guru adalah seorang yang diberi penghormatan yang
sangat tinggi. Masyarakat menganggap guru merupakan satu profesyen yang membentuk modal
insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan generasi yang akan berjaya di masa
hadapan. Namun begitu, akibat daripada segelintir guru yang tidak komited dengan etika yang
telah digariskan oleh Kemeterian Pendidikan serta tidak berfikiran wajar dalam melaksanakan
hukuman mahupun keputusan secara terburu buru, maka masyarakat akan hilang kepercayaan
kepada institusi pendidikan dan tidak memberikan kerjasama sepenuhnya. Seorang guru yang
berintegriti seharunya sedar bahawa maruah dan profesyen perguruan adalah di dalam tangan
11

mereka sendiri (NorSalmi dan Lim, 2012). Oleh itu setiap tindakan mereka haruslah difikir
secara teliti sebelum mengimplikasikannya.

Cadangan
Sosio budaya yang merangkumi institusi pendidikan (sekolah,kolej dan universiti) memainkan
peranan membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini berperanan
dalam memberikan sumbangan pembinaan modal insan dan di antara agendanya bagi mencapai
objektif yang dihasratkan adalah : pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran
sosiobudaya yang berintegriti dan peningkatan integriti dalam pengurusan jasmani, rohani dan
kesihatan, pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warganegara.
Sehubungan dengan itu, peranan pemimpin atau pengurus sekolah dalam memantapkan integriti
dalam sesebuah organisasi pendidikan adalah penting dalam memastikan untuk membentuk
pelajar berkualiti dan sejajar dalam pembangunan modal insan. Pihak pentadbir hendaklah
melakukan pemantauan secara berterusan maka peluang guru menyalahgunakan kuasa,
melakukan penyelewengan dan terkeluar dari landas kod dan etika profesyen perguruan dapat
dibendung. Pihak ini boleh memaklumkan atau mengingatkan guru sewaktu mesyuarat atau
taklimat bagi memastikan etika profesyen perguruan berada pada landas yang betul.Sekiranya,
pihak sekolah khususnya pengetua atau guru besar menghadapi kesukaran dalam mendapatkan
kerjasama daripada rakan sejawat atau staf yang bermasalah serius, individu berkenaan dinasihati
menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sebelum dikenakan tindakan tatatertib (Zarah,
2014).
Selain daripada itu rakan sejawat juga boleh melaporkan sekiranya berlaku kes yang
menjejaskan integriti dalam sesuatu organisasi pendidikan untuk mengharumkan nama organisasi
12

ini yang diberi kepercayaan yang sepenuhnya untuk membentuk insan atau generasi muda yang
berhemat tinggi serta memiliki nilai-nilai etika yang tinggi.
Pihak berkenaan juga boleh mengadakan bengkel mengenai nilai integriti di kalangan
pendidik dari semasa ke semasa untuk menyedarkan antara kalangan pendidik yang mempunyai
pegangan agama yang lemah yang mudah terlibat ke dalam kes-kes yang boleh menjejas integriti
serta imej profesyen perguruan. Di negara kita, pihak berkuasa sering menjalankan bengkel
bengkel seperti ini di mana pihak bahagian pencegah rasuah sering menganjurkan bengkel
seumpama ini di kalangan warga institusi pendidikan. Terdapat pelbagai lagi langkah yang boleh
diambil untuk mengelakkan daripada berlakunya masalah integriti dalam bidang pendidikan.
Setiap warga dalam institusi pendidikan harus sedar bahawa mereka adalah antara insan yang
bertuah yang dipilih untuk melaksanakan suatu profesyen yang sangat mulia dan disanjung tinggi
di kalangan masyarakat. Dengan adanya kesedaran ini dan pegangan agama yang kuat, masalah
integriti tidak akan wujud dalam institusi pendidikan.

Kesimpulan
Integriti dalam pendidikan adalah berpandukan etika dan nilai. Aspek integriti dalam sesebuah
organisasi pendidikan melibatkan individu (tenaga pengajar/staf), sekolah atau institusi pengajian
serta pihak kementerian dalam memastikan kualiti pendidikan diberikan sama rata dalam
pelbagai lapisan masyarakat. Apa yang penting sekali adalah kawalan dalaman individu iaitu
berkaitan

dengan

soal

keimanan,

kemantapan

rohani

dan

keteguhan jiwa

dalam

menangani pelbagai ganjaran, hadiah mahupun duit atau cubaan pihak yang tidak mengamalkan
hajat yang baik dalam memenuhi keperluan sendiri berbanding kepentingan umum. Secara
umumnya, pengurusan integriti hendaklah disepadukan dan diterapkan nilai-nilai murni di
13

kalangan individu dan sesebuah organisasi supaya menjadi amalan hidup dan amalan kerja bagi
mencapai kecemerlangan, kecekapan, dipercayai dan dihormati (Zarah. 2014).
Rukun Akhlak dan Etika Kerja sudah sedia wujud bagi setiap penjawat perkhidmatan
awam di negara kita sebagai panduan kepada setiap penjawat dalam organisasi awam. Institusi
pendidikan juga turut terlibat secara langsung untuk menurut and menepati rukun akhlak dan
etika kerja tersebut. Sebagai warga pendidik yang berkeimanan kuat dengan nilai etika kerja
yang tinggi, soal integriti tidak sepatutnya wujud dalam organisasi ini. Oleh itu setiap individu
dalam organisasi pendidikan haruslah menjadi contoh kepada masyarakat awam kerana generasi
muda negara yang bakal memimpin negara lahir dari didikan organisasi ini. Dengan itu sebagai
warga organisasi pendidikan, setiap insan haruslah memiliki nilai integriti yang tinggi untuk
membina masyarakat serta negara yang maju dan dihormati di mata dunia.

14

Bibliografi
Baharin Abu & Suzana Mamat@Muhammad. 2010. Pengetahuan Etika ProfesionPerguruan
Dalam Kalangan Guru Pelatih 4sph Fakulti Pendidikan Utm.
http://eprints.utm.my/10740/1/Pengetahuan_Etika_Profesion_Perguruan_Dalam_Kalangan_Guru
_Pelatih_4SPH_Fakulti_Pendidikan_UTM.pdf 20 April 2014

Malike Ibrahim. 2004. "Yang Menurut Perintah"- Nilai Penjawat Awam. hlmn: 112.http://repo.uum.edu.my/2129/1/55.pdf 20 April 2014

Mustafar Ali. (2004). Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional Secara Berkesan. Kolokium
Pengukuhan Integriti, Institut Kefahaman Islam Malaysia. Jun 2014.
Mustafar Haji Ali. 2005. Membina Integriti Untuk Memerangi Rasuah. Dlm. MazilanMusa, Izal
Arif Zahrudin & Suzanna Che Moin (pnyt.). Etika Dan Integriti Di Malaysia,
hlmn: 53-61. Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.
Nor Salmi binti Ahmad & Lim Hooi Lian. (2012). Mengkaji Kesahan Inventori Nilai Integriti
dalam Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah. (Daripada)
http://www.medc.com.my/medc/journals/valume7/Artikel%20Salmi%20&%20Lim%20untuk
%20MEDC%20Journal.pdf. 4 April 2014

Nur Syakiran Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. 2004. Rasuah.....? Katakan Tidak. hlmn:115. http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf 20 April 2014

Sham. (2011). Integriti. (Daripada) http://www.scribd.com/doc/49190824/INTEGRITI. 4 April


2014

Zarah binti Ahmad. (2014). Penulisan Pengurusan Integriti dalam Organisasi Pendidikan.
(Daripada) http://www.scribd.com/doc/212543157/Penulisan-Pengurusan-Integriti-DalamOrganisasi-Pendidikan. 20 April 2014

15

Anda mungkin juga menyukai