Anda di halaman 1dari 15

KEPENTINGAN PENDIDIKAN INSKLUSIF

- Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) pula menjelaskan bahawa pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan khas dan pendidikan inklusif adalah amat perlu dalam
memastikan pembangunan dalam sistem pendidikan dapat berjalan dengan lancar.
- Baglieri, S. (2016) kemajuan para pelajar dalam pendidikan khas perlu seiring dengan
kemajuan pelajar yang mengikuti aliran perdana ia dilakukan bagi mengelakkan pelajar yang
berada dalam aliran pendidikan khas ini tidak ketinggalan dengan arus dan pembangunan
pendidikan pada masa kini.

SEJARAH TULISAN BRAILLE

1) Tulisan Braille dicipta oleh Louis Braille.


Latar belakang Louis Braille:
- dilahirkan pada 4 Jan 1809 di Perancis
- memiliki kecacatan fizikal (buta) disebabkan kemalangan sewaktu zaman kanak-kanak
2) Keadaan beliau yang buta menyebabkan kesukaran kepada beliau untuk melakukan sesuatu
apatah lagi untuk tujuan melakukan sesuatu pekerjaan.
3) Oleh itu, beliau sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu agar dapat membolehkan beliau
mempelajari dan memahami sesuatu walaupun buta.
4) Lalu, Beliau telah menghadiri kursus pembelajaran di Institut Nasional Pemuda Buta di Paris,
Perancis, sebagai pelajar untuk merealisasikan impian belajarnya.
5) Pada masa itu, proses pembelajaran yang berlaku hanya menggunakan bahan-bahan daripada
buku cetakan yang dicipta tetapi susah untuk menghasilkan, sukar dibaca, dan sukar untuk
menulis.
6) Pada mulanya, beliau sendiri seperti pelajar lainnya, juga menghadapi kesukaran dalam
meneruskan proses pembelajaran dalam keadaan dirinya yang memiliki kecacatan fizikal,
7) Banyak kali percubaan demi percubaan dilakukannya tanpa putus asa kerana percaya kejayaan
akan mendatang
8) Ketika menghadiri Institut, Braille ingin lebih banyak buku untuk dibaca.
9) Dia bereksperimen dengan cara untuk membuat abjad yang mudah dibaca dengan hujung jari.
10) Ketika berusia 15 tahun, dia menciptakan sistem yang kita kenal sekarang sebagai Braille
11) Sistem penulisan ini dikembangkan oleh Kapten Charles Barbier de la Serre, seorang Kapten
tentera Perancis.
12) Selama bertahun-tahun Louis Braille cuba untuk memudahkan membaca tulisan timbul yang
dicipta oleh Kapten Charles kerana kaedah Night Writing (Sonography Code) yang diciptanya
untuk menghantar maklumat rahsia di medan peperangan
13) Tulisan ini juga hanya sesuai untuk menulis perkataan atau ayat pendek sahaja dan tidak sesuai
digunakan untuk mereka yang bermasalah penglihatan (Birch, 1996).

KOD BRAILLE

1) KONSEP BRAILLE
- Braille adalah sistem titik timbul yang boleh dibaca dengan jari bagi orang buta atau
mempunyai tahap penglihatan yang rendah.
- Braille bukan bahasa
- Braille ialah kod yang boleh digunakan oleh banyak bahasa seperti (Inggeris, Sepanyol,
Arab dan etc)
- simbol Braille ini dikenali sebagai sel Braille
- tulisan timbul ini juga dikenali sebagai kod Braille Louis Braille
- Braille pula bermaksud sistem tulisan bagi orang buta yang terdiri daripada titik-titik
timbul yang mewakili aksara tertentu, dan dapat dibaca secara menyentuhnya dengan
jari, yang menggunakan kod yang mempunyai peraturan dan kaedah penggunannya
tersendiri (Mustaqim (2014))
- Noor Najihan Jaafar & Kauthar Abd. Kadir (2008) dalam kajiannya telah mendapati
bahawa pengenalan tulisan Braille merupakan proses pembelajaran secara biologi
manusia

2) CIRI-CIRI TULISAN BRAILLE


- Simbol Braille ini dikenali sebagai sel Braille
- Mengandungi 6 titik timbul (2 titik dari kiri ke kanan dan 3 titik dari atas ke bawah)
- Terdapat 64 kombinasi yang menggunakan 1 atau lebih daripada 6 titik itu
- Sel tunggal boleh digunakan untuk mewakili
i. huruf
ii. abjad
iii. nombor
iv. tanda baca
v. sebilangan besar perkataan

3) KELEBIHAN TULISAN BRAILLE


- Louis Braille dan rakan-rakannya di Royal Institution for blind Youth, Paris mendapati
membaca dan menulis dengan titik-titik timbul ini lebih senang dan cepat berbanding
tulisan rumi yang ditimbulkan
- dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan seseorang untuk melakukan tugas
membaca dan menulis meskipun seseorang itu memiliki masalah penglihatan.
- Kebanyakan guru-guru yang mengaplikasikan penggunaan tulisan Braille dalam proses
pengajaran dan pembelajaran telah mendapati bahawa kehadiran tulisan braile
membantu dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran secara dinamik
dan berkesan
- penggunaan konsep pembelajaran dalam tulisan Braille mempunyai idea-idea yang
sangat jelas
- M. Mustaqim Mohd Zarif. (2009) Penciptaan sistem tulisan Braille telah memberikan
peluang kepada golongan pelajar OKU Penglihatan dan membolehkan meneruskan
proses pembelajaran seperti biasa, meskipun hakikat keadaannya berbeza dengan
pembelajaran golongan biasa yang tidak menghadapi masalah penglihatan
- Mendorong murid-murid ini untuk lebih aktif dalam aktiviti berkaitan ilmu dan
pengetahuan.
- kewujudan tulisan sistem Braille menjadikan daya sentuhan sebagai salah satu saluran
resepsi ilmu sebagai ganti kepada deria penglihatan.
- Fuady Azis (1969), Tulisan Braille dapat membantu dalam menyelesaikan masalah
seseorang yang menghadapi masalah penglihatan
- Silver, J., Gilbert, C.E., Spoerer, P. & Foster. A. (1995) mendapati terdapat hubungan
yang signifikan antara minat pelajar untuk mempelajari tulisan Braille hal ini kerana
tulisan Braille memberikan dimensi baharu dalam ilmu pengetahuan dan ia dianggap
sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari
- M. & Khairuddin Omar. (2009) yang mendapati bahawa dalam proses pembelajaran
biasa semua terkait dengan penglihatan namun dalam konteks pendidikan bagi OKU
yang menghadapi masalah penglihatan menggunakan tulisan Braille sebagai satu cara
untuk memudahkan proses pembelajaran dengan baik
- Carver, R.P. 1989 yang menjelaskan bahawa murid yang berkeperluan khas yang OKU
bahagian penglihatan lebih berminat dalam pembelajaran berasaskan tulisan Braille
kerana itulah peluang dan ruang kepada mereka untuk berpeluang dalam mendapatkan
peluang pendidikan
- Dengan pengembangan modul ini huruf Braille dapat dengan mudah dipelajari karena di
dalam modul ini disusun dengan sederhana dan mudah difahami. (Zakaria bin Yahya.
(2008).)
- Simon, C. & Huertas, J. (1998) mendapati bahawa penggunaan tulisan Braille sebenarnya
mampu memberikan kesan psikologi iaitu dalam membantu meningkatkan minat
seseorang untuk mempelajari sesuatu yang baru.
- tulisan Braille merupakan sistem yang memberikan solusi, kaedah dan teknik yang
berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi golongan OKU
yang menghadapi masalah penglihatan
- dapat memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk meneroka secara
mendalam berkenaan dengan cara mempelajari sistem pendidikan khas terutamanya
kepada golongan pelajar yang mengalami masalah buta penglihatan.
- Goodrich, G.L., Mehr, E.B., Quillman, R.D., Shaw, H.K. & Wiley, K.J. (1977) mendapati
bahawa penulisan dan penghasilan aktiviti pembelajaran yang dilakukan dengan
menggunakan Braille telah dapat diwujudkan hal ini sudah tentu dapat meningkatkan
minat kepada para pelajar yang ingin menyelami aspek pembelajaran dalam pendidikan
khas
- Adzam (2012) mendapati bahawa pelajar amat berminat untuk mempelajari tulisan
Braille disebabkan ia merupakan tulisan yang mudah untuk difahami dan dipelajari
meskipun terdapat beberapa kesukaran dalam proses menghafal
- Gompel, M., Van Bon, W.H.J. & Schreuder, R. 2004 dalam kajiannya mendapati tahap
minat pelajar meningkat apabila mempelajari tulisan Braille untuk tujuan proses
pembelajaran.

4) BRAILLE WRITER
- tulisan Braille dihasilkan oleh mesin Braille witer
- mempunyai enam kunci utama (dihitung dengan 6 titik sel Braille.
- mempunyai satu bar ruang
- mempunyai spacer baris
- mempunyai ruang belakang
- kombinasi kekunci Braillewriter boleh ditolak pada masa yang sama

LITERASI BRAILLE

1) DEFINISI LITERASI
- Literasi juga dikenali sebagai seorang yang celik huruf
- Menurut Kamus bahasa Inggeris Cambridge online, literacy hanya bermaksud keupayaan
untuk membaca dan menulis

2) DEFINISI LITERASI BRAILLE

- Literasi Braille didefinisikan sebagai keupayaan membaca dan menulis bagi memenuhi
keperluan seharian murid-murid masalah penglihatan (Troughton 1992).
- Menurut Arter dan Mason (1994) mengeja merupakan suatu tugas yang sukar bagi
murid-murid masalah penglihatan, Mereka perlu belajar untuk membaca dan menulis
kod Braille gred 1, kod Braille gred 2(singkatan) dan mengingati keseluruhan ejaan
tersebut supaya dapat menulis dengan betul (McCall 1999).

3) PERKEMBANGAN LITERASI BRAILLE


- Pada tahun 1958
 "Orang yang celek huruf (literasi) adalah orang yang mempunyai pemahaman,
membaca dan menulis ringkas ringkas pernyataan yang berkaitan dengan
kehidupan sehariannya.
- Pada tahun 1978
 "Seseorang itu mempunyai literasi fungsional yang boleh terlibat dalam semua
aktiviti yang celek huruf diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan kumpulan
dan komunitinya
 perkembangan hanya berfokus kepada usaha bagi membantu tugasan
membaca, menulis dan mengira.
 Namun, usaha bagi proses pembelajaran masih perlu diperlukan untuk
mengaktifkan proses kognitif dan pemikiran dalam diri seseorang pelajar supaya
mereka dapat memahami secara mendalam apa yang mereka pelajari
- Pada tahun 2003
 amalan pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan braile mengalami proses
perkembangan peranan dan fungsi dalam memastikan proses pembelajaran
secara berkesan dapat berlaku.
 antara perkembangannya dapat kita lihat adalah keupayaan untuk mengenal
pasti, memahami, mentafsir, mencipta, berkomunikasi dan mengira,
menggunakan bahan bercetak dan bertulis yang berkaitan dengan konteks yang
berbeza-beza

4) *KELEBIHAN LITERASI BRAILLE

- Kecekapan dan ketepatan dalam membaca dan menulis memudahkan akses kepada
maklumat, pembangunan pengetahuan, penyertaan aktif, fungsi, dan kebebasan dalam
konteks sosial

- Menurut Argyropoulos dan Martos (2006), membantu dalam membolehkan mereka


yang mengalami kecacatan fizikal iaitu buat dapat bersaing dengan pelajar yang lainnya.

- Menurut Zakaria bin Yahya. (2008). membantu mereka dalam meningkatkan tahap
penguasaan mereka pembelajaran mereka terhadap sesuatu subjek yang diajarkan
kepada mereka

5) CABARAN LITERASI BRAILLE KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN


- Untuk mencapai tahap ketepatan ejaan sepertimana yang dicapai oleh murid-murid
tipikal
- guru mempunyai masalah dalam mengajarkan tulisan braile kepada pelajar
- bagaimana guru atau individu yang cacat atau masalah penglihatan boleh memenuhi
cabaran untuk membawa komuniti mereka kefahaman Braille dan fungsinya sebagai alat
literasi utama.
6) CADANGAN MENINGKATKAN LITERASI BRAILLE KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN
- Mengikuti Garis panduan awal membaca dari International Reading Association (IRA
1998), National Research Council (NRC 1998), National Institutes of Child Health and
Human Development (NICHD 2001), dan Office of Special Education Programs (OSEP
1996)
- aplikasi tulisan braile perlu terus diperkenalkan bagi membantu dan memberikan
peluang kepada golongan oku untuk mendapatkan peluang pembelajaran seperti kanak-
kanak yang lainnya.
- Johnston (2004) mencadangkan bahawa perlu ada penyemakan semula dan
memperbaharui keperluan latihan guru yang bertanggungjawab dalam mengajar Braille
- Tingkat kepekaan juga dapat ditingkatkan melalui latihan untuk meningkatkan kepekaan
hasil rabaan terhadap titik-titik timbul yang menjadi formasi huruf pada tulisan Braille.

PENGUASAAN KOD BRAILLE

1) PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BRAILLE


- Tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru dalam sistem pendidikan tidak mungkin
tercapai sekiranya guru tidak memenuhi tahap profesionalisme yang tinggi terutamanya
dari aspek pengetahuan (Shukri Sulaiman, 2010)
- Guru perlu meningkatkan kesedaran awam tentang Braille dan faedahnya kepada
mereka yang menggunakannya.
- Membangunkan kemahiran celik huruf Braille merupakan salah satu matlamat utama
proses pendidikan untuk pelajar masalah penglihatan
- Salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kejayaan dalam proses
pembelajaran kod Braille terdiri dari kompetensi pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas masalah penglihatan yang mengajar Braille.
- Menurut V, Argyropoulos, (2019) hasil refleksi pelajar sarjana pendidikan khas dari dua
buah universiti di Eropah, menekankan perlunya latihan lanjut ke dalam kod Braille dari
segi kesusasteraan dan sains notasi.
- Pengetahuan Braille dan arahan Braille telah dikenal pasti oleh Majlis untuk Kanak-
Kanak yang Luar Biasa (CEC, 2003) sebagai salah satu kemahiran yang paling penting
yang diperlukan untuk guru-guru pendidikan khas masalah penglihatan (Pogrund &
Wibbenmeyer, 2008).
- Penguasaan Braille juga adalah salah satu kemahiran asas sebagai syarat guru
pendidikan khas masalah penglihatan termasuk mengenal pasti konsep Braille (Puttman,
B & Tiger, F 2015)
- corak pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru hendaklah selaras dengan
keperluan dan kepentingan pelajar yang mengalami masalah penglihatan (Norhasnira
Ibrahim et. Al, 2015)
- kajian ini mendapati bahawa bukan murid sahaja yang memerlukan latihan malah guru
juga memerlukan latihan dan bimbingan yang menyeluruh agar dapat melaksanakan
tanggungjawab kerja ini dengan baik
- jika guru mempunyai masalah dalam mengajarkan tulisan braile kepada pelajar. sudah
tentu perkara ini sebenarnya akan mengganggu proses pembelajaran berlaku dengan
berkesan dalam proses pengajaran dalam kelas
- Burns, Peggy. (1993) mendapati bahawa kepelbagaian teknik dan kaedah dalam
penerapan tulisan Braille dalam pengajaran untuk bakal guru pendidikan khas mampu
meningkatkan minat guru mengajar dan mampu meningkatkan keinginan dan kesediaan
para guru untuk mempelajari tulisan braile untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan khas
- yob, A., C. M. See, and S. Selamat. (2008) yang menemukan bahawa minat guru dan
pelajar dapat dirangsangkan dengan baik menerusi pelaksanaan proses pembelajaran
dua hala yang lebih aktif dan dinamik.

2) TAHAP PENGUASAAN BRAILLE DALAM KALANGAN GURU


- Guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak buta hendaklah menguasai aspek
kecekapan membaca teks dalam Braille,
- guru boleh menulis teks dengan betul dan menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai
- guru menggunakan kaedah pengajaran dan media yang bersesuaian mengikut piawaian
dan keperluan guru untuk kanak-kanak masalah penglihatan.
- Guru juga perlu menguasai dua komponen dalam proses
- menterjemah penulisan iaitu penjanaan teks dan mentranskripsikan teks.

3) PROSES MENTERJEMAH PENULISAN


i. Penjanaan teks
- keupayaan melambangkan idea dalam unit-unit bahasa terutamanya dalam
perkataan, ayat dan perenggan
ii. Mentranskripsikan teks
- keupayaan menukarkan perkataan ke dalam bentuk tulisan atau Braille bagi
murid-murid masalah penglihatan

4) KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBACA


i. Maksud:
- proses perkembangan berperingkat mengikut tahap kefahaman murid-murid
terhadap perhubungan huruf-bunyi.
- Perhubungan antara huruf- bunyi akan menjadi lebih bermakna apabila tahap
kefahaman mereka meningkat
ii. *Kepentingan:
- meningkatkan konteks pemahaman perkataan berkenaan dengan tulisan Braille
- dapat meningkatkan keupayaan dalam membaca kod dan mengekod perkataan
singkatan Braille
- komponen literasi yang amat penting bagi murid untuk belajar dan memahami
konteks perkataan khususnya pembelajaran bahasa
- dapat menguasai subjek bahasa Inggeris di dalam kelas.
- Penguasaan tulisan Braille dapat membantu seseorang pelajar itu melihat dan
belajar dengan lebih jauh dan berkesan berbanding para pelajar lainnya
( Manisah Mohd Ali & Noorfaziha Hassan (2014).)
- meningkatkan keupayaan guru untuk mengajar dan dalam masa yang sama
dapat meningkatkan kebolehan dan kemampuan pelajar untuk mengikuti segala
aspek pembelajaran secara berkesan
iii. Menurut kajian:
- McCall, (1999) menyatakan bahawa kemahiran membaca yang dimiliki oleh
seseorang itu, adalah amat penting maka dengan itu, penguasaan terhadap
tulisan itu sebenarnya amat penting dalam kalangan golongan pelajar masalah
penglihatan di samping dapat membantu pemahaman pelajar dengan baik.
-
PENGUASAAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

1) KOD BRAILLE BAHASA MELAYU


- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima bahawa Kod Braille Bahasa Melayu
Pindaan merupakan kod yang digunapakai oleh individu masalah penglihatan di sekolah
seluruh Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia (2014).

2) DEFINISI PENGUASAAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU


- Penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar adalah pengetahuan asas
Kod Braille Bahasa Melayu di peringkat sekolah
- Tahap penguasaan pelajar dapat dilihat melalui pencapaian peperiksaan bagi subjek Kod
Braille Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Unit Penilaian Dan peperiksaan (UPP) di IPG
Kampus Ilmu Khas.

3) *KEPENTINGAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU


- membolehkan murid masalah penglihatan menghadapi persaingan di peringkat
antarabangsa
- mampu berdiri sebaris dengan individu tipikal
- membekalkan pelajar dengan kemahiran tetapi juga dapat digunakan dan relevan dengan
bidang yang diceburi
- para pelajar perlu menguasainya dalam memantapkan lagi kemahiran-kemahiran mereka
supaya dapat memberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

4) FAKTOR KELEMAHAN PENGUASAAN KOD BRAILLE DALAM BAHASA MELAYU


- Pelajar lemah dalam pengetahuan asas Kod Braille Bahasa Melayu di peringkat sekolah
- Pendapat ini disokong oleh kajian Surif et al. (2006) yang menyatakan bahawa tahap
penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu yang kurang memuaskan menyebabkan pelajar tidak
dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
- terdapat kurangnya penguasaan dalam kalangan tenaga pengajar pada masa kini yang perlu
terus diperkasakan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik
kepada para pelajar.

5) PERSEPSI PELAJAR MENGENAI KEPENTINGAN PENGUASAAN KOD BRAILLE


- Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi, pelajar mempunyai kesedaran yang tinggi
dan menganggap penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu adalah penting untuk kerjaya
mereka
- Ibrahim, (2002) yang menyatakan kefasihan membaca dan menulis kod Braille Bahasa
Melayu harus disokong oleh faktor luaran dan dalaman.
 Faktor dalaman antaranya berasaskan sikap dan penerimaan individu terhadap
kepentingan penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu

5) CARA MENGUASAI KEMAHIRAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

- melalui latihan dan menambah pengetahuan tentang pembacaan dan penulisan


Braille.

- Melalui mata pelajaran teknikal dengan mengikuti kursus dan menanamkan rasa minat
dan tidak jemu untuk mempelajarinya.
 Amran (2003), menyatakan bahawa kesedaran tentang keperluan dan kepentingan
Kod Braille Bahasa Melayu akan menimbulkan sikap yang positif dalam kalangan
pelajar

 Md. Desa (2003), mendapati persepsi guru teknikal terhadap kepentingan


penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran teknikal adalah tinggi

6) KAJIAN TENTANG TAHAP PENGUASAAN KOD BRAILLE DALAM KALANGAN MURID


- Berdasarkan penelitian Carver (1989), kadar kelajuan membaca murid masalah
penglihatan di gred 9 lebih rendah iaitu sebanyak 63% berbanding murid tipikal lain
- Di dalam kajian itu juga menunjukkan adanya, kesan signifikan terhadap kadar
perubahan dalam diri pelajar setelah diajarkan oleh guru mereka
- Berdasarkan kajian Gompel et al. 2004) kadar perubahan kemahiran membaca
sebenarnya banyak memberikan pengaruh yang begitu kuat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran

PERANAN PELAJAR DALAM PENGUASAAN BRAILLE

- Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) perubahan sikap ke arah yang lebih positif juga
dapat membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran dengan aktiviti pengayaan
atau meneruskan dengan pembelajaran bahagian seterusnya
- Kanak- kanak cacat penglihatan perlu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran
sentuhan mereka jauh lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak tipikal
- kanak- kanak cacat penglihatan perlu berusaha lebih gigih untuk mengembangkan
kemahiran mereka.
- Whittaker, S.G. & Lovie-Kitchin, J. (1993) kanak- kanak cacat penglihatan perlu
mengembangkan dan meningkatkan kemahiran sentuhan mereka jauh lebih tinggi
berbanding dengan kanak kanak tipikal
- Kanak- kanak cacat penglihatan perlu berusaha lebih gigih untuk mengembangkan
kemahiran mereka.
- Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011) mendapati bahawa tahap kesedaran yang
tinggi dalam kalangan pelajar telah membuka minat kepada diri mereka untuk
mempelajari dunia pendidikan khas dengan menggunakan tulisan Braille,
- Corn, A.L. & Koenig, A.J. 2002. menemukan bahawa terdapat minat yang mendalam
dalam kalangan pendidikan khas yang buta penglihatan untuk mendapatkan peluang
pembelajaran bagi memberikan ilmu pengetahuan kepada diri mereka.

KONSEP PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN INSKLUSIF

Menurut (Lee. K. C dan Sailajah, 2018).

- pendidikan khas merupakan cabang daripada pendidikan inklusif namun perbezaannya


terletak pada keberadaan pelajar
- Pendidikan insklusif: para pelajar diletakkan secara bersama-sama dengan pelajar yang
mengikuti aliran perdana
- Pendidikan khas: pelajar diletakkan secara ekslusif secara bersama-sama dalam kumpulan
yang memiliki kecacatan yang sama.

KAJIAN UMUM TENTANG PENDIDIKAN KHAS


- dalam penelitian yang telah dilakukan oleh penyelidik telah mendapati bahawa masih
terdapat banyak kelompangan kajian yang masih lagi belum terisi oleh mana-mana kajian.
- kajian-kajian berkenaan dengan pendidikan khas perlu terus diperkasakan dengan
menghadirkan kajian-kajian baharu dalam membantu untuk menampung keperluan-
keperluan dalam pendidikan khas.
- Abdul Rahim Selamat (1994) dalam kajiannya berpendapat bahawa kajian-kajian berkenaan
dengan pendidikan inklusif perlu terus diperjuangkan dengan melaksanakan beberapa
strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan agar dapat mengatasi
masalah penguasaan dan penerimaan pelajar terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh
guru kepada para pelajar.
- Menurut pengkaji, kajian ini dibangunkan dengan menggunakan tiga pemboleh ubah
bersandar iaitu:
 penguasaan,
 sikap
 minat terhadap pembelajaran pendidikan khas.
- dilakukan terhadap pelajar IPG yang mengambil jurusan pendidikan khas bidang masalah
penglihatan.
- pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas perlulah sentiasa diselaraskan dengan
baik agar proses pembelajaran yang menyeluruh dapat diterapkan dalam sistem pendidikan
pada masa kini. (Bassok, D., 2016)
- Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran dua hala yang berkesan perlu untuk
meningkatkan tahap penguasaan pelajar secara menyeluruh dalam kelas (Hussin, M. K. A.,
&Hamdan A. R.. (2015)
- Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013) dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
dalam pendidikan khas sebenarnya memerlukan usaha yang terbaik untuk memastikan
perkembangan dalam sistem pengajaran dalam pendidikan khas yang dapat meningkatkan
sikap pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dalam pendidikan khas berlaku.
-

PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN KHAS

- seseorang guru perlu mempunyai perwatakan yang terbaik dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan agar:
 dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap apa yang mereka pelajari
semsa dalam pembelajaran dalam kelas.. (Chang, y. C. et al, 2016)
 dapat membantu untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap
pembelajaran yang mereka semasa dalam bilik darjah.
- Kajian M. Mustaqim Mohd Zarif, A.K. Mohamed, K.A. Mohamad & M.A. Yusoff. (2008) guru
perlulah menyediakan bahan bacaan yang sesuai dengan kemampuan seseorang pelajar
yang memiliki kecacatan dalam penglihatan
- Ferri, B. A., & Connor, D. J. (2005) menjelaskan bahawa penggunaan sesuatu alatan bantuan
mengajar sebenarnya dapat meningkatkan tahap penguasaan guru dan pelajar dalam
menjayakan sistem pembelajaran di dalam kelas.
- Hussin, M. K. A., &Hamdan A. R.. (2015) yang menjelaskan bahawa tingkah laku guru dapat
meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam pendidikan inklusif
- Zainal, M.,et al. (2002) mendapati bahawa seseorang guru perlu meningkatkan tahap
kelajuan membaca sebenarnya amat membantu sistem penguasaan pelajar dalam aktiviti
membaca
- Mohd Nur Adzam Rasdi (2012) mendapati bahawa dalam proses pengajaran berkenaan
dengan pendidikan khas terutamanya yang menghadapi masalah buta sebenarnya
memerlukan sesuatu alatan yang mampu bertindak sebagai perangsang dan pendorong bagi
seseorang untuk melakukan kerja secara berhemah
- Kurth, J. A., Lyon, K. J., & Shogren, K. A. (2015) sokongan daripada guru amat penting dalam
memastikan perkembangan dalam sistem pendidikan berlaku kerana akan dapat membantu
meningkatkan penguasaan pelajar menerusi peningkatan efikasi pelajar untuk meneruskan
proses pembelajaran dalam kelas dengan baik
- Lalvani, P., & Hale, C. (2015) mendapati usaha yang profesional dilakukan oleh guru
sememangnya akan dapat membantu dalam meningkatkan tahap kefahaman dan
pemahaman serta penguasaan pelajar terhadap apa yang mereka pelajari dalam kelas.
- Oh-Young, C., & Filler, J. (2015) guru hendaklah sentiasa meningkatkan kemahiran dalam
sistem pengajaran dan pembelajaran mereka akan dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar dari masa ke semasa.
- Kejayaan latihan penggunaan alat bantu penglihatan dengan menggunakan tulisan braile
seharusnya menjadi matlamat kepada seseorang guru
- Ishak, H., Tamuri, A. H., Majid, R. A., & Bari, S. (2012) mendedahkan tahap penguasaan dan
kesedaran seseorang guru dan pelajar adalah amat perlu dalam membantu mereka sama
sama menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
- Saiful Azam Khoo Abdullah. (2019) tahap penguasaan dan kepakaran guru dalam kalangan
pendidikan khas dan pendidikan inklusif hendaklah dipertingkatkan daripada masa ke
semasa
- Abdul Razaq et. al, (2010) telah menemukan bahawa keperluan guru pendidikan khas untuk
mengajar atau memberi latihan penggunaan alat bantu penglihatan kepada murid
ketidakupayaan penglihatan
- Othman et. al, (2008) menyokong dapatan kajian di atas dengan menjelaskan bahawa adalah
menjadi tanggungjawab semua untuk melaksanakan penglahiran lebih banyak modal insan
yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dan proses pengajaran secara lebih efektif
dan berkesan.
- Muhammad Radhana Alfaris. (2017) yang mendapati bahawa tahap pemahaman pelajar
sebenarnya perlu terus diberikan perhatian dalam usaha untuk meningkatkan tahap
pencapaian dan kebolehan guru untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang
mereka pikul
- Nor Shidah Salleh et. al. (2009) yang mendapati bahawa sikap dan perwatakan guru
terhadap pendidikan khas perlu dibentuk dalam usaha untuk menangani masalah dalam
pendidikan khas
- Whittaker, S.G. & Lovie-Kitchin, J. (1993) menyokong dapatan kajian di atas dengan
menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua untuk melaksanakan
penglahiran lebih banyak modal insan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman dan
proses pengajaran secara lebih efektif dan berkesan
- Spungin, S.J. & Ferrell, K.A. (1991) yang menyatakan bahawa sikap dan tanggungjawab para
guru dalam pendidikan inklusif perlu dibina dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman
para guru dan bakal tenaga pengajar pada masa akan datang tentang amanah dan
tanggungjawab yang mereka perlu pikul sebagai seorang pendidik.
- Nissa, (2016) yang mendapati bahawa sikap guru terhadap pendidikan inklusif adalah amat
perlu tinggi bagi memastikan mereka berjaya dalam memikul tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka dengan baik.
- Saiful Azam, (2019) dapatan kajiannya mendapati bahawa kesan daripada sikap guru
terhadap pendidikan inklusif menyebabkan kesukaran guru dalam melaksanakan aktiviti
tugasan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
- Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011) dari sudut medium penyampaian guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran iaitu komponen asas kurikulum adalah dengan membaca dan
menulis menggunakan kod-kod Braille
- Golongan guru perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah pembelajaran
dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan minat dalam kalangan pelajar mempelajari kod
braile

KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS DAN INSKLUSIF

- Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) pula menjelaskan bahawa pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan khas dan pendidikan inklusif adalah amat perlu dalam
memastikan pembangunan dalam sistem pendidikan dapat berjalan dengan lancar.

- Baglieri, S. (2016) kemajuan para pelajar dalam pendidikan khas perlu seiring dengan
kemajuan pelajar yang mengikuti aliran perdana ia dilakukan bagi mengelakkan pelajar yang
berada dalam aliran pendidikan khas ini tidak ketinggalan dengan arus dan pembangunan
pendidikan pada masa kini.

- Horn, E. M., et al (2016) penekanan dalam aspek kurikulum dalam pendidikan amat penting
bagi kanak-kanak yang mengikuti aliran pendidikan khas kerana memberikan kesan yang
signifikan terhadap perkembangan pendidikan dalam diri pelajar.

- Silver et al. (1995) telah menemukan bahawa penggunaan alat bantu mengajar akan dapat
mempercepatkan lagi proses pembelajaran agar ia bersifat optimum

- Hur, E., Buettner, C. K., & Jeon, L. (2015,) pengajaran berpusat murid sebenarnya dapat
membantu dalam meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran yang menjurus kepada
peningakatan penguasaan dalam kalangan pelajar.

- H. Muhammad Shohib (2011) dalam proses pengajaran dan pembelajaran ternyata


penguasaan pelajar untuk mempelajari dunia pendidikan khas adalah amat penting. Hal ini
kerana kaedah konvensional dalam pembelajaran OKU Penglihatan yang tertumpu pada
pendengaran dan hafalan

- Muhammad Radhana, (2017) mendapati bahawa bagi kanak-kanak yang sedang membesar
mendapatkan pendidikan di sekolah adalah penting untuk membolehkan mereka hidup
berdikari pada masa hadapan.

- Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (2014) mendapati bahawa tahap pemahaman terhadap
situasi OKU Penglihatan dan kemahiran menguasai sistem tulisan Braille menjadi langkah
pertama ke arah mengeratkan hubungan dan kerjasama.

- dapat membantu untuk meningkatkan minat para pelajar untuk meneruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran

- pengubahsuaian ini akan dapat membantu dalam melengkapkan keperluan bagi golongan
pelajar yang dimasukkan dalam pendidikan khas.

- mampu memberikan peluang pembelajaran yang bersifat proaktif dan dinamik dalam
membantu perkembangan ilmu pengetahuan para pelajar
- Menurut Hamdan, A. R. Anuar, M. K., Khan, A. (2015). mendapati bahawa minat pelajar
dalam mempelajari pendidikan khas kerana ia dapat membantu dalam membentuk ilmu
pengetahuan bagi mereka

- Hussin & Hamdan (2014) mendapati para pelajar berminat dalam mempelajari mata
pelajaran pendidikan khas disebabkan oleh keprihatinan, kesedaran mereka akan
tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran menyeluruh dilakukan kepada semua pelajar

KEPENTINGAN PENERAPAN TULISAN BRAILLE DALAM PDP

- Riris Rahmanitasari, (2016) penerapan tulisan Braille dalam PDP dapat memberikan
penguasaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama dapat memberikan ilmu
pengetahuan kepada guru yang mengajar.
- Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Norazman Alias, Norhasnira
Ibrahim, Norullisza Khosim, dan Noornajihan Jaafar. (2013) yang juga mendapati
penggunaan tulisan Braille membolehkan mereka berdikari dalam mencipta kejayaan demi
kejayaan dalam pembelajaran

KESAN KURANG PENGUASAAN TERHADAP BRAILLE

- Lee Lay Wah dan Lee Bee Hiang (2010) mendapati bahawa kurangnya pengetahuan yang
dimiliki tentang huruf Braille, bagaimana proses latihan penulisan huruf Braille
menyebabkan motivasi guru dan pelajar menjadi kurang untuk mengajar dan belajar
berkenaan dengan tulisan Braille.
- guru yang tidak berkemampuan untuk membantu murid dalam menghafal kod ini
menyebabkan murid kurang cekap dan kurang berkebolehan dalam membantu diri mereka
untuk mempelajari sesuatu yang diajarkan kepada mereka
- menyebabkan permasalahan berlaku dalam konteks pemahaman dan kognitif pelajar

CABARAN PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN INKLUSIF

- Abdul Rahim et. al. (2019) masih banyak yang belum memahami ataupun sekadar tahu
tentang apa itu tulisan Braille. Mereka cenderung belum mengetahui tulisan Braille itu
seperti apa
- Abdul Rahim et. al, (2019) mendapati bahawa tahap kefahaman guru berkenaan dengan
pendidikan inklusif dan pendidikan khas masih lagi lemah.
- kekurangan latihan dan bimbingan yang guru pelatih terima menyebabkan kekurangan
dalam kemampuan mereka dalam mengajar pendidikan inklusif
- kesukaran bagi guru untuk memahami secara lebih mendalam akan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang bersesuaian untuk mereka gunakan dalam konteks pembelajaran
pendidikan inklusif Mohd Najib & Sanisah, (2006).
- Maizatul Asmah et. al, (2015) kekurangan masih berlaku kerana para guru kebanyakkan
lebih tertumpu untuk melaksanakan tugasan hakiki sahaja.
- Saiful Azam, (2019) dapatan kajiannya mendapati bahawa kesan daripada sikap guru
terhadap pendidikan inklusif menyebabkan kesukaran guru dalam melaksanakan aktiviti
tugasan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
- Pratiwi & Annisa, (2018) mendapati bahawa perubahan siakp guru dalam pengajaran
pendidikan khas menyebabkan permasalahan berlaku kepada murid
- Binns, M.A., Bunce, Dickinson, C., Harper, R., Tudor-Edwards, R., Woodhouse, M., Linck, P.,
Suttie, A., Jackson, J., Lindsay, J., Wolffsohn, J., Hughes, L. & Margain, T.H. (2012) mendapati
minat guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas ada berkurang
disebabkan oleh kesukaran dalam melaksanakan aktiviti pengajaran kepada pelajar.

HAFALAN KOD BRAILLE

- Corn, A.L., Robert, S.W., Randall, T.J., Jennifer, K.B., Karen, W. & Ana, P. 2002. penggunaan
tulisan Braille ini adalah begitu mudah dengan melakukan penghafalan kod.
- Dengan kaedah hafalan, murid dapat mengekod gabungan Kod Braille ke dalam bentuk
perkataan dengan mudah.
- murid perlu berupaya dalam menghafal kod agar memudahkan mereka untuk melaksanakan
tugasan pembelajaran

DEFINISI KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

- Legge, G.E., Ross, A.J., Isenberg, L.M. &LaMay, M.J. (1992) Masalah cacat penglihatan
merujuk kepada masalah yang melibatkan fungsi mata sebagai deria penglihatan
- Leat, S.J. & Karadsheh, S. (1991), mendapati bahawa Murid Bekeperluan Khas Masalah
penglihatan ini merujuk kepada murid yang bermasalah fungsi deria penglihatan yang juga
melibatkan murid yang tidak pernah dapat melihat atau murid yang buta sejak kecil,
mahupun murid yang pernah melihat namun lama-kelamaan mereka kehilangan penglihatan
sedikit ataupun keseluruhan.
- Kanak-kanak yang mengalami masalah cacat penglihatan memerlukan pendidikan khas yang
bersesuaian dengan keperluan kanak kanak ini supaya dapat mengoptimumkan
pembelajaran dan pencapaian mereka berbanding dengan kanak-kanak tipikal
- Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan merupakan murid yang disahkan oleh
pengamal perubatan kerajaan atau swasta sebagai murid kurang upaya penglihatan yang
berbeza dari sudut keupayaan deria yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan konteks pelajar sekolah

KEPERLUAN KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

- Nissa Tarnoto. (2016) golongan berpendidikan khas yang buta penglihatan memerlukan alat
bantuan belajar yang bersesuaian dengan kemampuan mereka untuk memudahkan mereka
memahami dan mendapatkan maklumat dengan mudah terutamanya pada awal peringkat
pembelajaran mereka
- Mohamad Sugiarmin, (2010) mendapati bahawa Latihan dan pemantauan penggunaan alat
bantu penglihatan dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara
lebih efektif dan berkesan.
- Fathil, N. S., Zain, N. Z. M., & Muhammad, K. (2016) penggunaan sesuatu perisian yang
berbantukan ICT dapat meningkatkan kecekapan dan sikap terhadap pembelajaran
pendidikan khas.
- Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) yang mendapati para pelajar yang menghadapi
masalah penglihatan memerlukan bimbingan dan pengajaran yang berkesan bersesuaian
dengan kekurangan pancaindera yang mereka miliki.
- Abdul Razaq et. al, 2010 telah menemukan bahawa keperluan guru pendidikan khas untuk
mengajar atau memberi latihan penggunaan alat bantu penglihatan kepada murid
ketidakupayaan penglihatan
- Kanak-kanak cacat penglihatan memerlukan lebih banyak rangsangan dan motivasi dalam
jangka masa yang panjang untuk mencapai pengalaman pembelajaran terutamanya
pembelajaran sentuhan yang sama
- kemahiran sentuhan mereka perlu dikembangkan dan ditingkatkan jauh lebih tinggi
berbanding dengan kanak- kanak tipikal.
- Siti Khalilah Ibrahim, Afiqatul 'Aqilah Azizan, Maryam Shahidah Hasni, Fatimah Nazihah
Mohd Nazir (2012) hasil dapatan kajiannya mendapati bahawa kaedah bantuan mengajar
dengan menggunakan deria sentuhan merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh
individu yang mengalami masalah penglihatan untuk mengesan apa sahaja yang berada di
sekeliling mereka.
- Ali, Mohd Fadzli dan Fuziyah Man. 2011. hasil dapatan kajiannya mendapati bahawa kaedah
bantuan mengajar dengan menggunakan deria sentuhan merupakan salah satu kaedah yang
digunakan oleh individu yang mengalami masalah penglihatan untuk mengesan apa sahaja
yang berada di sekeliling mereka.

KEPENTINGAN ALAT BANTU PENGLIHATAN

- dapat meningkatkan rangsangan dan dorongan kepada pelajar yang mengalami buta
penglihatan untuk mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan
- dapat menghasilkan sebuah pembelajaran yang terbaik.
- Dapat membantu mengesan apa sahaja yang berada di sekeliling mereka.

KESUKARAN KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

- Pratiwi Widyasari dan Annisa Ainina Novara. (2018) kajian mendapati murid ketidakupayaan
penglihatan sebenarnya menjadi penghalang kepada proses pembelajaran mereka
- Margrain, H.T. (2000) mendapati kebergantungan terhadap penglihatan adalah perlu malah
lebih banyak penggunaan mata dalam melakukan sesuatu terlebih dahulu berbanding deria-
deria lain. Penglihatan yang bermasalah akan mengehadkan sesuatu aktiviti termasuklah
pembelajaran.
- Murid Berkerperluan Khas Masalah Penglihatan ini tidak dapat membentuk pengalaman dan
pengetahuan melalui deria penglihatan dan mereka terpaksa menggunakan deria-deria lain
khususnya pendengaran dan juga melalui sentuhan.
- Wong Huey Slew dan Sandiyao Sebestian (2002) kanak- kanak cacat penglihatan
memerlukan lebih banyak rangsangan dan motivasi dalam jangka masa yang panjang untuk
mencapai pengalaman pembelajaran sentuhan yang sama seperti kanak- kanak tipikal.

FAKTOR KEGAGALAN PEDAGOGI TERDAHULU

- tidak memperuntukkan masa yang mencukupi kepada murid


- tiada bahan bantu mengajar digunakan

KEPENTINGAN PENDIDIKAN

- Guralnick, M. J., & Bruder, M. B. (2016). mendapati bahawa keperluan dalam bidang
pendidikan pada masa kini semakin meningkat dan terus diberikan keutamaan bagi
memastikan tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam arus perkembangan pendidikan
moden

PENUTUP

1) masih terdapat banyak dimensi dan perspektif kajian dalam pendidikan khas yang memerlukan
kajian lanjutan dan perlu dibangunkan dengan segera.
2) Kajian berkenaan dengan pendidikan khas sememangnya amat signifikan untuk dikaji dalam
usaha untuk melahirkan lebih banyak modal insan yang memiliki kecacatan fizikal untuk meraih
kejayaan dalam arena pendidikan
3) Pelajar IPG berperanan besar dalam menjadi perintis kajian pendidikan khas memandangkan
mereka memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan berusaha untuk mencorakkan dan
membentuk ilmu pengetahuan kepada pelajar yang mengikuti aliran pendidikan khas

Anda mungkin juga menyukai