Anda di halaman 1dari 3

Hantaran servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola
dihantar dari kawasan servis oleh seorang pemain yang memegang giliran untuk
melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran terpenting yang perlu
dikuasai oleh semua pemain. Kepentingan servis antaranya ialah :

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada
dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu pasukan yang
memiliki pemain yang handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor
dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu,
pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang hendak dihantar
olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah
daripada pasukan lawan yang menerima hantaran bola tersebut membuat kesilapan
seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass)

Servis bawah tangan

Merupakan servis yang mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten dan
memerlukan hanya sedikit tenaga fizikal sahaja. Pemain baru menceburkan diri
dalam permainan ini biasanya diajar membuat servis ini kerana dia akan dapat
mempelajari teknik membuat servis dengan mudah, tepat dan dapat menghantar
bola ke tempat yang dikehendaki. Cara-cara membuat servis bawah tangan adalah
seperti berikut :

(a) Posisi permulaan

Berdiri tegak dengan kaki dibuka pada jarak lebih kurang luas bahu
Kaki kiri diletakkan di bahagian hadapan untuk pemain servis yang biasa
menggunakan tangan kanan
Kaki hadapan diletakkan menghala kea rah di mana servis akan ditujukan
Lutut dibengkokkan sedikit
Badan menghadap ke gelanggan
Letak bola pada tangan kiri di hadapan kanan badan untuk pemain yang
ingin membuat servis menggunakan tangan kanan
Berdiri sejauh antara 2-10 kaki dari garisan belakang

(b) Lambungan

Lutut kaki belakang dibengkokkan sedikit


Pada masa yang sama boal dilambungkan terus ke atas di hadapan tangan
yang memukul bola

(c) Aksi tangan/sentuhan

Semasa bola dilambungkan, tangan yang membuat servis di tarik ke


belakang seperti pergerakan buah bandul jam
Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan ke kaki hadapan dan hayunan tangan ke hadapan
dimulakan
Sentuh atau pukul bola dengan tangan, sama ada dengan menggunakan
bahagian bawah tangan, tapak tangan atau buku lima
Memukul bola juga boleh dilakukan pada bahagian tengah dengan lengan
atau bawah sedikit, dengan lengan diluruskan dengan siku dikunci
Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan (limit follow through with serving
arm)
Pergelangan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola
Mata hendaklah sentisa mengikut atau memerhatikan laluan bola selepas
servis dilakukan

Servis atas kepala

Servis ini mudah dilakukan dan ia baik sekiranya anda ingin mendapat kesan yang
kuat. Ramai pemain menggunakan servis ini kerana ia mudah untuk dipelajari dan
dikuasai. Selain itu, servis ini juga lebih kuat, tinggi dan berat berbanding dengan
servis bawah tangan. Kelebihan servis atas kepala ialah tidak mudah tersangkut
pada jaring semasa servis.

(a) Posisi mula

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu


Kaki kiri diletakkan di hadapan untuk pemain servis yang menggunakan tapak
tangan
Pegang bola pada tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang 1 kaki ke
sebelah kanan muka pemain servis yang menggunakan tangan kanan
Menyokong bola dengan tangan servis

(b) Lambungan/Pemindahan beratan

Bola dilambungkan lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan bahu
lengan yang membuat servis
Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan

(c) Aksi tangan sentuhan(contact hand)

Mata memberikan perhatian kea rah atau bahagian mana pada kawasan
gelanggang musuh bola akan dihantar
Apabial bola yang dilambungkan mula jatuh ke bawah, tangan yang membuat
servis membuat sentuhan (pukulan) agar boal merentasi jaring dan masuk ke
kawasan gelanggang pihak lawan
Tangan ikut lajak ke hadapan bersama-sam ke arah boal

Anda mungkin juga menyukai