Anda di halaman 1dari 2

Hantaran Servis

Servis adalah suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dihantar dari kawasan servis oleh seorangb pemain yang

memegang giliran untuk melakukan untuk melakukan servis. Servis merupakan salah satu kemahiran yang terpenting yang perlu dikuasai oleh semua

pemain. Kepentingan servis antaranya ialah:

(a) Mengikut peraturan permainan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis untuk mendapatkan skor. Oleh itu

pasukan yang memiliki pemain handal membuat servis berpeluang untuk mendapatkan skor dan mengekalkan servis.

(b) Semasa seseorang pemain membuat servis dengan darjah lontaran tertentu, pemain tersebut boleh menentukan di mana kedudukan bola yang

hendak dihantar olehnya. Satu servis yang kuat dan pantas boleh membuatkan pemain yang lemah daripada pasukan lawan yang menerima hantaran

bola tersebut membuat kesilapan seperti terlepas bola, membuat faul atau membuat hantaran lemah (poor pass).

1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan servis atas kepala.

Servis atas kepala

Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

 Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.


 Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
 Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang satu
 kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan.
 Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Fasa Perlaksanaan

 Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di hadapan
 bahu lengan yang membuat servis.
 Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
 Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi membaling
 bola.
 Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
 Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk melakukan
 putar depan

3) Fasa ikut lajak


 Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
 Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan

Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan

Ø Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.

Ø Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan

Ø kanan (right handed server).

Ø Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.

Ø Bengkokkan sedikit lutut.

Ø Badan menghadap ke hadapan.

Ø Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan

sebelah kanan badan.

Ø Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.

2) Fasa Perlaksanaan

Ø Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.

Ø Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan

Ø Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).

Ø Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang mengikut pergerakkan buah bandul jam

Ø Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan

akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.

Ø Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian

bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).

Ø Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.

3) Fasa Ikut Lajak

Ø Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.

Ø Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.

Ø Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Anda mungkin juga menyukai