Anda di halaman 1dari 1

Tarikh : 29 Mac 2006

Masa : 7.50 pagi hingga 8.30 pagi


Bilangan Pelajar : 39 orang
Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5
Tajuk Pengajaran : Unit 8.5 : Keselamatan Jalan Raya
Pengetahuan Sedia Ada :
Pelajar menggunakan jalan raya setiap hari untuk ke sekolah dan selalu
diingatkan oleh ibu bapa mereka supaya berhati-hati semasa menggunakan
jalan raya. Pelajar juga pernah terdedah kepada iklan-iklan tentang keselamatan
jalan raya di kaca televisyen dan di dalam akhbar/majalah.
Objektif Pengajaran :
Objektif yang perlu dikuasai oleh murid-murid ialah :
Dominan
Pembelajaran
Objektif Pengajaran
Dominan
kognitif
1. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda di
jalan raya dan mengetahui maksud setiap tanda tersebut.
2. murid-murid dapat mengetahui apakah peraturanperaturan
yang patut dipatuhi semasa di jalan raya.
3. murid-murid dapat mengetahui apakah kesalahankesalahan
yang tidak patut dilakukan semasa di jalan raya.
Dominan
psikomotor
1. murid-murid boleh menggunakan peraturan keselamatan
jalan raya yang dipelajari itu dalam situasi sebenar.
2. murid-murid dapat mengenal pasti tanda-tanda jalan raya
yang dilihat di persekitarannya dan melakukan tindak balas
yang sesuai dengan tanda jalan raya itu
Dominan afektif 1. murid-murid sedar akan tanggungjawab mematuhi
peraturan jalan raya.
2. Murid-murid akan mengubah sikap yang negatif dan tingkah
laku yang tidak sepatutnya dilakukan semasa
menggunakan jalan raya.

Anda mungkin juga menyukai