Anda di halaman 1dari 3

LARI PECUT.

Bagi seorang atlit, teknik dan gaya larian merupakan faktor utama
untuk menempa kejayaan. dalam buku ini diterangkan bagaimana
untuk mendapatkan kesan yang maksimum dalam melakukan
pecutan dan larian.
Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian terpantas dibandingkan
dengan acara-acara lain. Larian pantas ini bergantung pula kepada
beberapa faktor seperti jarak, kelajuan angin, permukaan balapan,
jenis kejohanan dan taraf pelari yang mengambil bahagian dan
mungkin juga insentif yang ditawarkan. Berlari merupakan aktiviti yang
sihat dan menyeronokkan. Amat sukar bagi seseorang untuk berlari
dengan pantas sekiranya tidak mempunyai ciri-ciri yang membolehkan
dia bertindak sedemikian. Untuk berlari dengan pantas seseorang
perlu kemahiran yang tinggi, fikiran dan kebolehan, dan sebaik-
baiknya adalah kebolehan semulajadi. Latihan yang teratur dan
berjadual akan membolehkan seseorang menjadi pelari yang baik
menerusi potensi yang sedia ada dalam diri seseorang. Ada dua
faktor yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut iaitu faktor kelajuan
dan jarak langkah semasa berlari. Untuk menguasai kelajuan kaki,
pelari haruslah mempunyai kordinasi, kelenturan yang tinggi dan
keupayaan merehatkan diri atau badan semasa berlari. Bagi faktor
jarak langkah pula ianya bergantung kepada panjang kaki, kekuatan
dan mobiliti semasa bergerak. Pelari biasanya mempunyai jarak
langkah 1.5 meter hingga 2 meter. Jarak langkah boleh ditingkatkan
dengan latihan yang menekankan kepada latihan pergelangan kaki,
lutut dan sendi pinggang. 
SEJARAH Lari pecut merupakan salah satu acara terawal dalam
pertandingan olahraga yang pernah dicatatkan. Pada zaman moden,
antara rujukan terawal ialah perandingan di kalangan pekerja serta
orang suruhan bangsawan. Pada abad ke-19 lari pecut menjadi
semakin popular. Acara stade adalah antara acara yang mula-mula
dipertandingkan dan melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga
merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara
ulang alik yang dinamakan dialos berjarak 384 (192 meter x 2 )
diadakan. Pada zaman olimpil kuno, larian bermula dengan blok
permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok
permulaan diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan
disediakan dengan lubang saiz tapak kaki. Semua atlet menggunakan
blok yang tetap walaupun saiz kaki mereka berbeza. Pagar permulaan
yang dinamakan husplex digunakan untuk memulakan perlumbaan.
Perkembangan lari pecut pada abad 19 terbatas kerana tiada undang-
undang dan peraturan-peraturan, prosedur permulaan dan penjagaan
masa yang tepat. Perlbagai cara permulaan digunakan, sehingga
menjadi masalah mengenai cara mana yang patut digunakan.
Walaubagaimanapun persetujuan dibuat untuk mejadikan cara
permulaan berdiri sebagai cara permulaan yang paling baik dan
diterima oleh semua pihak. Pada tahun 1880an rama jurulatih
membuat percubaan cara memulakan sesuatu larian. Antara
permulaan awal ialah “pencil start”, di mana para atlet berlari 20 meter
pertama dengan memegang pensil. Permulaan dimulakan dengan
persetujuan dan tembakan. Kemudian wujudlah gaya dekam pada
tahun 1884. Di Australia gaya ini dikenali sebagai kangaroo start.
Sebelum tahun 1921 kebanyakkan pertandingan hanya untuk lelaki
sahaja, pertandingan pertama untuk wanita telah diperkenalkan pada
tahun 1921 di Monte Carlo. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki
yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland pada
tahun 1890 dengan catatan 11.0, Marlies Gohr dari Jerman pula
adalah pemegang rekod pertama dengan 10.88 saat yang dibuat
pada Sukan Olimpik tahun 1928. dalam acara 200 meter, rekod larian
sebelum olimpik moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak
lurus tanpa selekoh. Charles Wood merupakan orang pertama yang
mencatat 22 saat. Bagi wanita acara 200 meter diperkenalkan dalam
Sukan Olimpik 1948, Wilma Rudolph dari Amerika Syarikat adalah
pemegang rekod pada tahun tersebut dengan masa 22.9. Dalam
acara 400 meter, Maxie Long adalah orang pertama yang berjaya
mencatat masa 47.8 saat dan dipecahkan oleh Lee Evans pada tahun
1968 dengan masa 43.86 saat. Marlene Mathews dari Australia telah
mencatat masa 57.0 saat bagi wanita dan masa ini telah diperbaharui
iaitu di bawah 50 saat oleh Irena Szewinska dari Poland dengan
catatan masa 49.9 saat pada tahun 1974. Marita Koch dari Jerman
pula telah berjaya mencatat masa 48.94 saat pada tahun 1978.

More About : LARI PECUT TEKNIK DAN APLIKASI 

Anda mungkin juga menyukai