Anda di halaman 1dari 3

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

1. Kemahiran servis
Servis dilakukan untuk memulakan permainan. Servis dilakukan dari
bahagian
belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah
tangan dan servis atas kepala.

Servis atas kepala


Gambarajah menunjukkan lakuan servis atas kepala.

1) Fasa Permulaan

Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.


Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan kanan.
Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang
satu
kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan
kanan.
Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).

2) Fasa Perlaksanaan

Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di


hadapan
bahu lengan yang membuat servis.
Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

Menghayun lengan yang membuat servis seperti seperti aksi


membaling
bola.
Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk
melakukan
putar depan

3) Fasa ikut lajak

Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.

Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis bawah tangan


Gambarajah menunjukkan lakuan servis bawah.

1) Fasa Permulaan
Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan tangan
kanan (right handed server).
Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
Bengkokkan sedikit lutut.
Badan menghadap ke hadapan.
Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan dan

sebelah kanan badan.


Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan belakang.
2) Fasa Perlaksanaan
Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
Tangan akan memukul bola tersebut (striking hand).
Semasa bola dilambungkan tangan yang membuat servis di tarik kebelakang
mengikut pergerakkan buah bandul jam
Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat badan
akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan yang lurus.
3) Fasa Ikut Lajak
Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Anda mungkin juga menyukai