Anda di halaman 1dari 1

Implikasi ingatan dan lupaan terhadap pdp

1. Menyediakan set induksi yang dapat menangkap tumpuan murid. Tindakan ini akan
menghasilkan penumpuan perhatian dan pembentukan persepsi yang membantu dalam
proses menggarap maklumat dan ingatan.
2. Mengaplikasikan strategi dan kaedah pdp yang berpusatkan murid dan berasaskan
aktiviti. Murid akan dapat mengingat dan memahami jika mengalami aktiviti
pembelajaran secara aktif.
3. Memperbanyak pengulangan untuk mengukuhkan isi pelajaran yang sedang dipelajari.
Pengulangan terdiri dalam pelbagai bentuk dan cara misalnya lihat, sebut, dan buat.
Murid harus diadakan pengulangan dalam bentuk latihan berterusan dan berkala agar
surihan ingatan dapat dikurangkan.
4. Memberi maklum balas secepat mungkin agar murid rasa berjaya. Perasaan rasa
berjaya akan membuatkan murid suka dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran dan
mengukuhkan ingatan.
5. Menggunakan muzik latar yang boleh menenangkan minda supaya maklumat yang
dipelajari dapat diserap secara langsung ke dalam minda. Muzik latar ini juga boleh
menjadi cue yang mampu membantu dalam mengingat fakta yang dipelajari.
6. Membuat rumusan pada awal dan akhir sesi pembelajaran. Minta murid memberikan
contoh untuk menguji ingatan persepsi.

Anda mungkin juga menyukai