Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Slavin, R.E. (1994), reflektif didefinisikan sebagai proses merenung,


menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri dan
dilakukan secara berterusan. Proses reflektif ialah proses yang sistematik,
mengingati kembali dari ingatan pengalaman-pengalaman yang telah berlalu. Dalam
proses sistematik ini, guru-guru memahami dan menjelaskan proses-proses yang
berlaku dari awal hingga akhir bagi sesuatu kejadian supaya dapat pengertian dan
pemahaman pembelajaran yang baharu.

Selain itu, penulisan reflektif dilaksanakan dengan cara menilai refleksi semasa
pengajaran iaitu merujuk kepada pemikiran langsung mengenai apa yang dilakukan
oleh guru ketika mengajar. Seterusnya, refleksi selepas pengajaran yang
membolehkan guru mengetahui apa yang telah dilakukan dan reaksi murid
terhdapnya. Akhir sekali, refleksi tindakan susulan dimana guru membuat
kesimpulan mengenai implikasi untuk tindakan selanjutnya.

1
2.0 PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN PENGAJARAN MAKRO

Pengajaran makro yang telah dilaksanakan oleh saudara Abang Ahmad


Shafiq Bin Abang Willington selama 30 minit, seiring dengan Standard Kandungan
2.1 daripada Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan
Kesihatan Tahun Empat iaitu mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara
mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.
Seterusnya, Standard Pembelajaran yang dipilih adalah 2.1.3 Menyatakan punca
konflik dan stress dalam diri sendiri dan 2.1.4 Menyatakan kesan konflik dan stress
dalam diri sendiri (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2013). Manakala objektif
yang dipilih adalah murid boleh mengenal pasti 4 punca konflik dan stress yang
berlaku serta menyatakan 4 implikasi konflik dan stress terhadap diri mereka.
Justeru, terdapat beberapa kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan
berdasarkan aspek sebelum, semasa dan selepas pengajaran dilaksanakan.

2.1 SEBELUM

Dari segi perancangan pengajaran kebaikan yang dapat dilihat ialah isi
pelajaran telah disusun dan dirangka dengan baik supaya relevan dengan tahap
murid tahun 4. Kesesuaian isi pengajaran dengan tahap kognitif murid merupakan
perkara yang amat penting semasa proses perancangan pembelajaran bagi
mengelakkan masalah tercicir dalam kalangan murid lemah (Salhah Abdullah, 2008).
Seterusnya, dari segi pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP), strategi
berpusatkan murid, guru dan bahan digunakan di mana murid terlibat secara aktif
dalam pembelajaran dengan dibantu oleh bahan-bahan pembelajaran dan dibimbing
oleh guru. Hal ini akan dapat membantu murid memahami serta mahir dalam topik
pembelajaran yang dipelajari.

2.2 SEMASA

Jika dilihat dari komponen pelaksanaan, kekuatan yang dapat dikenal pasti
ialah dari fasa permulaan dimana aspek Teknologi Maklumat dan komunikasi iaitu
penggunaan projektor bagi tayangan video digunakan bagi menarik minat dan
tumpuan murid. Hal ini membolehkan murid untuk berfikir berkenaan tajuk
pengajaran yang akan dipelajari. Malah, guru juga menyediakn pelan B sekiranya

2
berlaku masalah teknikal atau sambungan jalur lebar semasa tayangan video
tersebut. sebagai seorang guru yang cemerlang, sikap sentiasa bersedia dan kreatif
dalam menangani sebarang cabaran adalah sangat penting.

Pada fasa perkembangan iaitu pada langkah 1, 2 dan 3, interaksi antara guru
dan murid adalah proaktif dan saling membantu. Dimana penerangan mengenai
‘content ilmu’ adalah jelas kerana penggunaan bahasa yang ringkas dan padat.
Bukan itu sahaja, unsur kecindan turut diterapkan semasa sesi pengajaran guru. Hal
ini akan membantu guru mencapai objektif PdP kerana unsur kecindan perlu
digunakan bersesuaian dengan situasi bagi menarik perhatian murid fokus murid
terhadap aktiviti yang sedang dijalankan (Ghani Abdullah & Rahman Aziz, 2009).
Dapat dilihat juga pada langkah 4, kaedah soal jawab antara guru dan murid serta
soalan kuiz yang diberikan dapat memberikan peneguhan berterusan kepada murid
untuk tetap bersemangat menjalani sesi PdP. Hal ini demikian kerana guru kerap
kali memberikan pujian serta pembetulan kepada setiap jawapan yang betul
mahupun yang salah.

Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan pada bahan bantu mengajar


(BBM) iaitu kad bergambar yang digunakan pada fasa perkembangan. Kad
bergambar tersebut disediakan dalam saiz yang kecil menyebabkan murid sukar
untuk melihatnya. Malah gambar pada kad tersebut juga kelihatan kurang jelas
kerana warna yang pudar dan tidak kontra. Hal ini kelihatan menganggu serba sedikit
kelancaran proses PdP kerana murid kelihatan keliru dan ragu-ragu semasa
memberikan jawapan berkenaan situasi yang ditunjukkan dalam kada gambar
tersebut. BBM yang dihasilkan seharusnya tidak menyusahkan pengajaran guru.
Justeru, guru haruslah menyediakan kad bergambar yang lebih besar seboleh-
bolehnya melebihi saiz kertas A4 bagi memudahkan murid melihat terutama apabila
bilangan murid yang ramai.

Seterusnya, pada langkah 5 pula kelemahan yang dapat dilihat adalah pada
lembaran kerja yang diedarkan kepada murid. Soalan yang disediakan pada
lembaran kerja adalah tidak selaras dengan masa menjawab. Dimana masa
menjawab bagi lembaran kerja yang tertera pada rancangan pengajaran guru
terpaksa dikurangkan ke langkah pengajaran sebelumnya. Hal ini menyebabkan
murid tidak sempat menyiapkan tugasan tersebut sesuai dengan masa yang
diberikan oleh guru iaitu dalam masa 2 minit bagi 2 soalan subjektif. Oleh itu, guru
seharusnya bijak dan peka terhadap penggunaan masa bagi setiap fasa pengajaran
agar tidak kelam kabut dan menyusahkan murid semasa sesi PdP.

3
2.3 SELEPAS

Selesai proses PdP, guru melakukan refleksi terhadap pengajaran


sebelumnya. Seperti melihat sejauh mana peratus murid yang mencapai objektif
PdP, mencapai objektif PdP dengan bimbingan dan perlukan bimbingan PdP. Ini
merupakan satu kekuatan bagi seorang guru untuk mengetahui sejauh mana strategi
serta kaedah yang digunakan semasa pengajaran mampu mencpai objektif yang
dirancang. Secara keseluruhannya, sesi PdP yang telah dijalankan dianggap
memberansangkan dan berjaya mencapai objektif pembelajaran dengan jayanya.
Oleh hal yang demikian, segala kelemahan perlulah diatasi dengan efektif agar guru
dapat menghasilkan sesi PdP yang lebih berkualiti pada masa hadapan.

4
3.0 IMPLIKASI PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO TERHADAP
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Antara implikasi penulisan reflektif pengajaran makro terhadap proses PdP


ialah membolehkan guru memperbaiki rancangan pengajaran harian (RPH).
Misalnya, memilih kaedah, strategi dan pendekatan yang pelbagai dan sesuai
dengan kepelbagaian individu murid. Hal ini demikian kerana setiap murid
mempunyai kepelbagaian kebolehan dimana gurur] seharusnya peka dan
merancang pengajaran berdasarkan aspek tersebut. olleh itu, objektif pembelajaran
akan mudah dicapai.

Selain itu, guru juga akan mampu membuat penilaian diri seterusnya
memperbaiki kekurangan semasa mengajar. Selain rancangan pengajaran yang
baik, seorang guru perlulah menjadi suri teladan yang baik kepada pelajar dengan
mempamerkan nilai-nilai yang baik. Malah, seorang guru juga harus mampu menarik
minat dan fokus murid melalui interaksi yang dijalankan dengan memasukkan unsur
kecindan dalam berkomunikasi. Justeru, melalui penulisan reflekrif, guru akan dapat
melihat kekurangan yang ada pada diri dan cuba memperbaiki kelemahan tersebut
pada kelas seterusnya.

Di samping itu, penulisan reflektif juga membolehkan guru mengetahui


kecenderungan murid semasa proses PdP. Misalnya, murid akan mempamerkan
minat dan fokus mereka sekiranya guru mengintegrasikan TMK dalam pengajaran.
Selain itu, guru juga boleh menilai sifat murid seperti terdapat murid yang tidak gemar
menyertai aktiviti berkumpulan. Oleh itu, guru boleh mengambil inisiatif agar tiada
murid yang tercicir dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penulisan reflektif mendatangkan pelbagai implikasi yang


positif terhadap proses PdP khususnya kepada guru. Oleh itu, guru perlulah sentiasa
bersemangat untuk memperbaiki diri serta pengajaran agar mampu menghasilkan
murid yang seimbang secara holitik iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Salhah Abdullah,
2008).

5
4.0 RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2013). Dokumen standard kurikulum dan


pentaksiran. Pendidikan Kesihatan: Tahun empat. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Ghani Abdullah & Rahman Aziz. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala
Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Salhah Abdullah. (2008). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Slavin, R.E. (1994). Educational Psychology : Theory and Practice. USA : Allyn and
Bacon.

6
5.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai