Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI ESTHER SIOW SHUEN SHIN RBT2 Kelas Pengurusan Makanan ini telah bermula pada awal semester

r 2PPISMP pada bulan Januari. Sewaktu saya menerima dan meneliti jadual waktu untuk semester ini, saya berasa tidak sabar untuk memulakan kelas masakan ini. Ini kerana saya ingin mempelajari serba-sedikit cara-cara memasak kerana saya tidak pernah memasak dan tidak mengetahui bagaimana cara untuk memasak. Inilah peluang yang terbaik untuk saya mempelajari cara memasak sepanjang kelas masakan ini dijalankan. Kelas masakan ini diadakan setiap minggu pada setiap hari Isnin. Setiap minggu mempunyai menu yang berlainan mengikut rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan yang merangkumi pelbagai cara memasak seperti mengukus, menggoreng, mereneh, membakar dan sebagainya. Dengan menggunakan pelbagai cara yang diajar tersebut, kami dapat menggunakan pelbagai bahan makanan seperti bijirin, telur, susu sayur-sayuran dan sebagainya untuk menghasilkan sesuatu hidangan. Selepas kelas masakan setiap minggu yang berturut-turut ini, saya telah lebih mahir dari segi membersihkan bahan, menyediakan bahan, memasak dan juga menghidang serta menghias makanan yang dihidang dengan cara yang lebih tepat berbanding dengan dahulu yang tidak mengetahui bagaimana untuk memasak. Selain itu, sepanjang kelas masakan ini, saya telah berkumpulan dengan ahli kumpulan saya, iaitu Agnes. Dia telah memeberi banyak bantuan kepada saya sepanjang kelas memasak terutamanya dari segi cara memasak. Dia juga bersabar untuk member tunjuk ajar kepada saya supaya saya juga boleh mahir dalam memasak untuk peperiksaan amali dan pada masa yang akan datang nanti. Semasa bekerja dengan Agnes, saya telah mempelajari sikap bekerjasama dan bertolak ansur antara satu sama lain. Walaupun kadang kala kami mempunyai idea yang berlainan, kami juga akan cuba bertolak ansur supaya perkara yang akan menjejaskan hubungan kami yang tidak diingini berlaku. Hal ini telah memupuk semangat bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing. Kami juga saling tolong-menolong antara satu sama lain jika

seseorang itu mengalami masalah. Saya berasa bersyukur dan bangga kerana mempunyai ahli kumpulan yang baik dan bertimbang rasa. Selain itu, peperiksaan amali juga dijalankan untuk Pengurusan Makanan. Sebelum mula peperiksaan amali, kami telah menjalankan sidang rancangan. Sidang rancangan ini diadakan untuk kami mengetahui tajuk dan menu yang akan kami masak nanti dan untuk membuat rancangan masa semasa memasak. Sidang rancangan ini telah diadakan dua minggu sebelum peperiksaan amali. Saya telah mendapat soalan makan tengah hari dan saya telah menyediakan kari ayam, kangkung goreng belacan, dan juga jus tembikai mengikut kehendak soalan. Sebelum beberapa hari tiba peperiksaan amali, pensyarah telah memberi kami sedikit taklimat tentang peperiksaan amali. Pada hari peperiksaan amali tersebut, saya berasa sedikit cemas kerana risau tidak mencukupi masa untuk menyiapkan kesemua masakan. Walau bagaimanapun, saya telah bertungkus-lumus mencuba sedaya upaya sayaaa untuk menyiapkan kesemua masakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan, iaitu tiga jam. Akhirnya, atas berkat Tuhan, saya sempat menyiapkan kesemua kerja dalam tempoh masa tersebut dengan menyediakan bahan, memasak, menghidang dan juga menghias meja makan dengan lipatan napkin, gubaan bunga dan juga kad menu. Akhir kata, saya berasa amat syukur kerana mempunyai peluang untuk menghadiri kelas masakan di mana ia telah banyak membantu saya dalam kehidupan saya pada masa akan datang sama ada dalam pengajaran di sekolah mahupun kehidupan seharian diri sendiri. Kelas masakan ini telah memberi saya banyak ilmu pengetahuan yang saya tidak pernah belajar semasa zaman persekolahan dahulu. Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami, Pn.Noor Ashikin atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau sepanjang kelas masakan ini. Tanpa tunjuk ajar beliau, tidak mungkinlah saya dapat menguasai kemahiran memasak hanya dalam tempoh beberapa bulan ini.

Anda mungkin juga menyukai