Anda di halaman 1dari 13

Kaedah Pelaksanaan Aktiviti Keyakinan di Air

1. Pengenalan
Keyakinan di air adalah aktiviti wajib yang perlu dipelajari sebelum peserta
dibenarkan masuk ke tasik, laut atau yang lain-lain yang melibatkan aktiviti air seperti
kayak dan snorkeling. Semasa aktiviti ini dijalankan, para peserta perlu memakai
Buoyancy Aid (Alat apungan) yang mempunyai Cop Sirim, tahan 6 jam dalam air atau
lebih dikenali sebagai jaket keselamatan. Para peserta akan diajar cara yang betul untuk
memakai BA agar tahap keselamatan para peserta terjamin. Terdapat juga wisel di dalam
poket kecil BA bertujuan untuk penggunaan ketika terdapat sebarang kecemasan. Adalah
penting bagi setiap para peserta untuk mempunyai keyakinan ketika berada di dalam air
agar para peserta tidak panik dan tahu cara-cara untuk mengapungkan badan dan
menyelamatkan diri ketika berlakunya sebarang kecemasan.

2. Objektif
2.1 Mengenalpasti langkah-langkah persediaan, keselamatan, dan
mengaplikasikan kemahiran mengapungkan badan.
2.2 Menguji ketahanan mental dan fizikal serta keyakinan diri.
2.3 Menghayati dan menikmati keindahan alam semulajadi.
2.4 Menguasai kemahiran berenang berdasarkan aktiviti yang diberikan.

3. Sebelum Aktiviti
3.1 Jurulatih
3.1.1 Mengenal pasti tempat atau lokasi aktiviti berkenaan.
3.1.2 Mengenal pasti keadaan cuaca dan musim.
3.1.3 Berhubung dengan penduduk tempatan untuk mendapatkan
maklumat aktiviti.
3.1.4 Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh
tentang peserta, agihan kumpulan dan aktiviti yang ingin dijalankan.
3.2 Peserta
3.2.1 Berpakaian yang sesuai untuk berada di air. Gunakan baju
berlengan panjang dan berkasut sewaktu berenang.
3.2.2 Peserta WAJIB memakai jaket keselamatan sepanjang masa tidak
kira pandai atau tidak tentang berenang.
3.2.3 Peserta hanya dibenarkan mengapungkan badan berkumpulan.
Setiap pergerakan mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih
dahulu.
3.2.4 Peserta mestilah berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.
3.3 Peralatan
3.3.1 Alat kelengkapan seperti rescue ring, jaket keselamatan dan
sebagainya hendaklah dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
3.3.2 Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar
yang ditetapkan. (membuat pemeriksaan 5 hari sebelum digunakan)

3.4 Taklimat
3.4.1 Corak aktiviti
3.4.2 Pakaian
3.4.3 Makanan dan minuman
3.4.4 Waktu solat
3.4.5 Langkah-langkah keselamatan
4. Semasa Aktiviti
4.1 Aktiviti yang dicadangkan
4.1.1 Sejarah Jaket Keselamatan
Terdapat pelbagai jenis jaket keselamatan yang berada di
pasaran dan jaket keselamatan ini terbahagi kepada 2 jenis iaitu
dari material styrofoam yang dibalut dengan kain yang dibentukkan
sebagai baju luaran. Satu lagi jenis adalah dari pelampung udara
yang bertindak secara automatik apabila picu ditarik atau alat
pengesan air berfungsi dan memberi impak gas CO2 kepada
seluruh ruang pelampung.
4.1.2 Bahagian-bahagian Jaket Keselamatan
Ciri-ciri jaket keselamatan yang perlu kita ketahui adalah ia
mestilah berwarna terang, mempunyai wisel, warna pantul cahaya
dan tali kekunci yang baik untuk mengapungkan manusia.
Rajah: SOS Marine Foam Life Jackets
(http://www.sosmarine.com/product/life-jackets-sos-swift-water-
rescue-life-jackets/)
4.1.3 Cara membawa Jaket Keselamatan
Selalu bawa jaket keselamatan yang bersesuaian dengan
setiap orang yang menaiki bot anda. Sentiasa memakainya
sepanjang pelayaran anda.
4.1.4 Cara memakai Jaket Keselamatan
4.2 Panduan dan keterangan aktiviti
4.2.1 Sejarah Jaket Keselamatan
4.2.2 Pengenalan
4.3 Bahagian Jaket Keselamatan
4.3.1 Memilih atau cara memilih Jaket Keselamatan yang sesuai
Menurut (How to Choose a Life Jacket, 2018), untuk
memilih Jaket Keselamatan yang sesuai, kami hendak memilih
daripada 5 ciri jaket, iaitu kain (bahan nilon khas, foam, neoprena
dan sebagainya), aksesori (perlu lengkap), kebaikan (masa
keapungan, berat yang dapat ditahan dan sebagainya), tetulang
(sistem tali atau Zipper + buckle), dan warna.
4.3.2 Teknik memakai Jaket Keselamatan yang betul
4.4 Keselamatan Di Air
4.4.1 Situasi semasa mementingkan keselamatan 100%
4.4.2 Membuat tindakan yang tepat untuk mengelakkan kemalangan
4.4.3 Elakkan panik semasa kecemasan
4.4.4 Bekerjasama dan tidak memntingkan diri
4.5 Keyakinan Di Air
4.5.1 Cara pemakaian jaket keselamatan (BA)
4.5.2 Buddy System (berdua-dua)
Peserta dibahagikan dalam kumpulan berpasangan. Peserta
memegang tangan pasangannya dan mengapungkan diri dalam air.
4.5.3 Buat 4 kumpulan (5 peserta setiap kumpulan)
4.5.4 Masuk ke dalam air dengan berpegangan tangan mengikut
kumpulan.
4.5.5 Peserta cuba mengapungkan diri sambil memegang tangan
dengan pelbagai variasi sehingga mereka yakin melakukan sendiri.
Sebelum itu jurulatih membuat demonstrasi bagaimana cara
apungan dilakukan. ( ansur maju dia air yang cetek hinggalah ke
air yang dalam)
4.5.6 Bila kumpulan sudah yakin peserta boleh melepaskan tangan
rakan dan cuba mengapungkan diri sendiri dengan pengawasan
jurulatih (dalam kawasan kawalan)
4.6 Cara Berenang
4.6.1 Latihan fizikal dengan menggunakan tangan.
4.6.2 Asas berenang.
4.6.3 Latihan di air yang cetek untuk mendapatkan kontek renangan dan
apungan.
4.6.4 Renangan ke hadapan dan kebelakang.
4.6.5 Berhenti dan apungan.
4.7 Aktiviti Semasa Berenang Di Air
4.7.1 Berenang mengikut arah/panduan yang ditetapkan.
4.7.2 Bergerak ke hadapan dengan satu baris lurus diketuai oleh seorang
jurulatih.
4.7.3 Mempelajari isyarat/simbol berenang.
4.7.3.1 Isyarat berhenti
4.7.3.2 Isyarat penentu arah haluan
4.7.3.3 Isyarat panggil balik (call off)
4.7.3.4 Isyarat panggil balik kerana kecemasan (emergency call).
4.7.3.5 Isyarat semua peserta dalam keadaan baik (OK).
4.7.4 Mini ekspedisi ke check point yang ditentukan mengikut kumpulan.
4.7.5 Menyelamat (rescue).

5. Selepas Aktiviti
5.1 Memastikan semua peserta selamat tiba di pengkalan
5.2 Penyenggelaraan alatan
5.2.1 Pastikan bilangan alatan mencukupi.
5.2.2 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan
sempurna.
5.2.3 Melapor alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnya.
5.3 Sesi refleksi
5.3.1 Soal jawab kelemahan dan kekurangan.
5.3.2 Menerangkan rasional aktiviti yang dijalankan.
5.4 Bacaan doa

6. Pengetahuan Dan Kemahiran


6.1 Mengetahui teknik aktiviti berenang dan mengapungkan badan.
6.2 Mengetahui pernafasan di air.
6.3 Mengetahui cara bagaimana mengapungkan diri menggunakan BA.
6.4 Mengetahui bagaimana mengendalikan peralatan di air dengan teknik
yang betul.

7. Rumusan
7.1 Membina dan meningkatkan keyakinan diri
7.2 Peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan dalam mata pelajaran.
7.3 Peserta dapat menghargai dan mencintai alam sekitar
7.4 Memahami cara berenang dan boleh mengapungkan diri
8. Manual Pelaksanaan Aktiviti Keyakinan di Air
8.1 Alatan Keyakinan Di Air

• Buoyancy Aid

• Rescue Ring
• Bot Penyelamat
8.2 PROSEDUR
• Pastikan para peserta mengetahui cara pemakaian jaket keselamatan
(BA)
• Hendaklah sentiasa mengamalkan cara Buddy System (berdua-dua)
• Para peserta masuk ke dalam air dengan memegang tangan mengikut
kumpulan dan bentuk badan
• Peserta cuba mengapung diri

8.3 Teknik Keyakinan Di Air


8.3.1 Teknik Pemakaian BA
− Para peserta perlu belajar cara memakai BA dengan betul.
− Pastikan ikatan pada BA ketat dan tidak longgar.

8.3.2 Teknik Apungan Di Darat


− Para peserta belajar cara apungan di darat.
− Peserta baring dan cuba untuk tenangkan diri.
− Cuba untuk mempelajari agar tidak panik ketika berada di dalam air.
− Sentiasa mendengar arahan dai jurulatih.
− Beratur atau berada dalam kumpulan masing-masing.
− Rendamkan kaki dan basahkan muka untuk merasa air.

8.3.3 Apungan Kawasan Cetek


− Dalam kumpulan peserta cuba apungkan diri.
− Ulang semula jika kaki mencecah tanah.
− Sentiasa berpegangan tangan sesama rakan.
− Para peserta cuba untuk menggerakkan tangan
− Cuba untuk mengawal apungan
− Bergerak dengan manghayun tangan kiri kanan
8.3.4 Apungan Kawasan Dalam
− Bergerak dalam kumpulan dan sentiasa berpegangan tangan
− Dalam bulatan cuba mengapungkan badan

− Melakukan teknik apungan masing-masing (dipantau oleh jurulatih)


− Para peserta boleh bergerak setelah berjaya menguasai teknik apungan.
Rujukan

How to Choose a Life Jacket. (2018, Januari 8). Didapatkan dari W-Boat:
http://my.cnlifevest.com/info/how-to-choose-a-life-jacket-23777539.html
Wan Fazah Wan Ahmad & Main Rindam. (2016). Pendidikan Abad Ke 21: Peranan Bina
Insan Guru (BIG) dalam menyediakan Guru beraras tinggi. Malaysia: Universiti
Sains Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai