Anda di halaman 1dari 2

SOP “Water Confident”

Sebelum

Jurulatih:
 Mengenal pasti lokasi aktiviti.
 Mengenal pasti cuaca dan musim.
 Bertanggungjawab dan mempunyai pengetahuan menyeluruh tentang peserta,
agihan kumpulan, dan aktiviti yang akan dijalankan.

Peserta
 Berpakaian sesuai untuk berada di air.
 Wajib memakai jaket keselamatan sepanjang masa.
 Hanya dibenarkan mengapungkan badan secara berkumpulan. Setiap pergerakan
mesti mendapat kebenaran jurulatih terlebih dahulu.
 Berada dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

Peralatan
 Alat kelengkapan seperti rescue ring, jaket keselamatan dan sebagainya hendaklah
dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
 Kadar bilangan peralatan dan peserta hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan.

Semasa

Keselamatan di air
 Situasi mementingkan keselamatan 100%.
 Membuat tindakan tepat untuk mengelakkan kemalangan.
 Elakkan panik semasa kecemasan.
 Bekerjasama dan tidak mementingkan diri.

Keyakinan Air

 Cara pemakaian jaket keselamatan (BA)


 Buddy System (berdua-dua)
 Buat kumpulan (5 peserta setiap kumpulan)
 Masuk ke dalam air dengan berpegangan tangan mengikut kumpulan.
 Peserta cuba mengapungkan diri sambil memegang tangan dengan pelbagai variasi
sehingga mereka yakin melakukan sendiri, Sebelum itu, jurulatih membuat
demonstrasi bagaimana cara apungan dilakukan. (ansur maju di air cetek sehingga
ke paras dalam)
 Bila kumpulan sudah yakin, peserta boleh melepaskan tangan rakan dan cuba
mengapungkan diri sendiri dengan pengawasan jurulatih (dalam kawasan kawalan)

Cara Berenang
 Latihan fizikal dengan menggunakan tangan.
 Asas Berenang.
 Latihan di air cetek untuk mendapatkan kontek renangan dan apungan.
 Renangan ke hadapan dan kebelakang.
 Berhenti dan apungan.

Selepas Aktiviti
 Memastikan semua peserta selamat tiba selepas aktiviti.
Penyelenggaran Alatan

 Pastikan bilangan alatan mencukupi.


 Membersih dan menyimpan alatan yang digunakan dengan sempurna.
 Melaporkan alatan rosak atau hilang untuk tindakan selanjutnyta.

Sesi Refleksi
 Soal jawab kelemahan dan kekurangan
 Menerangkan rasional aktiviti dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai