Anda di halaman 1dari 45

DEFINISI

Terapi air atau rawatan air, rawatan ini


bukan sahaja melakukan aktiviti
berenang malah juga aktiviti
berendam di dalam air (senaman air
oleh ahli-ahli sukan air).

Memerlukan bimbingan seorang ahli


fisioterapi yang terlatih bagi
mengelakkan kecerderaan.
KEPENTINGAN
Menghilangkan tekanan

Pergerakkan bebas di dalam air


menjadikan murid-murid seronok.
Ransangan semulajadi air memberi
ketenangan kepada mereka dan
menghilangkan tekanan dalam diri.
Keupayaan berkomunikasi / Merangsang
Pertuturan

Keseronokkan bermain air bersama rakan-


rakan melatih mereka berkomunikasi di antara
mereka.

Interaksi antara jurulatih atau pakar terapi


amat diperlukan ketika sesi latihan secara tidak
langsung menggalakkan komunikasi mereka.

Latihan ini sangat berkesan kepada kanak-


kanak yang mengalami masalah pertuturan
dan autisma.
Simulasi sistem otak

Penumpuan untuk melakukan pergerakan


anggota badan dalam air merangsang
sistem otak untuk merancang pergerakan
tersebut.

Kanak- kanak atau murid pendidikan khas


dapat melatih fungsi otak menjadi lebih
aktif, kepentingan ini sangat bermanfaat
untuk kanak-kanak dari kategori slow
learner atau lembam.
Bina keyakinan diri

Keyakinan diri dapat dibentuk melalui


latihan ketika berada di dalam air. Murid-
murid yang ketakutan berada di dalam
air di beri latihan secara berperingkat
untuk meningkatkan keyakinan diri dari
semasa ke semasa.

Aktiviti menyentuh dan bermain air di


kawasan cetek antara langkah permulaan
mengatasi perasaan takut.
Kreativiti

Murid akan menjadi lebih kreatif


dengan melakukan pelbagai gerakan
di dalam air. Alat bantuan permainan
di sekitar kawasan air boleh
membantu mereka berfikir cara untuk
bermain dan merangsang pemikiran
menjadi lebih kreatif. Ini juga bagus
terutama untuk mereka yang Slow
learner atau lembam.
Kawalan diri

Kanak-kanak hyperaktif akan dapat melatih diri


mengawal pergerakan badan sewaktu berada
di dalam air. Tingkah laku mereka yang sukar
dikawal akan dapat dikurangkan jika mereka
diberi latihan terapi ini secara berterusan.

Ini adalah kerana pergerakkan di dalam air


memaksa mereka mengawal setiap pergerakan
dengan lebih berhati-hati. Kawalan diri untuk
melawan perasaan takut juga dapat dicapai
melalui terapi ini.
Latihan Social skill
Pergaulan di antara rakan-rakan tidak lagi
terbatas kerana keyakinan diri mereka
melakukan aktiviti yang sama seperti kanak-
kanak normal berjaya dilakukan.

Melatih sikap bekerjasama


Pergerakan secara berkumpulan membantu
membentuk sikap tolong- menolong di
antara satu sama lain. Kesukaran rakan-
rakan untuk melakukan pergerakan atau
perasaan takut mereka berada di dalam air
dapat diatasi dengan sokongan rakan-rakan
yang lain.
Meningkatkan kesabaran

Kesabaran untuk cuba melakukan


pergerakan-pergerakan tertentu
terutama bagi murid-murid yang
gagal menguasai pergerakan motor
kasar dan motor halus mereka
sendiri akan melatih mereka
berusaha dengan lebih gigih
sehingga berjaya melakukan
pergerakan yang dikehendaki.
Pengamatan / Daya konsentrasi

Pergerakan di dalam air memerlukan


pengamatan yang tinggi. Mereka
perlu fokus dengan keadaan
sekeliling terutama kedalaman air
untuk memudahkan mereka
melakukan pergerakan yang sesuai
mengikut kedalaman air.
Latihan koordinasi badan dan anggota
badan
yang lain

Koordinasi badan dengan anggota


badan yang lain berlaku secara
serentak , maka secara tidak
langsung murid yang bermasalah
mengawal pergerakan badan dan
anggota lain di latih untuk
melakukan pergerakan.
Latihan daya kepimpinan
Kepimpinan diri dapat dibentuk kerana
latihan terapi ini menjadikan murid
berkeyakinan diri dari segi fizikal dan mental.

Manipulasi tangan dan jari-jemari


Penggunaan jari jemari secara seratus
peratus dapat dilatih sewaktu berada di
dalam air. Latihan ini menjadikan murid lebih
mudah menggerakkan jari di dalam air
sewaktu berenang atau melakukan
pergerakan lain.
Pembentukan body image
Pergerakan fizikal di darat akan dapat diubah
melalui pergerakan di dalam air. Cara berjalan
dengan betul dan kawalan kepala menjadi lebih
tegak atau normal juga dapat dibentuk melalui
terapi ini.

Peningkatan self-esteem
Murid akan menjadi lebih berani kerana mampu
melakukan pergerakan yang sukar bagi mereka
ketika berada di dalam air.
PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti renang
untuk murid-murid PPKP ini, faktor
yang paling penting dan perlu
diambil kira adalah faktor
keselamatan.
Kita melihat faktor keselamatan ini
dalam sudut ketidakupayaan fizikal
dan tahap ketidakupayaan
intelektual murid-murid tersebut.
a)Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air


dan bersedia untuk menerima murid
ke dalam kolam. Semasa berada di
dalam air hendaklah dalam
kedudukan berdiri dengan kaki
terbuka dan kepala berada di atas
paras air. Gunakan bahagian atas
badan untuk mengawal imbangan
dan sentiasa apungkan badan.
Elakkan daripada menunjukkan perasaan
bimbang kepada murid sewaktu berada di
dalam air kerana ini boleh menyebabkan
mereka menjadi bimbang dan takut.

Guru perlu sentiasa bercakap dan


memberi galakkan kepada murid semasa
mereka hendak masuk ke dalam air. Eye
Contact boleh membantu membina
keyakinan murid. Latihan hendaklah
dimulakan dengan memasuki kawasan
sudut kolam yang cetek.
b)Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh


murid di mana tahap tumpuan yang singkat
menyebabkan maklumat yang diberi tidak
dapat disimpan dengan sempurna.

Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas


dan tepat. Ada murid-murid yang kurang
persepsi kemahiran motor dan persepsi
mengenai jarak atau kedalaman kolam
renang.
AKTIVITI
Pendahuluan
Memanaskan badan dan meregangkan otot.
Mengenakan jaket keselamatan

Isi Pelajaran
Bermain-main di tepi air.
Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan
guru dengan cara yang betul
Guru membantu murid mengadakan aktiviti-
aktiviti ampungan.
Melakukan aktiviti berjalan di
dalam kolam dengan bantuan guru.

Aktiviti renang dengan bantuan


guru.

Aktiviti renang bebas


menggunakan bola dengan
pemerhatian guru.

Murid keluar daripada kolam


dengan menggunakan kaedah
Penutup

Aktiviti kelonggaran dan regangan


tangan dan kaki.

Mengemaskan dan membersihkan


diri.
Peraturan dan etika dalam terapi hidro

Diantara peraturan dan etika itu ialah:

1. Murid-murid dikehendaki mendapat persetujuan


ibubapa bagi melibatkan diri.

2. Murid-murid hendaklah memakai pakaian baju t-shrit


yang gelap.

3. Murid perempuan memakai seluar traksuit jenis getah


dan murid lelaki memakai seluar pendek jenis getah.

4. Murid-murid tidak dibenarkan memakai gelang,


rantai, anting-anting ataupun jam tangan.
5. Murid-murid dikehendaki memakai
baju keselamatan.
6. Murid-murid tidak dibenarkan pergi
ketempat arus yang deras atau dalam.
7. Murid-murid tidak dibenarkan
melakukan aktiviti terapi air tanpa
kebenaran guru dan tanpa
pengawasan jurulatih terlatih.
8. Murid-murid hendaklah memasang klip
pada baju keselamatan dengan betul
sekiranya klip rosak jangan gunakan.
Pengubahsuai Peralatan

Kebiasanya sekiranya kita melakukan aktiviti


hidroterapi pusat latihan renang mereka
mempunyai peralatan yang lengkap seperti
baju keselamatan, pelampung keselamatan,
dan google.

Sekiranya kita melakukan aktiviti di luar seperti


di sungai mahupun laut kita boleh mengunakan
tuib tayar kereta sebagai pelampung, atau
polisterin sebagai alat alternatif bagi
mengantikan baju keselamatan dan juga
pelampung bagi melakukan aktiviti hidroterapi
Pengubahsuai Teknik

Hidroterapi mempunyai pelbagai


teknik yang boleh digunakan. Bagi
murid-murid masalah pembelajaran
kita perlu mengubah teknik
hidroterapi mengikut keperluan
mereka ianya bertujuan
mengelakkan mereka cemas dan
lemas ketika berada di dalam air.
Antara teknik tersebut ialah :
i. Menyuruh murid-murid merendamkan
kaki didalam air dan mengocakkan air
supaya mereka tidak takut pada air
dan seronok.

ii. Murid-murid dibawa turun ke dalam air


bermula dari tempat yang cetek
sambil dipimpin oleh guru dan penjaga
sehingga ketempat yang paling dalam
secara pelahan-lahan.
iii. Murid-murid diajar cara berjalan di
dalam air seperti melompat-lompat
sambil kaki dijengkitkan.

iv. Murid perlu diajar teknik pernafasan


yang betul semasa berada di dalam air.
Di mana murid dikehendaki menarik
nafas sepuasnya, kemudian menyelam
sambil menghembuskan nafas 5 saat.
Teknik ini bagi tujuan mengelakkan air
masuk ke dalam mulut ketika berenang.
v. Teknik apungan di dalam air dimana
murid-murid dikehendaki baring di
atas permukaan air, dimana kaki
diangkat seperti tidur diatas katil.
Manakala kedudukan badan harus
lurus ketika baring di atas permukaan
air bagi mengimbangi badan.

vi. Teknik apungan secara menyiarap,


murid-murid dihendaki menahan nafas
di dalam air dan kedudukan badan
harus lurus
vii.Teknik hayunan tangan ketika
berenang lentang iaitu dengan
mengangkat tangan ke atas dan
menolak air ke sisi badan.

viii.Teknik-teknik seperti ini adalah amat


mudah di lakukan bagi murid-murid
pendidikan khas, kerana ianya tidak
menyukarkan mereka untuk bergerak
di dalam air. Malahan memberi
keyakinan kepada murid-murid.
JENIS-JENIS PERUBATAN
HIDROTERAPI
1. Sitz Mandi- dimana terdapat dua tab
mandi diletakkan bersebelahan satu panas
dan satu sejuk. Dimana kita akan mandi
berselang seli. Mandi sitz ini adalah sesuai
masalah penyakit buasir, masalah
menstruasi, sistitis, dan polip.

2. Mandi air hangat - Rendam dalam air


hangat selama 30 minit, bergantung pada
keadaan. Garam Epsom, mineral lumpur,
minyak aromaterapi, halia, tegalan
lumpur, dan garam laut mati boleh
3. Sauna - Kering panas

4. Mandi wap atau mandi Turki - padatkan


Towels direndam dalam panas dan / atau air
sejuk.

5. Wraps - lembaran flanel basah Sejuk


digunakan untuk menutupi seseorang
berbaring. Orang tersebut kemudian ditutup
dengan tuala kering dan kemudian selimut. Ini
digunakan untuk selsema, bronkitis, penyakit
kulit, jangkitan, dan nyeri otot.
6. Kaus kaki basah rawatan -
Digunakan untuk sakit tekak,
jangkitan telinga, sakit kepala,
migrain, hidung tersumbat, jangkitan
saluran pernafasan atas, batuk,
bronkitis, dan jangkitan sinus.

FAEDAH HIDROTERAPI

a)Perkembangan Fizikal

Hidroterapi dilihat sesuai untuk perkembangan


fizikal kerana kombinasi pergerakan motor
kasar dan halus serta mental murid dapat
dirangsang secara serentak.

Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat


memantapkan perkembangan fizikal dengan
aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya
melembutkan sendi dan meningkatkan daya
ketahanan jantung dan otot-otot rangka.
b)Perkembangan emosi

Hidroterapi juga berperanan dalam


perkembangan emosi seseorang, dimana
ianya dapat menenangkan emosi
seseorang itu.

Emosi adalah merupakan tingkah laku


yang boleh dilihat dari riak wajah
seseorang, dan cara pemikiran seseorang
dalam membuat keputusan yang rasional
dalam membuat keputusan.
c)Perkembangan Psikologi

Sikap seseorang juga akan berubah dengan


melakukan hidroterapi ini. Melalui
hidroterapi juga kita dapat mengenali sikap
personaliti psikologi positif kita dan dapat
membantu untuk mengeksplotasi
kelebihan pada diri kita dan mengelakkan
penyakit yang kita alami.
Punca yang menyebabkan penyakit itu pula
adalah disebabkan oleh
ketidakseimbangan sel yang berlaku di
dalam sesuatu organ tubuh.
d)Spiritual
Dalam hidroterapi juga amalan
spiritual adalah berkait rapat.
Dimana air adalah satu sumber yang
dianugerah oleh Allah S.W.T. kepada
kita semua.
PERANCANGAN SEBELUM MELAKUKAN HIDROTERAPI

A.Langkah-langkah yang perlu di ambil


sebelum melaksanakan aktiviti hidroterapi
ialah:

Memastikan jurulatih yang berpengetahuan


mengendalikan latihan sebelum melakukan
aktiviti hidroterapi.
Murid-murid diberikan penerangan yang
lengkap mengenai teknik dan cara yang betul
bagi mengelak kecederaan atau lemas.
Memastikan baju keselamatan
berada dalam keadaan baik dan
selamat di gunakan oleh pelajar bagi
mengelakkan pelajar lemas

Memberi pelajar latihan amali


berkaitan aktiviti hidroterapi
disamping di pantau oleh jurulatih
yang bertauliah.
B. Persediaan awal bagi murid-murid
Pendidikan Khas yang pertama kali
melakukan aktiviti ini adalah:

Murid digalakkan menggunakan pakaian


basahan seperti baju t-shirt, seluar traksuit
yang selesa. Murid tidak dibenarkan memakai
rantai, gelang dan jam semasa aktiviti.
Murid-murid digalakkan menggunakan kasut
getah mengelakkan terkena benda tajam
pada kaki terutama aktiviti di laut atau
sungai
Murid-murid di kehendaki
menggunakan pakaian baju
keselamatan dengan betul.
Murid-murid didampingi oleh guru
atau penjaga setiap orang semasa
aktiviti dilakukan.
Murid-murid turun berjalan perlahan-
lahan di dalam air dan tangan
dipimpin oleh guru ataupun penjaga
bagi mengelakkan mereka takut.
Murid-murid perlu diajar cara
bernafas di dalam air dengan
bimbingan guru ataupun jurulatih
renang yang bertauliah.

Murid-murid diajar cara teknik


mengapungkan diri di dalam air.
C.Tempat aktiviti dilakukan

Tempat atau venue bagi melakukan sesuatu


aktiviti memainkan peranan kepada murid-
murid pendidikan khas. Tidak kira dimana
malahan jauh ataupun dekat ianya tetap
menarik semua murid.

Tetapi seeloknya tempat harus dekat dengan


sekolah dan mudah bagi murid-murid
melakukan hidroterapi. Misalnya murid-murid
di kawasan Port Dickson adalah sesuai
memilih tempat seperti di pantai untuk
melakukan hidroterapi.
D.Masa

Masa juga merupakan aspek yang paling


penting dalam melakukan aktiviti. Begitu
juga dalam aktiviti terapi air atau aktiviti
hidroterapi dimana masa adalah selari
dengan kemampuan atau keupayaan murid
pendidikan itu sendiri.

Sekiranya kita melakukan aktiviti tanpa


mengira keupayaan murid mungkin berlaku
kekejangan otot semasa aktiviti dilakukan.
KESIMPULAN / PENUTUP

Hidroterapi yang telah dilakukan setakat


ini telah berjaya untuk membina dan
mengukuh keyakinan dalam diri pelajar.

Perkembangan pelajar dapat dinilai


apabila berjaya memenuhi capaian yang
telah ditetapkan kepada mereka. Pelajar
mula ada keyakinan untuk melakukan
fisioterapi yang dikendalikan.
Jika sebelum ini perasaan mereka
nampak takut dan rasa tidak selamat,
kini kelihatan mereka kian seronok dan
bertambah yakin untuk melakukan
aktiviti tanpa tumpuan pengawasan
yang ketat.

Latihan renang sememangnya bagus


dan baik untuk perkembangan seorang
kanak- kanak kerana kita melibatkan
pergerakan psikomotor yang hampir
menyeluruh.
Selain membina kekuatan otot-otot,
pelajar mula dapat membuat
imbangan antara perkembangan
psikomotor dengan perkembangan
kognitif.

Keyakinan dalam diri amat penting


untuk membantu mengembangkan
kebolehan fizikal, emosi dan mental.

Anda mungkin juga menyukai