Anda di halaman 1dari 27

Aplik

asi
psikol
ogi

Aktiviti Renang
Renang merupakan satu aktiviti yang telah dijadikan sebagai salah satu bentuk
terapi di dalam Pendidikan Khas. Keupayaannya dalam membentuk kekuatan fizikal, mental
dan emosi murid-murid berkeperluan pendidikan khas menjadikan aktiviti renang ini sebagai
salah satu aktiviti wajib di dalam dunia Pendidikan Khas itu sendiri.

Semua Program Pendidikan Khas digalakkan untuk melaksanakan aktiviti renang. Ini
kerana aktiviti renang ini dapat meningkatkana daya ketahanan fizikal melalui aktiviti
pergerakan badan di dalam air, menyelam dan aktiviti pernafasan.

Oleh kerana aktiviti renang ini melibatkan ketahanan mental, keyakinan dan
keberanian yang tinggi, guru perlu peka terhadap aspek pengurusan emosi bagi murid yang
masih lagi mempunyai masalah untuk mengikuti kelas renang atas faktor-faktor seperti takut
dan fobia terhadap air. Bab ini akan menggariskan beberapa inisiatif yang dapat digunakan
oleh guru dalam menyediakan emosi dan mental murid supaya murid dapat mengikuti aktiviti
renang dengan baik.

Kategori Pertama: Murid yang sudah bersedia menghadiri latihan


1) Memastikan murid mengambil sarapan supaya murid mempunyai tenaga yang cukup
sepanjang latihan renang berlangsung.
2) Melakukan sorakan sebelum menghadiri atihan renang seperti “KAMI BOLEH” atau
“WE ARE READY”. Sorakan ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa
gementar dalam diri murid-murid setelah sampai ke kolam renang dan sebelum
menjalani latihan renang.

Kategori Kedua: Murid yang tidak bersedia menghadiri latihan

Bagi murid yang tidak bersedia untuk menjalani latihan, guru boleh menggunakan
satu kaedah yang mana telah menggabungkan dua kaedah dalam terapi perlakuan
iaitu ‘shaping + reward’. Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh guru:

1) Mulakan dengan murid didedahkan dengan pengetahuan tentang kolam air. Guru
boleh menggunakan gambar dan video tentang kolam air yang mempunyai
unsur-unsur gembira dan selesa. Sebagai contoh, guru menunjukkan gambar
kanak-kanak yang bermain bola tampar air di dalam kolam air. Ini membolehkan
murid mempunyai persepsi positif tentang kolam air itu sendiri.

Contoh:

2) Kedua, dedahkan murid dengan air yang berada dalam tempat yang
terbuka. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan kolam air buatan dan
membawa murid melawat kolam air tersebut. Selepas itu, guru boleh
memberi peluang kepada murid untuk menyentuh air di dalam kolam
tersebut.

3) Selepas itu, bawa murid ke kolam renang. Pastikan guru membawa murid ke
kolam renang yang cetek dan dasarnya boleh dipijak oleh murid tersebut terlebih
dahulu. Mulakan dengan murid bermain dengan air menggunakan tangan,
kemudian kaki, dan diikuti dengan keseluruhan badan berada di dalam kolam
renang.

4) Bawa murid ke kolam renang yang lebih dalam hanya selepas murid telah
membina keyakinan sewaktu di dalam kolam renang yang cetek. Guru juga perlu
berada bersama murid tersebut sewaktu hari pertama murid tersebut menyertai
latihan di kolam renang yang lebih dalam (lihat nota bagi melihat cara
pelaksanaan kaedah shaping+ rewards ini).

Selepas tamat sesi latihan renang

1) Beri makanan dan minuman kepada murid. Ini bagi memastikan murid tidak merasa
letih untuk meneruskan kelas atau kelas di sebelah petang

2) Tanya murid perasaan mereka menyertai latihan renang. Sekiranya murid tidak
merasa gembira dengan latihan renang, kaji dengan lebih mendalam sebab-
musababnya. Ini bagi mengelakkan guru keliru antara fobia dan masalah dalaman
yang berlaku antara murid dan rakan / antara murid dan guru renang. Maklumat inii
dapat digunakan bagi tindakan lanjut seperti kaunseling.

3) Menggunakan sorakan atau peneguhan bagi memastikan murid merasa mahu


kembali menjalani latihan renang pada minggu seterusnya.

NOTA:

Guru boleh menggunakan kaedah peneguhan negatif berbentuk penebusan (dikenali


sebagai token ekonomi dalam teori perlakuan) kepada semua murid. Peneguhan
yang bersifat boleh ditebus adalah lebih efektif berbanding peneguhan yang diberi
secara “one-off” dan boleh diketahui masa pemberiannya.

Guru boleh memilih untuk memberi peneguhan bagi setiap slot dalam satu sesi
renang atau bagi keseluruhan sesi renang tersebut. Sebagai contoh, guru memberi
satu bintang bagi murid yang dapat memakai baju renang dengan betul,
melaksanakan aktiviti memanas badan mengikut arahan ketua dan sebagainya. Jika
guru memilih untuk memberi peneguhan bagi keseluruhan sesi renang, guru akan
memberi satu pelekat bintang sebagai contoh bagi murid yang dapat menjalankan
semua slot bagi satu sesi renang dengan baik.

Guru boleh menggunakan jadual peneguhan yang mana mengandungi nama dan
bilangan pelekat yang dikumpulkan oleh semua murid. Selepas tamat aktiviti renang,
guru boleh memanggil semua murid dan memberi peneguhan kepada murid yang
dapat mengumpul pelekat paling banyak. Berikut merupakan contoh pemberian
peneguhan mengikut sesi atau mengikut slot:

i) Mengikut slot bagi satu sesi renang

Tarikh sesi renang:

Nama Murid Slot Peneguhan Jumlah

Muhammad Fakhrul Memakai baju renang dengan betul


Aiman
Memanaskan badan mengikut arahan

Nursyafiqah Natrah Memakai baju renang dengan betul

Memanaskan badan mengikut arahan

Wong Wei Tong Memakai baju renang dengan betul

Memanaskan badan mengikut arahan

ii) Mengikut sesi renang

Tarikh sesi renang:


Nama Murid Peneguhan

Muhammad Fakhrul Aiman

Nursyafiqah Natrah

Wong Wei Tong

Muhammad Farhan

PEMENANG MINGGU INI: Muhammad Fakhrul Aiman 

Guru boleh menggunakan kaedah pengumpulan peneguhan (i.e. pelekat bintang).


Pengumpulan peneguhan ini boleh dilaksanakan mengikut bulan atau satu penggal
persekolahan. Berikut merupakan contoh pengumpulan peneguhan mengikut bulan:

Bulan:

Nama Murid Peneguhan

Minggu Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4

Muhammad Fakhrul Aiman

Nursyafiqah Natrah

Wong Wei Tong

Elakkan dari menggunakan unsur paksaan jika murid kelihatan tidak mahu menyertai
aktiviti renang. Beri peluang kepada murid untuk bertenang terlebih dahulu. Jika
perlu, guru boleh bersama-sama murid tersebut untuk berada di satu sudut kolam
renang yang lain dan menjalani latihan renang bersama-sama murid tersebut.

Kaedah “Shaping + rewards”

“Shaping” merupakan salah satu kaedah yang mana sering digunakan dalam
membantu mereka yang mengalami fobia atau masalah tingkah laku distruktif. Di dalam
konteks aktiviti renang, guru boleh menggunakan teknik ini yang mana digabungkan
bersama penggunaan peneguhan. Pemberian peneguhan boleh dilaksanakan seperti
berikut:

1) Peneguhan hanya akan diberikan apabila murid dapat menghadapi setiap langkah
intervensi dengan cemerlang.
2) Peneguhan yang hanya akan diberikan apabila murid berjaya mengatasi ketakutan
pada air (i.e. berjaya melaksanakan semua langkah intervensi)

Oleh kerana kaedah ini mempunyai banyak langkah (intervensi) dan mengambil
masa yang agak lama (i.e. bergantung kepada individu), adalah lebih elok sekiranya guru
dapat membina jadual yang mana menunjukkan tahap pencapaian dan tarikh setiap
intervensi berjaya dilaksanakan. Dalam masa yang sama, guru juga perlu mencatat
sebarang relaps: keadaan di mana murid kembali fobia kepada air. Berikut merupakan
contoh jadual yang dapat digunakan bagi para guru dalam melaksanakan ‘shaping +
rewards’ ini.

Nama Murid:
Kelas:
Diagnosis:
Masalah kesihatan (jika ada):

Intervensi yang akan Tarikh pelaksanaan Tarikh murid berjaya Catatan


digunakan
Membawa murid ke kolam x/y/zzzz x/y/zzzz
air

Peneguhan boleh diberikan mengikut kesesuaian pada hari aktiviti renang dilaksanakan.
Dalam erti kata lain, guru boleh memilih untuk memberikan peneguhan apabila selesai
setiap intervensi atau apabila murid dapat melaksanakan kesemua intervensi dengan
cemerlang. Jenis peneguhan yang ingin digunakan haruslah bersifat menarik.

Sukaneka
Sukaneka merupakan satu bentuk aktiviti yang mana menggabungkan aktiviti fizikal
dan juga peneguhan yang berbentuk kumpulan. Dalam erti kata lain, kumpulan yang
mendapat markah yang paling banyak akan membolehkan mereka mendapat ganjaran
seperti hadiah. Di peringkat sekolah mahupun institut pengajian tinggi, aktiviti sukaneka
merupakan salah satu acara yang popular kerana ianya menggabungkan unsur persaingan
yang sihat dan kerjasama antara ahli kumpulan.

Di dalam melaksanakan aktiviti sukaneka ini, guru perlu peka kepada perubahan emosi
murid yang mungkin akan terganggu apabila kumpulan murid tersebut tidak dapat
memenangi mana-mana permainan di dalam aktiviti sukaneka tersebut. Ini kerana
sukaneka ini menggunakan unsur persaingan yang kuat,Oleh yang demikian, guru perlu
menyiapkan diri dengan ilmu berkaitan pengurusan emosi, sosial dan mental murid sebelum
melaksanakan aktiviti sukaneka ini. Bab ini memperincikan beberapa perkara yang perlu
diberi perhatian supaya aktiviti sukaneka dapat berjalan dengan lancar.

Sebelum aktiviti sukaneka berlangsung

Sarapan pagi, pemilihan murid dan pembahagian kumpulan


1) Pastikan semua murid telah mengambil sarapan. Beri makanan yang mempunyai
kadar karbohidrat yang tinggi dan pengambilan air yang cukup bagi mengelakkan
murid tidak merasa letih dan dehidrasi sepanjang aktiviti sukaneka berlangsung

2) Kumpulkan semua murid di satu tempat yang bersifat terbuka dan tidak bising. Ini
bagi mengelakkan murid autisma merasa tidak selesa yang mana dikhuatiri akan
menyebabkan “tantrum”.

3) Guru perlu peka terhadap murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti
masalah jantung, asma dan sebagainya. Tanya dahulu murid adakah mereka mahu
menyertai aktiviti tersebut. Beri peluang kepada mereka untuk menyertai aktiviti
sukaneka tersebut jika mereka mahu menyertainya. Beri masa rehat jika guru
mendapati murid tersebut mula menunjukkan tanda-tanda serangan penyakit yang
mereka hadapi.

4) Dalam pembentukan kumpulan, guru boleh menggunakan teknik “heterogeneous


group” di mana ahli kumpulan terdiri daripada murid yang berkefungsian tinggi,
rendah dan sederhana. Penggunaan kaedah ini memberi peluang kepada semua
murid untuk mengenali di antara satu sama lain di samping meningkatkan
kerjasama dan hormat-menghormati di antara ahli kumpulan.

5) Guru juga perlu peka terhadap perhubungan sosial di antara murid. Asingkan murid
yang mempunyai masalah perhubungan sosial (i.e. peribadi) bagi mengelakkan
sebarang pergaduhan sepanjang aktiviti sukaneka berlangsung.

6) Galakkan murid untuk membentuk sorakan kumpulan. Penggunaan sorakan ini


dapat membantu murid untuk lebih fokus dan berusaha dalam melaksanakan aktiviti
sukaneka ini
7) Pastikan peraturan-peraturan sukaneka diberitahu dan difahami oleh murid sebelum
aktiviti sukaneka berlangsung. Pastikan guru menggariskan secara eksplisit (i.e. lisan
atau demonstrasi) jenis peneguhan dan denda yang bakal digunakan di dalam setiap
permainan di dalam aktiviti sukaneka.

Semasa aktiviti sukaneka berlangsung


1) Arahan bagi setiap permainan haruslah jelas. Pastikan guru mendemonstrasi cara
pelaksanaan setiap permainan bagi aktiviti sukaneka sebelum semua kumpulan
melaksanakan permainan tersebut.
2) Gariskan sebarang peraturan, dendaan dan juga peneguhan yang akan diberi
kepada kumpulan SEBELUM permainan berlangsung.

3) Galakkan murid melaungkan sorakan kumpulan sebelum dan setiap kali permainan
tamat.

4) Beri rehat yang cukup seperti 5 minit rehat beserta pemberian air minuman selepas
setiap permainan dalam aktiviti sukaneka berlangsung. Ini bagi mengelakkan murid
mengalami dehidrasi.

5) Pastikan setiap markah yang dikumpul oleh setiap kumpulan bagi setiap permainan
di dalam aktiviti sukaneka tersebut dinyatakan secara lisan atau visual oleh guru
kepada murid. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing dan usaha murid
dalam mendapatkan markah terkumpul yang paling banyak.

6) Pastikan permainan dilaksanakan secara adil. Berbincang secara baik bersama


murid yang kurang berpuas hati dengan cara pengadilan mahupun pelaksanaan
aktiviti.

Selepas aktiviti sukaneka berlangsung


1) Beri masa rehat yang cukup sebelum guru melaksanakan aktiviti pemberian hadiah
(jika ada)
2) Berikan pujian dan hadiah kepada kumpulan yang dapat mengumpul mata yang
paling banyak.

3) Nyatakan secara eksplisit keperluan mereka untuk berusaha di dalam aktiviti


sukaneka yang akan datang sekiranya mereka mahu mendapatkan hadiah tempat
pertama

4) Pastikan guru menyatakan secara lisan atau visual markah setiap kumpulan sebelum
guru memberikan hadiah kepada mana-mana kumpulan.

NOTA:

Penggunaan peneguhan positif atau negatif

Pemilihan bentuk peneguhan yang ingin digunakan adalah bergantung kepada guru.
Sepertimana yang telah dibuktikan oleh beberapa kajian (lihat Mazur, 2006),
peneguhan negatif seperti pemberian pujian, token ekonomi mahupun pengasingan
(time-out) adalah lebih berkesan. Di dalam aktiviti sukaneka ini, guru boleh
menggunakan token ekonomi. Berikut merupakan contoh pelaksanaan token
ekonomi dalam melaksanakan aktiviti sukaneka:

Token Peneguhan (Tambah 1 Denda (Tolak 1 token)


token)
1) Melaksanakan 1) Mengganggu ahli
permainan dengan kumpulan yang lain
betul mahupun kumpulan
2) Menolong ahli sendiri
kumpulan 2) Tidak membantu ahli
3) Membantu guru kumpulan
4) Tidak mengganggu 3) Tidak melaksanakan
ahli kumpulan yang permainan mengikut
lain peraturannya

Pergaduhan / Salah faham

i) Gunakan kaedah pengasingan + penarikan peneguhan: kaedah di mana


murid tidak boleh terlibat dengan aktiviti dan tidak layak mendapat
peneguhan dari guru. Di dalam kaedah ini juga, sebarang bentuk token boleh
ditarik balik oleh guru sebagai satu bentuk denda kerana tidak melaksanakan
arahan atau telah bertingkah laku distruktif.

Langkah-langkah yang dapat diambil oleh guru

Asingkan murid yang bergaduh atau berselisih faham di dua tempat


yang berbeza
Beri masa kepada murid untuk bertenang (5 – 10 minit)

Panggil murid-murid tersebut untuk berbincang dengan guru tentang


kejadian tersebut. Elakkan dari menggunakan kaedah provokasi
mahupun menyalahkan mana-mana pihak sebelum mendengar
penjelasan mereka.

Gunakan kaedah denda yang tidak melibatkan fizikal murid disakiti.


Beri penjelasan mengapa mereka perlu didenda.

Pastikan murid –murid tersebut meminta maaf di antara satu sama


lain. Sekiranya mereka berasa di dalam satu kumpulan yang sama,
asingkan mereka dengan meletakkan mereka di dalam kumpulan
yang berlainan.

Aktiviti Memasak
Aktiviti memasak merupakan salah satu aktiviti yang mana diberi penekanan di
dalam Program Pendidikan Khas. Ini bagi memastikan semua murid berkeperluan
pendidikan khas ini diberi pendedahan tentang kemahiran memasak yang mana boleh
digunakan oleh mereka kelak di masa akan datang samada sebagai kerjaya atau bagi
kelangsungan hidup.

Sepertimana aktiviti renang atau sukaneka, pengurusan emosi juga perlu ditekankan
dalam aktiviti memasak. Ini bagi mengelakkan sebarang tingkah laku distruktif berlaku
sepanjang aktiviti memasak berlangsung. Bab ini Bab ini memperincikan beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian oleh bagi melancarkan lagi aktiviti memasak.

Sebelum aktiviti memasak berlangsung

Pemilihan tempat, penyediaan bahan/alatan


1) Pilih tempat yang sesuai. Sekiranya sekolah tidak mempunyai bilik masakan, pilih
tempat atau bilik yang bersih, tidak berhabuk dan tidak mempunyai barang-barang
yang mudah pecah. Hal ini bagi mengelakkan perkara-perkara di bawah berlaku:

- Murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma tidak mengalami


serangan
- Murid hiperaktif tidak bertindak memegang atau memecahkan barang yang ada
di tempat/bilik tersebut

2) Sediakan terlebih dahulu barang-barang/ alatan-alatan yang akan digunakan di


dalam aktiviti masakan.

3) Periksa dahulu tahap keselamatan bahan/alatan yang akan digunakan.


- Elakkan dari menggunakan bahan-bahan yang sudah atau hampir luput tarikh
- Periksa tahap kefungsian setiap alatan
- Periksa tahap kebersihan setiap alatan terutama alatan menghidang

4) Label setiap bahan/alatan yang akan digunakan. Hal ini akan memudahkan murid
dalam mengambil dan menggunakan bahan/alatan mengikut arahan guru

5) Pilih menu yang sesuai dengan tahap kefungsian dan kebolehan semua murid dalam
melaksanakannya.

6) Periksa dengan PPM atau ibu bapa sebarang makanan atau bahan yang boleh
menimbulkan sebarang alergi bagi setiap murid. Maklumat ini dapat membantu guru
dalam memilih menu yang sesuai bagi aktiviti masakan.

Pembahagian kumpulan

1) Pembahagian kumpulan boleh dilaksanakan di dalam bentuk “heterogenous group”


di mana ahli kumpulan adalah pelbagai. Dalam erti kata lain, murid yang mempunyai
pelbagai kefungsian, bermula dari kefungsian yang rendah sehingga tinggi berada di
dalam kumpulan yang sama. Ini membolehkan murid bergaul dan berkenalan di
antara satu sama lain.
2) Pastikan murid yang mempunyai masalah peribadi / masalah perhubungan di antara
satu sama lain tidak diletakkan di dalam satu kumpulan bagi mengelakkan sebarang
pertelingkahan sepanjang aktiviti masakan berlangsung.

3) Lantik seorang ketua dan penolong ketua kumpulan. Pilih murid yang boleh memberi
arahan,melaksanakan arahan dan bertanggungjawab terhadap kumpulannya. Beri
pujian dan peneguhan kepada murid yang secara sukarela ingin menjadi ketua atau
penolong ketua.

4) Beri arahan kepada ketua kumpulan untuk beratur mengikut kumpulan masing-
masing sebelum masuk ke bilik masakan atau tempat/bilik yang akan digunakan bagi
aktiviti masakan.

5) Pastikan semua murid masuk ke dalam bilik masakan mengikut giliran kumpulan
masing-masing. Sebagai contoh, Kumpulan 1 masuk ke dalam bilik/ruang masakan
dan diikuti dengan Kumpulan 2 dan seterusnya.

Semasa aktiviti memasak berlangsung


Pelaksanaan aktiviti memasak

1) Setiap langkah mestilah berbentuk analisis tugasan: langkah-langkah dipecahkan


kepada bentuk yang lebih mudah, ringkas dan mudah difahami oleh murid .
Contoh: Mencelup donut di dalam mangkuk yang mempunyai coklat cair
1) Ambil donut
2) Pegang donut menggunakan tangan kanan
3) Letakkan mangkuk berisi coklat cair di hadapan murid
4) Celupkan donut ke dalam mangkuk (setengah donut)
5) Angkat donut perlahan-lahan
6) Letakkan donut di atas pinggan

2) Pastikan setiap langkah bagi aktiviti memasak didemonstrasikan oleh guru terlebih
dahulu. Guru juga harus memastikan semua murid dapat melihat demonstrasi yang
dilakukan oleh guru. Jika perlu, minta murid menyatakan secara lisan atau bukan
lisan langkah yang ditunjukkan oleh guru.

3) Pastikan elemen keselamatan diterapkan sepanjang aktiviti memasak berlangsung .

4) Beri peluang kepada murid untuk melaksanakan langkah dengan betul. Betulkan
sebarang kesalahan secara lisan dan tunjukkan kepada murid cara yang betul.

5) Jika boleh, gunakan aktiviti yang mana membolehkan setiap murid untuk
menghasilkan satu hasil masakan yang boleh dirasa dan dilihat oleh murid. Sebagai
contoh, aktiviti menghias donut atau biskut dilihat lebih praktikal kerana setiap murid
dapat menghias sendiri donut dan menghasilkan bentuk biskut mengikut kesukaan
masing-masing.

Selepas aktiviti memasak


Membersihkan bilik/tempat masakan
1) Di dalam kumpulan masing-masing, beri setiap murid tugas pembersihan ruang
masakan. Sebagai contoh, terdapat murid yang perlu mengelap meja, menyusun
kerusi, membasuh pinggan atau mangkuk, dan sebagainya.

2) Bagi pembersihan lantai dan penyusunan alatan memasak dan menghidang, beri
tugas pembersihan tersebut kepada murid yang berkefungsian sederhana atau
tinggi. Ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan seperti pinggan terjatuh dan
sebagainya

3) Pastikan setiap alatan yang digunakan dalam aktiviti masakan disimpan dan disusun
di tempat yang betul

4) Buang semua bahan masakan yang sudah tercemar dan dikhuatiri tahap
kebersihannya.

Menghidang masakan

1) Berikan pujian kepada setiap murid kerana berjaya menjalani aktiviti memasak. Guru
juga boleh memberi pujian dan tepukan kepada semua murid kerana berjaya
memasak menu sepertimana yang diinginkan oleh guru.
2) Beri pengukuhan yang berbentuk visual dan menarik seperti pelekat “Well Done”
atau “Tahniah” kepada setiap murid sebagai salah satu bentuk penghargaan kerana
berjaya memasak menu yang telah ditetapkan.

3) Pastikan setiap menu masakan yang dihasilkan oleh murid dihidang dan diletakkan
di tempat yang sesuai yang mudah dilihat oleh guru dan murid lain.

4) Beri perhatian kepada murid yang mempunyai masalah komunikasi atau


perhubungan seperti suka mengejek murid lain. Pastikan murid tersebut tidak
mengejek hasil kerja rakan yang lain. Gunakan denda jika perlu.

NOTA:

Pelaksanaan aktiviti secara stesen


Pelaksanaan aktiviti memasak boleh dijalankan di dalam bentuk stesen sekiranya murid
yang terlibat adalah tidak ramai (kurang dari 10 orang). Pelaksanaan stesen ini adalah
sangat bagus dalam pembinaan kemahiran bertutur, pemberian arahan dan kepimpinan
sekiranya murid diberi peluang untuk menjadi bagi setiap langkah masakan. Berikut
merupakan contoh pelaksanaan aktiviti secara stesen.

1) Terangkan dahulu kesemua langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam


menghasilkan menu yang dipilih. Guna kaedah visual seperti video atau tayangan
slaid. Selepas itu, terangkan kembali setiap langkah melalui cara demonstrasi.

2) Lantik ketua bagi setiap stesen. Pastikan murid yang dipilih bagi menjadi ketua
stesen adalah murid yang dapat memahami dan melaksanakan langkah tersebut
dengan baik.

3) Label setiap stesen dengan nama langkah dan juga nama ketua stesen. Bagi
menarik minat murid, berikan topi chef kepada murid yang menjadi ketua stesen.

4) Bimbing setiap ketua stesen sewaktu ketua stesen mendemonstrasikan langkah


masakan. Betulkan sebarang kesalahan ketua secara verbal.

5) Selepas ketua stesen menerangkan langkah masakan, beri peluang kepada setiap
murid untuk mendemonstrasikan langkah tersebut.

AKTIVITI PAGI
Sepertimana yang telah diketahui umum, pengambilan sarapan pagi adalah
elemen yang paling penting dalam kehidupan manusia. Sarapan pagi sangat penting
dalam memberi tenaga bagi memastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik
sepanjang tempoh persekolahan berlangsung.

Sudah pastinya akan ada beberapa orang murid yang tidak mahu mengambil
sarapan pagi. Hal ini berikutan faktor-faktor tertentu seperti tidak menyukai makanan
yang dihidangkan oleh guru dan juga masalah pengawalan tingkah laku. Bab ini
akan menyentuh tentang keperluan mengawal tingkah laku murid dan juga beberapa
cara yang dapat digunakan dalam memastikan semua murid dapat menikmati
sarapan pagi.

AKTIVITI PAGI
1) Kumpulkan semua murid di satu tempat yang terbuka dan tidak bising. Ini bagi
mengelakkan murid autism akan mengalami ‘tantrum’ sekiranya murid autism
tersebut sangat sensitif terhadap bunyi

2) Pastikan murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bergaduh dan tidak
bertegur sapa tidak berada berdekatan. Pastikan guru menegur murid-murid yang
mula kelihatan seperti ingin bergaduh.

3) Kenalpasti murid autisma yang sensitif terhadap deria bau. Tanya kepada ibu bapa
murid tersebut jenis makanan yang boleh dan tidak boleh diambil oleh murid autism
tersebut. Maklumat ini adalah sangat penting dalam membantu guru memilih
makanan yang bersesuaian dan dapat dinikmati oleh murid tersebut.

4) Lantik seorang ketua yang akan bertugas bagi setiap kerja sepanjang aktiviti sarapan
pagi berlangsung . Sebagai contoh, seorang ketua bagi mengambil kismis, cawan,
pinggan, biskut, aktiviti regangan pagi, bacaan selamat makan dan selawat pagi.
Lebih baik jika guru membuat jadual tugasan yang mana boleh dirujuk oleh murid,
guru dan PPM.

5) Jangan paksa murid untuk menikmati sarapan pagi sekiranya beliau menolak.

6) Ambil tahu dengan lebih mendalam mengapa terdapat murid yang tidak mahu
mengambil sarapan pagi. Ini bagi mengelakkan guru atau PPM mempunyai
tanggapan yang salah tentang murid tersebut. Sebagai contoh, guru berpendapat
murid tidak mahu mengambil sarapan pagi kerana telah menikmati sarapan di
rumah. Walhal hakikatnya murid tersebut mungkin sebenarnya mempunyai masalah
dengan makanan yang disajikan seperti masalah bau dan alergi terhadap makanan
yang disajikan oleh guru.

7) Pastikan semua murid beratur sebelum masuk ke kelas. Baca doa selepas makan
dan doa sebelum masuk ke kelas.

Glosari
Rewards: pemberian objek atau stimulus yang diingini kepada seseorang bagi setiap
tingkah laku yang baik
(Stimulus that will be given for desirable behaviour)

Shaping: Prosedur yang sering digunakan dalam pembentukan tingkah laku baharu yang
mana melibatkan penggunaan peneguhan bagi setiap perlakuan yang menghampiri
perbentukan tingkah laku yang diingini
(A procedure for teaching a new behaviour in which closer and closer approximation to the
desired behaviour are reinforced)

Time-out: prosedur pengurangan tingkah laku yang mana melibatkan satu atau
banyak stimulus yang diminati atau baru sahaja diperoleh oleh seseorang diambil
buat sementara waktu
(A behaviour reduction procedure in which one or more desirable stimuli are temporarily
removed if the individual performs some unwanted behaviour)

Tantrum: satu keadaan di mana seseorang tidak dapat menahan kemarahan atau
kekecewaan yang boleh membawa kepada perlakuan amuk seperti menjerit
(an uncontrolled outburst of anger and frustration)

Heterogeneous grouping: Kumpulan yang mempunyai murid pelbagai kefungsian atau


tahap penguasaan
(Groups consisting of students at a wide range of achievement levels)

Senarai rujukan
Mazur, J. E (2005). Learning and behaviour (6th Ed.). Pearson: Boston

Vaughn, S., Bos, C. S., Schumm, J. S. (2007). Teaching students who are exceptional,
diverse, and at risk in the general education classroom (4th Ed.). Pearson: Boston

Walker, J. E., & Shea, T. M. (1991). Behavior management: A practical approach for
educators (5th Ed.). Macmillan: New York

DISEDIAKAN OLEH
NURUL ATIQAH BINTI JOHARI
Bachelor of Occupational Therapy
University of Newcastle Australia

AIFA AFEEQA BINTI JAMILAN


Bachelor of Science (Psychology) with Honors
Victoria University of Wellington, New Zealand

Dibimbing oleh
PUAN NIZWA HANA BINTI ILLYAS
Guru Pendidikan Khas
SK Desa Tasik, Kuala Lumpur

PENGENALAN
Sekolah merupakan tempat di mana lahirnya modal insan yang holistik selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mahupun Falsafah Pendidikan Khas. Berbeza
dengan murid aliran perdana, murid-murid berkeperluan khas memerlukan bantuan atau
sokongan khusus bagi membantu mereka berkembang mengikut aras kefungsian masing-
masing. Antara perkhidmatan khusus yang disediakan adalah terapi cara kerja dan
perkhidmatan psikologi.

Modul ini dibangunkan bagi menjadi garis panduan kepada guru-guru dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah. Antara aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam modul ini
ialah:

 Aktiviti renang (terapi akuatik)

 Sukaneka

 Aktiviti memasak

 Aktiviti pagi

Modul ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah aplikasi cara
terapi cara kerja dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah. Bahagian ini menerangkan tentang
contoh aktiviti dan cara pelaksanaannya mengikut aras kefungsian masing-masing.Bahagian
kedua ialah aplikasi psikologi dalam pelaksanaan aktiviti di sekolah. Bahagian ini lebih
menjurus kepada pengurusan sosiemosi murid yang mengambil kira banyak aspek
kehidupan murid. Sebagai contoh, pengurusan sosioemosi bagi aktiviti memasak melibatkan
penyediaan bahan dan alatan, pemilihan tempat, penggunaan peneguhan negatif mahupun
positif dan sebagainya.

Diharapkan modul ini dapat dijadikan panduan guru dengan sebaiknya.

Anda mungkin juga menyukai