Anda di halaman 1dari 5

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa III

Saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa III selama 1 minggu yang bermula
dari 9 hingga 13 Mac 2015 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Syn Hua, Sandakan. Tugasan
PBS pada kali ini berkaitan dengan subjek elektif iaitu Pendidikan Jasmani (PJM 3063E). Skop
tugasan adalah berkaitan Anatomi dan Fisiologi yang mencakupi aspek pemerhatian,
pengumpulan maklumat, perbincangan dengan guru dan merekod tentang aspek-aspek
berkaitan kelas Pendidikan Jasmani. Tugasan ini memerlukan pemerhatian berkaitan aktiviti
yang dijalankan semasa waktu Pendidikan Jasmani dari aspek memanaskan badan
sehinggalah tamat waktu Pendidikan Jasmani tersebut serta saranan untuk penambahbaikan
dalam pengajaran tersebut. Dengan kerjasama yang diberikan pihak sekolah saya dapat
memasuki kelas 5D yang seramai 26 orang dan melakukan pemerhatian yang mana akan
menjalankan ujian SEGAK pada hari itu.
1 a. Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan ?
Sebelum ujian SEGAK bermula, guru pula menjalankan aktiviti memanaskan badan.
Antara aktiviti memanaskan badan yang telah dijalankan seperti lari setempat, regangan,
'stretching' dan sebagainya. Aktiviti ini amatlah penting dilakukan setiap kali sebelum melakukan
sesuatu aktiviti yang dirancang oleh guru kerana mengelakkan berlakunya kecederaan semasa
aktiviti dijalankan. Aktiviti ini dilakukan untuk memberikan persediaan awal dan regangan
kepada otot-otot, sendi dan sebagainya sebelum melakukan aktiviti.

Gambar- gambar di atas menunjukkan aktiviti memanaskan badan yang dilakukan oleh muridmurid dengan bimbingan daripada guru.

b. Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada


pelajar ?
Guru tersebut telah mengambil masa untuk menjelaskan kepentingan aktiviti
memanaskan badan kepada pelajar. Beliau berkata bahawa tujuan aktiviti memanaskan badan
adalah untuk mengurangkan kecederaan. Hal ini demikian kerana otot- otot badan akan
menerima tekanan sekiranya melakukan aktiviti lasak tanpa memanaskan badan. Selain itu,
beliau juga menerangkan aktiviti memanaskan badan membuatkan darah mengalir ke seluruh
badan dan mengelakkan kekejangan otot. Sebenarnya, kefahaman tentang kepentingan
memanaskan badan ini diberikan kepada murid adalah penting kerana dengan kefahaman
inilah akan melahirkan tabiat yang baik kepada murid. Dengan penerangan guru, murid- murid
lebih fokus dan melakukannya dengan bersungguh- sungguh.

Sesi penerangan oleh guru


mengenai kepentingan
memanasakan badan
kepada murid-murid

c. Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan ?


Mengikut pemerhatian saya, guru Pendidikan Jasmani di sekolah ini memberi tumpuan
kepada otot-otot besar di samping pada otot-otot yang kecil. Tumpuan ini dilakukan bertujuan
agar melatih otot-otot besar yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan bergerak
dengan betul dan selamat. Hal ini demikian bagi mengelakkan otot-otot ini menerima kejutan
semasa aktiviti dijalankan. Ia juga membolehkan otot-otot besar menerima rangsangan secara

lembut sebelum aktiviti sebenar yang dirancangkan dijalankan. Contohnya jika aktiviti itu
melibatkan pergerakan tangan,otot-otot besar yang terlibat ialah otot tricep dan bicep.
d. Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan ?
Mengikut pengamatan dan pemerhatian saya, sebarang kecederaan dan perkaraperkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid adalah tidak berlaku. Hal ini
kerana setiap aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikut prosedur bersukan yang betul. Selain
itu, aktiviti yang dilaksanakan telah dirancang oleh guru Pendidikan Jasmani sebelum
dilaksanakan adalah bersesuaian dengan tahap kemampuan murid-murid. Guru juga telah
menerangkan beberapa langkah keselamatan bagi setiap aktiviti yang ingin dijalankan serta
membuat demostarsi yang tepat. Oleh itu, aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar tanpa
sebarang kecederaan atau kemalangan yang lain yang tidak diingini.

Gambar- gambar di atas menunjukkan guru sedang menunjukkan cara membuat 'bumping'
yang tepat dan semua aktiviti yang dijalankan adalah selamat di bawah bimbingan guru.

2. Adakah keperluan warm up dijalankan dan diberikan penjelasaan kepada pelajar ?


Aktiviti memanaskan badan amat penting aktiviti dijalankan oleh guru tersebut mengikut
teknik yang sesuai. Penerangan berkaitan kepentingan aktiviti memanaskan badan turut
diberikan kepada pelajar. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami kepentingan
sebenar aktiviti memanaskan badan ini. Aktiviti memanaskan badan dijalankan bertujuan untuk
mengelakkan otot daripada menerima kejutan semasa aktiviti yang seterusnya dijalankan.

Selain itu, aktiviti memanaskan badan juga membantu jantung menyesuaikan aktiviti lasak di
samping mengurangkan kecederaan. Penerangan diberikan dengan sejelas mungkin supaya
pelajar faham tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan tersebut. Sebagai contoh, aktiviti
memanaskan badan dimulakan dari bahagian atas anggota badan sehinggalah ke bahagian
kaki.

3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang
dirancang?
Saya mendapati bahawa guru pendidikan jasmani telah menggunakan alatan yang
sesuai dengan ujian SEGAK yang dirancang mengikut tahap murid. Peralatan yang digunakan
dalam ujian juga dinilai dan dipilih mengikut kesesuaian murid-murid Ini bertujuan bagi
menyelesaikan dan memudahkan murid menggunakan alatan tersebut serta menggunakanya
dengan selamat. Saya juga memerhatikan guru mementingkan keselamatan alatan dan
mewujudkan keseronokan kepada murid-murid. Antara alatan yang digunakan termasuklah
tilam, span dan sebagainya.

Gambar- gambar di atas menunjukkan alatan yang digunakan semasa ujian SEGAK.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?
Saya mendapati bahawa pembahagian masa antara sesuatu aktiviti adalah begitu
terperinci namun masa yang singkat agak menyukarkan guru untuk melakukan beberapa aktiviti
yang telah dirancang dengan berkesan dalam ujian. Jadi guru terpaksa melaksanakan aktiviti
yang telah dirancang dengan cepat agar sesuai dengan masa yang telah diperuntukkan.
Pembahagian masa antara aktiviti-aktiviti ini dijalankan dengan baik sekali seperti yang telah
dirancang. Guru amat mementingkan aspek ketepatan masa terhadap murid-muridnya. Bukan
sahaja murid-murid perlu ke kelas Pendidikan Jasmani dengan awal malah sebaik selesai
waktu tamat murid-murid digesa agar kembali dalam kelas dengan secepat mungkin agar waktu
pembelajaran bagi subjek lain tidak terjejas.

5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut?


Selama saya memerhatikan kelas pendidikan jasmani, saya telah mempelajari beberapa
perkara positif yang dilaksanakan oleh guru. Guru di sekolah ini nampaknya begitu bersungguhsungguh apabila menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru yang mengajar subjek ini.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang saya sarankan untuk tindakan penambahbaikan
dalam pengajaran iaitu pertama guru perlu menitikberatkan aspek pakaian murid semasa waktu
kelas pendidikan jasmani ini. Hal ini kerana saya melihat guru terdapat seorang murid memakai
baju yang tidak sesuai bagi menjalankan aktiviti semasa kelas Pendidikan Jasmani ini. Jadi,
guru seharusnya mewajibkan setiap murid berkasut dan memakai pakaian yang sesuai untuk
aktiviti pendidikan jasmani.
Keduanya, saya menyarankan agar guru mempelbagaikan aktiviti yang menarik agar
murid tidak berasa bosan apabila bermain. Hal ini demikian kerana saya memerhatikan aktiviti
yang dijalankan oleh guru agak biasa dan aktiviti seperti ini dapat mengundang kebosanan
dalam diri murid. Kepelbagaian aktiviti dapat dijalankan oleh guru agar murid berasa seronok
dan bersemangat untuk bermain. Contohnya, guru menyelitkan teknik bermain semasa
menjalankan aktiviti memanaskan badan. Oleh itu, ia dapat mewujudkan suasana pembelajaran
yang seronok dan kondusif.

Anda mungkin juga menyukai