Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

Tugasan Pengalaman Berasakan Sekolah(PBS) III bagi semester 3 ini adalah mengenai matapelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani ini kami akan mengfokuskan kepada aspek aktiviti memanaskan badan dan membuat pemerhatian terhadap bagaimana kelas pendidikan jasmani dijalankan. Sebagai seorang guru yang akan mengajar subjek Pendidikan Jasmani di Sekolah kelak, kefahaman tentang bagaimana untuk mengendalikan kelas pendidikan jasmani adalah penting dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalani PBS ini adalah sesuatu yang amat berguna. Subjek Pendidikan Jasmani merupakan subjek yang penting di sekolah kerana aspek kecerdasan fizikal dan mental adalah sesuatu yang penting kepada pelajar. Kecergasan bermaksud berada dalam keadaan cergas dari segi fizikal dan mental,

berkeupayaan melaksanakan tugas harian dengan berkesan tanpa merasa letih atau kelesuan dan dapat melibatkan diri dalam aktiviti riadah di samping itu masih memiliki tenaga untuk menghadapi saat-saat yang tidak terduga dan kecemasan. Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk mencegah kemungkinan kecederaan otot, tendon atau ligamen. Menurut pakar Sains sukan juga, aktiviti memanaskan badan akan dapat meningkatkan daya tahan serta mempercepatkan proses penggunaan sistem tenaga oksigen. Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan, aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit. Seorang guru perlu untuk melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum mereka memulakan kelas pendidikan jasmani kerana aktiviti yang dilakukan semasa kelas pendidikan jasmani memerlukan pelajar menggunakan otot-otot mereka. Sekiranya aktiviti memanaskan badan tidak dibuat risiko untuk pelajar-pelajar mendapat kecederaan adalah sangat tinggi. Fasa menyejukkan badan atau gerak kendur adalah aktiviti yang akan dilakukan selepas selesai melakukan aktiviti fizikal. Tujuan fasa menyejukan badan ialah untuk mengembalikan kadar peredaran darah ke tahap normal dan mempercepatkan pembuangan bahan kumuh dari sel otot supaya tidak berasa sakit atau mengalami ketegangan otot. Selain itu, aktiviti cooling down juga penting untuk menurunkan kembali suhu badan dan mengendurkan otot-otot yang tegang selepas melakukan aktiviti bersukan tadi. Aktiviti penyejukan badan amat penting untuk dilakukan oleh guru kerana ia dapat membantu meningkatkan kecekapan dan kelembutan badan murid-murid. Kelenturan tubuh badan murid akan terbina. Selain itu, otot-otot murid dapat dijaga dengan baik supaya tidak mengalami kecederaan di masa akan datang.

LAPORAN PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI

Sepanjang melaksanakan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) III di Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban Neger Sembilan, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian bagi melengkapkan tugasan yang telah diberikan. Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan dengan melihat bagaimanakah pengajaran Pendidikan Jasmani dijalankan oleh guru Pendidikan Jasmani. Saya juga telah memerhatikan bagaimana kelas Pendidikan Jasmani berjalan dan alatan yang digunakan oleh guru semasa mengajar subjek tersebut. Bagi memantapkan lagi kejituan kaedah pemerhatian ini, saya telah mengambil beberapa gambar semasa membuat pemerhatian tersebut. Gambar bagi setiap aktiviti dan keperluan soalan saya lampirkan pada bahagian lampiran. jalankan pemerhatian adalah seperti berikut. Nama Sekolah Nama Guru : Sekolah Kebangsaan Ampangan, Seremban : Cikgu Nurul Maklumat bagi kelas yang telah saya

Kumpulan Sasaran : Murid-murid Perempuan Tahun 4A dan 4B Bil. Murid Masa Tempat : 26 Orang : 7.30 pagi 8.30 pagi : Padang Sekolah

HASIL PEMERHATIAN

Berikut adalah hasil pemerhatian dan laporan saya berdasarkan kelas Pendidikan Jasmani ini melalui pemerhatian saya:

Borang Pemerhatian kelas Pendidikan Jasmani Perkara Dilaksanakan Tidak Dilaksanakan 1) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan 2) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar 3) Adakah otot otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan 4) Adakah aktiviti yang dilakukan membahayakan diri atau anggota pelajar Catatan

Jadual 1: Borang Pemerhatian Aktiviti Kelas Pendidikan Jasmani

Soalan 1(a) : Adakah Aktiviti Memanaskan Badan Dijalankan?

Ya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani dijalankan, guru telah melakukan aktiviti memanaskan badan. Sebelum memulakan permainan, aktiviti

memanaskan badan dijalankan selama 5 minit secara berperingkat bagi mengelakkan berlakunya kecederaan badan. Dalam kelas yang diperhatikan ini, guru memulakan pengajaran dengan mengarahkan murid untuk berlari mengelilingi padang dalam dua pusingan. Pelajar diminta berlari secara berkumpulan dan guru tersebut memerhatikan

murid-murid dari jauh bagi memastikan murid-murid menghabiskan larian 2 pusingan padang. Seterusnya guru memulakan aktiviti memanaskan badan bermula daripada Setiap pergerakan

anggota kepala dan seterusnya berakhir pada anggota kaki.

memanaskan badan adalah dikira dalam kiraan lapan. Kemudian guru mengarahkan muridmurid untuk membuat lompat bintang.

Berikut merupakan beberapa contoh gambar pergerakan murid-murid semasa melakukan aktiviti memanaskan badan.

Gambar 1: Murid sedang meregangkan bahagian kepala

Gambar 2: Murid sedang meregangkan bahagian tangan 4

Gambar 3: Murid sedang meregangkan bahagian kaki

Gambar 4: Murid melakukan lompat bintang

Murid-murid melakukan aktiviti memanaskan dan meregangkan anggota badan bermula daripada bahagian kepala, tangan dan seterusnya kaki. Kemudian murid-murid melakukan lompat bintang.

Soalan 1(b) : Adakah Penerangan Mengenai Kepentingan Aktiviti Memanaskan Badan Diberikan Kepada Pelajar?

Ya, guru ada menerangkan serba sedikit tentang aktiviti memanaskan badan dan kepentingan aktiviti memanaskan badan tersebut kepada murid-murid. Guru menyatakan bahawa tujuan aktiviti memanaskan badan ini adalah untuk mengelakkan kecederaan dan kekejangan otot. Oleh itu aktiviti regangan amat penting untuk dilakukan sebelum membuat aktiviti sukan. Selain itu, Cikgu Nurul juga turut mengatakan bahawa aktiviti memanaskan badan adalah penting dalam menyesuaikan kadar denyutan jantung dan mengurangkan kesakitan selepas bersukan. Aktiviti memanaskan badan juga merupakan cara untuk memaklumkan jantung bahawa akan dilakukan aktiviti yang memerlukan kadar denyutan nadi yang lebih tinggi sebentar lagi. Aktiviti memanaskan badan dapat menyesuaikan denyutan jantung secara berperingkat supaya jantung tidak mengalami kejutan dan peningkatan kadar denyutan nadi secara mendadak. Berdasarkan penyataan Cikgu Nurul tadi, kita mendapat aktiviti memanaskan badan dapat mengelakkan kecederaan pada tubuh murid-murid. Melalui aktiviti memanaskan badan, murid-murid dapat menyediakan otot-otot badannya terlebih dahulu sebelum bergerak melakukan sesuatu aktiviti yang lebih berat dengan lancar tanpa mengalami kecederaan. Murid-murid akan mempunyai risiko dalam mengalami kecederaan sekiranya mereka mengabaikan dan tidak membuat aktiviti memanaskan badan. Cikgu Nurul menambah lagi dengan mengatakan bahawa itulah sebabnya beliau meminta murid-murid berlari dua pusingan padang dan seterusnya melakukan aktiviti regangan kerana beliau tidak mahu ada pelajar yang mengalami masalah ketika membuat aktiviti sukan dan selepas tamatnya aktiviti sukan.

Soalan 1(c) : Adakah Otot-Otot Besar Untuk Aktiviti Yang Dirancang Diberi Tumpuan? Ya, dalam aktiviti memanaskan badan, guru telah memberi tumpuan kepada otot-otot besar yang digunakan semasa aktiviti terutamanya otot bisep dan trisep iaitu berlari mengelilingi padang dan lompat bintang akan melibatkan penggunaan otot pada bahagian tangan dan kaki yang maximum. Hal ini menunjukkan bahawa guru amat mementingkan kepentingan dalam melakukan aktiviti memanaskan badan. Selain itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk membantu murid meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan serta meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan meningkatkan kadar denyutan jantung pelajar bagi memastikan keadaan jantung murid sudah bersedia bagi melakukan aktiviti yang lebih berat.

Soalan 1(d) : Adakah Aktiviti Yang Dilakukan Membahayakan Diri Dan Anggota Badan Pelajar? Aktiviti memanaskan badan yang dilakukan oleh Cikgu Nurul adalah selamat untuk dilakukan oleh murid-murid. Hal ini adalah kerana mereka melakukan aktiviti tersebut di kawasan yang lapang disamping pengawasan penuh oleh guru. Tambahan lagi, bagi memastikan keselamatan murid, guru telah menegur kesilapan murid agar tidak berlaku kecederaan. Guru terlebih dahulu bertanya kepada mana-mana murid yang mempunyai masalah kesihatan atau kecedaraan yang membataskan mereka melakukan aktiviti tersebut. Guru meminta murid melakukan rengangan terlebih dahulu dan juga menumpukan kepada bahagian tangan dan kaki serta bahagian-bahagian lain yang terlibat yang akan banyak digunakan bagi aktiviti seterusnya. Guru bersama murid-murid melakukan aktiviti regangan bagi membolehkan murid melakukan pergerakan dengan betul. Aktiviti yang dilakukan oleh murid juga tidak membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota. Guru tersebut membuat pergerakan-pergerakan yang mudah dan biasa dilakukan oleh murid berdasarkan tahap kebolehan murid dan tidak akan memaksa murid untuk melakukan aktiviti yang lasak dan boleh menyebabkan cedera pada bahagian badan.

Soalan 2: Adakah Keperluan Gerak Kendur (Cooling Down) Dijalankan Dan Diberikan Penjelasan Kepada Pelajar? Ya. Guru ada menjalankan aktiviti cooling down. Guru mengarahkan murid-murid untuk membentuk bulatan bagi aktiviti gerak kendur. Murid-murid kemudiannya membentuk bulatan untuk melakukan aktiviti gerak kendur. Guru mengarahkan murid membuat pergerakan yang ringan dan senang supaya murid tidak berasa letih. Guru meminta murid membuat pergerakan melongarkan pergelangan tangan dan kaki. Guru meminta pelajar menarik nafas dan mengembus nafas secara bersama. Dengan itu, kita mendapat tahu bahawa Cikgu Nurul ada menjalankan aktiviti gerak kendur kepada murid-murid selepas mereka menjalani aktiviti sukan. Selain itu, Cikgu Nurul juga turut mengambil kesempatan menjelaskan serba sedikit kepentingan aktiviti gerak kendur kepada murid-muridnya. Cikgu Nurul mengatakan bahawa aktiviti gerak kendur selepas bersukan adalah penting untuk menurunkan suhu badan secara beransur-ansur, mengurangkan kesakitan selepas bersukan, membantu mengeluarkan bahan buangan dari badan dan mampu

mententeramkan diri murid-murid selepas bersukan. Cikgu Nurul menjalankan aktiviti gerak kendur selama 5 minit.

Soalan 3: Berikan Saranan Anda Untuk Penambahbaikan Dalam PengajaranPembelajaran Tersebut Berfokuskan Anatomi Dan Fisiologi Setelah menjalankan pemerhatian dan tinjuan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran bagi Pendidikan Jasmani di SK Ampangan, apa yang dapat saya cadangkan adalah seperti berikut: i) Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru hendaklah serba sedikit menerangkan otot-otot yang terlibat dalam sesuatu aktiviti yang dilakukan. Hal ini bagi mendedahkan pelajaran dengan ilmu pengetahuan yang lebih luas dan terperinci. Hal ini penting supaya murid tahu kepentingan aktiviti regangan ini dilakukan dan apakah rasional disebaliknya. Dengan cara ini murid akan mengambil serius perkara ini dan akan melakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Selain itu, perkara ini

penting bagi mendedahkan pelajar serba sedikit tentang anatomi dan fisiologi tubuh badan mereka. ii) Guru juga boleh menggunakan teknologi multimedia bagi menambah lagi minat pelajar dalam. Kebanyakkan guru hanya bercakap dan tidak menggunakan sebarang alat bantu mengajar. Dengan menggunakan teknologi multimedia, guru boleh

menayangkan video bagaimana jantung manusia berfungsi dalam mengepam darah ke seluruh tubuh. Selain itu, guru boleh menayangkan video lain yang berkaitan dengan anatomi dan fisiologi manusia. Dengan adanya kemudahan internet dan perkongsian di laman youtube pelbagai video berkaitan dengan anatomi dan fisologi boleh didapati. iii) Simulasi yang lebih professional juga perlu ditambah. Hal ini supaya pengajaran menjadi lebih jelas kepada murid dan belajar berdasarkan pergerakan yang tepat. Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tajuk jantung, guru boleh meminta pelajar membuat bulatan sambil berpengangan tangan. Minta pelajar mengembang dan

menguncupkan bulatan tersebut bagi menunjukkan jantung mengepam darah. Akhir sekali, guru juga boleh melakukan aktiviti atau latihan pengukuhan bagi memantapkan lagi pengetahuan murid-murid berkaitan Anatomi dan Fisiologi. Latihan yang boleh dilakukan adalah seperti latihan isi tempat kosong atau meneka gambar. Seperti yang telah saya cadang dan sarankan di atas, guru boleh menggunakan cara dan teknik-teknik tersebut bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terutama sekali daripada aspek anatomi dan fisiologi selain dapat menambah keberkesanan dan keseronokkan pelajar terhadap pembelajaran mereka.

RUJUKAN

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l Holdings Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengenalan Anatomi dan Fisiologi. http://www.scribd.com/doc/17063143/pengenalan-anatomi-dan-fisiologi Dicapai pada 8 Mac 2013. Aktiviti memanaskan badan. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=16606.0. Dicapai pada 8 Mac 2013. Pengenalan Anatomi dan Fisiologi. http://www.scribd.com/doc/26922501/Pengenalan-Anatomi-dan-Fisiologi-Tingkatan-4 Dicapai pada 10 Mac 2013.

10

Anda mungkin juga menyukai