Anda di halaman 1dari 13

1.

Semasa aktiviti memanaskan badan

a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong, Guru yang mengendalikan kelas Pendidikan Jasmani Tahun 3 Maju melakukan aktiviti memanaskan badan dahulu. Aktiviti memanaskan badan dimulakan dari atas kepala hingga kaki dan diakhiri dengan lompat bintang. Kami telah berkolaborasi dengan Cikgu tersebut mengenai kebaikan dan kepentingan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan permainan. Elemen ini penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus mengelakkan daripada kecederaan.

Gambar rajah 1 : aktiviti semasa memanaskan badan Memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan.

Ia berbeza dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan badan.Apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot; menyediakan badan untuk kegiatan fizikal dan memudahkan pembakaran lemak (kalori). Lakukan aktiviti ini kira-kira lima ke 10 minit dan diikuti regangan badan. Secara umumnya setelah melakukan pemerhatian di Sekolah, kami dapat merumuskan bahawa aktiviti memanaskan ada dijalankan semasa kelas Pendidikan Jasmani.

b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? Berdasarkan pemerhatian semasa kami berada di Sekolah Kebangsaan Duyong, kami melihat ada penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada murid. Cikgu yang kami temui semasa melakukan pemerhatian ialah Cikgu. Sebelum melakukan aktiviti memanaskan badan, Cikgu akan memberi beberapa penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan.

Antaranya ialah langkah-langkah yang betul semasa melakukan regangan, teknik mengira semasa melakukan regangan dan rasional memanaskan badan sebelum bermain. Menurutnya, penerangan adalah penting bagi mengelakkan murid daripada mendapat kecederaan akibat tersilap melakukan regangan. Guru haruslah memastikan bahawa murid-murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan serius dan tidak bermain-main bersama rakan. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Kami juga telah diberitahu bahawa senam aerobik juga merupkan salah satu daripada aktiviti pemanas badan. Senamrobik menguatkan ketahanan fizikal dan jantung. Selain itu ia juga mengekalkan aktiviti kumpulan otot-otot besar boleh menambah keperluan oksigen di dalam badan. Ini melatih jantung, paru-paru dan otot-otot untuk menjadi lebih cergas.

Gambar rajah 2 : penerangan aktiviti memanaskan badan Satu lagi aktiviti pemanas badan ialah kalestenik. Ia memperbaiki kelembutan atau kelenturan sendi dan otot.Ia juga melonggarkan otot-otot dan menyediakan badan untuk aktiviti senamrobik. Selain daripada itu ia membantu mengelakkan dari pening dan sakit-sakit otot selepas senamrobik. Contoh aktiviti kalestenik ialah regangan dan tai-chi.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberikan tumpuan? Pada pemerhatian yang saya lakukan terhadap guru yang sedang mengajar murid dalam mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan. Dapat saya nyatakan bahawa guru tersebut ada menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan otot-otot besar seperti menjalankan permainan memcabut ekor. Untuk menjalankan aktiviti ini, guru tersebut telah menyediakan sehelai kertas selebar 2inci dan sepanjang 10inci untuk diselitkan pada seluar murid masingmasing. Kemudian murid-murid tersebut perlu menjaga ekor mereka itu daripada dirampas oleh orang lain. Murid dibenarkan untuk merampas ekor pemain lain.

Semasa menjalankan aktiviti ini, otot-otot besar yang digunakan ialah otot tangan, kaki, dada, pinggang dan lain-lain. Contohnya ketika melarikan diri daripada dikejar oleh pemain lain, murid-murid akan menggunakan otot-otot besar pada kaki dengan bertujuan untuk berlari, berjalan dan melompat.

Gambar rajah 3: Regangan otot-otot kasar Selain itu, murid juga menggunakan otot-otot besar pada tangan mereka untuk menangkap mangsa-mangsa mereka. Mereka perlu memeluk mangsa-mangsa mereka, perlu menerkam, mencekup dan lain-lain dengan menggunakan otot-otot besar pada tangan. Yang terakhir sekali adalah dengan menggunakan otot-otot besar pada pinggang mereka. Murid-murid perlu menggunakan otot pada pinggang untuk menstabilkan diri mereka daripada jatuh ketika mengelak, mengeliat dan melentik. Dengan ini, nyata dan jelas sekali bahawa guru tersebut memberikan tumpuan kepada otot-otot besar pada murid-murid ketika menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan. Amatlah penting otot-otot besar ini untuk melakukan pergerakan. Otot-otot ini perlu dilatih supaya kekal cergas dan sehat selalu agar ianya sentiasa boleh digunakan.

d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan? Berdasarkan pemerhatian saya semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Duyong. Setelah belajar mengenai pergerakan asas, dapatlah saya jelaskan bahawa aktiviti-aktiviti yang guru tersebut jalankan sewaktu proses pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah tidak membahayakan otot-otot, sendi-sendi dan lain-lain anggota badan.

Gambar rajah 4: aktiviti regangan tidak membahyakan otot-otot Aktiviti yang dijalankan tidak memerlukan pergerakan yang merbahayakan. Hanya pergerakan seperti berlari dan menangkap sahaja. Dengan ini jelaslah bahawa aktiviti ini sangat bersesuaian mengikut peringkat umur murid-murid tersebut.

2. Adakah aktiviti keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan,guru menjalankan aktiviti menyejukkan badan ataupun warm down walaupun pergerakan yang dilakukan sepanjang aktiviti adalah terhad dan agak terbatas. Semasa saya berada bersama ketika aktiviti Pendidikan Jasmani dan juga acara merentas desa, guru ada menerangkan tentang apa yang dipanggil cooling down dan kepentingan melakukan aktiviti tersebut. Guru memberikan penerangan secara ringkas dan mudah bagi setiap pergerakan yang dibuat. Sebagai contoh, guru menerangkan apa yang berlaku kepada sistem pernafasan jika tidak melakukan aktiviti menyejukkan badan. Badan akan menjadi letih dan nafas tercungap-cungap. Untuk mengelakkan berlaku perkara sedemikian, aktiviti menhembus dan menarik nafas perlu dibuat beberapa kali dengan tenang dan teratur sebelum bersurai selepas menjalani sesuatu aktiviti jasmani.Disini juga,saya dapati guru tersebut sedar tentang kepentingan aktiviti menyejukkan badan terhadap murid setelah beraktiviti untuk mengelakkan kekejangan otot dan mengurangkan kesakitan otot. Contoh aktiviti warm down yang dilakukan oleh guru selepas aktiviti pendidikan jasmani dan acara merentas desa boleh dilihat di bawah ini:

Gambar rajah 5: Aktiviti warm down dilakukanolehsemuapelajarselepasacaramerentasdesa.

3. Adakah peralatan Pendidikan Jasmani Kesihatan yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? Dari pemerhatian saya,peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang.Sebagai contoh,aktiviti kelas tahun 4 bijak yang menggunakan raket untuk permainan badminton.Guru terlebih dahulu mengajar murid-murid cara memegang raket dengan betul sebelum melakukan aktiviti seterusnya. Selepas itu,guru mengajar murid-murid pula untuk melakukan pukulan servis yang betul sebelum membenarkan murid-murid bebas bermain dengan pasangan masing-masing sambil diperhatikan oleh guru. Selain itu, hasil dari pemerhatian saya terhadap penggunaan alatan untuk aktiviti pendidikan jasmani ini,saya dapati, guru mengenal pasti dahulu tahap keselamatan peralatan sebelum di gunakan.Ini kerana untuk mengelakkan sesuatu kemalangan semasa aktiviti di padang di jalankan.

Gambar rajah 6:Guru memastikan alatan berada dalam keadaan baik sebelum digunakan.

Kesemua alat tersebut diperiksa terlebih dahulu sebelum digunakan untuk keselamatan murid-murid. Ini adalah kerana peralatan yang rosak dan

membahayakan tidak boleh digunakan dalam semua aktiviti permainan.Guru juga memastikan murid-murid menggunakan alatan tersebut dengan baik dan cermat serta dapat memulangkannya seperti yang diambil diakhir aktiviti.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? Berdasarkan pemerhatian kami ketika melakukan Program Pengalaman Bersasaskan Sekolah (PBS) di sekolah ini, terdapat beberapa perkara ynag kami lihat tentang pembahagian masa ataupun lebih senang tentang pengurusan masa yang diambil oleh guru yang mengendalikan kelas pada waktu pendidikan jasmani. Hasil pemerhatian kami menunjukkan kebanyakkan masa yang digunakan untuk kelas pendidikan jasmani ialah pada waktu awal pagi iaitu bermula pada pukul 7.45 pagi.Jadi waktu ini amatlah sesuai untuk murid-murid kerana tidak terlalu panas bagi mereka menjalankan sebarang aktiviti yang ditentukan oleh guru-guru meraka.

Gambar rajah 7: aktiviti SEGAK Berkaitan pembahagian masa, berdasarkan pemerhatian yang kami lakukan setiap kali waktu kelas jasmani, guru-guru yang bertugas menggunakan masa yang ada dengan berkesan sekali.Contohnya, pada permulaan kelas, guru memulakan dengan aktiviti memanaskan badan selama lima hingga sepuluh minit bagi mengelakkan sebarang kecederaan kepada murid.

Selepas melakukan aktiviti memanaskan badan, guru akan meneruskan dengan aktiviti yang telah ditetapkan.Sewaktu PBS yang kami jalani, guru yang mengendalikan kelas pendidikan jasmani melakukan aktiviti STANDARD

KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK).Selain itu, ada juga guru mengisi aktiviti kelas pendidikan jasmani dengan melakukan aktiviti permainan kecil.Berbagai permainan kecil yang dapat kami lihat dan pelajari.Diakhir waktu pendidikan jasmani, guru yang mengajar telah memperuntukkan masa bagi aktiviti menyejukkan badan selama 5-10 minit.Di samping itu, masa bagi pelajar menyiapkan diri bagi kelas yang seterusnya turut diperuntukkan selama 10 minit bagi mengelakkan murid lewat ke kelas ynga seterusnya. Menurut guru yang kami temuramah, kebanyakan masa yang diperuntukkan bagi kelas pendidikan jasmani ialah satu jam.Bagi kelas Tahun 6 waktu untuk pendidikan jasmani mereka dikurangkan sedikit bagi dipenuhi dengan pengisian akademik kerana bakal menduduki peperiksaan UPSR.Selain itu, menurut guru pendidikan jasmani, jika pada waktu itu hujan, guru akan membuat pengisian di dalam bilik darjah dengan membuat pengisian tentang silibus dari buku teks. 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam

pengajaran tersebut Setelah selama seminggu menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang kali ke-3 di Sekolah Kebangsaan Duyong.Sekolah ini terletak di kawasan kampung daerah Duyong di Melaka.Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah kami dapati di sekolah ini sebagai bekalan untuk saya yang bakal bergelar seorang guru. Pada program PBS kali-3 ini pelajar PISMP semester tiga telah ditugaskan untuk untuk membuat pemerhatian, mengumpul maklumat , berbincang dengan guru dan merekod beberapa berkara berdasarkan tugasan elektif 1 iaitu Pendidikan Jasmani . Untuk perhatian, Sekolah Kebangsaan Duyong merupakan hanya sebuah sekolah yang kecil yang terdiri dari empat buah blok iaitu surau,makmal komputer dan dua buah blok untuk bilik darjah dan pentadbiran sekolah.Dan yang paling penting padang sekolah ini hanya sebesar gelanggang bola tampar dan juga disediakan satu gelanggang yang berlataikan simen iaitu gelanggang serbaguna.

Tempoh seminggu yang diberikan kepada kami untuk melakukan pemerhatian terhadap aktiviti kelas Pendidikan Jasmani di sekolah ini merupakan suatu tempoh yang paling cukup untuk melaksanakan tugasan ini dengan lancarnya.

Gambar rajah 8: Penambahbaikan padang Jadi setelah membuat pemerhatian, kami mendapati kaedah yang digunakan bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah ini tidaklah menyimpang dari asasnya yang sebenar.Berdasarkan pemerhatian kami pada setiap kali kelas pendidikan jasmani , guru yang mengendalikan kelas tersebut sentiasa memulakan aktiviti pendidikan jasmani dengan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu.Lebih kurang sepuluh minit masa yang diambil untuk sesi memanaskan bagi mengelakkan sebarang kecederaan pada anggota badan murid.Selepas itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti permainan badminton secara terbuka, ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dan berbagai lagi aktiviti mengikut sukatan yang telah ditetapkan oleh guru darjah masing-masing. Begitu juga selepas selesai segala aktiviti, guru akan melakukan sesi menyejukkan badan bagi mengelakkan kejutan pada anggota badan selepas bermain. Dalam aktiviti semasa kelas pendidikan jasmani, guru yang mengajar turut melibat kesemua anggota badan termasuk juga sendi-sendi murid.Ini dapat dilihat melalui aktiviti seperti permainan badminton,lari pecut dan juga beberapa aktiviti yang terkandung dalam ujian SEGAK yang melibatkan otot besar dan otot kecil.

Bagi pendapat kami sebagai seorang baru mendalami ilmu-ilmu pendidikan jasmani, tidak banyak saranan kami terhadap penambahbaikan bagi pengajaran pendidikan jasmani di sekolah yang kami menjalani PBS ini.Antaranya ialah guru yang mengajar pendidikan jasmani haruslah mengawal pelajar dengan cara lebih berkesan kerana pada waktu pendidikan jasmani murid akan merasa gembira kerana dapat bermain.Oleh itu, bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan guru perlulah mengurus murid-murid supaya semua dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang dan murid faham apa yang guru cuba sampaikan dalam setiap aktiviti yang dilakukan.

Pendahaluan

Assalamualaikum kami ucapkan sebagai pembuka kata dalam tugasan kerja kursus Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya Mohd Aidil B Othman bersama tiga orang rakan yang lain iaitu Wan Muhamad Burhanullah, Mohd Wafi dan Lokman B Sharil berasa bersyukur kerana mendapat tugasan ini kerana

banyak perkara yang boleh kami pelajari seperti aktiviti memanaskan badan, kepentingan dan kebaikan aktiviti memanaskan badan, otot-otot kecil dan besar, peralatan Pendidikan Jasmani dan langkah-langkah mengendalikan pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Kami juga tahu bagaimana menganalisis dan membuat laporan berdasarkan kolaborasi bersama-sama dengan guru yang mengendalikan kelas tersebut dengan cara yang betul. Kami ingin mengucapkan pengahargaan terima kasih saya kepada pensyarah yang banyak membantu kami iaitu En Abd Latif B Ahmad. Beliau bnyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami yang bnyak memberikan dorongan kepada kami untuk mnyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini. Mereka juga memberi beberapa

maklumat tentang pengalaman kelas Pendidikan Jasmani pada zaman dahulu yang berbeza dengan sistem zaman sekarang . Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan daripada IPG lain yang bnyak menolong untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya Mohd Faiz Bin Rahim dan Nor Arnida. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

Refleksi
Assalamualaikum saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi selepas tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah kami. Saya Mohd Aidil Bin Othman dan tiga lagi rakan yang lain sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak

menyangka bahawa saya telah melakukannya dengan baik. Saya dan beberapa rakan yang lain telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk membuat laporan berdasarkan kolaborasi dan pemerhatian semasa melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selepas itu, kami akan menyusun segala pemerhatian terhadap kelas Pendidikan Jasmani untuk diterjemahkan ke dalam kerja kursus kami. Kami tidak tahu bagaimana mahu memulakan tugasan ini kerana tidak begitu paham akan kehendak soalan tetapi setelah di terangkan oleh En. Abd Latif B Ahmad, kami akhirnya dapat menyiapkan laporan tersebut. Kami juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus kami. Tambahan pula kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan. Segala maklumat perlu dikumpulkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam kerja kursus kami. Nota-nota yang telah kami perolehi telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus. Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan Literasi Bahasa yang diberikan telah berjaya saya siapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya pensyarah kami iaitu En. Abd Latif B Ahmad.

Anda mungkin juga menyukai