Anda di halaman 1dari 39

BMM 3043

PENGAJARAN KEMAHIRAN
BAHASA MELAYU
UNIT : PISMP BM SEM 2
Chua Boon Keen
Chin Pei Yiing
Goh Kah San
Ling Kuok Sieng
Tiong Hie Huey
Wong Wen Jing

TAJUK :
KEMAHIRAN MENDENGAR &
BERTUTUR

Kemahiran Mendengar dan
Kemahiran Bertutur
Penyediaan rancangan pengajaran aktiviti
mendengar dan bertutur
Objektif, langkah-langkah sebelum, semasa dan
selepas aktiviti
Prinsip pembinaan dan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran

PENYEDIAAN
RANCANGAN
PENGAJARAN
AKTIVITI
MENDENGAR DAN
BERTUTUR
Komponen Persediaan Mengajar
Persediaan


oMaklumat Am

oPengetahuan Sedia Ada

oObjektif Pengajaran

oIsi Pelajaran


Set Induksi
Perkembangan

o Kemahiran Peneguhan
o Kemahiran
menerangkan Ilustrasi
o Kemahiran
Menggunakan Papan
Tulis
o Kemahiran Variasi
Rangsangan
o Kemahiran Menyoal

Penutup

oKesimpulan

oPenilaian

oTugasan

oUlasan Kendiri




Kemahiran lisan merupakan asas kepada penguasaan
kemahiran berbahasa yang lain iaitu membaca dan
menulis

Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru
perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakanaktiviti
pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan.

Maknanya, guru perlu menentukan matlamat / objektif
pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan
(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)
kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan
menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan
melaksanakan) dan afektif (memilih).
Perancangan aktiviti lisan
melibatkan tiga peringkat
berikut:
Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan
proses P & P)
Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa
melaksanakan proses P & P)
Peringkat susulan dan penilaian

Peringkat persediaan (sebelum
melaksanakan proses P & P)

Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,
iaitu:

a. Guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai
membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam
proses pengajarannya

b. Guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad imbasan, bahan
stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan dalam
proses P & P

c. Guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada
dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu
menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan
sebagaimana diarahkan.
Peringkat pelaksanaan aktiviti
(semasa melaksanakan proses P & P)

Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara
penting, iaitu :
a. Murid-murid melaksanakan tugasan
sebagaimana diarahkan
b. Guru menyelia dan memberi bimbingan
secara kelas, kumpulan atau berpasangan,
bahkan secara individu sekiranya perlu.


Peringkat susulan dan penilaian

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat
tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana
pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada :
a. Objektif pengajarannya tercapai atau tidak
b. Murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang
diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan
c. Apakah kekuatan atau kekurangan yang terdapat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan
d. Berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam
perkara (a c), guru boleh membuat penambahbaikan
mengenainya

Paling penting sebagai tindakan susulan,
guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama
ada aktiviti pemulihan (untuk murid-
murid yang lemah) dan aktiviti
pengayaan (untuk murid-murid yang
berpotensi cemerlang).
OBJEKTIF, LANGKAH-
LANGKAH
SEBELUM,SEMASA
DAN SELEPAS
AKTIVITI
Kedua-dua kemahiran mendengar dan
bertutur mempunyai objektif dan langkah-
langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti
yang perlu dipatuhi oleh guru yang mengajar.
Secara umumnya, pengajaran dan
pembelajaran kemahiran mendengar dan
bertutur dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu KBSR adalah untuk membolehkan
murid-murid:

i. Mendengar dan memahami pertuturan dan
siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-
hari sama ada di dalam atau di luar sekolah;
ii. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran
dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai keadaan perhubungan seperti
perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa
dan sebagainya serta dalam majlis bahas,
syarahan dan lain-lain (Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 1983 :3)
Objektif pengajaran kemahiran mendengar
dan bertutur yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu KBSM adalah untuk
membolehkan murid-murid :
i. Mendengar, memahami dan menilai
pertuturan dalam siaran am dan media
massa;
ii. Bertutur dengan fasih dan lancar serta
memberi pendapat dan hujah-hujah yang
kritis dan analitis dalam pelbagai situasi.
Berdasarkan KSSR, objektif standard
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh
murid-murid tahun 1 mulai tahun 2011
(Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)
adalah seperti berikut:
i. Mendengar, mengecam, mengajuk dan
menentukan arah bunyi dalam persekitaran
dengan teliti dan betul;
ii. Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi
bahasa dengan betul;
iii. Mendengar, memahami, menyebut dan
mengeja perkataan yang mengandungi dua
atau tiga suku kata, diftong, vokal
berganding,diagraf dan konsonan
bergabung dengan betul dan tepat;
iv. Mendengar, memahami dan menyebut frasa
dan ayat tunggal dengan betul dan tepat;
v. Mendengar, memahami dan memberikan
respon secara lisan atau gerak laku
berdasarkan arahan, pesanan, dan
pertanyaan dengan betul;
vi. Bertutur dan berbual serta menyatakan
permintaan menggunakan ayat yang
mengandungi diksi, kata panggilan, kata
ganti nama diri pertama dan kedua dengan
betul dalam situasi tidak formal secara
bertatasusila;

vii. Bercerita tentang sesuatu perkara dan
menceritakan semula perkara yang di
dengar menggunakan ayat tunggal dengan
tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul; dan
viii.Berbicara untuk menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara dengan tepat
menggunakan perkataan yang sesuai secara
bertatasusila.
Sehubungan itu, penyediaan langkah-
langkah sebelum, semasa dan selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran amat penting
dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur.
Perbincangan seterusnya ditumpukan kepada
ketiga-tiga langkah tersebut ketika
pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur.
LANGKAH-LANGKAH
SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS AKTIVITI
MENDENGAR
Ketika melaksanakan aktiviti mendengar, guru perlu
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk memastikan kelicinan dan keberkesanannya (
Zuariah Yusoff, Zainon Zainalabidin, Fatimah Abd.
Rahman, 1992:21-22)
Perancangan boleh dijalankan berdasarkan tiga
peringkat, iaitu:
i. Peringkat pramendengar (sebelum)
ii. Peringkat semasa mendengar (semasa)
iii.Peringkat selepas mendengar (selepas)


Peringkat Pramendengar

i. guru memberi tugasan atau soalan kepada murid terlebih
dahulu sebelum mereka mula mendengar.
ii. Seterusnya , guru memberi gambaran yang menyeluruh
tentang apa yang hendak diperdengarkan .
iii. Guru turut memberi arahan yang jelas tentang tugasan dan
memastikan bahan ransangan dalam keadaan baik serta
mencukupi.
iv. Akhirnya, guru memastikan murid dalam keadaan sedia
untuk mengikut aktiviti.

Peringkat Semasa
Mendengar

i. Guru memastikan murid dapat menumpukan
sepenuh perhatian terhadap bahan
ransangan.
ii. Guru juga perlu mengatasi sebarang
gangguan yang mungkin timbul ketika
aktiviti mendengar dijalankan.

Peringkat Selepas Mendengar

i. Guru menghuraikan tentang apa yang ditimbulkan
oleh murid dalam bahan rakaman yang mungkin
menyulitkan pemahaman mereka.
ii. Guru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek
penting dalam bahan itu.
iii.Guru juga memastikan murid menyempurnakan
tugasan dan melakukan pengukuhan .
iv.Setelah itu, guru menjalankan aktiviti tindakan
susulan.

Pengajaran kemahiran mendengar hendaklah
digabungjalin dengan satu atau lebih kemahiran
bahasa yang lain misalnya, kemahiran
mendengar digabungjalinkan dengan kemahiran
bertutur atau digabungjalinkan dengan
kemahiran membaca dan menulis.
Pelbagai teknik yang menarik minat murid-
murid boleh dijalankan oleh guru misalnya,
teknik bercerita, soal jawab, perbincangan,
lakonan, latih tubi dan nyanyian.
LANGKAH-LANGKAH
SEBELUM, SEMASA
DAN SELEPAS AKTIVITI
BERTUTUR
Aktiviti bertutur dilaksanakan dalam tiga
peringkat yang berbeza ( Radiah Nordin dan
Maimunah Samat, 1992 : 48-49, iaitu :
a)Peringkat persediaan ( sebelum)
b)Peringkat pelaksanaan aktiviti ( semasa)
c)Peringkat susulan dan penilaian ( selepas)
Pada peringkat persediaan, terdapat
tiga perkara yang boleh dilakukan
oleh guru, iaitu:
i. Guru menerangkan tugasan yang akan
dilakukan oleh murid atau melakukan
tunjuk cara serta memberi contoh.
ii. Guru mengedarkan bahan-bahan yang
diperlukan untuk menjalankan aktiviti
contohnya, kad kiu, kertas edaran dan
peralatan lain yang mungkin diperlukan,
iii. Guru memastikan semua alat dan bahan
mencukupi dan murid memahami tugasan.
Pada peringkat pelaksanaan
aktiviti, terdapat dua perkara
yang dilaksanakan iaitu :
i. Murid menjalankan tugasan seperti yang
diarahkan
ii. Guru menyelia dan membimbing kelas,
kumpulan atau pasangan yang
menjalankan aktiviti.
Pada peringkat susulan dan penilaian
i. Penilaian dijalankan secara berterusan
contohnya mengadakan perbincangan dan
guru memberi maklum balas tentang
prestasi dan pencapaian murid.
ii. Sebagai pengukuhan, guru memberi kerja
rumah yang berkaitan dengan aktiviti
bertutur yang dijalankan.
PRINSIP PEMBINAAN
DAN PENGGUNAAN
BAHAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
Secara umumnya, bahan pelajaran yang digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran terdiri
daripada dua jenis, iaitu
1)Bahan pengajaran
- Bahan yang digunakan oleh guru
( carta,graf,peta,model,gambar,slaid,radio, dsb)
2) Bahan pembelajaran
- Bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam
aktiviti pembelajaran ( buku teks, kad kerja, bahan
bercetak, radas, dsb)
Prinsip Pembinaan dan
Penggunaan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran
(a) Bahan yang sesuai
Kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai
dengan :
- objektif dan matlamat pengajaran bahasa
Melayu (secara khusus kemahiran lisan),
- pendekatan
- kaedah dan teknik pengajaran
- keadaan dan keselamatan murid-murid
- suasana dan kecenderungan pembelajaran
murid
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar

- Tiga perkara penting dalam proses pengajaran
iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku.
- Dalam hal ini, aspek rangsangan akan
menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya
mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang.
- Antara prinsip yang perlu dipatuhi dalam
penyediaan bahan ialah mudah kepada sukar,
konkrit kepada abstrak, khusus kepada umum.
(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran

- bahan yang dipilih mestilah mempunyai
potensi untuk memperkukuh kemahiran
berbahasa.

- Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu perlu
mengandungi maklumat (fakta) yang tepat.
(d) Bahan yang menarik minat murid-murid.

- reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti
kulit dan cara buku itu dijilid merupakan
antara faktor yang mmepengaruhi minat
murid dalam mengikuti sesi p&p.

- bahan bantu mengajar berkenaan juga
perlu mengandungi arahan yang jelas
(e) Bahan yang praktikal

- sebaiknya bahan yang digunakan boleh
digunapakai berulang kali dan boleh
disimpan dalam keadaan yang masih baik.
RUJUKAN
http://www.scribd.com/mawar_sue/d/813286
19-Prinsip-Pembinaan-Instrumen-Penilaian-
Kemahiran-Mendengar-Dan-Bertutur-
PRESENTATION-BM
Tuan Jah Tuan Yusof PhD, Faridah Nazir
PhD,Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu,
Siri Pengajian Bahasa Melayu, Penerbitan
Multimedia.

Anda mungkin juga menyukai