Anda di halaman 1dari 5

Langkah 4 : Gunakan Media dan Bahan Sumber

Penggunaan media dan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana penggunaan bahan dan media yang betul akan dapat menentukan keberkesanan proses pembelajaran tersebut. bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan-tindakan berikut perlu dilakukan oleh guru. i. Semak/pratonton/kaji bahan sumber sebelum menggunakannya dalam kelas. Guru perlu meyemak dan memilih media dan bahan yang sesuai sebelum digunakan di dalam kelas. Kami telah meyemak media kami seperti slaid, video dan gambar sebelum kami menggunakannya di dalam kelas. Kami telah memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. Dengasn itu, kami boleh merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.

ii.

Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. Setelah menjalankan pengajaran-pembelajaran, kami telah merancang langkah penggunaannya. Dalam penyediaan ini, guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Kami supaya juga meramal masalah yang mungkin timbul seperti projektor rosak kami bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternatif

penggunaan.

iii.

Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan. Guru perlu menyediakan persekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil dan dilihat. Kami telah memilih kelas yang mendapat projektor, bekalan eletrik berada dalam keadaan baik. Kami juga susun atur bilik darjah sesuai dengan kaedah yang dipilih.

iv.

Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan. Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama penting dengan menawarkan pengalaman pembelajaran sama penting menawarkan pengalaman yang merangsangkan. Semasa set induksi, kami telah meyediakan induksi yang terancang dan memotivasikan. Kami telah menunjukkan gambar tentang alam sekitar yang belum dicemar dan lepas dicemar supaya dapat menimbulkan rasa ingin tahu murid untuk terus belajar. Seterusnya, kami juga memberitahu murid akan objektif pembelajaran serta kepentingan isi pelajaran. Dengan itu pelajar dapat dimotivasikan untuki belajar.

v.

Sediakan pengalaman pembelajaran bagi murid. Bagi menyediakan pengalaman pembelajaran, guru hendaklah berjaya memilih kaedah teknik dan penyampaian yang sesuai. Oleh itu, kami telah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar kami dapat memilih kaedah teknik dan penyampaian yang sesuai. Semasa penyampaian isi pengajaran, kami telah menggunakan slaid, projektor, gambar dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaian. Kami telah memilih strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan untuk melibatkan pelajar secara langsung dalam proses pengajaran-pembelajaran. Guru sebagai pengurus dan fasilitator. Kami telah memilih kaedah perbincangan, kami telah memberi perluang pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Langkah 5: Libatkan Pelajar dalam Pembelajaran Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran seperti teori behavioris dan juga teori kognitif. Pengalaman rasa berjaya murid akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Latihan dalam bentuk perbincangan, latih tubi, latihan bertulis, permainan bahasa dan sebagainya dapat terus mengekalkan pengelibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran. Di sini, kami telah melibatkan murid dalam perbincangan dan soal jawab. Selain itu, kami memberi latihan kepada murid iaitu membuat karangan pendek mengenai perbezaan pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting daripada petikan. Mereka telah dibahagi kepada beberapa kumpulan supaya semua murid dapat melibatkan diri dan dapat mengekalkan motivasi murid terhadap aktiviti pembelajaran.

Langkah 6: Nilai dan Semak Semula Ini merupakan langkah terakhir dalam Model ASSURE. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspekpenilaian aiitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran-pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Penilaian pembelajaran boleh dibuatdalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua, iaitu penilaian formal dan pernilai informal. Kami telah memilih penilaian informal sebagai penilaian pembelajaran. Kami telah membuat penilaian informal melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab dan aktiviti kumpulan. Penilaian pembelajaran boleh memberi maklum balas tentang percapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan kaedah, media dan bahan sumber. Pernilaian Pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaranpembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pegajaran untuk melihat setakat perancangan, pengajaran berjaya. Soalan-sialan berikut perlu ditanya. 1. Adakah Objektif pengajaran tercapai? a. menyatakan kesan-kesan yang terdapat dalam gambar Pencemaran Alam Sekitar. b. membaca petikan teks Pencemaran Udara dengan jelas dan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul. c. Murid dapat menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul. 2. Apakah kekuatan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran? Kaedah berpusatkan murid? Aktiviti Kumpulan? 3. Apakah kelemahan perancangan dan pelaksanaan pengajaran-pembelajaran?

4. Apakah yang harus kami lakukan untuk mengatasi kelemahan dan menjadikan perancangan lebih bail. Pernilaian pengajaran atau refleksi ini akan membuahjan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Kami boleh menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas murid untuk merancang pengajaran yang lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai