Anda di halaman 1dari 36

Asas Renang

Pengenalan
• Renang adalah senaman yang sangat
bagus dan memberi banyak kelebihan
untuk kesihatan.
• Senaman adalah kunci untuk
mengawal berat badan, jantung yang
sihat dan tahap tenaga yang tinggi
dan juga diet yang seimbang asas
kepada semua individu untuk
mendapat kehidupan yang sihat.
Sejarah Renang
• Lukisan perenang Zaman Batu ditemui di "gua
perenang“ di Sura, Mesir barat daya.
• 1800 Pertandingan renang di Eropah bermula.
• 1828 Kolam renang pertama dibuka di Liverpool.
• 1837 London menjadi bandar pertama
memperkenalkan sukan renang.
• 1896 sukan renang di Sukan Olimpik Musim
Panas, Athens.
• 1908, Persatuan renang dunia pertama,
Federation Internationale de Natation dibentuk.
• Rakyat Semenanjung Malaya menunjukkan
minat dalam aktiviti sukan renang terancang.
• 1903, kelab renang di tubuhkan, Penang
Swimming Club.
• 1928, Penang Chinese Swimming Club, 1930an
European Swimming Club di Ipoh, Taiping.
• 1931, taraf sukan renang dinaikkan dikelolakan
the Malayan Chinese Olympiad.
• 1955, The Malayan Amateur Swimming Union
ditubuhkan,
• 1956, Malaya buat kali pertama menyertai
Sukan Olimpik di Melbourne, Australia.
• Sukan yang memerlukan ketahanan mental
dan fizikal serta latihan yang sistematik.
• Melibatkan keseluruhan badan- Badan atas
dan bawah (melibatkan semua kumpulan otot
utama.
• Kurang risiko kecederaan- tiada tekanan pada
tulang dan sendi.
• Meningkatkan perjalanan darah- rutin latihan
dapat mengurangkan serta menghalang
tekanan darah tinggi.
• Mengurangkan stress- aktiviti yang
menenangkan kerana ia membolehkan lebih
oksigen untuk mengalir ke otot dan meransang
pernafasan.
Ukuran Rolam Renang
• 50m atau 25m (untuk kejohanan dunia).
• Lebar lane 2.5m dengan dua ruang garisan
permulaan dan akhir iaitu 0.2m.
• Minimum lanes 8.
• Kedalaman adalah 1.35m, sepanjang 1m-
6m.
• Permulaan kolam ada starting block. Jarak
dari air 0.5m- 0.75.
• Line marking lebar 0.25m panjang 46m
untuk kolam saiz 50m.
• Untuk saiz 25m panjang 21m.
Alatan Renang
Baju renang Goggle

Kick board/leg board Topi renang


Acara dalam Pertandingan
Renang
• Freestyle
• 50m, 100m, 200m, 400m, 800m (women only) & 1500m (men
only)
• Backstroke
• 100m & 200m
• Breaststroke
• 100m & 200m
• Butterfly
• 100m & 200m
• Individual medley
• 200m & 400m
• Relay
• 4x100m free, 4x200m free & 4x100m medley
Keselamatan
• Belajar renang. Untuk memastikan keselamatan
di persekitaran air, dan di dalam air adalah
dengan belajar renang.
• Pastikan tidak berenang berseorangan,
digalakkan membawa pasangan renang.
• Berenang dalam kawasan penyeliaan penyelamat
renang [Lifeguard].
• Baca dan patuhi semua peraturan dan papan
tanda renang.
• Kanak-kanak atau perenang tidak
berpengalaman wajar mengambil langkah-
langkah berjaga-jaga seperti memakai
pelampung keselamatan ketika di persekitaran
air.
• Awasi bahaya ‘terlalu’ – terlalu penat, terlalu
sejuk, terlalu terdedah kepada matahari,
terlalu banyak aktiviti berat.
• Tetapkan peraturan keselamatan air bagi
seluruh ahli keluarga berdasarkan kemampuan
renang [contohnya : perenang tidak
berpengalaman harus berada hanya pada air
paras dada]
• Berpengetahuan terhadap persekitaran air di
sekeliling anda, juga potensinya kepada bencana,
seperti kawasan dalam dan cetek, arus,
perubahan kedalaman, halangan, kedudukan
laluan masuk dan keluar.
• Anda akan lebih berjaga-jaga terhadap bencana
dan langkah keselamatan sekiranya anda
berinformasi.
• Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca.
• Berhenti berenang jika terdapat tanda-tanda
cuaca buruk.
• Gunakan tangga ke kolam renang untuk
memasuki air.
Prosedur Kecemasan
• Ketahui bagaimana untuk mencegah,
mengenalpasti dan bertindak ketika
kecemasan.
• Pelajari CPR dan tahu untuk berdepan
dengan keadaan kecemasan, contohnya
aplikasikan kaedah DRABC.
• Pastikan kawasan aktiviti berada dalam
keadaan baik sebelum memulakan sesuatu
aktiviti.
Etika Renang
• Mengetahui had anda. Jika anda bukan seorang perenang
yang mahir, janganlah berenang dikawasan yang terlalu
dalam dan jangan bersaing dengan orang yang lebih mahir.
Pastikan berenang berkumpulan. Jangan menunjuk-nunjuk.
• Berehat ketika penat. Jangan paksa tubuh badan anda
bekerja. Kekejangan otot boleh berlaku sekiranya otot
terlalu lesu.
• Berenang di kawasan yang selamat sahaja. Jangan
berenang di kawasan yang tidak selamat seperti bekas
lombong, sungai yang deras, tepi pantai yang tanpa
pengawasan kerana ombak besar boleh tiba bila-bila masa,
dan sebagainya.
• Sekiranya anda terperangkap dalam arus
sewaktu berenang, jangan panik.
Bertenang dan cuba berenang keluar
dari arus secara beransur-ansur.
Dapatkan bantuan daripada orang yang
mahir.
• Jangan sesekali mengambil alkohol.
Statistik menunjukkan hampir 50 %
orang yang lemas adalah kerana
mengambil alkohol sebelum berenang.
Kepentingan Renang
• Untuk keselamatan seseorang harus pandai berenang.
Hal ini adalah sebagai langkah mengelak daripada lemas
ketika kecemasan sewaktu berada di dalam air.
• Berenang juga akan melatih sistem kardiovaskular.
Renang adalah satu senaman yang amat sihat yang mana
selain meningkatkan ketahanan kardiovaskular, renang
juga dapat menguatkan otot.
• Selain itu juga renang dapat meningkatkan keyakinan,
membentuk personaliti berdisiplin dan memupuk budaya
sosial yang baik. Hal ini kerana renang adalah satu aktiviti
yang memerlukan disiplin yang amat tinggi.
• Renang dapat mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular.
• Renang dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia.
• Ilmu renang adalah komersial, yang mana jurulatih renang
boleh membuat kelas renang dan menganjurkan mana
pertandingan.
• Ilmu renang dapat digunakan sebagai asas menyelamat.
Menyelamatkan orang bukanlah satu kerja yang mudah.
Ianya amat berharga dan penting untuk dipelajari oleh
individu-individu yang mampu.
• Keapungan dalam air membantu manusia bergerak.
Pergerakan dalam air lebih mudah, dan dapat
menggerakkan sendi-sendi agar terus sihat.
• Senaman renang dapat meningkatkan kelenturan
badan. Kelenturan badan dapat mengelakkan
daripada kecederaan seperti terseliuh dan
sebagainya.
• Renang dapat membersihkan tubuh badan anda
daripada microorganisma, bakteria dan penyakit
kulit seperti jerawat dan sebagainya.
• Dapat meningkatkan kapasiti paru-paru dan
mengurangkan kemungkinan menghidapi asma.
• Renang dapat membakar kira-kira 8 kalori dalam
satu sesi renang.
• Renang juga dapat mengekalkan kecergasan.
Kemahiran Asas Di Air
• Membina keyakinan dalam air
• Aktiviti ini amat penting dalam pengajaran
renang dan perlu dilakukan untuk pelajar,
penekanan diberikan kepada yang tidak tahu
berenang.
• Ini bertujuan bagi membolehkan pelajar
mengatasi rasa takut dan gementar semasa
berada di dalam air.
• Akitivi ini boleh dilakukan secara berpasangan
mahupun dalam kumpulan dan untuk secara
individu tidak digalakkan.
• Contoh akitivi untuk meningkatkan keyakinan
• Pelajar pada mulanya boleh menggunakan
pelampung sebagai satu alat penyokong dan
akan beransur-ansur dipisahkan mereka dengan
pelampung tersebut.
• Aktiviti berjalan di dalam air dimana pelajar
dikehendaki bergerak bebas di dalam air.
• Ditingkatkan dengan berlari dan pelajar perlu
menggunakan tangan sebagai pendayung untuk
mempercepatkan pergerakan.
• Diadakan satu pertandingan di akhir pengajaran
dimana pelajar dalam kumpulan berlumba
untuk sampai ke penamat secara bergilir.
Kemahiran Asas Renang
• Apungan
• Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berenang
• Ianya juga merupa sifat semula jadi manusia
yang tidak perlu dipelajari.
• Apungan terbahagi kepada tiga iaitu;-
• Apungan meniarap
• Apungan lentang
• Apungan cendawan
• Apungan meniarap
• Apungan menairap merupakan aktiviti dimana
bahagian hadapan badan mengadap dasar kolam.
• Badan berada di atas permukaan air dengan
kandungan udara dalam paru-paru yang memastikan
badan terus terapung.
• Apungan lentang
• Apungan melentang merupakan aktiviti dimana
bahagian hadapan badan menghadap ke atas.
• Badan berada di atas permukaan air dengan
kandungan udara dalam paru-paru yang memastikan
badan terus terapung.
• Apungan cendawan
• Duduk dalam posisi kerusi dengan
membengkokkan lutut.
• Rengkokkan badan dengan peha rapat ke dada
dan tangan memegang kedua-dua kaki.
Renang Campang(sculling)
• Sculling renang amat berbeza dengan
mendayung kanu atau kayak. Sculling juga tidak
sama dengan mendayung bot.
• Sculling yang merupakan salah satu genre dalam
sukan air memerlukan keseimbangan, masa,
koordinasi dan daya tahan yang tingi.
• Sculling atau campang ialah kayuhan tangan
untuk mendapatkan daya pecutan yang
membantu pergerakan badan kehadapan.
Pernafasan dalam Renang
• Ketika berenang, pernafasan adalah penting dalam mengekalkan
momentum pergerakan.
• Membuang udara(exhaled) dalam paru-paru perlu dilakukan di dalam
air.
• Ini bagi memastikan semasa mengambil udara(inhaled) dapat
dilakukan secara maksimum.
• Proses ini jika tidak berlaku dengan teknik yang betul akan
mengakibatkan berlakunya pengurangan momentum dan akan
terhasil daya rintangan yang besar.
• Perenang hanya perlu mengangkat atau mendongak ke sisi sedikit saja
bagi menarik nafas supaya rintangan yang terhasil adalah sedikit.
• Aktiviti bobbing merupakan salah satu akitivi bagi meningkatkan
kemahiran pernafasan di dalam air.
Kuak Renang

Kuak lentang Kuak bebas

Kuak kupu-kupu Kuak dada


KUAK LENTANG
(BACKSTROKE)

• Badan dalam keadaan mendatar di


permukaan air.
• Tangan dan lengan memainkan peranan
penting dalam hasilkan pergerakan.
• Kayuhan kaki dan kuak akan stabilkan
posisi badan.
GAYA BEBAS (FREESTYLE)

• Posisi badan mendatar, paras sedikit di bawah


permukaan air.
• Sewaktu luncur, kedudukan kepala sesuai & berubah
ikut kedua tumit kaki.
• Bahagian lengan & tangan hasilkan pergerakan kayuhan.
• Kaki menghasilkan kestabilan tekanan dan tujahan.
KUAK DADA (BREASTSTROKE)

• Teknik yang perlahan, fasa pemulihan tangan & kaki


menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi.
• Pergerakan melibatkan peha dan tangan, maka rintangan
besar terhasil & kelajuan berkurang.
• Fasa meluncur penting, teknik yang betul, kuak dan luncuran
akan hasilkan kelajuan optimum & rintangan berkurang.
KUAK KUPU- KUPU (BUTTERFLY)

• Bukaan kuak yang besar dan keadaan lutut dan


kaki menghasilkan rintangan hadapan yang
tinggi. Kekuatan yang tinggi diperlukan.
• Bahagian kepala ialah pusat kawalan utama
badan & pergerakan kepala berlebihan ketika
berenang hasilkan rintangan tinggi.
• Teknik ini menyerupai pergerakan ikan lumba-
lumba.
Aktiviti air
• Pelbagai akitiviti melibatkan air boleh dilakukan
dan ianya harislah sesuatu yang menyeronokan
serta dapat memberikan pengalaman yang
berguna kepada pelajar.
• Aktiviti ini boleh melibatkan pertandingan antara
satu sama lain secara individu mahupun
kumpulan.
• Ianya selalu dilakukan pada akhir proses
pembelajaran dan mungkin memerlukan
beberapa alatan serperti pelampung, batu, guli
dan sebagainya.
• Contoh aktiviti adalah;-
• Cari benda
• Gunakan sebarang objek yang berat dan boleh
tenggelam di dalam air seperti batu, guli dan
sebagai.
• Pelajar dikehendaki menyelam untuk
mendapatkannya dan pelajar yang berjaya akan
dipisahkan dengan yang tidak berjaya.
• Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu,
berpasangan mahupun kumpulan.
• Ianya dapat melatih pelajar untuk mengaplikasikan
kemahiran menyelam yang telah diajar serta
memberkan keyakinan kepada pelajar.
• Berenang dan berjalan menggunakan water noodle
• Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dimana
seorang pelajar dikehendaki menarik seorang lagi
pelajar dengan menggunakan water noodle.
• Pelajar yang ditarik boleh berenang, berjalan
mahupun berlari semasa ditarik.
• Aktiviti ini boleh diadakan secara pertandingan
dimana pelajar yang sampai dahulu ke deck dikira
sebagai pemenang.
• Aktiviti ini boleh melatih peljar untuk
mengaplikasikan kemahiran renang untuk bergerak
dengan lebih laju di dalam air.
• Kemahiran sculling boleh ditingkatkan.
• Dengar bunyi
• Aktiviti ini adalah aktiviti yang tidak memerlukan
sebarang alatan kecuali wisel dimana guru yang
memengangnya.
• Pelajar dikehendaki belegar-legar dikawasan kolam
samada bejalan, berlari mahupun berenang.
• Apabila wisel ditiup pelajar dikehendaki dengan
pantas bergerak ke arah tepi kolam dan
memegangnya.
• Pelajar yang palingakhir dikira kalah dan ianya
boleh dilakukan dalam banyak pusingan.
• Akitiviti ini boleh melatih kepekaan pelajar dalam
menhadapi sebarang kecemasan dan meningkatkan
kemahiran berenang mereka.
Kesimpulan
• Renang merupakan satu aktiviti yang amat baik
untuk tubuh bandan serta ianya amat
menyeronokkan.
• Setiap individu haruslah menguasai kemahiran-
kemahiran asas renang terutama bagi guru
dalam mempersiapkan diri jika berlaku sebarang
kecemasan di dalam air.
• Renang bukanlah kehendak manusia tetapi ianya
merupakan satu keperluan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai