Anda di halaman 1dari 5

DIABETES MELLITUS

Definisi Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Dalam masyarakat Melayu ianya dikenali (secara tidak tepat) sebagai kencing manis. Terdapat 2 jenis diabetes: I. Diabetes yang bergantung kepada insulin (IDDM atau diabetes Jenis I). II. Diabetes yang tidak bergantung kepada insulin (NIDDM atau diabetes Jenis II) Diabetes Jenis I dan II dapat dibezakan seperti berikutnya: Diabetes Jenis I (IDDM) Diabetes Jenis II (NIDDM)

jarang berlaku tetapi keadaannya lebih biasa berlaku teruk terjadi di kalangan mereka yang lebih terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang muda antara umur 10 hingga 16 tahun. berumur 35 tahun ke atas. terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan). tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat). mempunyai sejarah keluarga

tidak dikaitkan dengan kegemukan atau kejadian kegemukan sangat tinggi obesiti. pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius. merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.

rawatan: pemakanan + suntikan insulin rawatan: pemakanan + senaman (menurunkan berat badan) + ubat makan + suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).

(Petunjuk yang baik untuk menentukan atau mengesahkan penyakit diabetes ialah apabila paras glukosa melebihi 140gm/ml pada 2 kali pengambilan yang berbeza atau keputusan yang diambil dalam keadaan pesakit tidak berpuasa menunjukkan paras glukosa 200mg/ml atau lebih tinggi). Tanda-tanda dan gejala amaran

Kerap membuang air kecil Terasa amat dahaga Kabur penglihatan

Nafas berbau manis Penurunan berat badan Keletihan Luka yang lambat sembuh

Gejala diabetes untuk kedua-dua jantina, tua ataupun muda adalah serupa. Pesakit diabetes yang tidak bergantung kepada insulin mungkin hanya mendapat sedikit sahaja gejala di atas ataupun tidak mempunyai gejala langsung. Tindak balas hipoglisemia Di samping tindak balas atau reaksi hiperglisemia (paras gula yang tinggi dalam darah), tindak balas hipoglisemia (paras gula yang rendah dalam darah) juga boleh berlaku kesan dari: pengambilan insulin yang berlebihan, melangkau makan, terlalu banyak bersenam, penyakit, pengambilan alkohol dan masa antara pengambilan ubat dengan waktu makan yang tidak kena. Tanda-tanda hipogisemia yang pertama ialah:

lapar berpeluh tidak dapat memberi tumpuan debaran jantung peningkatan keresahan loya

Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?


Minum sedikit air buah-buahan Ambil 1/2 tin minuman ringan Ambil 2 sudu teh gula pasir Makan sedikit snek Ambil 7 biji kekacang jeli Gosokkan serbuk glukos ke gusi

(Pastikan anda sentiasa membawa gula-gula pada setiap masa bagi menghadapi kecemasan apabila paras gula dalam darah menurun). Komplikasi Diabetes Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

Rawatan Memilih tempat suntikan Bagi memastikan penyerapan insulin dengan betul, suntikan hendaklah diberi terus ke dalam tisu subkutaneus (lapisan di bawah kulit). Cubitan Cubitan hendaklah dilakukan dengan betul menggunakan ibu jari dan jari telunjuk/jari hantu. Kemudian tarik bahagian kulit (dermis) dan tisu subkutaneus sahaja ke atas tanpa melibatkan otot. Lepaskan lipatan kulit apabila jarum telah ditarik keluar. Jangan lepaskan terlalu awal kerana ia akan tersuntik bahagian otot. Cubit selipatan kulit yang bersih antara ibu jari dan jari telunjuk sebelum mencucuk jarum perlahan-lahan masuk ke dalam lipatan kulit tersebut pada sudut 900. Ada ketika tertentu anda gagal untuk membuat cubitan (seperti mengalami penyakit arthritis) atau anda memilih untuk tidak mencubit. Dalam keadaan tersebut anda perlu menyuntik pada sudut 450 bagi mengelakkan anda menyuntik masuk ke dalam otot. Tempat-tempat suntikan yang utama Terdapat perbezaan ketebalan kulit di beberapa bahagian di badan kita yang boleh digunakan untuk suntikan insulin. Kecepatan atau kelajuan penyerapan insulin adalah penting. Setiap tempat mempunyai kadar atau pola penyerapan yang berbeza-beza. Bagi membolehkan ramalan terhadap kesan dos insulin dibuat dengan betul atau tepat, seseorang itu perlu memilih sesuatu tempat secara tetap untuk waktu-waktu tertentu dalam sehari, seperti yang tertera pada rajah di bawah: Kelajuan penyerapan Paha - perlahan Lengan - sederhana Abdomen - cepat Punggung - perlahan Kesan sampingan biasa yang akan di alami oleh pesakit ialah seperti debaran jantung, kekeliruan, berpeluh dan atropi (penyusutan tisu akibat kemerosotan sel) atau hipertropi (penambahan saiz tisu akibat pembesaran sel-sel) pada tisu lemak subkutaneus di tempat suntikan. (Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami masalah di atas. Jangan berhenti menggunakan insulin tanpa memaklumkannya kepada doktor anda) Terapi atau rawatan yang tidak menggunakan insulin selalunya diberikan kepada pesakit Diabetes Jenis II. Ianya merangkumi pemakanan (diet), senaman dan ubat makan.

Ubat makan untuk hipoglisemia Terdapat 3 kumpulan utama ubat tersebut: 1. Sulfonylureas Ia bertindak dengan meransang pengeluaran insulin ke dalam darah dan meningkatkan kemasukan gula ke dalam sel-sel. Dengan ini ia menurunkan paras gula dalam darah. Kesan sampingan yang biasa dialami oleh pesakit ialah loya, muntah, sakit kepala, pening. sakit abdomen. Sila maklumkan kepada doktor anda atau pegawai farmasi jika anda mengalami gejala yang dinyatakan itu. Ubat-ubatnya adalah seperti:

Chlorpropamide (generasi pertama) Tolbutamide (generasi pertama) Glibenclamide (generasi kedua) Gliclazide (generasi kedua) Glipizide (generasi kedua)

2. Biguanides Ia bertindak dengan meningkatkan pengaliran gula ke dalam sel-sel dan menyekat penyerapan gula (dari makanan) ke dalam darah melalui usus. Dengan itu, ia dapat mengurangkan paras gula dalam darah. Kesan sampingannya adalah sama seperti Sulfonylureas. Ubatnya adalah seperti: Metformin 3. Penghalang Alpha-Glucosidase Ia bertindak dengan menyekat enzim tertentu di dalam usus yang bertanggung jawab menyerap gula dari makanan. Dengan yang demikian, ia mengurangkan penyerapan gula ke dalam darah melalui usus dan juga mengurangkan paras gula darah. Ubatnya seperti: Acarbose Kesan sampingannya: kembung, cirit-birit (dalam kes ini, dosnya perlu dikurangkan atau dihentikan sama sekali), sakit abdomen, najis lembut. Sila maklumkan kepada doktor anda jika mengalami gejala yang disebutkan di atas. Jangan sekali-kali berhenti mengambil ubat tersebut tanpa memaklumkannya kepada doktor anda! Penjagaan Sendiri

Elakkan makanan yang mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi Jangan mengambil snek di antara waktu makan

Jangan melangkau waktu makan anda Berhenti merokok Berhenti mengambil alkohol Berjumpalah doktor anda selalu Bawa bersama-sama anda kad yang mengenalkan anda sebagai pesakit Diabetes (Medic Alert). Kad ini akan menunjukkan jenis dan jumlah dos insulin yang diambil oleh anda. Bersenamlah secara tekal, dapatkan ujian darah terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti anda (jangan bersenam selepas sahaja mendapat suntikan insulin). Dapatkan pemeriksaan mata anda secara berkala Jaga kaki anda dengan baik. Jangan cuba merawat sendiri belulang yang terdapat di kaki.

MENGURUS DIABETES DI BULAN PUASA Di bawah ini diturunkan cadangan jadual waktu untuk mengambil ubat-ubatan anda di bulan puasa: Waktu Jadual

Berbuka puasa dengan minuman ringan (air buah-buahan). 7.30 malam Makan ubat anda bersama makanan yang tidak mengandungi gula. Sembahyang Maghrib 8.00 malam Hidangan utama (makan malam) 8.30 malam Sembahyang Isyak/terawih 10.00 malam Makan 1.30 pagi 4.45 pagi 5.15 pagi 5.45 pagi Snek Tidur Bangun Makan ubat Bersahur Snek (pilihan) (pilihan)

(Ingat: Bersahur hendaklah dilakukan hampir dengan waktu Imsak dan bukannya di waktu tengah malam atau selepas snek). Pesakit perlu memantau sendiri paras gula dalam darahnya kerana ini dapat mengelakkannya dari gangguan paras gula darah yang serius di waktu siang nanti terutamanya di minggu pertama dalam bulan puasa. Masa yang terbaik untuk memeriksa paras gula tersebut ialah sekitar pukul 9.00 pagi, 3.00-4.00 petang dan kirakira 2 jam selepas berbuka puasa. Bersenam berlebihan di bulan puasa adalah tidak digalakkan kerana kelasakan dan pendedahan kepada panas matahari boleh menyebabkan dehidrasi dan hipoglisemia.

Anda mungkin juga menyukai