Anda di halaman 1dari 22

Penyakit

Kencing Manis

Chan Jie Yee


Pegawai Farmasi UF 41
Klinik Kesihatan Menglembu
Apa itu Kencing Manis?
• Kencing manis adalah sejenis penyakit kronik di mana paras gula dalam
darah adalah tinggi daripada normal (hiperglisemia).

• Ini terjadi apabila


badan tidak dapat menghasilkan insulin
ATAU
badan menghasilkan insulin yang tidak mencukupi
ATAU
insulin yang dihasilkan tidak berfungsi dengan berkesan
Apa itu Insulin?
• Sejenis hormon yang dirembeskan
oleh pankreas untuk mengawal
paras gula dalam darah

• Membantu gula memasuki sel


untuk menghasilkan tenaga
Klasifikasi Kencing Manis
Kencing Manis Jenis 1
• Penyakit auto immune (menyerang sel di pankreas)
badan tidak dapat menghasilkan insulin
• Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja

Kencing Manis Jenis 2


• Badan menghasilkan insulin yang tidak mencukupi / insulin yang
dihasilkan tidak berfungsi dengan berkesan
• Lebih daripada 90% penghidap penyakit kencing manis adalah
kategori ini
selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan
Sasaran Gula Yang Normal
• Puasa : 4.4 - 7.0mmol/L
• 2 jam selepas makan : 4.4 - 8.5mmol/L
• HbA1c : ≤6.5%

Sasaran Tekanan Darah Yang Normal


• BP : ≤ 135/75mmHg
Tanda-Tanda Kencing Manis
Faktot-Faktor Risiko Kencing Manis
• Sejarah keluarga yang menghidap kencing manis
• Berlebihan berat badan
• Kurang bersenam
• Amalan pemakanan yang kurang sihat
tinggi lemak, tinggi gula, kurang serat
• Tekanan darah tinggi
• Kolesterol tinggi
• Sejarah kencing manis semasa mengandung
• Pernah melahirkan anak melebihi 4.0kg
• Berumur lebih daripada 30 tahun
Komplikasi Kencing Manis (Kecemasan 1)
Hipoglisemia
• Satu keadaan di mana paras GULA DARAH terlalu rendah iaitu kurang
daripada 4.0 mmol/L.
• Ini mungkin berlaku kerana anda:
kurang makan atau terlewat makan
tidak makan selepas makan ubat atau selepas menyuntik Insulin
bersenam atau bersukan dengan perut kosong
melakukan aktiviti aktiviti fizikal yang berlebihan contohnya
membuat kerja rumah seperti mambasuh lantai
terlebih makan ubat Diabetes atau menyuntik terlalu banyak
insulin
Tanda-Tanda Hipoglisemia
Langkah-langkah Mengatasi Hipoglisemia
• Segera ambil minuman manis seperti setengah gelas air sirap / jus
buah-buahan ataupun makanan manis seperti gula-gula.

• Selepas 15 minit, periksa semula bacaan paras gula anda.

• Sekiranya tiada perubahan, ulang langkah di atas. Langkah ini


boleh diulang sebanyak 3 kali sahaja dalam masa 1 jam. Sekiranya
masih tiada perubahan, segera ke klinik atau hospital berdekatan.
Komplikasi Kencing Manis (Kecemasan 2)
Ketoasidosis Diabetik

• Keadaan yang serius apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi
(hiperglisemia).
• Perlu segera ke klinik atau hospital berdekatan.

• Tanda-Tanda:
pernafasan yang cepat dan mendalam hipotensi, nadi lemah
nafas berbau manis penglihatan kabur
loya / muntah sakit perut
letih lesu kulit kering
Komplikasi Kencing Manis (Kronik)
Bagaimana mengawal Kencing Manis?
Ubah Cara Hidup
• Diet
• Bersenam

Terkawal Tidak Terkawal

Pemantauan Rawatan Ubat-Ubatan

Ubat Makan Suntikan Insulin


• Ubat kencing manis boleh diberi lebih daripada satu jenis jika paras
gula masih tinggi/tidak terkawal dengan pengambilan hanya satu jenis
ubat kencing manis.

• Gabungan ubat kencing manis adalah selamat kerana mereka


berfungsi dengan cara yang berbeza untuk menurunkan paras gula
dalam darah.
Rawatan Ubat Makan (Contoh 1)
• Mengurangkan penghasilan gula
oleh hati dan meningkatkan
penggunaan gula oleh otot.

• Pilihan utama bagi pesakit yang


mengalami kencing manis.

• Kesan sampingan yang mungkin


berlaku adalah loya , cirit-birit
(boleh diperbaiki jika ambil ubat
dengan makanan).
Rawatan Ubat Makan (Contoh 2)
• Meningkatkan penghasilan insulin
dari pankreas.

• Mesti diambil 30minut sebelum


makan.

• Kesan sampingan yang mungkin


berlaku adalah tambahan berat
badan, hipoglisemia (boleh
dielakkan dengan mengambil
makanan pada waktu yang tetap).
Rawatan Ubat Makan (Contoh 3)
• Meningkatkan penghasilan insulin,
mengurangkan penghasilan gula oleh hati
dan berasa kenyang.

• Disyorkan untuk mengambil dengan


makanan berat.

• Boleh diambil sebelum sebelum atau selepas


makan.

• Kesan sampingan yang mungkin berlaku


adalah sakit kepala, cirit- birit (boleh
diperbaiki jika ambil ubat dengan makanan).
Rawatan Suntikan Insulin
• Dari setahun ke setahun, fungsi pankreas yang
menghasilkan insulin akan berkurangan dan menjadi
tenat, di mana ia tidak mampu lagi menghasilkan
insulin yang mencukupi dan berkesan seperti dulu.

• Pada masa berpanjangan, rawatan insulin adalah


diperlukan untuk menggantikan insulin yang
semakin berkurangan di dalam badan dan
mengawal gula ke paras normal secara lebih efektif.

• Terdapat pelbagai jenis insulin yang berlainan dari


segi fungsi, masa tindakan dan kesan puncak dalam
badan kita.
Cara Penjagaan Diri
• Penjagaan kulit
merawat luka dan calar dengan segera
• Penjagaan kaki
periksa kaki anda setiap hari
selalu pakai kasut bertutup dan selesa
• Pemantauan gula darah
• Pemeriksaan mata
• Berhenti merokok
Kencing Manis
TIDAK dapat DISEMBUHKAN
tetapi
ia boleh DIKAWAL
bagi mengurangkan komplikasi
TERIMA

KASIH

Anda mungkin juga menyukai