Anda di halaman 1dari 5

PENYAKIT KENCING MANIS

Apa itu kencing manis (Diabetes mellitus) 1.

Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam
air kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh
badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan
isulin, atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air
kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun
pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau
mengurangkan risiko masalah sampingan.

Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai
penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit
kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas
kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis
sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat
permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri.

1.
Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-

1. Diabetes bersandar insulin - jenis pertama (Type 1 diabetes)

Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar
insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja.

Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima
suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan
insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan
tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian
sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang
menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang
mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini
sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui
maut sekiranya tidak dirawat.

Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta
kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan
untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-
kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan
pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis
kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan
sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.
Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan
oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran
dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat
mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya
diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang
untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin
sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes
dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di
hospital.

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin
tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan
rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor
dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan
doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini
disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk
dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya
mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan
glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau
minuman yang bergula.

2. Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan
dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin
(jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin,
dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan
insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar
mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia
lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan
kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan
kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia.

Apakah tanda-tandanya?

Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-

1. Sering dahaga dan sering perlu minum air.


2. Sering ketandas.
3. Terasa badan lemah.
4. Berat badan turun dengan cepat.
5. Penglihatan semakin kabur.
6. Terasa pening kepala.
Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan
pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal.
Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan
kencing manis sekali setiap tahun.

Perubatan

Perubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:

1. Melakukan senaman dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)


2. Ubat berbentuk pil yang dimakan.
3. Suntikan.
4. Pembedahan. (Pada masa akan datang)

1. Penjagaan permakanan

Dianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan
minum mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan
11% mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)

2. Ubat berbentuk pil

Ubat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. Ia sering digunakan dan
sering menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis
pada masa ini dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut.
Oleh kerana itu, cara pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang
disini. Bagaimanapun untuk semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan
yang ditetapkan. Kegagalan mengikut arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan
keadaan malah boleh membawa maut.

Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman,
melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan
ini juga mengelakkan keadaan di mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit
perlu beralih pada suntikan insulin.

3. Suntikan

Terdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-

Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin dependant
diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan suntikan
insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus hidup.

Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal
dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan
maksima.
Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada
masa ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita
merasakan berat untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang
kembali tentang fahaman kita tentang penyakit kencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam
darah supaya tidak timbul penyakit-penyakit lain!

4. Pembedahan

Pembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar


pankreas telah berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada
manusia mungkin membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin
secukupnya

Mengelak Kencing Manis

Perubahan cara hidup

Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang
mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan
puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan
merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan
permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta
mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan
beberapa perkara iaitu: -

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi
walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain
kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan
kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan.
Ini adalah kerana kadar Kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian
bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan
dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan
nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang
lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat
juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian
mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan
selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis
sebanyak 40% - 60%.
Penjagaan berat badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula
didalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari
pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat
dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu
dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau
kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor
untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing
manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah
awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah
A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan
awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang
berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu
dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika
Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis
sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia
muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk
mengelakkan kencing manis.

Sumber : http://www.geocities.com/alam_penyakit/PenyakitKencingManisMengelak.htm

Anda mungkin juga menyukai