Anda di halaman 1dari 13

Pengenalan Penyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun

Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah. Seperti yang kita ketahui penyakit kencing manis atau Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes namun begitu penyakit ini boleh dikawal dengan langkah-langkah berikut seperti penjagaan pemakanan dan berat badan serta perlu kerap bersenam. Ubat-ubatan yang diperolehi daripada pakar-pakar perubatan perlulah diambil mengikut dos yang ditetapkan sahaja. Menjaga pemakanan seharian juga seperti mengambil makanan yang kurang lemak dan kalori serta semestinya yang seimbang.

Apa itu Diabetes? Penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Diabetes jugamerupakan penyakit kronik yang boleh menyerang tanpa mengira peringkat umur termasuk bayi, kanak-kanak atau remaja. Di kalangan kanak-kanak, sekiranya penyakit ini tidak dikesan pada peringkat awal ia boleh menyebabkan komplikasi yang teruk termasuklah kerosakan otak. Kadangkala diabetes di kalangan kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian yang serius dan selalu di diagnosa sebagai selesema atau dibiarkan sahaja. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai : a) Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah. Diabetes Jenis pertama ini juga merupakan penyakit autoimmune yang tidak dapat dielakkan. Penyakit ini sering berlaku di kalangan kanak-kanak dan hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. Dilaporkan terdapat 500,000 kanak-kanak di seluruh dunia mengidap diabetes jenis ini. b) Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit) . Diabetes jenis ini juga selalunya berlaku di kalangan orang yang berumur 40 tahun ke atas serta mengalami masalah berat badan berlebihan atau mempunyai sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Walau bagaimanapun, masalah berat badan dan cara hidup sedentari di kalangan kanakkanak telah menyebabkan jumlah pesakit kanak-kanak dengan Diabetes Jenis II

meningkat. Penyakit ini hanya boleh dikawal melalui pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman serta ubat-ubatan. Manakala Insulin ialah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh pankreas yang terletak di belakang perut. Di dalam perut makanan yang dimakan akan ditukarkan menjadi glukosa yang kemudiannya akan diserap ke dalam saluran darah untuk digunakan oleh tubuh badan bagi mengeluarkan tenaga. Bagi orang yang normal, insulin membantu glukosa darah memasuki sel badan dan menukarkannya menjadi tenaga. Bagi pesakit diabetes, pankreas tidak dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Akibatnya, glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan dan terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan parasnya meningkat tinggi sehingga melimpah ke dalam air kencing. Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi iaitu bila hendak mengambil ubat dan berapa dos yang perlu diambil, jenis rawatan yang diterima dan tempat untuk mendapatkan ubat. Tanda dan Gejala Semua pihak seperti ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan atau mana-mana pihak yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak perlu mengetahui dan peka kepada tandatanda penyakit diabetes. Di antara tanda-tanda penyakit diabetes ialah:

Kerap kencing terutama pada waktu malam Sentiasa dahaga Sentiasa lapar Hilang berat badan Kelesuan Hilang tumpuan Penglihatan yang tidak jelas Muntah-muntah dan sakit perut

Tablet anti-diabetes Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, ciritbirit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu: a) b) Sulfonilurea ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide. Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin ubat ini seperti repaglinide merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat. c) d) Biguanid ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin. Thiazolidinedion ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone. e) Perencat alfa-glukosaidase ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus kecil. Misalnya acarbose. Hipoglisemia Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana: a) b) c) d) Makan terlalu sedikit. Masa makan yang tidak tetap. Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes. Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat. Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia. 4

Simptom Simptom hipoglisemia adalah: a) b) c) d) e) f) Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru. Mudah marah. Pening. Loya dan lemah. Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk. Penglihatan yang kabur Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin. Komplikasi Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal. Komplikasi Kesan akhir Retinopati Penglihatan yang terjejas dan boleh mengakibatkan mata menjadi buta. Neuropati Kerosakan saraf yang boleh menyebabkan rasa sakit atau kehilangan deria pada tangan dan kaki. Komplikasi mungkin memerlukan amputasi (pemotongan) kaki. Pergerakan salur pencernaan terganggu dan boleh menyebabkan cirit-birit dan/atau sembelit. Nefropati Penyakit buah pinggang yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian awal. Kecederaan salur darah besar Kecederaan ini boleh mengakibatkan serangan jantung, strok atau kekurangan bekalan darah ke anggota bawah. Adalah sangat penting untuk mengawal penyakit kencing manis. Seseorang pesakit kencing manis boleh mengalami lebih daripada satu komplikasi sekiranya penyakitnya tidak dikawal untuk jangka masa yang lama.

Pengawalan paras glukosa darah Dalam pesakit kencing manis, pemantauan berkala paras glukosa darah adalah penting, kerana ini akan menunjukkan sama ada rawatan adalah mencukupi atau perlu diperbetulkan. Paras glukosa darah selepas berpuasa bagi orang yang tidak menghidapi penyakit kencing manis adalah di antara 4 dan 6.6 mmol glukosa per liter. Walau bagaimanapun, paras sehingga 7.8 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras glukosa darah pos-prandial (selepas makan) sehingga 10 mmol/L adalah paras yang boleh diterima. Paras di bawah 4 mmol/L menunjukkan paras glukosa darah yang rendah. Dengan nilai yang begitu rendah, biasanya simptom hipoglisemia hadir pada orang itu. Ujian toleransi glukosa boleh dilakukan setelah mengukur paras glukosa darah selepas berpuasa. Ujian darah dilakukan 2 jam selepas meminum suatu larutan glukosa yang pekat. Dalam orang yang normal, terdapat peningkatan glukosa darah pada mulanya dan paras ini akan kembali menjadi normal dalam masa 2 jam. Dalam pesakit kencing manis, terdapat peningkatan yang tinggi pada mulanya dan paras ini kekal tinggi (11.1 mmol/L atau lebih) selepas 2 jam. Satu ujian lain yang boleh dilakukan ialah pengukuran HBA1c atau ujian hemoglobin terglikosilat. Ujian ini menunjukkan paras glukosa darah bagi 6 hingga 8 minggu sebelum ujian itu dilakukan. Ia memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis bagi tempoh masa yang lebih lama berbanding dengan paras glukosa darah yang hanya memberikan petunjuk bagi kawalan penyakit kencing manis pada masa ujian. Pemantauan glukosa darah Paras glukosa dalam badan boleh ditentukan melalui ujian air kencing. Walau bagaimanapun, ujian darah memberikan nilai yang lebih tepat. Paras glukosa darah boleh diuji di rumah dengan menggunakan meter glukosa darah yang mudah. Doktor atau ahli farmasi anda boleh dihubungi bagi mendapatkan nasihat mengenai jenis meter dan cara menggunakan meter tersebut. Ujian glukosa darah adalah sangat mudah. Pesakit kencing manis disyorkan untuk menguji darah mereka secara berkala 2-3 kali seminggu atau pada bila-bila masa pesakit mengalami simptom hipoglisemia. Bacaan harus direkodkan dan ditunjukkan kepada doktor semasa lawatan ke klinik yang seterusnya. Sekiranya pada bila-bila masa didapati bahawa bacaan adalah terlalu tinggi atau terlalu rendah, pesakit harus berjumpa dengan doktor yang akan memberikan nasihat mengenai cara-cara untuk mengekalkan paras glukosa darah di dalam had normal dengan membetulkan ubat, diet atau program senaman.

Keperluan penjagaan diri pesakit kencing manis Pesakit kencing manis perlu mengikuti diet yang dirancang khas dan program senaman serta mengambil ubat yang diberikan mengikut masa. Selain itu, disebabkan pesakit kencing manis mudah mendapat komplikasi tertentu, mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga. Tumpuan khas harus diberikan kepada kawasan yang paling bermasalah iaitu kulit, kaki, mata dan gigi. Penjagaan kulit Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih. Langkah-langkah yang perlu diambil adalah: a) Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan. b) c) d) e) f) Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan iritasi kulit.Gunakan air suam untuk mencuci. Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi. Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan. Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki. Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit. Penjagaan kaki Pesakit kencing manis harus menjaga kaki mereka dengan baik kerana mereka mungkin tidak merasai sebarang luka atau ulser disebabkan oleh kekurangan deria di kawasan itu.

a) b) c) d)

Pesakit kencing manis harus membersihkan kaki mereka setiap hari dan mengeringkan kaki dengan sempurna, khususnya kawasan di antara jari kaki. Bagi kekeringan kulit, pesakit kencing manis haruslah membubuhkan sedikit krim pelembap. Kuku jari kaki harus dipotong lurus untuk mengelakkan kecederaan kepada kulit. Kasut haruslah selesa dan tidak terlalu ketat. Pesakit kencing manis haruslah memastikan bahagian dalam kasut bebas daripada sebarang gerigit atau objek kecil sebelum memakai kasut.

e) f)

Kaki haruslah diperiksa setiap hari bagi luka, calar atau ulser. Jangan membubuh sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.

Penjagaan mata Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat. Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan. Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat. Pesakit kencing manis haruslah pergi menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun. Mereka juga perlu memeriksa tekanan darah secara berkala dan wajib erjumpa dengan pakar mata sekiranya terdapat sebarang masalah penglihatan. Penjagaan dental (gigi) Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.

Pengurusan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Objektif pengurusan pemakanan;


Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah Untuk mengelakkan komplikasi diabetis

Terdapat tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetis mellitus:

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan Kumpulan 3 : Makanan yang boleh diambil secara bebas

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan

Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau) Gula-gula, kuih manis, kek, coklat. Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis. Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan a)


Bijirin dan hasil bijirin Nasi Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis Pasta/ makaroni/ spageti 9

Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa Capati / Roti Canai / Tosai Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek Kekacang

b)

Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal Susu dan hasil susu

c)

Susu segar Susu penuh krim Susu rendah lemak Susu tanpa lemak Susu sejat Low Fat Yogurt Keju Buah-buahan

d)

Epal / limau / lai/ pir Pisang Mangga / belimbing Langsat / longan/ anggur Rambutan/ laici Betik / nenas / tembikai Nangka / Cempedak

Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas

Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.

Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.

10

Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit. Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan

meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.

Panduan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Pengidap penyakit diabetes ini perlu mengamalkan cara pemakanan yang sihat seperti yang disyorkan oleh doktor yang merawat mereka. Jangan tinggalkan atau melangkau waktu makan. Pastikan anda mengambil makanan mengikut waktu. Pelbagaikan jenis makanan anda. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian untuk mendapatkan serat, vitamin dan mineral. Pilih makanan tinggi serat seperti roti mil penuh, biskut mil penuh dan oat. Jangan mengambil buah semasa perut kosong. Jus buah tidak mengandungi serat.

11

Sekiranya ingin mengambil jus buah, jangan tapis minuman anda dan jangan menambah gula dalam minuman anda.Kurangkan jumlah lemak dan lemak tepu dalam diet anda. Sekiranya anda mengambil suntikan insulin, ambil hidangan anda dalam masa 30 minit selepas suntikan. Snek (minum pagi, minum petang dan minum malam) disarankan terutamanya individu yang mengambil suntikan insulin untuk mengelakkan hipoglisemia. Sekiranya ada masalah, dapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau Pakar Pemakanan. Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja. Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan. Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggoreng makanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda. Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah. Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan. Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal. Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras glukosa darah. Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli makanan diabetes yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang pesakit kencing manis. 12

13

Anda mungkin juga menyukai