Anda di halaman 1dari 7

Kencing Manis Pengenalan: The Pankreas , adalah organ dalam tubuh yang berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia

sejenis hormon yang dikenali sebagai insulin. Insulin membolehkan tisu-tisu menggunakan glukos dan membantu mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Jika insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan paras glukos akan meningkat dalam darah.

Keadaan ini dinamakan Diabetes Mellitus atau kencing manis. Diabetis terbahagi kepada:

Diabetes Mellitus yang bergantung kepada Insulin (IDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis I

Diabetes Mellitus yang tidak bergantung kepada Insulin (NIDDM) atau Diabetes Mellitus Jenis II Diabetes Primer
Jenis I (IDDM) Jenis ini dikenali sebagai Diabetes Mellitus Bergantung Insulin kerana insulin yang dihasilkan oleh badan adalah sangat rendah dan tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bentuk ini lebih kerap ditemui dalam kanak-kanak dan remaja. Hanya 10% daripada pesakit kencing manis yang berusia lebih daripada enam puluh lima tahun menghidapi penyakit kencing manis jenis ini. Keadaan ini boleh dirawat dengan pengawalan pemakanan dan melalui suntikan insulin. Jenis II (NIDDM) Jenis ini juga juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Tak Bergantung Insulin. 90% daripada kes penyakit kencing manis tergolong dalam jenis ini. Dalam Diabetes Jenis II, pankreas menghasilkan insulin yang tidak mencukupi. Ia biasanya berlaku dalam orang yang berusia lebih daripada 40 tahun. Sebilangan besar pesakit (lebih kurang 85%) adalah gemuk. Keadaan ini biasanya bersifat keturunan. Rawatan biasanya terdiri daripada pengawalan pemakanan sahaja atau pengawalan pemakanan dan pengambilan ubat. Sesetengah pesakit juga memerlukan suntikan insulin.

Tanda dan gejala

Selalunya dikesan semasa pemeriksaan untuk masalah-masalah lain seperti: a. Kabur penglihatan. b. Penyakit kulit yang berterusan. c. Luka lambat sembuh.

d. Jangkitan pada sistem pembuangan air kecil dan kemaluan. e. Kebas kaki.

Tanda-tanda lain termasuk: a. Dahaga. b. Kerap buang air kecil dalam kuantiti yang banyak. c. Letih dan lesu. d. Penurunan berat badan walaupun mempunyai selera yang baik. e. Kelemahan otot. f. Kegatalan tanpa ruam.

Faktor-faktor risiko Diabetis


Berlebihan berat badan / kegemukan. Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif. Pemakanan- pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat. Keturunan- diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. Peningkatan umur. Bangsa - Kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

Komplikasi-komplikasi Komplikasi-komplikasi diabetes melibatkan banyak organorgan bergantung kepada jangkamasa mengidapnya dan kawalan paras glukos darah. Peningkatan paras glukos darah mendadak (keadaan kecemasan).

Keliru, tidak sedarkan diri (diabetic coma).

Paras glukos darah yang berterusan tinggi (kronik).

Menyebabkan kerosakan jangka panjang kepada: a. Mata-kabur penglihatan, katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta. b. Saraf-kebas atau hilang deria rasa di tangan dan kaki boleh mengakibatkan kecederaan tanpa di sedari. c. Otak-angin ahmar (strok). d. Buah pinggang- kegagalan buah pinggang. e. Jantung- serangan jantung.

Kawalan diabetes yang baik boleh membantu mencegah dan melambatkan komplikasi diatas. Rawatan Rawatan tanpa ubatan

Penjagaan diri umum


o

Jagaan kulit

Mandi setiap hari. Keringkan seluruh bahagian tubuh. Mandi setiap hari. Keringkan seluruh bahagian tubuh. Rawat luka dan calar- jumpa doktor anda jika luka tidak sembuh selepas 2-3 hari.

o i i iii iiii

Jagaan kaki.

Cuci kaki anda setiap hari. Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.

Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.

ivi vi vii viii

Potong kuku jari kaki secara lurus melintang . Tukar stokin anda setiap hari. Jangan berjalan tanpa kasut. Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.

o o o o o o o

Penjagaan Gigi Pemeriksaan mata secara berkala Elakkan alkohol Berhenti merokok Mengawal pemakanan Mengawal berat badan Kerap bersenam

Rawatan ubatan
o i i i i

Ubatan

Ubat mengurangkan paras glukos Insulin

Rawatan
Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah pemakanan, penjagaan berat badan, senaman dan ubat.

Pemakanan
Pengawalan pemakanan adalah penting untuk mengawal diabetes. Pemakanan yang betul bukan setakat mengelakkan makanan dan minuman yang manis sahaja.

v Pesakit kencing manis harus makan 3 kali sehari setiap hari pada masa yang
ditetapkan. Pesakit tidak patut tertinggal masa makan. v Makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi seperti roti jagung, mi, oat, biskut kraker yang tidak dimaniskan, chickpea, lentil dan sayur-sayuran harus diambil. v Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, misalnya gula yang telah diproses, coklat dan madu harus dielakkan. v Pengambilan lemak tepu harus dikekalkan pada paras minimum kerana peningkatan pengambilan lemak akan meningkatkan risiko serangan penyakit jantung. Elakkan daripada menggorengmakanan, sebaliknya, pangganglah makanan anda. v Pengambilan garam dan makanan yang masin harus dikurangkan. Elakkan makanan seperti kerepek dan kacang tanah. v Makanan pesakit kencing manis harus dirancang terlebih dahulu. Makanan haruslah seimbang dan kandungan kalori dalam makanan haruslah tetap. Ini bertujuan untuk memastikan terdapat beban glukosa yang tetap untuk dikendalikan oleh badan. v Pengambilan kalori yang terkawal adalah baik untuk mengekalkan berat badan yang normal. v Pengambilan alkohol perlu dikekalkan pada paras minimum atau dielakkan kerana alkohol akan mengubah paras glukosa darah. Pesakit kencing manis harus mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka boleh memakan makanan yang dimakan oleh seisi keluarga, tetapi dalam jumlah yang sederhana, dan mengelakkan gula-gula dan makanan manis yang lain. Mereka tidak perlu membeli makanan diabetes yang khas kerana makanan ini adalah mahal dan tidak membawa banyak manfaat. Selain itu, terdapat formula nutrisi yang khas untuk pesakit kencing manis yang tidak dapat mematuhi gaya pemakanan yang disyorkan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengingat bahawa pemakanan yang sihat ialah kunci kepada diet seorang

pesakit kencing manis.

Senaman
Lebih kurang 50% daripada pesakit kencing manis dengan diabetes jenis II mempunyai berat badan yang terlalu tinggi. Adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang ideal dengan senaman yang konsisten. Senaman membolehkan insulin untuk bertindak dengan lebih baik dan mengekalkan badan yang cergas dan pesakit menjadi lebih sihat. Senaman yang ideal bagi pesakit kencing manis harus dirancang selepas berjumpa dengan doktor, supaya komplikasi seperti hipoglisemia (kurang gula darah) dapat dielakkan. Berundinglah dengan doktor yang merawat pesakit itu sebelum memulakan sebarang program senaman.

Insulin
Insulin ialah ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Insulin mula dihasilkan untuk rawatan penyakit kencing manis pada tahun 1921. Pada masa itu, bentuk insulin yang ada cuma jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan dalam badan. Insulin ini dihasilkan daripada yis dan bakteria. Insulin hanya diberikan melalui suntikan kerana ia boleh dimusnahkan dalam perut jika diberi melalui mulut. Doktor akan menentukan jenis ubat yang perlu diambil. Sekiranya insulin diberikan, doktor akan merancang program rawatan yang khas untuk setiap pesakit. Pengkelasan insulin adalah berdasarkan:

v Masa mula tindak (ia berkaitan dengan kelajuan serapan insulin ke dalam aliran
darah). v Kesan puncak. Masa insulin mencapai kesan maksimum. v Jangka masa tindak. Tempoh masa insulin bertindak.

Tablet anti-diabetes
Tablet ini tidak mengandungi insulin tetapi mengandungi ubat yang merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin, atau membantu sel untuk menggunakan insulin yang sedia ada dengan lebih berkesan. Selepas mula mengambil ubat, doktor harus diberitahu sekiranya terdapat sebarang kesan samping seperti serangan paras gula darah rendah, cirit-birit atau ruam. Terdapat beberapa kelas ubat anti-diabetes, iaitu:

v Sulfonilurea ubat ini merangsang pankreas untuk menghasilkan lebih banyak


insulin. Misalnya chlorpropamide, glibenclamide, glipizide.

v Ubat lain yang merangsang pengeluaran insulin ubat ini seperti repaglinide
merangsang pankreas untuk menghasilkan insulin tetapi adalah terutamanya berkesan untuk mencegah paras glukosa yang tinggi selepas makan kerana ubat ini bertindak dengan cepat dan dimetabolismakan dengan cepat. v Biguanid ubat ini mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan juga menjadikan tisu lebih sensitif terhadap insulin, contohnya metformin. v Thiazolidinedion ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin dengan mengaktifkan gen-gen tertentu yang terlibat dalam pembentukan lemak dan metabolisma karbohidrat. Misalnya, troglitazone, rosiglitazone v Perencat alfa-glukosaidase ubat ini mengurangkan penyerapan glukosa dalam usus kecil. Misalnya acarbose.

Hipoglisemia
Hipoglisemia atau serangan akibat paras glukosa darah yang rendah boleh berlaku ketika menjalani rawatan penyakit kencing manis. Keadaan ini biasanya berlaku kerana: Makan terlalu sedikit. Masa makan yang tidak tetap. Terlalu banyak insulin atau ubat anti-diabetes Tidak mengambil makanan yang mencukupi sebelum bersenam atau senaman yang terlalu berat. v Penyakit misalnya cirit-birit

v v v v

Penyesuaian pada rawatan dibuat adalah amat bergantung kepada gaya hidup pesakit. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan paras glukosa darah daripada jatuh sehingga di bawah paras normal dan mencetuskan serangan hipoglisemia.

Simptom
Simptom hipoglisemia adalah:

v v v v v v

Kurang tumpuan atau pemikiran yang keliru Mudah marah Pening Loya dan lemah Berpeluh, pucat dan kulit yang sejuk Penglihatan yang kabur

Rawatan ialah pengambilan gula dalam bentuk tablet glukosa, gula-gula atau minuman manis melalui mulut dengan serta-merta. Masa pemulihan biasanya adalah amat cepat. Walau bagaimanapun, sekiranya simptom itu masih ada, pesakit harus dibawa ke hospital dengan cepat untuk rawatan secepat mungkin.

Komplikasi
Semua bentuk diabetes, jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan komplikasi yang melibatkan beberapa organ dan bahagian tubuh. Antara komplikasi yang paling teruk adalah komplikasi yang melibatkan buah pinggang, mata dan salur darah. Adakalanya, pengesanan awal adalah sukar kerana sesetengah komplikasi tidak mempunyai simptom yang nyata pada tahap awal.

Anda mungkin juga menyukai