Anda di halaman 1dari 17

SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PRODUK JAM 1


1.1 Pengenalan

2.0 SEJARAH PRODUK JAM 1


2.1 Peringkat I 2
2.2 Peringkat II
2.3 Peringkat III

3.0 PERKEMBANGAN PRODUK JAM


3.1 Peringkat 1 3
3.2 Peringkat 2 6
3.3 Peringkat 3 8

4.0 PERBINCANGAN 10

RUJUKAN 13

1
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

PRODUK – JAM

1.0 PENGENALAN

Perkataan ‘CLOCK’ pada asalnya bermakna loceng, ‘BELL’. Telah digunakan pada
mulanya sebagai alat penunjuk masa dengan menggunakan peralatan mekanikal yang besar dan
berat . Ia dipasang di menara loceng pada awal pertengahan kurun. Jam ketika itu kurang tepat
masanya.
Perkataan asal ‘CLOCK’ :-
Clokke = Middle English
Clocca = Medieval Latin
Cloc = Celtic and Old Irish
Clugge = Old English
Glocka = Old High German
Perkataan loceng, ‘BELL’ yang digunakan bermaksud bunyi seperti loceng, riuh rendah,
teriakan, bunyi.

2.0 LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PRODUK

2
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Sejarah dan perkembangan jam boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :


(a) Peringkat I : Before Century ( BC )
(b) Peringkat II : 1300 – 1799
(c) Peringkat III : 1800 – 2000

2.1 Peringkat I

Kebanyakan daripada penemuan jam menggunakan bahan mentah semulajadi. Ia telah


dijumpai dan dipercayai telah dimula pakai di kawasan Timur Tengah. Teknologi yang
digunakan pada masa itu kurang tepat kepada manusia dan kuno.
Jam pada ketika itu mempunyai bentuk klasik, besar, berat dan kebanyakan digunakan
untuk kegunaan umum. Tidak ada nilai estetik dan ergonomik dalam pembuatan. Contoh-
contoh jam pada ketika itu adalah seperti jam pasir, jam matahari dan jam lilin.

Sand Clock – Hourglass


Sejarah – Tarikh sebenar penciptaan tidak diketahui tetapi dipercayai telah digunakan
sebelum masihi (BC).
Kegunaan – Hourglass adalah alat untuk mengukur masa dan ia digunakan pada zaman
dahulu kala. Ia juga dipanggil jam pasir ( sandclock ). Ia juga digunakan dalam
pelayaran dan untuk mengetahui kelajuan pergerakan kapal ke sesuatu tempat.
Golongan pengguna – Untuk orang-orang yang tertentu sahaja, bukan untuk umum.
Bahan buatan – Menggunakan bekas kaca yang dibahagikan kepada 2 bahagian.
Bahagian atas bekas dimasukkan pasir, air atau merkuri di mana ia akan turun ke
bahagian bawah bekas dalam sesuatu tempoh. Kayu dijadikan alas atau pemegang.

3
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Bentuk – Bekas kaca berbentuk bulat dan dicantumkan atas dan bawah melalui satu
corong kecil. Kurang ergonomik dan kurang nilai estetik.
Warna – Lut sinar dan boleh nampak pasir di dalam bekas kaca.
Teknologi – Menggunakan teknologi zaman dahulu.

Jam matahari – Sundial


Sejarah – Telah digunakan pada awal 3500 BC. Ia merupakan batang kayu yang tegak
atau penanda yang boleh menampakkan bayang-bayang apabila dipanah matahari.
Dalam 1500 BC, orang-orang Mesir telah menghasilkan jam matahari yang boleh
dibawa ke mana-mana. Ia masih digunakan sehingga kurun ke-8 BC.
Kegunaan – Menunjukkan masa pergerakan matahari.
Golongan pengguna – Untuk kegunaan awam
Bahan buatan – Pada mulanya, jam matahari dibuat menggunakan batang kayu atau
batu yang tegak. Walaubagaimanapun, dalam 1500 BC, orang-orang Mesir telah
menggunakan logam.
Bentuk – Kurang ergonomik. Bentuk panjang, besar dan berat.
Teknologi – Menggunakan cahaya matahari sebagai sumber petunjuk.

4
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Jam lilin
Sejarah – Tarikh penciptaan tidak diketahui. Digunakan sejak penemuan lilin.
Kegunaan – Digunakan sebagai alat penunjuk waktu dan penggera masa.
Golongan pengguna – Untuk kegunaan orang dewasa sahaja.
Bahan buatan – Pada zaman dahulu, orang-orang Mesir menggunakan lemak binatang
untuk membuat lilin. Oang-orang Rom yang mula-mula menggunakan sumbu yang
diletakkan di tengah-tengah lilin. Pada zaman pertengahan, madu digunakan untuk
membuat lilin tetapi terlalu mahal. Dalam tahun 1800, paraffin telah digunakan untuk
membuat lilin kerana ia membakar dengan baik dan kurang berbau. Bekas dan
pemegang dibuat daripada tin atau logam.
Bentuk – Batang lilin yang panjang, lembut dan mencair bila panas. Kurang ciri-ciri
keselamatan dan tidak ergonomik.
Teknologi – Jam lilin telah mula-mula digunakan sebagai penggera waktu ( alarm clock
) dengan meletakkan pin pada lilin, bila lilin cair pada tempat pin tersebut, pin akan
jatuh dalam bekas tin yang mengeluarkan bunyi.

5
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

2.2 Peringkat II

Merupakan permulaan kepada penggunaan jam mekanikal. Kebanyakannya dicipta dan


dihasilkan di Eropah. Jam mekanikal yang pertama adalah jam buatan tangan yang
menyerupai jam matahari ( sundial shadow ). Pada 1285, jam mekanikal yang
menggunakan alat pengawal gerakan jam dibina. Jam mekanikal digunakan sebagai alat
petunjuk waktu di menara loceng di zaman pertengahan tetapi kurang tepat. Jam awam
yang pertama menggunakan jarum jam ialah tahun 1335 AD di Milan, itu pun hanya satu
jarum jam. Contoh lain jam pada peringkat ini adalah seperti jam bandul dan Choronometer

Galileo

Jam bandul – Pendulum clock


Sejarah – Dalam tahun 1583, Galileo telah membuat ujian bahawa bandul akan
berhayun dan bergerak dalam masa yang sama, bergantung kepada jarak hayunan
bandul. Dalam tahun 1656, Christian huygens telah mencipta jam yang menggunakan
bandul (pemberat) dan spring. Ini dapat mengurangkan kurang ketepatan masa seperti
sebelumnya. Jarum jam minit telah digunakan pada tahun 1680 dan beberapa tahun
selepas itu, jarum saat digunakan.
Kegunaan – Penentu masa yang lebih tepat dan praktikal.
Golongan pengguna – Orang dewasa di rumah-rumah
Bahan buatan – Bandul dibuat daripada logam aloi untuk mengurangkan kesan suhu.
Badannya dibuat daripada kayu.

6
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Bentuk – Saiznya lebih kecil juka dibandingkan dengan penunjuk waktu mekanikal
yang dipasang di menara jam. Lebih klasik dan mempunyai nilai seni / estetik yang
tersendiri.
Teknologi – Bandul mempunyai frekuensi yang natural dan tidak bergantung kepada
amplitud dan berat bandul. Tetapi ia bergantung kepada panjang tali bandul serta
tarikan daya graviti. Tempoh hayunan bandul dipengaruhi oleh daya graviti iaitu latitud
dan paras ketinggian. Selain daripada itu, sebab yang mempengaruhi hayunan bandul
iailah suhu bilik. Teknologi yang digunakan lebih moden dan inovatif.

Chronometer
Sejarah – Dalam tahun 1761, John Harrison telah mencipta chronometer yang
digunakan dalam pelayaran dengan menggunakan spring dan alat pengawal gerakan
jam.
Kegunaan – Digunakan dalam pelayaran sebagai penunjuk waktu dan kelajuan
pelayaran.
Golongan penguna – Lebih tertumpu kepada golongan pelayar dan individu.
Bahan buatan – Diperbuat daripada bahan logam.
Bentuk – Saiz kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Berbentuk bulat dan boleh
disimpan dalam kocek, lebih ergonomik. Mempunyai nilai estetik yang tersendiri.
Teknologi – Alat pengawal gerakan jam bebas daripada pengaruh suhu dan mempunyai
keseimbangan yang secukupnya. Ada pembaharuan dan lebih moden (moderated).

2.3 Peringkat III

7
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Dalam tahun 1840, jam bateri yang pertama telah dihasilkan. Ia menggunakan kesan
elektrikal untuk menggerakkan jarum jam. Penggunaan elektrik telah menggantikan
spring dan pemberat sebagai sumber kuasa. Penggunaan kristal quartz telah dijumpai
sekitar tahun 1880. Manakala dalam tahun 1906, jam yang sepenuhnya menggunakan
bateri telah dicipta seperti yang ada sekarang. Penciptaan demi penciptaan
memudahkan dan perkembangan teknologi jam berlaku begitu pantas.

Jam Quartz
Sejarah – Kristal Quartz telah dijumpai oleh Curie Brother dalam tahun 1880. Kristal
quartz pertama kali digunakan dalam jam ialah pada tahun 1929. W.A.Marrison dan
J.W.Horton adalah orang yang mencipta jam quartz yang asal.
Golongan pengguna – Sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur.
Bahan buatan – Badan jam dibuat daripada pelbagai jenis logam seperti emas, perak,
plastik dan lain-lain. Kristal quartz merupakan silikon dioxside yang kelihatan seperti
pasir.
Bentuk – Bentuk telah diubahsuai mengikut citarasa pengguna. Mempunyai pelbagai
bentuk dan warna. Lebih ergonomik dan mempunyai nilai estetik yang tinggi.
Teknologi – Kristal Quartz akan beroperasi iaitu dengan menghasilkan getaran dan daya
hayunan apabila dikenakan kesan elektrik dan tekanan. Getaran yang dihasilkan adalah
tetap dan mengeluarkan isyarat elektrik yang akan menggerakkan jam. Jam kristal
quartz ini lebih baik daripada sistem gear dan pemberat.

8
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Jam Bateri
Sejarah – Dalam tahun 1840, jam bateri pertama telah dicipta.
Golongan pengguna – Sesuai untuk semua golongan dan usia.
Bahan buatan – Bahan logam dan menggunakan bateri.
Bentuk – Saiz kecil, ada ciri-ciri keselamatan dan mempunyai ciri-ciri ergonomik.
Teknologi – Teknologi elektrikal telah menggantikan pemberat dan spring sebagai
sumber penggerak. Sistem jam utama akan menerima elektrik daripada tindakan kimia
dan secara langsung akan menggerakkan sistem gear pada jam.

9
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

3.0 SIFAT SEMULA JADI DAN CIRI-CIRI BAHAN / SUMBER PRODUK

Jam telah melalui proses inovasi yang cukup mengkagumkan.. Jam kini juga telah
menjadi satu keperluan dengan pengenalan jam tangan yang tampil dengan ciri-ciri yang
menarik perhatian pengguna. Perkembangan dalam penggunaan bahan telah menjadikan reka
bentuk dan penampilan jam semakin menarik. Bermula dengan penggunaan bahan primitif
sehinggalah kepada penghasilan bahan moden. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan yang
moden melalui pengaloian bahan-bahan logam dan bukan bukan logam telah menjadikan
penampilan jam lebih bergaya dan futuristik. Kebanyakan jam tangan yang tampil dengan imej
kasual diperbuat daripada bahan yang tahan lasak seperti keluli tahan karat (stanless steel).

3.1 Keluli Tahan Karat (Stanless Steel)

Keluli tahan karat ialah keluli aloi rendah dengan kandungan koromium yang tinggi
iaitu tidak kurang daripada 10.5%. Sifat merintangi karat atau kakisan itu wujud disebabkan
disebabkan berlakunya lapisan oksida kromium di permukaan logam. Unsur lain juga ditambah
untuk memperbaiki ciri-ciri merintangi kakisan, ciri fabrikasi dan sifat pemesinan atau
kekuatan. Antaranya ialah nikel, molibdenum, kuprum, titanium, silikon, mangan, kolumbium,
aluminium, nitrogen dan sulfur.
Pemilihan keluli tahan karat lazimnya berdasarkansifat merintangi karat dan haba, sifat
mekanikal, sifat fabrikasi, kebolehdapatan dan jumlah kos barang. Pada amnya rintangan karat
dan sifat mekanikal menjadi faktor utama dalam pemilihan keluli jenis ini. Keluli tahan karat
terdiri daripada beberapa jenis. Beberapa cara untuk mengkategorikan telah dibuat oleh
pelbagai organisasi. AISI mengumpulkan logam mengikuti komposisi kimia dan memberikan
nombor tiga digit yang menyatakan kumpulan asas dan aloi-aloi tersebut mengikut kumpulan
mikro struktur kerana struktur asas itulah yang mengawal sifat-sifat mekanikal bagi logam.
Jadual 1 di bawah menunjukkan pengkelasan AISI untuk keluli tahan karat dan ia dihubungkan
dengan kumpulan mikro struktur.

10
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

SIRI JENIS ALOI STRUKTUR


200 Kromium, nikel, mangan, atau nitrogen Austenitik
200 Kromium dan nikel Austenitik
400 Kromium sahaja Ferritik atau martensitik
500 Kromium rendah (<12%) Martensitik

Jadual 1 : Pengkelasan AISI untuk keluli tahan karat

Jadual 2 : Pengkelasan dan penggunaan keluli tahan karat

11
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

4.0 TEKNOLOGI DAN AKTIVITI INOVASI

Perkembangan teknologi jam berlandaskan perkembangan dan keperluan masyarakat


pada masa tersebut. Perkembangan ini dapat dilihat daripada peringkat-peringkat
perkembangan yang melalui fasa inovasi yang mendesak pereka-pereka jam memenuhi
kehendak-kehendak pada masa tersebut. Teknologi perkembangan jam boleh dilihat daripada
beberapa faktor penting iaitu kegunaan, pengguna, bahan buatan dan bentuk.

4.1 Peringkat I

Kegunaan : jam pada masa ini banyak digunakan dalam bidang pelayaran yang mana
menjadi keperluan kepada pengemudi kapal menentukan kelajuan sesuatu pelayaran.
Pengguna : orang-orang tertentu sahaja
Bahan buatan : inovasi bahan pada masa tersebut lebih bersumberkan kepada bahan
semulajadi seperti pasir, kaca, merkuri
Bentuk : penampilan bentuk produk pada masa tersebut tidak memenuhi ciri-ciri
ergonomik dan nilai estetik

4.2 Peringkat II

Kegunaan : Jam sebelum ini didapati kurang tepat, jadi jam pada zaman ini menentukan
masa lebih tepat. Tetapi ianya tidak dapat memenuhi keperluan kepada semua
masyarakat pada masa tersebut.
Pengguna : orang-orang dewasa sahaja dan lebih kepada golongan bangsawan sahaja
Bahan buatan : pada zaman ini penemuan bahan-bahan logam aloi telah menjadikan
jam lebih menarik dan lebih berdaya tahan
Bentuk : lebih kecil dan boleh dibawa ke mana-mana, ianya lebih ergonomik, dan
mempunyai nilai estetik.

12
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

4.3 Peringkat III

Kegunaan : jam pada zaman ini dapat memenuhi keperluan semua peringkat umur.
Masyarakat pada masa ini menjadikan jam satu keperluan yang mesti ada dalam
kehidupan mereka.
Bahan buatan : penemuan baru dalam bidang pengaloian logam menjadikan jam lebih
tahan kepada unsur-unsur yang merosakkan seperti tahan kakisan dan juga lebih ringan
Bentuk : penampilan lebih ergonomik dan dapat memenuhi citarasa pelbagai lapisan
masyarakat.

5.0 PERBINCANGAN

Menurut Knutt Holt, setiap produk pada umumnya melalui 4 tahap penting dalam
proses inovasinya iaitu menjana idea, menggunakan idea, persediaan pelaksaan dan
pelaksanaan. Begitu juga dengan perkembangan inovasi jam. Namun begitu model-model yang
diutarakan dalam proses inovasi lebih sesuai diadaptasikan dalam perkembangan inovasi jam.
Dengan menggunakan model-model proses inovasi ini perkembangan inovasi jam akan lebih
mudah difahami.

5.1 Model Proses Inovasi

Dalam perkembangan inovasi jam pada peringkat I dan II, model ini lebih sesuai
digunakan bagi menggambarkan dengan lebih tepat inovasi yang berlaku. Pada fasa
persepsi masyarakat pada tersebut merasakan bahawa satu keperluan mengetahui berapa
lama masa yang diambil dalam menentukan siang dan malam, dan semua aspek
kehidupan mereka. Segala idea diteroka bagi mengatasi masalah yang dihadapi
sehinggalah mencetuskan fasa inovasi. Pada fasa inovasi penemuan idea dalam
penyelesaian masalah yang dihadapi cuba dilaksanakan dengan merujuk sumber-sumber
dari persekitaran yang boleh menyelesai masalah mereka. Ini dinamakan inovasi pada
peringkat pertama. Pada peringkat II inovasi diambil kira daripada aplikasi fasa pertama

13
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

tadi dengan membuat pengubahsuaian pada semua struktur jam yang menjadikannya
lebih dekat dengan masyarakat. Rajah 1 di bawah menunjukkan Model Proses Inovasi.

Rajah 1 : Model Proses Inovasi

5.2 Model Fasa ‘Utilization of Idea’

Perkembangan teknologi dalam pembuatan bahan, tahap pendidikan masyarakat,


dan status kehidupan masyarakat telah menjadikan masyarakat lebih peka kepada
keperluan dan kehendak mereka. Faktor-faktor ini mempengaruhi proses perkembangan
inovasi pada peringkat III jam. Dalam menjadikan produk jam yang dikeluarkan syarikat
pengeluar jam sentiasa memenuhi kehendak pelanggan memaksa mereka menubuhkan
satu kumpulan kerja yang menterjemah segala keinginan pengguna. Keinginan ini akan
menjadi satu idea yang dipersetujui dan kemudiannya dianalisa berdasarkan kepada
proses pembuatan produk. Di sinilah mula timbulnya pereka bentuk industri. Tugas
pereka bentuk industri ini ialah mengkategorikan keperluan, membuat pilihan
penyelesaian, perkembangan tahap 1 dan perkembangan tahap 2.
Dalam mengkategorikan keperluan, beberapa perkara perlu dikenal pasti seperti
kajian pasaran, kos, reka bentuk, dan nilai pada reka bentuk yang akan dihasilkan.
Semasa proses perkembangan pula perkara-perkara seperti kawalan masa dan kos,
menilai pasaran dan menilai perkembangan perlu dilakukan supaya produk yang
dikeluarkan nanti sentiasa releven dengan kehendak pelanggan dan kosnya tidak
membebankan pihak pengeluar. Rajah 2 di bawah menunjukkan secara jelas proses
inovasi jam berdasarkan model ‘ Utilities of Ideas’.

14
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

Rajah 2 : Model Fasa ‘Utilities of Ideas’

6.0 PENUTUP DAN KESIMPULAN

Perkembangan teknologi dalam pembuatan bahan dan kreativiti manusia menjadikan


sesuatu produk semakin menarik dan memenuhi tuntutan gaya hidup manusia. Melalui aktiviti
inovasi, manusia akan sentiasa memanfaatkan segala pengetahuan dan peluang dalam
menghasilkan produk yang lebih inovasi daripada produk yang sedia ada. Perkembangan ini
memberikan manusia banyak pilihan dan membuat keputusan berdasarkan keinginan dan
kemampuan yang mereka ada. Proses inovasi ini banyak memberikan manfaat kepada
kelangsungan kehidupan manusia. Ini kerana proses inovasi akan mewujudkan peluang
pekerjaan kepada jutaan umat manusia yang akan memenuhi segala lapangan pekerjaan yang
menuntut tenaga kerja bagi menjalankan proses inovasi. Ini secara langsung akan dapat
meningkatkan kualiti hidup masyarakat dan memberi mereka nilai tambah dalam ekonomi
mereka. Dengan gelombang globalisasi, dunia semakin mencabar, manusia dituntut supaya
lebih berinovasi dalam penghasilan produk mereka supaya produk yang dihasilkan mampu
bersaing dengan produk lain di pasaran.

15
SPL 4402 : Asas Pengurusan Inovasi dan Pengurusan Produk

RUJUKAN

1. Zainal Abidin Ahmad (1999), Proses Pembuatan Jilid 1, Universiti Teknologi


Malaysia, Skudai, Johor.

2. The history of clock


http://www.arcytech.org

3. How sundials work


http://liftoff.msfc.nasa.gov/Academy/earth/sundial

4. The history of time


http://library.thinkquest.org

5. http://www.worldofwatches.com

6. http://inventors.about.com/library

7. http://www.citizen.co.jp

8. http://www.citizen-america.com/history

9. http://www.women-watches.info/

10. http://www.omega.ch

16

Anda mungkin juga menyukai