Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Titipan penghargaan terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi
dicurahkan kepada hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadaNya atas segala takdir yang
dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan besar nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabiin.

Pertama-tamanya saya tuntunkan ucapan Alhamdulillah kepada Allah atas nikmat-


nikmat yang diberikan kepada saya tanpa henti. Tanpa keredhaanNya tidak mungkin saya
mampu menyiapkan tugasan ini walau sedikit pun.

Penghargaan ini saya tujukan kepada ibu bapa saya kerana mereka sentiasa
menitipkan doa-doa untuk keberkataan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk menghasilkan tugasan bermutu ini.

Tidak lupa juga kepada pensyarah kesayangan saya, Pn. Catherine Cheah Ming Ming
dan En. Amran Bin Aris kerana dengan izin Allah, mereka sudi memberi tunjuk ajar kepada
saya. Mereka juga sering menegur saya dengan berhemah dan mengingatkan saya sekiranya
saya alpa. Moga segala kebaikannya akan diganjari dengan kurniaan Allah yang tidak ternilai
harganya.

Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada sahabat-sahabat saya
yang banyak berkongsi ilmu, maklumat dan segala bentuk bantuan dalam menghasilkan kerja
kursus ini. Ketahuilah segala macam bantuan yang anda salurkan amat saya hargai.

Akhir kalam, saya ingin menyampaikan sekalung penghargaan kepada sesiapa sahaja
yang terlibat dalam pembikinan kerja kursus ini secara langsung ataupun tidak. Kesudian anda
amat saya hargai.

Anda mungkin juga menyukai